Tips Pilihan Tudung

Farah Waheda Wahid
19
Source Extracted from HERE
Amboi kemain lagi akak kan uolss...mentang2 peminat kental Sugarscarf ... hari tu review collection mereka di SINI dan hari ni nak kongsi pula dengan uolss tentang tips pilihan tudung..Bukan apa, kadang2 kita ni orang perempuan pening juga kepala nak matchmaking-kan tudung dengan attire ye tak??? Kadang2 memang rasa boring rotation yang sama jer, kadang2 tu disebabkan tak ada yang match, kadang2 tu memang tak reti... ha ha ha... tapi honestly iolsss memang suka buat colour blocking... Colour blocking techniques again boleh refer di SINI dan iolss minat colour2 yang bright dan tak suka colour2 yang kusam... hot mummy macam tulah kan??? Ahakss..hot sangat ker??? Sila muntah rainbow dan roll your eyes tanda meluat... muahahaha.... 

Secara asasnya pemilihan tudung perlulah mengambil kira beberapa faktor penting seperti fabrik, warna, saiz, corak, bentuk muka dan gaya pemakaian. Uolss haruslah bijak menggayakan tudung mengikut kesesuaian supaya uols tidak menjadi mangsa fesyen yang pelbagai sekarang ni.... sangat tak sesuai ok kalau jadi mangsa fesyen, kesian pun ada... hu hu hu...

Tips 1
Pilih tudung dari fabrik yang bersesuaian seperti kain kapas, kain kasa (bawal), jojet, lycra, jersey dan chiffon. My fave adalah chiffon, cotton, lycra... 

Tips 2
Jika memilih corak berbunga besar, padankan dengan baju kurung atau kebaya yang berwarna garang dan polos. Yang ni jaranglah, iolss tak berapa gemar tudung berbunga2 besar atau bercorak2 bunga ni...

Tips 3
Jika memakai baju yang bercorak atau berbunga, padankan dengan tudung yang mempunyai warna paling SIKIT di baju uols...

Contoh: Kalau warna pink paling sedikit di baju uolss, pilihlah tudung warna pink ok???   

Tips 4
Untuk uols yang berkulit kuning langsat, pemakaian tudung berwarna biru, lavender, dan pink akan menyerlahkan lagi keserian wajah.

CAREFUL!!! elakkan tudung berwarna hijau dan kuning supaya tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya.

Tips 5
Cuba elakkan memakai tudung dan baju yang sedondon. (colour blocking peeps!!! woot woot...)

Tips 6
Elakkan pemakaian tudung berwarna gelap dan kusam untuk mengelakkan uols kelihatan lebih berusia. Oh no!!! Memang tak minat warna2 kusam...

Tips 7
Untuk penampilan yang lembut tetapi ceria dan berkeyakinan tinggi, pilihlah tudung polos atau kosong yang berwarna cerah seperti pink, kuning dan biru.

Tips 8
Bagi wajah yang berbentuk bulat, pilihlah tudung yang bercorak kecil dan tidak penuh. Ia untuk mengelakkan wajah uols kelihatan penuh dan tidak terurus.

Tips 9
Bagi uols yang berkulit putih disyorkan memakai tudung berwarna hijau, ungu dan lavender untuk wajah lebih segar.

CAREFUL!!! Tudung berwarna pink akan membuatkan uols kelihatan pucat. I mean mungkin apa yang dimaksudkan pink lembut kot. Iolss suka electric pink...he he he... Fresh giteww...

Tips 10
Buat pemilik kulit sawo matang, warna hijau dan kuning membuatkan uols kelihatan lebih cerah dan terang. 

CAREFUL!!! Cuba elakkan memakai tudung berwarna kelabu gelap supaya wajah uolss tidak kelihatan kusam.

Tips 11
Pastikan tudung uols dikemaskan di bawah kerongsang selepas dipinkan tudungnya. Ia bertujuan mengelakkan lilitan tudung kelihatan seperti mengelembung.

SUMBER: SINI

Hopefully, tips2 ni dapatlah membantu seadanya. ^_*

Post a Comment

19Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Replies
    1. lya serupa dengan akak... tapi hitam tu satu kemestian, yang plain punya...

      Delete
  2. salam..

    wahh bg tps dier..hehe thanks ye! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he, sama2 kita berkongsi tips yang menarik... my pleasure yaya...

      Delete
  3. Sy smst tudung bidang besar je.. Klu shawl pun sama.. Besar n x jarang tpi kain lmbut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau maria memang akak dah faham sangat... heee... ^_^

      Delete
  4. bagus tips pilihan tudung ini.. aiza suka warna cerah..

    ReplyDelete
  5. wahh banyak tips akak ni..good! boleh diaplikasikan nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sharing what is necessary and beneficial to each one of us... *_^

      Delete
  6. Akak suka warna lembut...kadang2 main belasah jer pakai..

    ReplyDelete
  7. Akk suka kaler kaler gelap tp berseri.

    ReplyDelete
  8. bab kaler ni akak ikut mana yang padan dengan baju... cuma pesen tudung je yg berubah.. adakalanya suka bawal, kekadang shawl dan sekarang ni lebih pada tudung sarung sebab mudah...

    ReplyDelete
  9. banyak tips ni kak..
    tudung banyak tapi dok ulang pakai yang sama jugak..

    ReplyDelete
  10. skun ni k.el suka pakai wide cotton shawl ritu dah beli byk ms online hahaha
    tp k.el skun nak try chiffon wide cotton shawl pulak..tp bukan hat jarang tu..jenis licin ape ntah org pggil huhu

    ReplyDelete
  11. sy suka pakai tudung bunga2 yg kecik2 tu kalau nak padankan ngan jubah plain. nampak cantik :D

    ReplyDelete
  12. Nice......tp ayut suke kelabu..haha.nmpk brrusia la gamaknya driku....

    ReplyDelete
  13. jarang pakai yang colour block... kak mia selalu pakai warna yang dark atau yang lembut2..

    ReplyDelete
  14. Errrmmmm... Perkongsian yang baik untuk semua wanita bertudung di luar sana..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !