Home » , , , , , , , , , , » Rahsia Tangisan Bayi!!!

Rahsia Tangisan Bayi!!!

Asal cerita ke arah parenting jer, tempek gambar Ash, asal cerita ke arah parenting jer, tempek gambar Ash... muahahaha... harap maaflah sekiranya ada yang bosan yer... tapi ada kena mengena juga dengan dia...ekekeke... boleh??? 

Untuk mummy2 kat luar sana yang dah experience mungkin dah tau...untuk newbie seperti saya dan bakal mummy2 kat luar sana tu, jomlah kita sama2 memahami rahsia tangisan bayi...Ahakss...nangis pun ada secret??? Ekekeke.... 

Terbaca di SINI

Setiap kali mendengar tangisan bayi, ibu mana yang tidak akan risau kerna tidak mengetahui mengapa bayi itu menangis. Adakah kerana lapar??? perut kembung??? atau lampin basah??? Maka pelbagai usaha akan si ibu lakukan satu persatu untuk melihat kehendak si comelnya. Alangkah mudahnya jikalau kita memahami apa yang si comel kita cakapkan... .muahahaha...bahasa German dan Korea itu... *_^ 

Pricilla Dustan, dikatakan mempunyai photographic memory of sound menggunakan kelebihannya untuk mendengar tangisan anaknya. Kemudian dia mengesahkan kajiannya ke atas 1000 bayi baru lahir. Bayi tidak kira bangsa, daripada umur 0-3 bulan mempunyai jenis tangisan yang sama. Jom kita ungkap rahsia tangisan bayi...
"OWH"
Makna tangisan bayi ini adalah menandakan jika bayi tersebut mengantuk.

"NAH"
Makna tangisan bayi ini adalah menandakan jika bayi tersebut lapar.

"HEH"
Makna tangisan bayi ini adalah menandakan jika bayi tersebut dalam posisi yang tidak selesa.

"EIR"
Makna tangisan bayi ini adalah menandakan jika bayi tersebut mahu "membuang"...ekekekeke...

"EH"
Makna tangisan bayi ini adalah menandakan jika bayi tersebut ingin bersendawa. Sila sendawakan baby uolss ok???

Agak2 macam mana??? Boleh faham tak mummies and daddies... atau boleh tak bezakan bunyi2 tersebut. Agar sukar tapi kita pasti mengenal anak masing2 kan??? Mudah sahaja megenal kerenah  anak sendiri. Bayi juga boleh dikenali dengan "body language" bila menangis. Jom kita tengok apa yang boleh kita kenali...

TANGISAN BAYI LAPAR & INGIN MENYUSU
Bayi akan menangis jika ia lapar. Tangisan haus terdengar dalam nada berulang2. Pertama, ia menangis lalu berhenti untuk mengambil nafas, kemudian menangis lagi, aktiviti ini terjadi berulang2.

TANGISAN BAYI MEMBUANG AIR BESAR
Lampin yang basah membuatkan bayi merasa tidak selesa sehingga ia kan menangis. Suara bayi pada awalnya terdengar perlahan, kemudian makin keras. Bayi terlihat menggeliat di tempat tidurnya.

TANGISAN BAYI SAKIT
Keadaan ini akan membuat bayi terus menangis. Tangisan sakit diawali dengan nada tinggi, hampir seperti jeritan, kemudian bayi terengah2 pada saat menarik nafas, lalu menjerit lagi. Segera mencari punca sakitnya. Periksa perutnya takut2 kembung. Periksa seluruh badannya untuk mengetahui punca bayi menangis. Mungkin juga ada serangga kecil yang menggigitnya atau macam2 kemungkinan lain. Ha ha ha, tercalar kulit dan luka sikit sebab kena kuku panjang ke??? 

TANGISAN BAYI BOSAN
Amboiii, dia pun pandai nak bosan jugak uolss...Hik hik hik... Bayi cenderung bosan jika terlalu lama berbaring. Tangisan yang menandakan anak bosan terdengar mirip teriakan. Bayi tidak akan berhenti menangis selama ia merasa bosan.

TANGISAN BAYI MINTA DIDUKUNG
Kepalanya mungkin terangguk2 untuk beberapa detik, dan mungkin uolss melihat bahawa ia menggosok2kan tangannya pada mata serta wajahnya. Mengatasinya, ayunlah ia perlahan2 sampai ia tertidur. Ash selalu macam ni tau...pandai minta dukung yer...ekekeke.... macam cat usap2 muka...

TANGISAN BAYI KESEPIAN
Yang ni paling tak menahan ayat...kesepian ko...ekekekee...syahdu jer bunyi... Bayi senang jika ibu bapanya berada dekat dengannya...Memang punnnn... Jika ia merasa kesepian, tangisannya akan terdengar bernada sedih, bukan marah... Kesian anak iolsss, ada kalanya kesepian rupanya... 

Itulah ilmu yang saya baca pada hari ini...hik hik hik...pada parents or parents to be out there...selamat mengenal anak masing2 yer... ekekekeke.... *_^

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Rahsia Tangisan Bayi!!! , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, February 5, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

38 comments:

  1. tangisan bayi kesepian..mommy nya gi jemur baju agaknya,kan.. good info untuk mommy n daddy baru..

    ReplyDelete
  2. macam2 plak jenis tangisan baby ye sis..dah blh tahu nie macam ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kalau dingat2 balik true also asha.... ^_^...

      Delete
  3. biasanya mak lah yg paling kenal makna tangisan bby diorg kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup kak agree with you, memang mak yang paling kenal tangisan baby...

      Delete
  4. acaner nak differentiate each and every one tu? anak-anak kenit nangis dulu sumer sama je notes dan pitching dia hahahaha. Tak boleh nak tangkap dia cakap 'eh' ke 'heh' ke. Ni kena study lagi ni hehehe :). Thanks for sharing dear :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah pun nak kena study further ni Kenit... he he he

      Delete
  5. Replies
    1. untuk ilmu dan kegunaan pada masa akan datang ek abak? ^_*

      Delete
  6. so lepas ni akak boleh tahu ash sebenarnya nak apa kan kak? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kira macam dah boleh agak dan baca jugaklah anim... he he he

      Delete
  7. anak sedara cik akak tu salu menangis minta dukung..hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. baby memang suka kalau didukung tapi tak ley ajar sangat cik akak... nanti kita nak buat kerja dah payah...

      Delete
  8. k.el yg dah masuk anak ke-4 pun still x tau beza tangisan mn satu..yg tahu bb ngis nak susu..ngantuk ngan xselesa pampers tu je haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kira expert lah tu kak el...hi hi hi... boleh nuntut ngan kak el ni...

      Delete
  9. owh lepas ni nk kne dgr jnis2 mengis ank buah ni
    nk tgu ank sndri xtau lg ble ..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah akan tiba masanya tu nanti MG...

      Delete
  10. macam2 jugak jenis taginsan baby ni..^_^

    ReplyDelete
  11. ade maksud setiap tangisan tu..good info untuk baru yang menjadi ibu ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 kita berkongsi ilmu pengetahuan fiza... ^_*

      Delete
  12. Bykye tangisan..abis cane nk beza bunyi tu plak kak..ad beza ea?hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. malam ni akak baru nak identify ayut... ekekeke... tiba2 dah mula nak peka pulak dengan jenis2 tangisan bayi tu...

      Delete
  13. Kat rumah nie dah lama tak dengar tangisan bayi...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa lagi kak??? tambah ler sorang lagi... ^_*

      Delete
  14. Rindu bila teringat waktu sengsara melayan anak menangis time malam2 & awal pagi dulu2.. bila anak2 dah besar sayu pulak bila terkenang waktu tu.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun pasti akan merasai moment yang abang maksudkan tu satu hari nanti.... ^_^

      Delete
  15. Hehe ye ke Farah....dah terlambat gayanya okje ni ..tunggu cuculah pulak hehe

    ReplyDelete
  16. CN paling suka tangisan masa irfan nak nenen..bunyi yer macam "hek..hek..hek" smbil muka gedik2 sondol2 nenen ! hehe

    ReplyDelete
  17. Nice sharing.. Lpas ni kna la perati dia nangis sbb pe.. Hehe

    ReplyDelete
  18. alolololo..ash tengah nangis ke tu kak..
    cute sungguh tau..
    bagus akak ni,sumer tahu..zee ni dah anak 3 pon tak pernah amik tahu benda ni..

    ReplyDelete
  19. ssh jgk nk tau bunyinye mcm mne bila menangis..hehe

    ReplyDelete
  20. deqla penah jugak baca ni kat fb...

    ReplyDelete
  21. Baru berkesempatan singgah sini..Thank u Farah sebab sudi singgah blog aida yang tak seberapa tu..pasal tangisan Bayi ni memang aida dah terer sikit bila anak yang ke dua..sebab dah ada pengalaman kan..so memang aida perasan sangat tangisan berbeza untuk keinginan yang berbeza jugak..

    ReplyDelete
  22. nice sharing farah. kdg2 x perasan perbezaan setiap tangisan tu kan. nnt baby nangis2 kat rumah tu, nak dengar jugaklah kenapa. hehehe

    ReplyDelete
  23. okeh, nak kena hafal satu2 nih.. klu bukan kat anak sendiri satu hr nt pun, utk anak buah yg ada d rumah tu

    ReplyDelete
  24. ilmu yang sangat bagus nie...terima kasih perkongsian..klu dgar betul2 memang kedengaran agak berbeza..tp kena perhati betul2 baru boleh kenalpasti...jemput singgah blog saya juga. tq

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia