Home » , , , , , , , , , , , » Cara Betul Memandikan Bayi???

Cara Betul Memandikan Bayi???

Busy Ash uolss... kekonon fefeeling mandi kat swimming pool-lah tu...Ahakss... Ini kisah semalam... Aiyoo manyak susah mandikan ini Ash sekarang ooo.... terlebih aktif kalau dapat air... taulah lahir tahun Ular Air kalau ikut kalendar Cina nak...ekekekeke... kalau tak pegang kuat2 mau terlepas...terkitai2 kaki dia dapat air... fefeeling swimming kot??? Nanti yer, tunggu besar sikit yer, mummy bawak pergi mandi pool... ahaksss walaupun pada hakikatnya mummy tak pandai berenang... Dah mummy tak pandai berenang, anak haruslah pandai berenang ye tak??? Nanti mummy lemas Ash boleh jadi lifeguard...muahahahaha... ok melalut...

Baby gemarkan air. Apa taknya, hampir 9 bulan mereka berenang dalam kolam amnion sebelum dilahirkan. Jomlah kita bergembira dengan they olls pada waktu mandi! Ahakss...mandikan Ash, baju mummy pun habis basah disebabkan pergerakkan Ash tu...

Sesetengah new mummy mendapati masa memandikan baby amat menggerunkan kerana tali pusat baby masih belum tercabut dan agak susah nak kawal baby terutamanya ketika baby basah dan licin. Ha ha ha, masa Ash belum tanggal tali pusat pun iolss tak berani nak mandikan...Nek Ma dia yang mandikan... al-maklumlah tak ada experience lagi kann mandikan baby dalam hari... anak2 buah iolss dulu semua bila dah pandai berjalan iolss mandikan...  Tapi kann, masa memandikan baby akan menjadi aktiviti yang sangat menyeronokkan bagi most mummy bila dah lama2 macam iolss ni... Bukan ajer baby akan bersih dan berbau segar tetapi ia juga adalah satu peluang untuk merapatkan jalinan kemesraan ibu dan anak giteww... 

3 langkah terbaik untuk masa yang menyeronokkan...

Bersiap Sebelum Bermula
Sediakan tuala, pakaian bersih, produk penjagaan bayi, napkin atau diapers. Tutupkan aircond atau kipas dan pastikan barang keperluan berada berdekatn sebelum memandikan baby.
 
Jangan Tinggalkan Baby Bersendirian Dalam Bilik Air
Huh siapalah yang sengal sangat nak buat macam ni...bahaya ok? Baby tidak boleh dibiarkan tanpa pengawasan walaupun hanya beberapa saat. Mereka boleh lemas dalam air yang hanya 15cm. If ada phone call atau terpaksa beredar ke dapur, tualakan baby dan bawa bersama uolss...Kalau tak biarkan jer dulu... Abah Ash call pun iolss tak angkat ok? Biaq pi dulu, lepas tu bila dah settle baru text or call balik...

Rilex dan Berseronok Bersama
Baby akan rasa stress or pressure if uolss cuba melakukan banyak perkara dalam satu masa seperti memasak, bercakap di telefon, memperlahankan televisyen, mengeluarkan pakaian dari washing machine dan lain2. Semuanya boleh dilakukan kemudian. Terdapat banyak buku2 penjagaan baby yang memberikan penerangan terperinci tentang cara yang betul untuk memandikan baby, biasanya bermula dengan membasuh muka dan rambut baby sebelum memasukkan baby ke dalam tab mandi. Tiada cara yang betul atau salah, uolss akan melakukannya dengan mudah lama-kelamaan, trust me...

Yang penting ialah perkara2 asa seperti berikut...

SEDIAKAN AIR SUAM
Walaupun dalam cuaca panas, baby perlu dimandikan dalam air suam sebab badan baby menjadi sejuk dengan cepat. Gunakan tangan uolss untuk merasa suhu air sebelum memasukkan baby ke dalam tab. 

SABUN BABY
Penggunaan sabun tidak diwajibkan, tetapi ia memberikan bau segar yang berpanjangan pada baby. Gunakan sabun hipo-alergi dan sentiasa berhati2 supaya tak terkena pada mata baby. 

PEGANG BABY DENGAN BETUL
Cara yang betul untuk memegang baby semasa mandi ialah mengendongnya dengan satu tangan dan membiarkan satu tangan lagi bebas untuk menyiram ai, menggosok sabun dan mencapai towel bila dah settle mandikan baby. Ini memerlukan sedikit practice *_^...tapi akan jadi senang bila uolss dah biasa...  

JANGAN MANDIKAN BABY TERLALU LAMA
Baby memanglah rasa seronok kalau mandi, tapi 5-8 minit dah cukup untuk bergembira sebelum air mulai sejuk dan baby mengelatok kesejukkan. Cara nak tau air tu dah sejuk ke tak bila baby uolss dah mula bersin...Haaachoo!!! Haihhhh... itu cara Ash bersin...wakakakaka...

KERINGKAN BABY SEBELUM MENGENAKAN PAKAIAN
Keringkan bahagian belakang telinga, di celah jari, ketiak, dagu dan bahagian di antara perut dan pangkal peha sebelum mengenakan pakaian untuk mencegah ruam. Ha ha ha, Ash geli bila usik perut dia...  

URUT BABY UOLSS
Lepas dan pakaikan diapers, luangkan sedikit masa untuk sesi mengurut sebelum mengenakan pakaian untuk baby. Ash suka kena urut uolss...diam jer dia pandang mummy... Cukup dengan hanya menggosok lotion atau minyak baby di seluruh kaki atau badan untuk beberapa minit.

BERAPA KALI SEHARI???
Some parents bertegas yang baby mesti mandi sekali sehari, biasanya di waktu pagi, diikuti dengan mengelapnya dengan kain basah pada waktu petang untuk mengelakkan baby dari demam. Ada juga yang mandikan baby 2 kali sehari atau lebih kerap semasa cuaca panas apabila baby berpeluh dna melekit. Ikutlah keadaan semasa dan keperluan baby... uolss lagi faham baby uolsss...

KREDIT: SINI

*Ash biasanya mandi 2 kali sehari, pagi dan petang... tapi sekarang dah pandai mintak mandi during lunch hour... lol... buat muka kesian, bunyi hek hek hek... tak ada air mata, tarik2 baju... tu tandanya nak mandilah tu... 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Cara Betul Memandikan Bayi???, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, March 24, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

38 comments:

  1. Replies
    1. practice makes perfect dear... he he he...

      Delete
  2. hhehe..
    kena blajo nie..
    skarang ni masih x berani nk pgag baby:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. belajar shark jangan tak belajar, pelan2 kayuh giteww...

      Delete
  3. Haha comelnya tarik baju, hek hek nak mandi, meh aunty mandikan, kita men bubble naa, biasa aunty mandi badan dulu lepas tu baru kepala, basah rambut. Lepas tu cepat kering kepala dulu, tok faiq nya petua ni. Tapi kadang tukar pulak, biar tahan lasak:) InshaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aunty larat ke nak mandikan ash yang lasak ni...he he he...

      Delete
  4. Sy dlam pntang suami mndikan.. Mmgc mndikn pun.. Bior rasa air tgn bapa dia kn... Lpas tu..mmg hari2 sy mndikn.. Tapi bila dh besar, di take over oleh bapanya semula sbb ank pmpuan rapat dgn bapa la. Katakan... Emaknya tukang bg mkn n susu aje... Aci gtu??? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aci gitu maria...he he he, beruntung faiqah dan adik faiqah sebab ada ayah yang mandikan... ^_^... Ash pula memang antara Nek Ma dan mummy jer...

      Delete
  5. salam. hehe kalau sy, sy tak beranila nak mandikan bayi..hukhuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak mula2 tak berani juga itah tapi lama2 jadi berani pulak dan dah terbiasa...orang kata alah bisa tegal biasa kan?

      Delete
  6. Selama akak jadi mama ni...x pernah lagi mandikan baby..even masa dania lahir dulu pun...now ada baby qhaira pun x pernah usik bab mandi....x berani acik de...acik memang penakut..

    ReplyDelete
  7. Saya memang biasa mandikan anak-anak. Tapi wife jarang nak bagi sebab dia tau, kalau bapaknya yang mandikan sure tak berapa bersih. Serupa macam bapaknya mandi jugak, mandi jenis mandi kerbau punya. Cincai habis. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga abah2 yang memang biasa mandikan anak...

      Delete
  8. mmg ssh bila baby makin aktif..basah habis la lengan baju mama...bila mandikan baby..kan..kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan setakat lengan dengan baju2 dan seluar sekali...

      Delete
  9. lya pun ada pengalaman mandikan baby tapi anak akak lya la :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah bagus tu lya ada pengalaman awal2... esok2 dah senang...

      Delete
  10. Tak lama lagi...insya ALLAH sy bakal mengasuh anak buah saya. Dan tips ini snagat berguna... :) tQ

    ReplyDelete
  11. zee ni kak walaupon dah anak 3 tapi still cuak time nak mandikan baby tau..risau kot terlepas la..paling best banyak laki yang tolong mandikan..hahahahaa..tak kuat nak pegang dorang..mandi mesti nak lompat2..

    ReplyDelete
  12. seronok time mandikan bayi..sambil gosok2 badannya..kita bercakap2 dgnnya...
    tp..makin besar..makin susah jadinya...bayi tak mau dok diam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak mau duduk diam pun kak... hu hu hu...

      Delete
  13. Time mandikan baby la paling best...the sweet moment

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini semua akan jadi kenangan pada masa depan kan mimi?

      Delete
  14. alala.. mesti comel je gaya Ash nak mintak mandi tu kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he tak boleh nak digambarkan dengan kata2 ros...

      Delete
  15. a'ah, dulu masa baby asy kecik susah nak mandikan.. licin macam nak terlepas :P

    ReplyDelete
  16. boleh dijadikan panduan buat ibu-ibu muda.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak sebab it's not easy... he he he

      Delete
  17. thanks share tips..

    beshnyer..trgin nk bg bby mdi..comel jek tgok ash tu..hee =D

    ReplyDelete
  18. Tip yang sangat baik. Lama dah xbg mandi bb. :-)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia