Jenis2 Sakit Meroyan

Farah Waheda Wahid
25
Source Extracted from Google
Semua orang tau kannn pasal sakit meroyan??? Ke ada yang tak tau ni??? Selalunya saya dengar jer orang sebut word meroyan ni dan sedari kecik sampai sekarang cam terbayang kat fikiran macam gambar kat atas nilah orang gambarkan tentang sakit meroyan ni. Muahahaha... meroyan dalam terms kita2 dalam percakapan seharian, bermaksud naik hangin atau marah sangat2...

Jadi buat tambah2 pengetahuan diri sendiri dan juga berkongsi dengan uolss, inilah hasil research tak seberapa saya dari SINI.

Mengikut ilmu perbidanan Melayu, penyakit meroyan atau merian hendaklah diberi perhatian kerana penyakit ini akan berlarutan seumur hidup, sekiranya dibiarkan tanpa rawatan. Salah satu punca penyakit meroyan ni ialah darah bantal yang tidak keluar dengan sempurna atau teratur, yang seterusnya akan terjadi darah beracun. Darah beracun ni akan menguasai urat saraf dan mengganggu keseimbangan hormon wanita.

GILA MEROYAN
Sekiranya darah bantal tidak keluar dengan sempurna, bahagian sulit akan berbau busuk. Bau itu tidak dapat diatasi walaupun dicuci dengan apa cara sekalipun. Ini kerana darah busuk yang berbau seperti bangkai masih tertinggal dan melekat atau tersangkut seperti ketulan kecil atau besar di dalam lapisan tisu rahim (endometrium).

Keadaan tersebut mungkin menjadi punca pengeluaran haid yang tidak teratur atau tidak lawas. Bahkan, sekiranya berlarutan sepanjang tempoh pantang bersalin, darah busuk itu akan menjadi punca sakit kepala, kemurungan dan seterusnya membawa kepada sakit angin meroyan, angin kotor dari rahim atau disebut juga sebagai mother's blues. Terdapat beberapa jenis penyakit meroyan yang dikenalpasti oleh pakar perubatan tradisional Melayu. 

MEROYAN API... (Dah macam Street Fighter pulak dah)
Dinamakan meroyan api kerana semasa dalam pantang, ibu akan menjadi bengis, garang, cepat marah sehingga boleh sampai ke tahap menjerit2 dan lupa. Kemarahan adalah melampau, adakalanya menyebabkan ibu tersebut menghempas atau membaling anak kecilnya (yang selalu menangis) - kesian baby yang tak berdosa dan tak bersalah tu jadi mangsa... takuttttnyaaaa...

MEROYAN KENTUNG (KERTUNG) 
Ibu akan menjadi murung, hiba, sayu, mudah menangis, perasa dan adakalanya kelihatan seperti bodoh sehingga apabila berlarutan tidak dapat membezakan antara anak dengan bantal. 

MEROYAN URAT
Ibu mengalami ketegangan urat saraf sehingga sentiasa mengeraskan diri seperti mengalami kekejangan otot atau disebut oleh masyarakat di utara Semenanjung sebagai "kediang badan".

MEROYAN LENDIR
Ibu sentiasa kelihatan pucat, lesu, mata pudar dan keguguran rambut serta badan menjadi susut.

MEROYAN TINGGAL
Ibu sentiasa berleter, bercakap seorang diri dan mengambil peluang untuk lari dari rumah. Ibu yang mengalami masalah ini mungkin tidak mahukan bayinya sendiri. Dia sering tertawa, mengilai seperti dirasuk atau dalam kes yang teruk tidak mengenali suaminya sendiri.

MEROYAN BULU
Ibu sentiasa berasa seram sejuk, bulu roma sentiasa berdiri tegak dan adakalanya menggeletar kesejukan sehingga menyebabkan kancing gigi. Adakalanya, mereka akan kelihatan seperti terkena sampuk.

MEROYAN KULIT
Ibu berasa gatal serta miang seluruh badan dan tergaru2 seperti kelakuan kera. Akibat sering menggaru itu, seluruh badan seperti sedang mengalami penyakit kulit.

KAEDAH RAWATAN PENYAKIT MEROYAN
Para ibu disyorkan mengamalkan perubatan herba dan rempah ratu khusus bagi rawatan semasa dalam pantang. Satu kajian yang dijalankan mendapati kandungan cekur dalam ubat herba bersalin mempunyai potensi untuk menghindari penyakit murung. Manakala satu kajian lagi tentang kunyit, mendapati herba tersebut mempunyai ciri antioksidan dan antibengkak. Secara tradisional halia, serai, jerangau dan rempah ratu diyakini mampu mengeluarkan sisa racun akibat pemakanan agar darah kembali bersih. Sesungguhnya gabungan bahan2 tersebut dapat membantu ibu-ibu mengelak daripada dihinggapi penyakit meroyan. Selain itu, ramuan ini dapat membantu membersihkan rahim daripada pengumpulan angin, lendir dan darah beracun daripada darah bantal yang tertinggal sekali gus dapat mempercepatkan pengecutan rahim, mengimbangi hormon, melegakan sakit urat saraf dan membantu melangsingkan badan.
Oooo...begitu, baru lah saya tau yang meroyan nih pun banyak jenis jugak... Selama kini, honestly memang x pernah nak tau kot... ^_^. Tapi penting juga nak ambil tahu ni sebagai knowledge... dan kenal dengan apa itu meroyan yang sebenar... Dok suka2 sebut jer... gunakan jer... once a while kita ke akar umbi sesuatu ayat tulah, baru dapat pemahaman yang sebenar...

So, kalau bising tak tentu hala sana sini, hangin sana sini, amuk sana sini, moody sana sini, sedih sana sini tu, bukanlah meroyan yang berdasarkan dari penyakit yer...ekekekeke...itu meroyan alternative namanya... *_^ lebih kepada penyakit hati tu.... hu hu hu...  Kalau meroyan suka2 sekadar bergurau itu lain ceritanya pulak... 

Post a Comment

25Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. macam² jenis meroyan ada ni ha..bahaya jugak masalah dalaman macam tu.buang apa yang patut

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bahaya meroyan ni fiza... eeee seriau bila mengenangkan...

      Delete
  2. orang meroyan ni memang bahaya dik..mintak2 dijauhkan lah...ada sejenis meroyan tu..tp akak x nak la citer kat sini..muahahahaha...meroyan duplicate...suka sgt duplicate orang...opps...tercerita plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. meroyan duplicate tu tak bley nak ditolong kak...pinjam kata kak mia, pengsannn.... meroyan duplicate ni kalau tak dibendung makin lama makin teruk jadinya...

      Delete
  3. Mmg bhaya meroyan.. Sakit jiwa namanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu maria sangat berbahaya, sakit jiwa dan juga sakit mental...

      Delete
  4. Dulu..ms duk kat puchong..ada jiran tkena pyakit ni....die berlari tepi highway...tggl anak dlm rumah...kesin sgt tgk die ms tu..

    tu sbb pentingnya berpantang dgn betul..dan ada org teman sms berpantang..utk elak perkara mcm ni la..kdg2 sbb penat..letih.. boleh buat seseorg dlm pantang tu meroyan... sbb tu org dolu2 amal jamu sbb tau khasiat jamu utk bersihkan balik rahim..keluarkan darah kotor yg mn ada dlm rahim, lancarkan darah spy si ibu cergas dan tak penat sms berpantang...

    sape nk cuba jamu seri dewi malam boleh contact nieza..hehe..boleh ke page fb nieza... seri dewi malam-dhiya solehah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu orang tua2 kata kalau tengah berpantang tu pantang betul2 kannn...takut2 gila meroyan, tapi memang kesianlah apa yang nieyxzha cerita tu...

      Delete
  5. Byk jugak meroyan ni yea...so far tak pernah kena..

    ReplyDelete
  6. ada mcm2 jenis meroyan plak ya sis..baru kita taw

    ReplyDelete
  7. meroyan api kena jaga-jaga woooo! takut nanti mencederkana diri sendiri dan orang lain. Tapi, sekarang ni meroyan bukan takat dalam berpantang je. Atas jalan raya ari2 pun boleh meroyan gak ni dear hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha, dalam apa keadaan pun orang boleh meroyan dear... meroyan bukan sekadar di dalam pantang, bahaya tu...ingat yer...

      Delete
  8. wahh. info yang bermakna . thanks kak farah, selama ni asyik sebut meroyan2 tapi tak tau pulak ada banyak jenis meroyan...hehe ( salah baca meroyan kentung sebagai meroyan kentut :P)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu baca nak cepat tu danee...he he he, just sharing what is good for us to know and learn...

      Delete
  9. Rasa seram bila baca pasal gila meroyan ni... boleh jadi sampai tahap tu kalau tak kena cara... Alhamdulillah, semua ok walaupon 6 kali dah bersalin... I mean my wife lah kan...
    Great finding too :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. brother the way you express it as if you yang bersalin pulak, however i understand it's your wife yang bersalin... takkan lah you pulak kann??? ^_*

      Delete
  10. saya baru tahu macam2 jenis meroyan rupanya..ingatkan meroyan tu satu je

    ReplyDelete
  11. Sya tgh pantang hri ke 19..skrg udh 8 hri sya alami gatal2 1 bdan..mcm kna kalakater..tp bkn..lau kalakater msti kjap je..mknaya sya alami meroyan kulit..seksanya sya rsa skrg ni..miang je 1 bdn..jap ok jap bengkak..mkn ubt pn x ok gak..sapa2 ada petua tak utk hlgkn meroyan kulit ni..seksa sgt..nk uruskn ank lg..dgn bdn gatal2 ni..

    ReplyDelete
  12. Cuba cr bidan keturunan buat air tawar..

    ReplyDelete
  13. Cuba cari bidan keturunan minta buatkn air tawar. Insyaallah

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !