Khairat Kematian???

Farah Waheda Wahid
15

Alhamdulillah selesai sudah membayar yuran khairat kematian bagi tahun 2014. Total sum RM 60.00 untuk 4 kepala. Uolss join tak khairat kematian di kawasan perumahan uolss??? Iolsss memang join... And untuk apa khairat kematian ni rasanya tak perlu iolss elaborate panjang2 kan kerana semestinya uolss faham apakah fungsi badan khairat kematian ni. 

Tapi iolss nak kongsi2kan sedikit dengan uolss tentang faedah join khairat kematian ni. 

Pertama
Apabila tabung khairat kematian diwujudkan, kita dapat mengamalkan sikap ta’awun atau tolong-menolong sesama kita. Apabila seseorang ahli kariah meninggal dunia, semua ahli-ahli yang lain sama-sama menanggung perbelanjaan menguruskan jenazahnya. Amalan ini sesuai dengan firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Maidah ayat 2:“Bertolong-tolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan taqwa,dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam berbuat dosa dan melampaui batas; dan bertaqwalah kepada Allah”.

Kedua: 
Inilah yang paling penting. Dengan memberikan sumbangan kepada tabung khairat kematian, sekaligus kita turut terlibat dan menyumbang dalam menguruskan jenazah pada setiap kali berlaku kematian di kalangan ahli-ahli. Bila wang tabung khairat digunakan untuk membeli kain kafan, bermakna mereka yang menjadi ahli badan khairat sama-sama membekalkan kain kafan untuk jenazah.

Bila wang tabung khairat digunakan untuk urusan membayar saguhati kepada petugas yang memandikan jenazah, bermakna seluruh ahli badan khairat kematian seolah-olah sama-sama memandikan jenazah. Bila wang tabung khairat digunakan untuk urusan menggali kubur, bermakna seluruh ahli badan khairat kematian seolah-olah sama-sama menggali kubur walaupun kita tidak memegang cangkul. Dengan lain perkataan, setiap ahli sama2 melaksanakan tanggungjawab fardhu kifayah menguruskan jenazah

Ketiga
Apabila kita mewujudkan tabung khairat kematian, kita berpeluang melakukan amal jariah atau sedekah jariah. Jariah bermaksud mengalir. Apakah yang mengalir? Yang mengalir itu ialah pahala, sama ada mengalir untuk beberapa ketika atau pahala akan terus mengalir berpanjangan untuk tempoh yang 
lama.

Hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim: 

Apabila mati seorang manusia maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah (sedekah yang berkekalan), ilmu yang memberi manfaat dan anak yang soleh yang mendoakan baginya.(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Keempat: 
Dengan menyertai badan khairat kematian, akan terlepaslah ahli berkenaan daripada berkemungkinan menanggung hutang apabila berlaku kematian. Ditakdirkan kaum keluarga si mati tidak mempunyai wang simpanan pada hari kematian, maka kaum keluarga terpaksa berhutang harga kain kafan, terpaksa menangguh bayaran saguhati petugas memandikan jenazah dan terpaksa berhutang untuk membayar upah menggali kubur. Kalau semasa hidupnya, orang yang mati itu sangat-sangat mengambil berat tidak mahu terlibat dengan hutang, amatlah malang pada saat kematiannya, ahli keluarganya terpaksa berhutang untuk menguruskan jenazahnya sendiri.

Dengan menjadi ahli badan khairat, kemungkinan keterpaksaan untuk menanggung hutang seperti ini tidak akan berlaku kerana belnja pengurusan jenazah akan ditampung dari tabung khairat. Para jemaah tentu lebih maklum apa akan berlaku kepada roh si mati jika hutangnya tidak selesai. Menurut hadith daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Roh (orang mati) yang beriman tergantung (di awing-awang) dengan sebab hutangnya, sehinggalah hutangnya itu dilangsaikan (oleh ahli keluarganya atau orang lain)”(Riwayat Ahmad dan At-Tarmizi)

Seandainya seseorang ahli badan khairat kematian membayar yuran untuk tempoh beberapa tahun kehadapan, takdirnya dia 
meninggal dunia lebih awal dari itu, bermakna masih ada baki wang yurannya dalam tabung tersebut yang sepatutnya tidak perlu dibayar. Dalam kes seperti ini, biasanya kaum keluarga ahli yang telah meninggal dunia tidak akan menuntut baki wang yuran tersebut supaya dapat dikembalikan. Wang yuran tersebut terus berada dalam tabung khairat dan apabila wang itu dikeluarkan setiap kali berlaku kematian, maka ahli berkenaan mudah-mudahan akan terus menerima pahala sedekah jariah, walaupun dia sudah meninggal dunia.

*Well, dunia2 juga tapi akhirat dan kematian jangan sesekali dilupakan ye tak? 

Post a Comment

15Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. kat kampung akak pun ada khairat kematian nie...

    ReplyDelete
  2. Setuju sangat2....hehehe dah join jugak kat taman perumahn ni

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, kat tempat akak pun ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, semua orang nampak kepentingannya...

      Delete
  4. Kat taman saya pun ada gak khairat kematian :)

    Jemput kak waheda ke blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  5. kat tempat saya takde la plak tabung khairat kematian ni...maklum la dok rumah atas langit hehe...

    ReplyDelete
  6. Ramai yang lupa akan hal ini

    Ikhlas,
    profhariz.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu hariz... tapi walaupun nampak remeh benda ni penting sebenarnya...

      Delete
  7. Nice entry for remember all... Mmg ramai yg x brp nk ingt bab mati ni..

    ReplyDelete
  8. Oo.. mmg ada ni d amalkn jgk kat kawasan tempat tinggal zara =) mmudahkn.. xperlu bsusah payah cari sumber ntuk mguruskn jenazaglh if ada kematian kelak..

    ReplyDelete
  9. bagus sangat ada khairat kematian ni..dapat membantu dan dibantu serta dapat pahala :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !