Home » , , , , » 15 Fakta Tentang Senyum... ^_^

15 Fakta Tentang Senyum... ^_^

Source Extracted from Google
Iolss memang suka tersenyum, kalau tengok mana2 gambar senyum menyeringai jer...Senyum itu kan cantik? Senyum itu kan indah? Tapiii, satu jer problem iolss...wakakakaka...tak kira dan tak kisahlah bergambar kat mana saja... mesti senyum nampak gigi, sampai ada yang kata iolss buat iklan ubat gigi pulak...wakakakaka...nak buat macam mana dah memang sejak azali macam tu... Walaupun gigi tu besar2 macam gigi rabbit kannn? Nak jugak senyum nampak gigi... *_^

Sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan, "Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW." (Hadis Riwayat At-Tirmizi).

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan.Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
 
3. Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum uols ketawa.
 
6. Uols juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
 
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’.
 
9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
 
11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
 
12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
 
13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik.Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut : ” SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”.

KREDIT: SINI

Senyumlah senyumlah ahai cek mek molek...nyanyinya M.Daud Kilau...ahakss..tapi jangan senyum sentiasa tak tentu pasal pulak, tak perlu senyum pun nak senyum jugakkk, itu dah something else tu...  

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel 15 Fakta Tentang Senyum... ^_^, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, March 21, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

22 comments:

  1. Senyum seindah suria
    Yang membawa cahya
    Senyumlah dari hati
    Duniamu berseri

    Senyum... X perlu kata apa2... Sedekah yg paling mudah... ^_____^

    ReplyDelete
  2. senyum itu sedekah juga beri pahala selain menenangkan jiwa .

    ReplyDelete
  3. Senyumlah....walaupun ia pahit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tu memang tak mudah, tapi Farah ok jer kak... pahit pun senyum jugak... ^_*

      Delete
  4. senyum itu awesome...suka tengok orang senyum^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila tengok orang senyum kita pun turut tersenyum...

      Delete
  5. senyum samapi kejong bibir. kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. LM senyum sampai kejong bibir tu macam mana ek?

      Delete
  6. Nice sharing sis.

    Senyum tu sedekah, ditambah lagi untuk awet muda :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. part sedekah dan awet muda tu yang cliche-nya

      Delete
  7. senyum kan sedekah..tapi berpatutan jugak senyum tu jangan sampai ada orang cakap mereng..kih2

    ReplyDelete
    Replies
    1. mih mih mih... senyum tak tentu pasal tu must be something else la tu...

      Delete
  8. :)
    senyum, x perlu kata apa-apa.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. senyum juga bagus untuk exercise dalaman!!! ^_*

      Delete
  9. nak senyum bila hati tengah marah..susah ooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang susah tapi kalau berjaya memang hebatlah tu...

      Delete
  10. Senyum biar bertempat. Jangan senyum sorang-sorang sudah lah, nanti orang ingat tak betul pulak. heee

    ReplyDelete
  11. Baca entri ni sambil tersenyum....nak awet muda sambil dapat pahala sedekah katanya hehe....

    ReplyDelete
  12. Suke tengok senyuman kak farah..sweet je :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia