Home » , , , , , , , , , , » Baby Hisap Jari??? Itu Normal...

Baby Hisap Jari??? Itu Normal...

Gambar siapa lagi kan kalau bukan gambar Ash??? Malas nak Google gambar kita pinjam gambar Ash dulu... muahahaha... Habis masham bau Ash bila dia dah mula hisap jari dan main air liur...alahaiiii... memang standby wet tissue untuk lap dan bersihkan... Minat sangat dia hisap jari, kadang2 tu sampai 2-2 tangan sekali dikulum... teether??? He he he, sekarang ni tengah attract dia dengan teether lah... tapi sometimes terlepas jugak macam ni.... Nak tengok dia kulum 2-2 tangan??? Jap ek... 
Ha tu diaa....sambil meniarap sambil kulum 2 tangan, tangan ok bukan jari, tangan...hik hik hik...Tabiat menghisap jari memang perkara normal dalam kalangan kanak2. Sejak mereka mengenali jari sendiri pada usia bayi, mereka sudah mula menghisap jari. Walaupun dah puaslah weollss menarik keluar jari jemari comel itu...tapi dia tetap jugak balik semula hisap jari jemari mereka yang comel tu...hu hu hu, entah apa yang sedapnya...iolss pun tak dapat nak pastikan...ekekekee....

Tapiiii if anak2 dah meningkat usia 4 tahun ke atas dan masih lagi gemar menghisap jari, sesuatu perlu dilakukan untuk menghentikan tabiat tersebut. Kebiasaannya menghisap jari akan mempengaruhi struktur pembentukan gusi dan gigi anak bahkan boleh mengganggu masalah pertuturan anak.

Therefore, sebaik2nya kita lakukan pencegahan dari awal sebelum tabiat menghisap jari tersebut menjadi kebiasaan kepada anak2 weollss....

MENGALIHKAN PERHATIAN ANAK
Biasanya tabiat ini akan dilakukan apabila anak tidak membuat sebarang aktiviti atau semasa dia sedang asyik menonton televisyen atau hendak tidur. Ruang masa yang santai (chillex kononnya...macam Ash sebelum tidur...bha ha ha) membuatkan anak cenderung melakukan tabiat ini. Oleh itu, alihkan perhatiannya ketika dia sedang berkhayal dengan mengajaknya membuat aktiviti. Mungkin apabila sibuk membuat aktiviti, anak weolls akan melupakan tabiat tersebut dan lama kelamaan hilang sendiri. Ok iolss mummy yang kejam kot...wakakakaka.... Ash dah leka2 tengok Disney Junior layan mata nak tidur, pelan2 tarik tangan dengan lembut dan pegang dan tepuk bahu Ash...nasib tak nangis ko.... muahahaha... taklah kejam sangat kann???

BERMAIN DI LUARKadang kala ada anak yang akan berasa malu untuk melakukan tabiat buruknya sekiranya berada di luar rumah dan dikelilingi kawan2. Cleverrrrrr.... Maka dengan mengajak anak beriadah dan bermain di luar rumah dapat mengurangkan sekaligus melupakan tabiat menghisap jarinya. Apatah lagi sekiranya anak weolls melihat kawan2nya yang tidak mempunyai tabiat tersebut, tentu ini akan menyedarkannya. 

TERANGKAN KEBURUKAN
Anak2 kecil perlu diberikan penerangan tentang sebab dan mengapa dia tidak boleh melakukan sesuatu perkara. Weolls sebagai parents perlu menerangkan kepadanya tentang kesan buruk jika suka menghisap jari seperti bakteria dari tangan akan masuk ke dalam perut dan dia akan mudah mendapat penyakit. Mungkin at the beginning diaorang akan ignore your explanation tapi lama kelamaan ingatan itu akan terlekat di dalam memorinya.

BERSABAR
Kesabaran weolls diperlukan ketika berhadapan dengan situasi ini. Jangan mudah berputus asa dan marah sekiranya anak weolls masih lagi tidak menghentikan tabiatnya. Mengajar kanak2 memerlukan kesabaran yang tinggi kerana mereka adalah golongan yang mengambil masa untuk memahami sesuatu penerangan. 

KREDIT: SINI

Ha ha ha, mummy bersabarlah ni dengan kerenah Ash yang suka mengulum tangan dan menghisap jari ni sampai masham...Masham2 pun mummy still kiss jugak kannn???

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Baby Hisap Jari??? Itu Normal... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, March 19, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

26 comments:

  1. Baru baca kat Pama tadi.. hehe... tahniah Ash dah melangkah satu step lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he, lepas baca akak terus kongsi di sini...tapi dengan cara yang tersendiri dan backlinklah kannn???

      Delete
  2. same la dgn mok kiter tu..suka sgt hisap jariiii :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah demok ngan ash berkawan ni...he he he...

      Delete
  3. Suke tgk baby isap jari...comel je tgk..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi masham sebab main dengan air liur...

      Delete
  4. x lama lagi mengensot pas tu angkat2 bontot...dah tu merangkak...eee x sabar nak tunggu ash berjalan plak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah angkat montot dah kak.... kalau dah boleh berjalan memang bebas ke sana ke marilah...

      Delete
  5. hahaha....memang normal..tapi kalau boleh biar lah mase kecik2 je dok hisap jari..jgn lah sampai ke besar..mcm adik sepupu cik...dah sekolah menengah pon masih hisap jariiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. uik sampai sekolah menengah cik??? habis tu tak boleh buat apa2 ker nak putuskan tabiat suka menghisap jari tu???

      Delete
  6. Sentuhan pertama bayi adalah mulut.
    semua nak masuk dalam mulut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yang nak kena perhatikan ajer tu PB... hu hu hu, takut2 benda2 yang tak sepatutnya masuk ke dalam mulut...

      Delete
  7. Hehehe.. comeynya ash dok isap jari cm tue.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. minat sangat dia sekarang Farah.. kalau tengah khayal time nak tidur cam tu lah gayanya...

      Delete
  8. Kalau tak hisap jari dia mesti hisap baju @ napkin pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. so far belum hisap baju atau napkin lagi kak...

      Delete
  9. Replies
    1. tembam ek dear? he he he... cukup zat kot?

      Delete
  10. ini satu proses untuk bayi kan kira mcm tumbesaran dia hehee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tapi berkepul2 air liur dia.... ekekekeke...

      Delete
  11. memang mcm tu la prkembangan anak2 kan sis..lya dulu masa jaga anak sedara pun ada tabiat mcm tu juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak2 memang tak lari dari hisap jari ye tak? ^_^

      Delete
  12. anak2 KA semuanya dari kecik x suka hisap jari tangan & x suka hisap puting, so xde pengalaman hehehe.. hisap jari kaki adelah hehehehe

    ReplyDelete
  13. habit baby nak membesar..kalau alih tangan,mesti nangis..hehe

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia