Home » , , , , » Warna Warni Dunia Blog...

Warna Warni Dunia Blog...

Source Extracted from Google
Upon few years involving dalam dunia blog dan mula menulis secara maya secara serius semenjak 2-3 tahun kebelakangan ni, I could see the rainbow of blogging world... Dunia blog ini penuh dengan warna warni dan ada pelbagai perkara yang boleh kita lihat, ketahui dan pelajari... Banyak sangat perkara...agree tak uolss??? Iolss salah ke iolss betul???

Pada saya, bermacam perkara yang kita boleh pelajari dan adapt dalam kehidupan kita dan juga dalam pembentukkan sahsiah diri kita sebagai seorang insan. Apakah warna warni yang saya maksudkan...

DUNIA BLOG ITU BUKAN SENDIRI
Dalam dunia blog, sekurang2nya kita tahu bukan kita sendiri... alone... Bukan kita seorang sahaja blogger yang ada di dunia, tetapi orang lain juga. Dunia blog menjadi satu platform penulisan secara maya yang mana, bukan diri kita sendiri menulis untuk pengetahuan, memori serta pembacaan kita sendiri, tetapi juga for others... Kita membaca blog orang lain, dan orang lain membaca blog kita... unless uolss buat blog untuk pembacaan sendiri dan di-privatise-kan lah... hik hik hik...Ataupun uols set option to ONLY INVITED READERS...but yet still ada pembaca kann??? Seseorang blogger itu tidak akan dapat bertahan, not exactly what I want to say, ermm... dengan kata mudahnya, tidak akan mendapat trafik ataupun komen2 sekiranya dia memilih untuk menjadi blogger sendirian... Maksudnya blogger sendirian di sini... blogger yang menulis secara maya entri2 mereka, dan tidak membaca blog2 lain, beramah mesra dengan blogger lain, jadi humble, down to earth dan juga blogwalking ke blog2 lain selain meninggalkan jejak... (tak semestinya kena komen bila pergi ke blog seseorang, perkara ni tiada paksaan... kalau paksa macam mana pula dengan stalkers...muahahaha...pilihan terletak di tangan seseorang blogger itu sendiri, macam mana dia nak mencorakkan perjalanan dunia blog dia)....

DUNIA BLOG MEMBUATKAN KITA MEMPELAJARI TENTANG INSAN
Manusia ni ada pelbagai sifat serta sikap... bermacam ragam, bermacam kerenah... Walaupun, kita tidak banyak menghabiskan masa dengan 'outing' atau aktiviti2 lain dan 2/3 dari masa lapang kita dihabiskan dengan berblog ataupun ber-blogwalking, kita masih boleh mempelajari sesuatu tentang sifat serta sikap manusia. Kita boleh kenal secara maya dan tak semestinya betul dengan apa yang kita lihat di dalam dunia blog ye... Melalui penulisan maya seseorang kita boleh cuba membaca jenis bagaimanakah seseorang itu dan bagaimanakah attitude seseorang itu. Well, it's not to assume, tapi kita boleh melihat pelbagai jenis blogger di luar sana. Especially personal bloggers....

Ada blogger ragamnya terlalu suka dengan aktiviti2 outing, ada blogger ragamnya suka bercerita tentang things happening or evolving surrounding them such as current news, current gossips, ada blogger ragamnya suka berkongsi maklumat, ada blogger ragamnya suka menceritakan tentang kisah kehidupan peribadi mereka tak kira yang terlalu details ataupun tidak.... ada blogger ragamnya suka bercerita tentang hobi mereka... Well, all of this is something fun to learn something fun to read.

DUNIA BLOG SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT
Ada di antara kita, yang kadang kala terlepas dengan sesuatu berita atau perkara. Apa yang saya perhatikan (termasuk diri sendiri), blogger2 pantas mencakup berita2 hangat terbaru untuk dikongsikan di dalam blog masing2. Bagus perkara ni sebenarnya, kerana dengan cara yang sebegini, kita dapat juga mengetahui tentang berita2 semasa atau perkembangan terkini sesuatu perkara itu. Diakui ada berita2 yang saya dapat dan ketahui bila mana ber-blogwalking dan kemudiannya baru dengar atau tengok berita tu. ^_^... Al-maklumlah, sibuk dengan tugasan di pejabat dan bila di rumah sibuk dengan rumah dan juga anak... Jadi blog adalah salah satu saluran maklumat juga bagi saya, sebab tu penting yer menyadurkan maklumat yang betul kepada pembaca uols. Jangan sampai tersalah maklumat....

Selain berita, dunia blog juga sebagai sumber maklumat tentang kehidupan...contohnya petua2, resipi, tips2, dan juga pengalaman seseorang dalam kehidupan mereka yang mungkin juga berlaku pada kita. Bila membaca, ada kalanya kita ter-inspired ataupun kita dapat mengetahui sesuatu maklumat itu untuk kegunaan diri kita sendiri.

DUNIA BLOG MENAMBAH KENALAN
Umum mengetahui, setiap manusia mempunyai kenalan sama ada di sekolah, universiti, tempat bekerja ataupun kawasan perumahan. Dan dengan adanya dunia blog, kita juga dapat menambah kenalan dari seantero Malaysia... dari segala mana ceruk dan tidak limited pada satu kawasan juga. Orang dulu2 kata penpal, now kita ada penpal secara maya. Walaupun mungkin ada di antara blogger2 yang tidak pernah bersua muka, tidak mustahil blogger2 boleh menjadi BFF! Why do I say this??? Ok, kita tak pernah jumpa, tapi kita sering meninggalkan jejak di blog masing2.. lama kelamaan kita akan kenal dengan seseorang  blogger lain dan kita boleh nampak flow dia yang kita ni lama kelamaan selesa berkawan dan seterusnya menjadi BFF.... Memang tidak mustahil... Yang jadi adik kakak pun ada macam iolss dan kawan2.... dah macam adik beradik... Dari blog dipanjangkan ke What's App ataupun phone call... Kemudian dipanjangkan kepada pertemuan...Indah tak??? Indah kannn???

DUNIA BLOG SEBAGAI MEDIUM DISKUSI/PENDAPAT
Dunia blog itu juga boleh digunakan sebagai medium diskusi/pendapat... tempat perbincangan serta permintaan pendapat dari pihak ketiga tentang sesuatu perkara...Contohnya, di mana nak beli powerbank yang bagus??? di mana nak dapatkan sesuatu barangan tu dengan harga yang lebih murah??? bagaimana cara nak selesaikan masalah yang mungkin kita hadapi such as masalah baby tak nak makan ubat ke? (macam mana cara orang lain bagi anak makan ubat), masalah batuk yang tak berkesudahan ke? (macam mana nak hilangkan batuk)... tapi bukanlah sebagai platform untuk mengadu domba tentang rumahtangga yang terlalu peribadi ek uolss??? Masalah rumahtangga bukanlah sesuatu yang sepatutnya dikongsikan secara umum dan ke seantero Malaysia atau dunia... masalah rumahtangga seharusnya diselesaikan bersama pihak yang bertanggungjawab (maksud di sini, masalah perhubungan...)

DUNIA BLOG ITU ADA JUGA SUDUT HITAM-NYA
Ohooiiii, bunyi macam serious benau... dalam tak serious, ianya serious juga... setiap sesuatu perkara yang indah pasti ada sudut hitamnya... macam dalam kehidupan juga, tak semuanya indah, ada juga sudut hitam yang ada kalanya menjadi parasit dalam kehidupan kita dan membuatkan kita tak suka, sedih, bermuram durja, stress and so on so forth.

Sudut hitam ini adalah bila mana, ada orang copy pasta entri orang lain tanpa sebarang kredit dan claim itu adalah entri beliau, ada orang mencedok idea orang lain tanpa sebarang kredit dan claim itulah hasil tulisan maya beliau yang original, ada orang cuba untuk membunuh 'blogger market', ada orang yang cuba menjatuhkan blogger lain (sad but true, biasalah bila perasaan iri menebal dalam diri kannn? begitulah jadinya...), ada orang suka melakukan provokasi, ada orang pula seolah2 suka bermusuhan sesama sendiri... ada orang suka sangat bajet diri sangat bagus dan retis sampai tak sedar ada sifat riak dalam kesamaran... ada orang suka mencanang atau menyindir secara terang2an tentang orang lain... seperti yang saya taip di atas tadi, ada pelbagai ragam.

Itulah bagi saya warna warni dunia blog yang mana, dunia blog ini kita yang corakkannya, sama macam kehidupan... pada saya yang penting... teruskan berblogging secara sihat... tetapkan direction blogging ini ke mana atau untuk apa (berbalik kepada apa dalam hati kita kenapa kita ber-blogging dan setiap orang berbeza2), support sesama blogger dan elakkan permusuhan dengan sesiapa pun di dalam dunia blog...kalau yang dah tak boleh ditolong tu, pada saya adalah lebih baik jadi ignorance... kerana biarkan mereka dengan dunia mereka untuk bermusuh yang penting diri kita tidak sesekali ada niat sebegitu... Nawaitu itu kadang kala atau selalunya akan reflect balik dengan apa yang kita buat dalam kehidupan kita... lihat pada nawaitu dan lihat kepada ke mana arah kita dan di mana kita sebenarnya...

Saya tidaklah mengatakan atau merasakan saya seorang blogger atau insan yang bagus,perfect...jauh sekali top blogger ok??? muahahaha... masih jauh lagi untuk mencapai ke arah itu, tetapi setiap hari dalam saya berblogging ini adalah antara perkara2 yang sering bermain di fikiran saya yang mana ada kalanya saya tersenyum atau menggeleng kepala dengan sendirinya bila mengenangkan....

*Amboiii, panjang benau mencecehnya... muahahaha... dah nama pun Bubbly, tapi bila dah dapat menceceh, terus jadi panjang lebar...wakakakaka... Bubblynotes kan memang sinonim dengan entry panjang lebar a.k.a. long winded entries... lol... tapi nampak tak uols, iols jenis seseorang yang selalu berfikir... dan menilai keadaan serta situasi... *_^... Ermm, kalau ada mana2 salah silap tu, mohon ampun mohon maaf yer... Ini adalah dari sudut pandangan mata dan fikiran saya jer... Till then... Happy Saturday and cheeriosss... In Shaa Allah there'll be some more coming afterwards.... *_^

Source Extracted from Google
**Life is full of interesting things kan peeps??? *_^

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Warna Warni Dunia Blog..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Saturday, February 22, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

17 comments:

  1. Nice entry Farah...setuju sgt dgn semua points tu. Mmg dunia blogging telah menambahkan warna dlm hidup saya. Thanks Farah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. menambahkan warna dalam hidup kita semua para blogger...

      Delete
  2. yes, blogging full of colours....macam-macam input boleh kita dapat...^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. input yang positif dan juga input yang negative... ^_^

      Delete
  3. super pnjang entry kali ni ye..hehe..sbb dunia blog..sy boleh kenal akak =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. biela, bubblynotes memang penuh dengan entry yang super panjang....

      Delete
  4. Akak suka kaler piano tu yg colourful...begitulah blog penuh warna warni..

    ReplyDelete
  5. indeed... it's true... thanks farah. takpe bebel panjang2 asalkan mesej yang nak disampaikan jelas...

    ReplyDelete
  6. Yupsss penuh warni warni....yang penting harus digunakan dengan cara yang betul :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mia... yang penting digunakan dengan cara yang betul bukannya untuk provokasi atau cara bermusuh2an

      Delete
  7. Sy bru kenali dunia blogger selepas ceburi bidang secara serius thn lpas... Dan jmpe matlamat utama berblog dan insha Allah akan diteruskan selagi mmpu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mari kita sama2 mencuba mencapai matlamat kita dengan cara yang sihat....

      Delete
  8. bermacam² colours ade..tapi fiza tetap pilih pink..akekeke..betul tul kak,warna warni dunia blogger ni ada negative dan positive..apa pun kita kena pandang sudut positive dan gunekan dengan positive bawak aura positive..barulah maju jadi seorang blogger :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia