Home » , , , , » Program Catuan Air Di Seluruh Selangor Mulai Hari Ini!!!

Program Catuan Air Di Seluruh Selangor Mulai Hari Ini!!!

Source Extracted from Google
Semalam during lunch hour my suami called me up to inform yang program catuan air di seluruh Selangor akan bermula hari ni. Dia kan kerja dengan air...he he he... dulu iolss pun kerja dengan air juga, dah kahwin I make a move, takkan iolss nak kerja satu department dan jadi head of department pada my suami pulak??? Sangat tak sesuaiii, nanti orang kata iolss pilih kasih especially bila part appraisal...muahahaha...karang kalau my suami dapat bonus 4 bulan orang keliling mengata pulak...tak adil-lah, pilih kasihlah itulah inilah... jadi seelok2nya I make a move setelah dipersetujui oleh kedua2 pihak...Jadi halnya kalau berkaitan dengan air ni memang cepat sikit sampai ke pendengaran iolss...wakakakaka..cuma tak berani nak buat statement di blog semalam, karang kena saman pulak iolss selagi tak ada press conference yang sah ye tak??? Bukan iolss kerja situ lagi... Muahahaha.... tapi kalau apa2 hal my suami and my ex-colleagues memang akan cepat2 halo halo inform... 

Bukan apa, suami risau sebab ada baby kat rumah. Yelah bila ada baby ni kalau tak ada air kan payah??? Bukan setakat baby jer, dengan mak2 baby dengan bapak2 baby sekali masalah ye tak... Orang kata biar tak ada elektrik jangan tak ada air...Pheww, nasib baik rumah iolss tu landed property, kalau jenis bertingkat teringat semasa krisis air tahun 1997 tu...walaupun duduk ground floor di apartment rumah lama di AU3, tapi nak mengangkut air dari tanker SYABAS ke rumah tu memang sengsara iolss tengok mama dan papa...masa tu iolss sekolah lagi... Sibuklah my suami tanya, rumah ada bekas nak simpan air ke tak, cukup ke tak... concern tu... yelah anak dia kat rumah kannn??? Sebab katanya, catuan air tu programnya lebih kurang cam ni... 2 hari ada air, 2 hari tak ada air... so pandai2lah nak menyimpan air ye tak???

Menurut sumber di SINI

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor akan melaksanakan program catuan air secara bergilir di seluruh negeri mulai esok bagi menyeimbangkan penyaluran air di kawasan yang mengalami gangguan bekalan sejak 7 Feb lepas.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata melalui program itu kawasan yang terbabit akan mendapat bekalan air selama dua hari diikuti catuan bagi dua hari berikutnya.

"Menerusi program catuan ini, kita janji setiap pengguna akan dapat bekalan air cuma ia akan dicatu iaitu penyaluran bekalan air dilakukan selama dua hari dan dua hari (berikutnya) tiada air dan seterusnya.

"Sekurang-kurangnya dalam seminggu, empat hari pengguna akan dapat air sepenuhnya dan catuan akan berlarutan sehingga ke suatu masa yang kita rasa sesuai untuk hentikannya iaitu apabila musim hujan bermula, dijangka akhir Mac," katanya selepas menghadiri perjumpaan bulanan penjawat awam di sini Isnin.

Beliau berkata program catuan air dilakukan bagi mengekalkan jumlah air sedia ada di empangan di negeri ini supaya ia dapat bertahan untuk dua bulan akan datang seandainya musim panas terus berlarutan.

Abdul Khalid berkata jika musim hujan tiba lebih awal, catuan itu akan dihentikan dan pihaknya akan memaklumkan keadaan sebenar krisis air pada pertengahan Mac depan untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata menerusi program catuan itu, kawasan di Selangor akan dibahagikan kepada dua zon dan notis terperinci berkenaan pencatuan bekalan air mengikut kawasan itu akan dikeluarkan selewat-lewatnya petang ini untuk hebahan lanjut.

Tambahnya, kerajaan negeri akan berbincang dengan pihak berkuasa tempatan di kawasan yang teruk terjejas bekalan iaitu di sekitar loji Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi untuk mencari jalan terbaik membantu meringankan beban masyarakat yang mengalami kekurangan bekalan air.

Justeru, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya menggunakan air sewajarnya dan menyimpan air mengikut keperluan bagi mengelak kekurangan bekalan selain mengurangkan aktiviti yang boleh membazirkan bekalan itu dalam keadaan cuaca yang panas dan kering sekarang.

*Rasanya it's better ada catuan air dari tak ada air langsung ye tak??? Uolss yang duduk di Selangor dan dalam kawasan2 yang terlibat ni, eloklah bawak2 tadah air dan simpan air yang secukupnya, nanti sendiri yang susah ye tak??? Dan ini semua adalah bagi mengelakkan kita semua mengangkut air dari tanker SYABAS ke rumah masing2...sakit badan oo...iolss dah tentu2 lah tak boleh angkat berat sebab tummy baru lepas potong kannn??? Siapa nak ngangkut??? Takkan nak suruh mama atau papa pula... jawabnya , sediakan payung sebelum hujannn..... Nak gurau sikit...ada yang tak mandi pagi ke pagi ni...hik hik hik... *_^ 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Program Catuan Air Di Seluruh Selangor Mulai Hari Ini!!!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, February 25, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

38 comments:

  1. kena standby air siap2. huhu. sy ni dah la duduk tingkat 4. baru naik tingkat 2 air dalam baldi dh tinggal suku dh. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak faham perasaan tu aisya...sangat sengsara kannn??? badan pun sakit2...

      Delete
  2. kenalah buat simpanan air dari sekarang,nanti takdelah putus bekalan air bersih...2 hari tu takde air...agak penat skit lah kan..harapnya ini untuk sementara...berdoalah hujan akan turun dalam masa terdekat nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. katanya sampai akhir Mac...entahlah kak eda, semoga masalah air ni cepat selesai....

      Delete
  3. akak pon lagi ada tong isi air..subuh lagi dah letak nasi...nak mkn luar time air xder nie mmg segala2 nya nk d pikir...:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kak macam2 benda yang nak difikir bila bercakap pasal air dan tak ada air ni....

      Delete
  4. masalah lagi ni babe.. adoiiii susah lah nak berak macam ni =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. simpan air siap2 babe, tadah air...he he he...

      Delete
  5. Nasib baik dapat en hubby kerja SYABAS...apa2 maklumat mesti la dapat kat isteri dulu kan...thanks adik sebab info ni...walau kawasan umah akak x terlibat...tetap akan terlibat jugak satu hari nanti kan....x sangka adim dulu kerja opis sama ngan hubby eh...patut la..cinta berputik....tp kagum la sebab adik yang keluar dari situ...hehehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. isteri kenalah beralah dengan suami kannn??? he he he...oopss cinta berputik??? cinta berputik tu dah lama... tapi bila adik masuk balik baru berbuah rendang semua bagai...muahahaha....

      Delete
  6. kena standby nie sis..payahnya kalau kena catu air

    ReplyDelete
  7. ala..time nak kuliah ni la nak catu air.hukhuk

    ReplyDelete
  8. mmg leceh xdok air nie..
    elektrik xdok bleh diterima lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. elektrik tak der boleh gigih cari sumber elektrik lain lagi kat luar selain rumah shark...

      Delete
  9. sian kawan2 yg dok kat selangor..
    harap2 masalah air ni dpt di tanggani dgn segera w/pun catuan dah dibuatkan
    sian lah yg dok umah betingket2..anak2 kecik bagai huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul yang duduk rumah bertingkek2 tu yang kesian kak el, lebih2 lagi yang ada anak kecik...

      Delete
  10. alhamdulilah farah setakat ni Johor ( SAJ ) masih dapat membekalkan air pada penduduknya seperti biasa..harap dapat mengunakan air secara berhemah dan cermat..

    semoga Allah dapat menurunkan rahmatnya amin...

    ReplyDelete
  11. cepat2 la hujan...ada anak kecik ni, susah kalau takde air...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, kalau ada anak kecik tak ada air ni memang payah...

      Delete
  12. Sabar jea ler sementara tunggu hujan turun, InsyAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah bang, mudah2an doa kita semua dimakbulkan oleh Allah SWT...

      Delete
  13. kat melaka masih ok lagi so far....hope keadaannya tak teruk sebegini...

    ReplyDelete
  14. betul tu,,nory lg rela tkde letrik dr tkde air,,,adoiii kena standby tadah air byk2 la cmni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nory jangan angkat air yer... suruh suami jer... take care dear...

      Delete
  15. susah xde air ni sebab air ni keperluan harian..kalau nak menyimpan selama 2 hari tu kenalah stand by tong² air besar..

    ReplyDelete
  16. kena start simpan air... kalau x, x mandi lah pergi kerja. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak rela dan tak sanggup tak mandi pergi kerja... hu hu hu

      Delete
  17. alamak, tadi Syabas ckp bukan utk seluruh negeri selangor..tp xper lah, sekurang-kurangnyer sentiasa beringat2 kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apa untuk kita beringat... mana tau tiba2 terkena pula pada kawasan kita...

      Delete
  18. Alhamdulillah... Kwsan kami x terlibat..

    ReplyDelete
  19. alahai kak... sebelom ni tak pernah risau bab ni, tapi skrg kena risau lah sejak jadi warga selangor. kehkehkeh

    ReplyDelete
  20. just keep praying supaya hujan turun ^^

    ReplyDelete
  21. Kami dah siap2 tadah air tp tempat kami belum dimaklumkan lagi bila takde air.. sama2lah kita berdoa agar Allah turunkan hujan rahmat & mengakhiri kemarau ini... aamiin..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia