Home » , , , , » Aku Isterinya!!!

Aku Isterinya!!!

Source Extracted from Google
Tertarik pulak nak update entri pasal Aku Isterinya ni bila nampak Cik Akak update pasal ni tadi...hik hik hik... Cliche tak tajuk??? Suka pulak iolss dengan tajuk slot akasia yang terbaru ni... As usual ini adalah adaptasi dari novel...Novel tulisan Acik Lana... 

Source Extracted from Google
Sedikit sinopsis dari novel... (tengah perhati ni nak beli ke tak ni...ekekekeke)

Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita. 

2 tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sini membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi. 

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan...cukupkah tempoh 2 tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama? 

Wah menarik juga ni... memang menarik...  Tarikh siaran adalah pada 31 Mac 2014, drama 28 episod, hari Isnin hingga Khamis... masa 7.00 malam sehingga 8.00 malam... Para pelakon... Izzue Islam, Anzalna Nasir, Syazwan Zulkifli, Eizlan Yusof, Marissa Jasmin, Mardiana Alwi, Siti Elizad, Shakilla Khoriri, Mohd Fazren.

Adakah adaptasi novel ni akan bom kebabom seperti Ariana Rose??? Nanti kita tengok feedback-nya ek??? 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Aku Isterinya!!! , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, March 24, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

39 comments:

  1. Replies
    1. penampakkan gaya slot akasia kali ni cam biasa, banyak pergolakkan emosi ni...hik hik hik...

      Delete
  2. lebih kurang tajuk -sebenarnya saya isteri dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah, macam lebih kurang jer tajuk, tapi cerita dia berbeza...

      Delete
  3. Kaki novel dah tak de stok dear
    Cik akak tengah usaha gak nie hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah cik akak bila nak keluar siri adaptasi novel kat tv, mesti berebut orang nak beli sebab nak tau cerita...hik hik hik... salah satu marketing strategy ni...

      Delete
  4. untuk peminat ; memang tak akan lepas peluang... tp jangan sampai dia suami kamu diabaikan scara tak sedar.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu PCL... thank you for the reminder...

      Delete
  5. ooo yg ni ganti drama yg skrg ni. nak tgk lakonan izzue..hihi
    hope dramanya menyengat
    anzalna pun bez gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah tu kot? drama sekarang ni akak tak follow pun yumida...

      Delete
  6. novelnya akak ada,dah khatam dah hehe...tp drama ni ada Izzue la pulak...potong stim nak tgk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah akak dah khatam bolehlah tanya ni... he he he

      Delete
  7. ehem...tajuk macam kena jer kan....lihat la dunia..aku isterinya!!!!jadi ikutan plak citer adaptasi novel ni..makin lama makin hits...iolls dah ada dah novel tu dan dah tau jalan citer...macam biasa khatam 2 hari je...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha ingat nak buat intipati lain tapi takpe chill dan perhatikan ajer dulu...

      Delete
  8. adaptasi dari novel..y kita tonton pulak meleleh airmata, emosi konon..hakikatnya mereka hanya berlakon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masuk ke dalam perasaan kononnya giteww...

      Delete
  9. Ooo sudah tukar tajuk.ka??tgk pun tau mesti best

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah dia buat macam ariana rose tukar tajuk...

      Delete
  10. tajuk dah nak dekat sama dgn SSID. hero pun sama jugak. adoiyy.. nsib baek sy minat.hahahaha

    ReplyDelete
  11. ala..tak minat hero tu. hihihi

    ReplyDelete
  12. akk baru beli novel ni, tapi ntah bila tahunnya nak baca...hhee... drama tak tengok sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh sini bak pinjam sat... 2 hari or sehari dah boleh khatam...

      Delete
  13. daripada sinopsis tu, mcm dah tak sanggup je nak tengok cerita yang bermain dgn perasaan mcm tu.. ehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau betul2 masuk ke dalam cerita sure leleh punya kalau part2 yang tacing...

      Delete
  14. dah lama tak ikuti perkembangan macam nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe takpe farah tolong inform kak... he he he

      Delete
  15. macam menarik cerita ni..tengok dulu episod 1 nanti :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia