Home » , , , , , , , , , » Santapan Untuk Semalam!!! ^_^

Santapan Untuk Semalam!!! ^_^

Hamik ko, tak senonoh kannn? Gambar lauk dalam kuali pun nak di-snap...kurang2nya masuklah dalam pinggan atau bekas dulu ke...buat plating dulu ke...Ini kekunun fresh from the wok...wakakaka... Dah lama kan tak berkongsi resipi kat Bubblynotes... ni entri nak kongsi resepilah ni...hik hik hik..

Semalam iolsss bercuti2, kekononya menghabiskan baki cuti tahunan yang ada 3 hari lagi tu dari tahun lepas... hik hik hik..baru clearkan sehari, nak kena clearkan sebelum 31st March 2014 ni... tu tengah planning2 lagi ni bila nak cuti ni...hik hik hik.. Jadi bila dah cuti tu, ambil kesempatan memasak untuk santapan semalam... *_^... Kalau hari kerja ikut juga, kalau dah lewat sangat sampai dalam pukul 8.30 malam ke 9.00 malam ke, memang tak masak ler... kalau masak pun yang simple2 jer... sangat simple macam sambal sardin ke, telur goreng ke, sambal goreng ikan bilis ke... yang simple2... sebab biasanya akan masak lauk pagi untuk mama makan tengah hari dan saya bawa bekal ke office... jadi lauk masak pagi2 buta pukul 3 pagi tu masih ada lagi dan elok lagi untuk dimakan... 

Masak daging iolss semalam.. tapi tak tau nak bagi nama apa...ekekeke... Ainim Suju suka lah ni, sebab dulu pun dia pernah cuba resepi Ayam Goreng Kari saya... dan kini saya olahkan pula dalam bentuk daging... Saya kongsikan kalau2 ada yang berminat...Iolss tak adalah pandai tahap MasterChef masak, tapi bolehlah masak untuk disuap ke mulut family...he he he... 

Bahan2:
1kg daging dipotong dadu (kalau masak saya selalu guna daging batang pinang...sebab senang empuk dan tak liat)
3 sudu makan cili kering yang telah dikisar
2 1/2 sudu makan serbuk rempah kari daging (nak yang serbuk yer jangan gaul dengan air uolss)
1 biji bawang besar potong bulat2 jadi ring...he he he
6/7 ulas bawang putih dicincang
1 tangkai daun kari
2 sudu makan sos tiram
5 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan minyak masak
Garam
Gula/Serbuk Perasa (ikut mana yang uolss biasa dan guna)

Cara2:
1. Rebus daging sampai empuk dan simpan air rebusan daging tu sedikit.

2. Panaskan kuali, masukkan minyak dalam lebih kurang 3 sudu makan dan biarkan minyak cukup panas dulu yer uolss...

3. Bila minyak dah panas, tumiskan bawang putih yang dicincang tadi sampai kekuningan. Lepas tu masukkan cili kering yang telah dikisar tadi, masukkan serbuk rempah kari. Tumis sampai naik bau dan garing sikit yer.

4. Bila dah naik bau, masukkan sos tiram, masukkan kicap, masukkan satu tangkai daun kari. Biar seketika. Masukkan daging yang dah direbus dan kacau sampai rata.

5. Masukkan rebusan air daging yang disimpan tadi dan kacau perlahan2.. masukkan garam dan serbuk perasa/gula secukup rasa. Biar sampai masak, lepas tu angkat dan boleh hidangkan.

Kalau nak mencuba tu saya ucapkan selamat mencuba yer...kalau tak nak pun tak apa...he he he...saja2 jer kongsi dengan uolss... *_^.... 

Tapi macam biasa siapa yang dah mencuba tu, bagi tau ok, tak pun hantar sepinggan pos kat iolss... kalau dah cuba ceritalah...nak tau juga pendapat uols...sedap ke tak ok ke tak resipi olahan ni...ekekeke.... *_^

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Santapan Untuk Semalam!!! ^_^, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, February 7, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

30 comments:

  1. masak utk sally! sally malas nak try..hahahaha :D

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. cubalah kak t kalau nak tau sedap ke tidak.... he he he

      Delete
  3. ok...new recipe..nanti nak cuba..leh bawk pi opis..now mcm dah pening x tau nak masak apa lagi dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kak kalau hari2 masak boleh jadi jam....

      Delete
  4. Macam sedap ja. Nanti kalau nak try boleh godek-godek entry ni. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kalau dah try bagi tau akak tau IM...

      Delete
  5. wah mmg sedaplah kalau tgk dari rupanyer ni farah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak rasa lagi mana taunya sedap ke idak kak... he he he...

      Delete
  6. favourite akak jugak.....sedapnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah akak pun pernah olah macam ni juga yer?

      Delete
  7. Replies
    1. fiza kalau tergoda nanti ada masa silalah cuba... ^_*

      Delete
  8. Replies
    1. ha ha ha... rasa macam tak senonoh jer... dalam kuali dah ambil gambar....

      Delete
  9. Kalau letak rempah tu memang Ros suka.. boleh try ni.. thanx kak farah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti dah try jangan lupa inform akak tau suka ke tak dengan rasanya...

      Delete
  10. nampak sedap...tapi daging masak ape ne farah??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha tu lah cik, tak ada nama lagi lauk ni...

      Delete
  11. Replies
    1. uhukss abak tak rasa lagi dah kata sedap??? he he he

      Delete
  12. daging sambal kicap...hee.. mesti sedap kan? sedap tak?hhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh juga akak bagi nama tu... Farah pun tak reti nak bagi nama... tekak Farah rasa sedaplah kak... he he he

      Delete
  13. tetiba rasa lapar la kak... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha deno kalau lapar gi makan, tak elok biar perut kosong... he he he

      Delete
  14. wahh.. nak try buat lah.. thanx farah

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia