Demam Bayi...

Source Extracted from Google
Kat rumah dah ada sebijik dah termometer ni... Senang nak pantau suhu badan Ash katanya... ^_^.. Sebagai parents memang susahlah untuk tidak risau bila baby demam. Demam adalah sebahagian daripada kaedah semulajadi badan baby melawan jangkitan.

Walau bagaimanapun, demam mungkin jadi lebih serius jika baby uolss berusia di bawah 6 bulan. Agak jarang bagi baby seawal usia ini untuk mengalami suhu badan yang tinggi, jadi ini mungkin tanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Hubungi doktor uolss segera sekiranya baby uols:
  • berusia di bawah 3 bulan dan suhu badannya 38 darjah C atau lebih;
  • berusia di bawah 6 bulan dan suhu badannya 39 darjah C atau lebih.
Jika baby uolss berusia 6 bulan atau lebih, ketinggian suhu badan atau berapa lama demamnya berlangsung tidak selalunya menggambarkan keadaannya yang sebenar. Gerak hati uols biasanya sama tepat dengan termometer dalam menilai situasi anak uolss. Namun, menggunakan termometer dapat membantu mengenal pasti apa yang normal bagi baby uolss.

MENGAPAKAH BABY SAYA SELALU DEMAM???
Baby uols demam kerana badannya sedang melawan jangkitan. Kadang-kala tidak jelas mengapa dia demam, tetapi beberapa sebab yang biasa termasuk:
  • selesema
  • flu
  • krup
  • sakit tekak
  • jangkitan telinga
  • jangkitan salur kencing
  • masalah pernafasan seperti pneumonia dan bronkiolitis
  • virus yang mengakibatkan ruam seperti roseola, cacar air dan penyakit tangan, kaki dan mulut
BAGAIMANA WEOLSS BOLEH MENGESAN DEMAM???
Ibu bapa selalunya boleh tahu jika anak mereka demam dengan menyentuh atau mencium dahinya (kajian menunjukkan method ini tepat sebanyak 75 %).

Gunakan termometer untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat. Jangan gunakan termometer oral (mulut) sehingga anak uolss berusia 3 tahun. Jika baby uols masih terlalu kecil untuk uols menggunakan termometer oral, bacaan suhu boleh diambil dari ketiaknya jika dia demam. Pegang hujung bebuli termometer di ketiak baby dengan sikunya rapat ke sisi selama lebih kurang lima minit (termometer digital terbaru akan berbunyi bip apabila suhu telah diambil). Bacaan ketiak akan memberikan bacaan satu atau dua darjah lebih rendah daripada bacaan internal, jadi tingkatkan bacaan yang diambil.

Termometer telinga adalah cepat dan tepat untuk mengambil suhu anak uols tetapi harganya mahal dan memerlukan tangan yang stabil untuk mendapatkan bacaan tepat.

Uols juga boleh menggunakan jalur demam yang uols letakkan pada dahi anak uols dan walaupun bacaannya kurang tepat, ia mudah digunakan ke atas baby yang sedang beronta-ronta.

APA YANG BOLEH WEOLLS LAKUKAN UNTUK MERAWAT DEMAM BABY WEOLLS???

Uols tidak perlu merawat demam kecuali anak uols berasa tidak selesa atau jika dia pernah mengalami kekejangan febril. Berikut adalah langkah-langkah menenangkan-demam:
  • Jika anak uols demam dan berusia lebih daripada 8 minggu, uols boleh berikannya Panadol yang khasnya untuk bayi dan kanak-kanak, untuk menurunkan suhunya. Ikuti arahan dos pengambilan dengan berhati-hati. Dos yang tepat bagi ibuprofen (Nurofen) juga boleh diberikan. Parasetamol dan ibuprofen tidak disarankan kepada bayi di bawah usia 2 bulan dan jangan berikan aspirin kepada bayi atau anak uols yang berusia di bawah 16 tahun, yang dikaitkan dengan Sindrom Reye's , penyakit yang sebenarnya jarang berlaku tetapi boleh membawa kematian.
  • Pakaikan baby uols baju kain kapas yang nipis (jangan balut baby uols untuk mengurangkan demam).
  • Pastikan biliknya sejuk. Jika perlu, letakkan kipas berhampiran baby cot dan gunakan sehelai cadar atau selimut nipis untuk menyelimutkannya.
  • Berikan banyak cecair. Baby kecik memerlukan lebih banyak air daripada biasa, iaitu -- susu badan atau susu formula. Jika uols sudah memberikan minuman lain kepada baby uols, berikan lollipop ais, sup jernih atau jus buah2an yang dicairkan.
  • Cuba mandian berspan. Letakkan baby uols dalam tub mandi yang cetek dengan air yang suam dan gosokkan badannya, satu bahagian pada satu masa, dengan kain flanel atau span yang diperah sedikit. Jangan keringkan badan baby uols; biarkan air tersejat sendiri. Ini mungkin membuatnya lebih selesa.
BAGAIMANA WEOLLSS BOLEH TAHU DEMAM BABY WEOLLS SERIUS???
Kelakuan baby uols lebih penting daripada suhu badannya. Jika dia mempunyai demam pada 38.9 darjah C, menyusu dengan baik, bertindak balas dan mudah ditenangkan, uols tidak perlu risau, tetapi jika suhu dia ialah 38.2 darjah C, asyik menangis , lemah dan tidak aktif, uolss perlu risau.

Hubungi pakar pediatrik uols jika:
  • baby uols berkelakuan aneh;
  • tiba-tiba dia menangis lebih daripada biasa dan uolss tidak boleh menenangkannya seperti biasa;
  • dia amat letih dan tidak menyusu.
Anda perlu lebih berhati-hati dengan baby yang lebih kecil terutamanya baby yang di bawah 3 bulan dan doktor akan membuat pemeriksaan yang lebih lanjut pada baby2 ini.

Baby selalunya akan mudah sakit tetapi mereka juga mudah sembuh. Walau bagaimanapun, uols perlu hubungi doktor uols jika baby uols demam selama lebih daripada 3 hari.

APA MAKSUD KEKEJANGAN FEBRIL??? 
Jika suhu anak uols meningkat secara tiba-tiba, menyebabkannya menjadi pucat, kejang, bergerak menggerenyet tidak terkawal dan mungkin tidak sedarkan diri, dia sedang mengalami serangan yang disebabkan oleh demam, yang dikenali sebagai kekejangan febril.

Ini amat menakutkan apabila dilihat tetapi ia jarang membahayakan bayi. Walaupun ia kelihatan berpanjangan, serangan ini selalunya berterusan hanya selama 20 saat dan jarang berlaku lebih dari dua minit. Jika serangan berlaku lebih dari empat minit, bawakan anak uols ke Jabatan Kemalangan dan Kecemasan dengan segera.

Semasa anak uolss mengalami serangan, jangan kekang baby uols dengan apa-apa cara sekali pun. Longgarkan mana-mana pakaian yang ketat dan keluarkan sebarang benda dari mulutnya seperti puting atau makanan. Baby uols tidak akan menelan lidahnya.

Hubungi doktor uols apabila serangan sudah reda

SUMBER: SINI

I've experience one bad experience in my life before and I saw it with my own eyes...dan sesungguhnya amat2 risau kalau Ash demam...tapi experience ni bukan Ash... arwah anak buah iolss dulu... paling takut kalau baby demam... takut kalau kekejangan... Sebab tu, kitakan sebagai parents ni kalau anak demam, better salah sorang either mummy or daddy yang ambil cuti untuk pantau dari biarkan di nursery ataupun pada pengasuh... Demam bukan boleh diambil remeh dan bukan boleh dianggap tak ada apa2... Macam2 boleh terjadi kannn??? Contohnya...ni nak hantar Ash gi cucuk ni, siap mummy dah apply cuti sehari selepas cucuk dah... risau kalau2 Ash demam...So far, Alhamdulillah, Ash kalau demam sekejap jer... semoga Ash berada di bawah lindungan Allah SWT selalu...In Shaa Allah Ash, mummy selalu doakan sebab mummy sayang sangat dengan Ash... Satu dan tiada duanya anak mummy... Hu hu hu.. (tiba2 syahdu plak)...

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Demam Bayi..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, March 4, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

35 comments:

  1. pengalaman akak bila anak x putus2 demam,puas gi klinik,gi sepital..demam Aiman berulang2....putus asa,akhirnya saranan seorng jiran suh gi jumpa ustaz...so akak bawak anak gi jumpa ustaz...ustaz cuma bacakan ayat quran pada air...utk diminum,sapu pada ubun2 anak..dan sedikit utk dibuat mandi..alhamdulillah,,lepas itu Aiman jarang sangat demam..

    cubalah ...mana tahu dgn izin Allah demam anak kebah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah Kak Tie... kalau Ash tak sihat demam nanti Farah cuba yer... thank you Kak Tie...

      Delete
  2. anak2 masih kecik ni kan mmg seriau lau bab demam ni
    k.el x nah ada termometer ni w/pun dah anak 3
    tiap kali depa demam je panas je badan terus g klinik/spital/pakar
    tiga2 tu penah je masuk ubat kot bontot..pas2 depa suh bagi mandi
    lau anak demam je k.el bagi mandi lantak le malam ke siang ke..janji suhu boleh cepat turun lau mlm2 tu mmg x sng tido..mmg tak tido berjaga anak takut2 mende2 tak diingini berlaku kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak el, kalau anak demam kita memang payah lah nak tidur sebab nak monitor keadaan anak kannn....

      Delete
  3. Wah informasi penting dan berguna... Kunjung balik ke
    iqrozen.blogspot.com/2014/03/misteri-tentang-segitiga-bermuda-formosa-masalembo.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you for dropping by... In Shaa Allah saya akan berkunjung kembali secepat mungkin...

      Delete
  4. tahniah farah!! satu perkongsian yg menarik untuk reades..
    demam..mmg selalu terjadi pada peringkat awal baby..but sebagai parents kita kena peka sama ada demam ni biasa or luar biasa..

    dari pengalaman akak kan..pernah terjadi pada anak jiran akak..demam yg berlarutan di alami anak jiran akak membuat kan sawan,then akhirnya koma selama 1 bulan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you kak. sebab tu bila budak demam kita nak kena pantau betul2... sekadar perkongsian untuk knowledge kita bersama

      Delete
  5. dalam keadaan sekrang ni, memang kena selalu jaga kesihatan baby.. kita yg dewasa ni tak apalah lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita yang dewasa still boleh gagah lagi, tapi tak boleh dibiarkan juga....

      Delete
  6. Ank kck dmm mmg paling merisaukan ,irfan dulu dmm masa dlm pntg n terus kena pneumonia, ya allah, skt bsalin x hlg lg, kena lak admit hospitl smggu..sbb tu smpai skarg, kalau irfan dmm, terus bwk g spital ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pneumonia tu yang seriau tu CN... moga2 dijauhkanlah...

      Delete
  7. Satu, tiada dua.. Awwww.. Smoga Ash sentiasa sihat. Good info, cos Vee skrg kat kindy. Kurang lebih je dorang ni, sama jugak budak kecil..

    ReplyDelete
    Replies
    1. for our sharing of knowledge my dear...

      Delete
  8. Info yang bagus, thanks farah, biasa kak bagi minum susu kerap skit adakala dia tak selera, tu yang risau, tuam dah buat. Miga Ash cepat sembuh dan sihat, InshaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ash sihat2 jer kak... anyway thanks kak...

      Delete
  9. Biasa la tu bby demam... Tpi Alhamdulillah, anak2 sy jrang dmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Maria, baguslah kalau macam tu...

      Delete
  10. untunglah ada benda tue...boleh pantau baby demam hihihi

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. ye ke wak??? get well soon wak, abah Ash pun demam ni... hari ni nak gi buat blood test...

      Delete
  12. dulu masa anak kecik mmg OKje ada benda tu Farah... yg buh kat ketiak lain, yang buh kat dahi lain hehe Bukan apa senang nak check anak anak...maklum le demam dgn budak kecik mana boleh pisah....


    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus ada benda ni, at least boleh pantau suhu dari semasa ke semasa kan OKje

      Delete
  13. SALLY TAKDE PENGALAMAN PASAL BAYI..HUHU...tapi untung Ash sbb ada mama mcm akak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. uhuksss untung ke sally??? Alhamdulillah...

      Delete
  14. sebab tu if kat rumah..ada baby kecik..kena ada thermometer kan..senang nak pantau suhu badan baby..but the most important mum kena tau langkah2 menjaga baby yang demam..kalau x tau tu yang cepat panic tu...

    ReplyDelete
  15. betul tu farah..thermometer sangat penting, mesti ada.. saya beli kat watson je..
    anak dara saya dulu setiap bulan demam..cuma sejak dah besar ni 3 bulan ni lum demam lagi.. harap dia sihat2

    ReplyDelete
  16. kat rumah akak memang ada jangkasuhu nie...sekarang anak akak demam...ia penting untuk memeriksa suhu badan anak-anak......

    ReplyDelete
  17. yg penting bila bayi demam ni kena sentiasa pantau suhu, takut2 naik melampau kan !

    ReplyDelete
  18. kesian kalau baby demam ni.apepun kalau kurang sihat tu kena alert dengan setiap perkembangan.

    ReplyDelete
  19. salam...sy kongsikan ilmu mereda dan menenangkan anak ketika deman...selain bunga raya...cari daun lidah buaya atau pokok menjalar yg lebih dikenali sebagai daun duitx....sy tanam dirumah daun lidah buaya..ambil lidah buaya...buang duri dan kulit luar...dan telan utk dewasa...kanakx n baby...buang duri dan potong pendekx....ramas dgn air biasa...ambil kain napkin bersih...selawat sambil lap badan kanakx atau baby sehingga nampak menggigil.....basahkan seluruh bahagian kepala kanakx tadi dgn air + lendir lidah buaya...jgn kedekut lidah buaya tu....lagi byk lendir lagi bagus....3 jalur besar utk satu besin kecil atau sedang....anak yg susah tidor n meragam disebabkan demam...pasti boleh tidor lepas tu...suhu badan akan turun seperti dimandikan ais....tpi cara ini lebih sekesa utk anak...tidak perit...bagi dewasa...kulit itu racun...batang dalam + lendir pahit tpi ubat paling mujarab bagi turunkan suhu badan...amalkan

    ReplyDelete
  20. Salam..dulu gune termometer digital yg letak bawah ketiak tu pastu dah ilang hahah yg ni menarik nih..berapa rm slalunye ye? Sekarang cuaca tak menentu..anak2 senang demam..memang a Must lah termometer ni kat umah..

    Nway thanx for the nice entry..thumbs up!

    Jemput ke blog adaa jg utk info kesihatan ye
    Www.adaa-inspiration.com

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia