Home » , , , , , , » Tips Memilih Pakaian Bayi/Anak...

Tips Memilih Pakaian Bayi/Anak...

Source Extracted from Google
Babies and kids nowadays memang dah ikut peredaran fashion. Zaman2 kita dulu, kita pakai jer apa yang parents kita beli dan dijual di malls... Tapi dengan kemajuan dunia fashion, babies and kids, kecik2 lagi dah jadi stailista... he he he... Fashion designers out there dah mula explore how to design babies and kids wear dengan cara yang lebih stailista... Kecik2 dah pakai baju ala2 orang dewasa... Just look at how Amber Chia dress up kan anak dia... 

Source Extracted from Google
Kecik2 dah bergaya uolss... I loikee!!! Ni mak supermodel ke anak supermodel ni??? Haruslah dua2 kann??? Biasanya kaum mak2 macam iolss ni lah yang akan teruja lebih2 dan over reacting dalam nak dress up kan anak... Muahahaha...itulah penyakit Mummy Ash... suka sangat dok beli baju untuk anak... esok2 kalau dah besar tak boleh pakai dan tak muat... simpan buat museum jer... ihikss...kalau Ash tak beradik lagi lah, kalau beradik boleh turun pada adiknya... *_^... 

Tapi sometimes mungkin akan muncul juga dilema dalam memilih pakaian untuk si comel kan??? Lazimnya selepas bayi lahir, banyak kenalan menghadiahkan baju bayi buatnya. Selalunya baju yang diterima bersaiz kecil berbanding baby uolss (dalam kes iolss tak, semua besar2...hik hik hik)... Tips memilih pakaian bayi/anak??? ....

1. Mudah Dibasuh dan Warna Tidak Luntur
Dalam tempoh beberapa minggu, saiz baju baby akan berubah. Oleh itu beli baju yang mudah dibasuh dan fabrik yang selesa. Jika beli baju yang berwarna pastikan warna tidak mudah tanggal apabila dibasuh.

2. Pengaliran Udara
Umum mengetahui 5 bulan pertama bayi membesar dengan cepat. Keadaan ini membuatkan baju baby kelihatan baru kerana hanya digunakan beberapa kali sahaja. Cari baju bersaiz besar untuk memberikan keselesaan kepada si kecil ketika memakainya. Malah ia membantu pengaliran udara dengan baik dan mampu mengelakkan ruam. 

Setakat ni, baju2 Ash semua saya beli yang besar sedikit dan suka juga pakaikan dia baju lubang2 tu... bagi 'air' sikit...supaya dia tak panas dan naik ruam...Ash ni lain macam sikit, kalau panas ruam cepat naik dan muka merah macam epal. Hik hik hik...

3. Saiz Besar
Kadang kala susah mencari saiz baju bayi lelaki yang agak besar berbanding baju bayi perempuan. Really? Is that so??? Ok, saya tak tau dan baru tau ni. Yang saya tau baby boy limited choices kalau salah pergi tempat shopping. Muahahaha... Apabila kesuntukan masa atau tiada pengetahuan mengenai kedai berdekatan, uolss mungkin terus membeli baju si kecil sekadar 'tangkap muat sahaja'. Akibatnya, baju si kecil hanya boleh dipakai beberapa bulan sahaja. Sebaiknya beli baju bersaiz besar supaya tahan lebih lama. I agree!!! *_^...

4. Mudah Dipakai dan Ditanggalkan
Jenis baju berbutang adalah dicadangkan untuk baby berusia 5 bulan pertama. Baju jenis ini mudah dipakai dan ditanggalkan. Bagi bayi pra-matang, pastikan baju yang dibeli dilengkapi topi untuk melindungi kepalanya daripada udara sejuk.

5. Masih Boleh Dipakai
If uolss plan nak ada baby lagi, baju baby yang tidak muat dan masih elok perlu disimpan di tempat yang kering dan dibungkus dengan kemas untuk mengelakkan daripada gigitan tikus. Jika perlu letakkan pewangi supaya baju tidak berbau ketika dalam simpanan uolss.

6. Kain Kapas
Kulit baby lembut dan sensitif. Pemilihan jenis fabrik iaitu jenis 100% kain kapas membantu mengelak daripada masalah kulit kepada bayi. Jenis kain kapas yang mudah menyerap peluh memberi rasa cosy kepada si kecil. 

Kredit: SINI  

*Bila cerita bab beli baju ni, iolss is jeles dengan baby2 girl punya design selection sebab kaler pink kan??? Ash??? Boleh pakai kaler pink, tapi takkan nak bagi pakai selalu, nanti lain pula jiwa dia...ahakss... once a while oklah.... heee.... anak lelaki kena keras dan kental... jadi kita pakaikan warna yang bersesuaian lah...pink is ok...but not always... takut2 nanti minat ter-divert pula... Masya-Allah...mintak simpang ler hendaknya... 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Tips Memilih Pakaian Bayi/Anak... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, February 10, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

26 comments:

  1. Baby girl mmg banyak pattern baju yg cantik..


    ReplyDelete
  2. baju baby mmg boleh kasi abis duit mak ngan ayah..
    hehehe..
    suma kiut miut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah penampakkan gaya macam shark esok2 bila ada anak banyak habis duit shopping baju anak ni... untung anak shark...

      Delete
  3. Baju baby girl memang comel.... pink purple... Tapi sekarang ni baju baby boy pun dah macam macam design. Kena pandai pilih tempat nak membeli... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ros kena pandai pilih tempat nak membeli untuk baby boy ni...

      Delete
  4. Tringat last 2 weeks cari baju baby, dlm 1 year la. Punya lama nak pilih... Hehe. Tak besa beli katakan...

    ReplyDelete
  5. Baju baby semuanya cute-mute kan Farah especially baby girls..nasib Ash baby boy kalau tak boleh imagine mummy dia shopping camne..he..he

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini pun dah shopping sakan... oh my... i cudn't imagine if i got a girl next time round... he he he

      Delete
  6. To ash xrisau sbb mummy ye ada..penasihat fesyen terbek utk ash.hihihi.up to date punye fesyen :)

    ReplyDelete
  7. kalau ash pakai pink, habislah mummy kalah..hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak tergugat pulak kedudukan mummy nanti... muahahaha...

      Delete
  8. salam sis farah..btl tu setuju kalau selalu dipakaikan pink lain plak nnti jiwanya :D

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum farah. thanks sharing tips berguna ni. in shaa Allah akan diamalkan ketika nak shopping barang baby (",)

    ReplyDelete
  10. Nice tips.. Nanti dah ada anak boleh apply tips2 ni.. Thanks Farah.. =)
    http://miezashaklee.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. ni yang excited nak membeli ni..tapi belum ada rezeki lagi kak

    ReplyDelete
  12. kami klo tgk elok ja terus beli..tu pun kat ank org,,,hehe

    ReplyDelete
  13. tips bagus ni..nanti dah ade baby boleh ikut ni..

    ReplyDelete
  14. aduss..bab baju anak ni..memang tiap bulan spend untuk anak..cepat membesarkan..

    ReplyDelete
  15. Mmg utamakan kain sejuk utk bby dan ank2... Fesyen yg x ketara nmpk kn bntuk bdn sgt bila bby besar... Dan i tak minat legging..sbb rasa mcm terseksa je ank pkai suar ketat2 tu..

    ReplyDelete
  16. Baju kanak-kanak sekarang, banyak betul.. Mahal mahal pulak tu..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia