8 Kaedah Mengesan Jantina Bayi

Farah Waheda Wahid
25
Source Extracted from Google
Mak2 yang preggy mesti suka baca ni...hik hik hik...dulu masa preggy Ash, saya pernah buat satu entri di SINI yang menceritakan jantina baby ikut petua orang dulu2... tapi kali ni berlainan sedikit... kita gabungkan dengan kaedah moden pula... *_^

Since beginning a preggy mummy being confirmed preggy, mummy2 and daddy2 sometimes berteka teki tentang jantina baby yang bakal dilahirkan. Pada zaman dahulu, maybe orang tua2 dan bidan memberi pelbagai petua dan menggunakan teknik tertentu untuk menjangkakan jantina kandungan. Umumnya, jantina baby akan terbentuk pada 8 minggu pertama kehamilan dan pada minggu ke-12, ia akan terbentuk secara sempurna. Dengan adanya bantuan teknologi, jantina baby dalam kandungan biasanya dapat diketahui dengan cepat dan tepat. Sementara itu, kaedah tradisional juga masih banyak dipraktikkan terutamanya oleh bidan dan orang tua2. 

IMBASAN ULTRASOUND
Imbasan ultrasound merupakan kaedah yang paling kerap dilakukan oleh ramai wanita untuk mengetahui jantina bayi mereka. Pada kebiasaannya, jantina bayi boleh diketahui seawal minggu ke-20 kehamilan selagi posisi bayi memberi gambaran yang jelas. Selain mengetahui jantina, sebenarnya imbasan ultrasound mempunyai fungsi yang penting dalam mengesan sebarag kecacatan pada bayi seawal mungkin. Sekarang ni dah makin canggih uolss...bukan sekadar jantina baby tau... rupa baby ikut mummy atau daddy pun dah boleh tengok dari dalam perut...segalanya mungkin dengan imbasan ultrasound 4D dan juga 5D.. *_^... Siapa yang tak sabar2 dan teruja sangat tu bolehlah buat imbasan ultrasound 4D dan juga 5D ni... he he he...Iolss masa Ash 5 months dalam tummy mummy, scan2 jer terus nampak bebird dia...tak sempat buat 4D or 5D lagi, dah elok jer dia posing dalam perut tunjuk gender dia kat Abah dan Mummy... *_^

PERUBAHAN PADA KULIT WAJAH
Kata orang tua-tua, “anak lelaki akan memberi kulit yang cantik berseri, manakala anak perempuan akan mencuri ‘seri’ dari wajah uolss”. Maka, sekiranya kulit uolss menjadi bermasalah sepanjang kehamilan, mungkin anda sedang mengandungkan bayi perempuan. Kaedah ini dikatakan agak tepat kerana ia turut disokong oleh teori saintifik di mana wanita yang hamil anak perempuan biasanya akan mempunyai lebihan hormon. Hal inilah yang menyebabkan masalah muka berjerawat dan kulit kering atau kusam. Muahahaha...masa preggy Ash, mummy sangat malas pakai make-up, malas berdandan... sangat tak best masa ni... keluar rumah gi office or gi mana2 tanpa make-up....

KADAR DEGUPAN JANTUNG BABY
Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit dikatakan akan mendapat bayi lelaki, manakala sebaliknya bagi bayi perempuan.

TAHAP LOYA DAN MUNTAH2 (MORNING SICKNESS)
Sekiranya uolsss tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung, anda mungkin mengandungkan bayi lelaki. Ini kerana, hormon yang meningkat dengan kehadiran bayi perempuan mungkin akan menyebabkan uolss berasa sangat loya dan sering muntah. I guess, this one memang boleh pakai...sebabnya memang tak ada morning sickness langsung masa preggy Ash...

CARTA RAMALAN JANTINA CINA (CHINESE GENDER CHART)
Sungguhpun ia nampak agak kompleks, namun ramai yang agak berpuas hati dengan ramalan daripada carta ini. Ia mengambil kira umur wanita serta waktu atau bulan ketika mula hamil. Iolss tak percaya pada ramalan2 ni, tapi my colleagues yang Chinese dok sibuk check-kan... diaorang dah bagi tau awal2 yang gender Ash ni lelaki...he he he...setakat dengar dan tengok jerlah chart tu... walaupunnn naluri memang dah bagi tau dah Ash lelaki... *_^

BENTUK PERUT
Sebenarnya kaedah ini boleh dikatakan antara yang paling popular di kalangan keluarga, saudara, serta rakan-rakan yang turut teruja menantikan kelahiran bayi uols! Namun, ramai wanita yang berpendapat bahawa ramalannya tidak begitu tepat. Ini kerana, posisi bayi boleh berubah dari semasa ke semasa. Melalui kaedah ini, jika perut uols kelihatan bulat sempurna, ia menandakan bayi perempuan. Manakala, perut yang melebar dan condong ke arah atas dikatakan membawa bayi lelaki. Ini rasanya betul sebab, perut iolss memang macam lebar dan condong ke arah atas...he he he...
 
TABIAT PEMAKANAN ATAU MENGIDAM
Jika uolss gemarkan makanan manis seperti coklat dan aiskrim, mungkin uolss mengandungkan anak perempuan. Sebaliknya, jika uolss lebih suka makan makanan yang masin dan masam seperti kerepek dan jeruk, ia mungkin bayi lelaki. Kaedah ini sebenarnya amat meragukan kerana semasa mengandung, uols biasanya akan mengidam pelbagai makanan – termasuklah makanan yang pelik-pelik! Oleh itu, tentu agak sukar untuk menentukan jantina daripada corak pemakanan uols. Lagipun, belum ada kajian saintifik yang menyokong teori ini. Walaubagaimanapun, ia masih kerap menjadi bualan dan sering diperkatakan. Ha ha ha, this one tak kot??? Sebab masa iolss pregnant-kan Ash, anti dengan nasi... nak makan western jer...lepas tu suka sangat cheese cakes...muahahaha....

GARISAN PERUT
Mengikut kaedah ini sekiranya garisan tegak dari bawah ke atas kelihatan terang dan tidak terputus-putus, maka bayi dalam kandungan uolss kemungkinan lelaki dan begitulah sebaliknya. Tapi iolss tak perhatilah pulak part ni...ekekeke...

Walaupun pelbagai teori telah digunakan sepanjang zaman, ramalan jantina bayi masih belum ditentukan 100% walaupun menggunakan kaedah teknologi yang tercanggih setakat ini. Kadangkala, sedikit perasaan ingin tahu akan membuatkan kita lebih teruja semasa menantikan saat kelahiran... ada juga parents yang tak nak check gender... diaorang nak surpriseeee... *_^.... Tapi kannn, macam saya selalu cakap pada diri sendiri jugalah dulu...tak kisah lelaki atau perempuan asalkan sihat, cukup sifat dan sempurna...Itupun dah syukur Alhamdulillah...walauuuu pada hakikatnya memang teringin gegirl supaya boleh pakaikan pink...muahahaha... tapi iolss redha dan terima jer...lagipun sayang Ash ketat2... *_^

KREDIT: SINI

Post a Comment

25Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Assalamualaikum farah. hehe. nice sharing.. Syukur alhamdullilah.. untuk first pregnancy ni, tak kisah jantina apa pun. yang penting baby sihat walafiat.

    ReplyDelete
  2. Hi farah! Morning morning..hehehe..actually, banyak ramalan yg tak sama dgn ketiga2 anak saya. Semuanya ada morning sickness yg agak teruk di awal2 kehamilan, kulit pun org lain ckp nampak berseri2 je, garisan kat perut pun nampak jelas. Hehehe. Tabiat pemakanan tu pun, lebih kurang sama je utk ketiga-tiga anak. Cuma anak sulung dan no 2, mmg langsung x boleh makan atau bau ayam. Yuckkkssss...confirm muntah! Yg ke-3 ni pulak, lebih suka makan seafood je. Semuanya ketentuan Allah kan, mana yg sama tu mungkin secara kebetulan je. Wallahu'alam.. :)

    ReplyDelete
  3. Bila dh dua ank..kesemua tu tak leh pakai... Cuma ultrasound tu la blh diterima dan hmpir tepat... Apa2 sglanya ketntuan Allah jua..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum farah...wah perkongsian yg baik ni..;)

    ReplyDelete
  5. Ooohh banyak juga caranya ye. Kenit tau melalui cara bentuk perut tu je hehe.

    ReplyDelete
  6. ingt mu preggy lagi beb..hehehe.....

    daku 3 org tiga-tiga x alah tak ape pun..semua same jek...

    ReplyDelete
  7. masa pregnant dulu akak mengidam daging rusa...camner tu...hihi

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum kak.. thanks berkongsi info ni. mcm sy esok masuk 3month. even kecik lagi kadang2 gerak hati rasa macam bby sy ni kawan sejantina ash je.. hehehee..
    kalau baca apa yang tertulis tu mcm lebih pada lelaki. apa2 pun jnji bby dapat lahir ngan shat kan kak.. :)

    ReplyDelete
  9. Anak kedua nanti, nak boy ke girl? Hehe..

    ReplyDelete
  10. nnti sya h kwin n bini ada sya soh refer sini..ekekeke

    ReplyDelete
  11. time kasih kak atas info.. Fiza tunggu utk dpt pengalaman macam nie...

    ReplyDelete
  12. Lepas ni nak kena baby girl utk akak, pastu abg eraz baby boy..lepas tu...lepas tu..lepas tu kakak sally, pastu abg sally...lepas tu...hihihi

    ReplyDelete
  13. perghh.. blog Farah ni memang akan dijadikan tempat untuk teman refer kalau ditakdirkan preggy nanti.. hu3

    ReplyDelete
  14. Sekadar ambil tahu...mungkin berguna suatu hari nanti, InsyaAllah...

    ReplyDelete
  15. blom kawen tapi nak baca gak..hihik

    ReplyDelete
  16. bentuk perut tu yg kelakar tu, can elah bentuk perut boleh tahu jantina...hehee... tapi kekadang kebetulan betul plak...

    ReplyDelete
  17. macam-macam cara ek.. tapi, tak tahu mana yang betul kan. Ros pun ada jugak dengar pasal tengok bentuk perut tu dari akak akak kat opis ni.. hihihi

    ReplyDelete
  18. ye betul tu..msa ngandungkan anak lelaki lnsgung tak mabuk..sekali masa ngandung yg girl..alahai mabuk teruk

    ReplyDelete
  19. tak kire lelaki or perempuan mesti tak sabar nak tengok baby keluar kan.asalkan selamat dan sihat dah memadai :)

    ReplyDelete
  20. dah nk 7bulan ni..tapi tak tahu lg jntina budak tecit dlm perot ni..scan pun die kasik muntot je kat sya kak..hehe..nk serprise kot..:P

    ReplyDelete
  21. erm tanda tanda makan masam dengan masin dah ada. pastu takde muntah muntah. mesti teruja enche somi sebab erul nak baby lelaki hehehe

    ReplyDelete
  22. Saya pulak..tiap kali pregnant semua lain...tp semua lelaki..huahuaaa....

    ReplyDelete
  23. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips dapat anak lelaki.

    ReplyDelete
  24. saya sedang preg 5month... masuk ank ketiga.. dua perempuan..yg turn ni x mau scan jantina dia..hehehe dug dap dug dap....tq sharing...

    ReplyDelete
  25. sy x scan lg.kadang teringin jugak nak tahu jantina baby dlm perut ni..excited anak 1st kan.tapi ape pun x kisah la anak lelaki ke prmpuan.yg penting sihat dlm luaran.syukur alhamdulillah

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !