'Teether' For Ash...

Farah Waheda Wahid
15
Disebabkan air liur tu dah meleleh dan suka sangat kulum tangan sendiri... mummy dah tak menahan mata dah tengoknya. Maka, mummy belikan teether untuk Ash kulum puas2... kalau dukung pun habis bahu mummy dihisapnya dan kalau terapkan pada peha lengan mummy pun jadi... Ok2 mummy belikan teether... 

Alat gigit bayi ataupun lebih dikenali sebagai teether efektif untuk mengurangkan rasa nyeri atau ngilu masa gigi dah mula nak tumbuh. Teether mempunyai pelbagai design dan bentuk serta warna2 yang menarik. Dengan kehadiran teether baby akan lebih rasa cosy dan selesa sebab ada something yang nak digigit kann??? He he he ataupun dikulum giteww... 

Teether bukan hanya sebagai permainan, tetapi juga sebagai media perangsang untuk pertumbuhan gigi baby. Bila gigi baby mula nak tumbuh bermula seawal 4-7 bulan ianya dapat menyebabkan rasa tak selesa, ngilu gusi sampaikan boleh mengganggu pola pemakanan dan waktu tidur baby. Rasa tak selesa tersebut disebabkan oleh sel2 di gusi yang mati dipecahkan untuk mendorong gigi supaya tumbuh keluar. 

Penyelesaian terbaik adalah gunakan teether!!! ^_^... dengan bahan yang selamat dan telah diuji secara klinikal serta mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa. Pastikan juga teether yang dibeli lembut supaya memberikan keselesaan kepada baby masa menggigit teether tersebut. 

Dalam menggunakan teether ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan... 

GUNAKAN TEETHER DALAM WAKTU 10-15 MINIT
Penggunaan teether dalam waktu yang berlebihan akan memberikan efek negatif kepada baby. Salah satu contohnya adalah dari segi kebersihan... teether akan basah dengan air liur dan akan mudah menyerap kotoran dan bakteria. 

SEDIAKAN 3-4 JENIS TEETHER YANG BERBEZA FEATURES
Untuk elakkan baby dari rasa bosan mengadap teether yang sama jer. Tapi kalau baby uolss ok jer dengan teether yang ada, satu pun boleh!!! ^_*

SIMPAN TEETHER DALAM BEKAS TERTUTUP
Simpan teether dalam container yang tertutup lepas dibasuh dan disterilkan... Untuk mengelakkan habuk kotoran dan bakteria dari terlekat pada teether. Bahaya pada baby ok uolss??? And for me, teether iolss basuh bersih2 dulu dengan sabun dan rendam dalam air panas sebelum bagi Ash main atau kulum. 

PILIH DESIGN TEETHER YANG MUDAH DIPEGANG ATAU DIGENGGAM
Ha ni penting!!! Kalau uolss beli teether tu sila beli yang saiz dengan baby uolss ok??? Yang mampu dia nak pegang yang senang dia nak pegang. Kalau tak it  doesn't deserve the purpose. Nanti karang uolss pulak yang kena pegangkan all the time for that. 

Syoklah tu dapat kulum teether tu... Leka pulak Ash dengan teether dia.. Nasib pandai pegang sendiri... 

*Ash dapat mainan baru and mummy senang sikit nak buat kerja rumah sebab dia leka dengan teether tu kan??? Dia dah boring dengan teether main dengan benda yang tergantung2 kat playgym dia tu... Ahakss pandai2 bawak diri kejap uer nak??? Mummy nak kemas rumah kejap. Tapi of course la tak lepas pandang Ash... Kena observe and supervise sebab Ash kan kecik lagi??? Cuma hati tu besar jer ingat dia dah besar sangat... Wakaakakaka... 

Post a Comment

15Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. seronoknye Ash dapat mainan baru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. benda baru kannn??? seronoklah tu agaknya mengulum...

      Delete
  2. Banyak design baru sekarang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak, mummy yang jadi rambang mata nak pilih...

      Delete
  3. suka lah dia tu dapat mainan baru. hehe

    ReplyDelete
  4. Dapat terus geget. Hihihi

    Ikhlas,
    profhariz.com

    ReplyDelete
  5. ash dah nak tumbuh gigi ya mesti brtambah comel

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak taulah lya sama ada dah nak tumbuh gigi atau tak....

      Delete
  6. Ank sulung mmg gtu sifatnya kot.. Pndai berdikari...

    ReplyDelete
  7. Suka nya dia gigit2 teether tuu..

    ReplyDelete
  8. bagus ade teether ni.comel teether ash dan comel ash berteether :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !