Home » , , , , , » Pilihan Lokasi Percutian Yang Sesuai Mengikut Umur Anak

Pilihan Lokasi Percutian Yang Sesuai Mengikut Umur Anak

Source Extracted from Google
Siapa kata bila dah ada anak tak boleh bercuti dengan aman dan selesa??? Lagi seronok bercuti bila ada anak kan uolss??? ^_^... The more the merrier... Tapi tau tak??? yang sebenarnya, kalau nak bercuti ni bila dah ada anak seelok2nya kita kena pilih lokasi yang sesuai mengikut umur anak2??? Muahahaha...iolss pun tak tau tapi bila dah terbaca baru tahu... 

Aktiviti percutian bersama anak2 bertujuan untuk membuatkan mereka riang dan gembira. Betul tak??? Maybe bagi kanak2 yang sudah besar, mereka berasa seronok bila diajak berjalan tetapi macam mana pulak dengan yang kecik yang macam Ash tu...muahahaha... Panduan memilih lokasi percutian mengikut usia anak kita mungkin boleh membantu aktiviti liburan menjadi kenangan yang menyeronokkan... *_^

Let's check it out!!!

Bayi Baru Lahir
Paling mudah bercuti membawa bayi di bawah usia 3 bulan. Tiada rungutan daripada mereka kecuali sedikit gelisah, jika uols tak ada by side diaorang. Mungkin kerana mereka rasa kurang selamat dengan keadaan persekitaran yang baru. Sekiranya bercadang bercuti ke destinasi yang jauh dalam jangka masa yang lama, berjumpa doktor terlebih dulu untuk mendapatkan nasihat serta ubat apa yang perlu dibawa atau tindakan yang boleh diambil sekiranya berlaku perkara tidak diingini.

3 Hingga 6 Bulan
Ketika usia bayi sebegini, kita boleh membawanya ke destinasi pelancongan yang lebih jauh kerana mereka sudah boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran.

6 Hingga 12 Bulan 
Semakin besar semakin bijak. Perkembangan kanak2 semasa kecil sangat pantas. Ketika usia begini, mereka agak sukar dibawa berjalan. Mereka mudah mendapat kawan kerana begitu peramah dengan sesiapa sahaja. 

Ini masa yang sesuai untuk memperkenalkan mereka dengan persekitaran. Pilihlah lokasi percutian yang dekat dengan alam semulajadi.

12 Hingga 18 Bulan
Bersantai bersama kanak2 usia ini memang memenatkan. Mereka gemar mencuba sesuatu yang baru. Jadi bawalah mereka ke tempat yang mudah kita awasi. Contohnya ke kawasan percutian yang ada permainan yang dibina khas untuk kanak2.

18 Hingga 24 Bulan
Mereka semakin bijak dan lasak. Kita sudah boleh membawa mereka ke mana sahaja. Jika bercuti di hotel, gunakanlah kemudahan yang disediakan bagi mengelakkan kita penat melayan kerenah mereka. Berenang di kolam renang selain daripada bersantai boleh juga kita mengajar mereka berenang.

2 Hingga 3 Tahun
Mereka sudah boleh diajar berbincang untuk memilih lokasi percutian. Oleh itu, jangan lupa ambil kira pendapat mereka. Pada usia ini, kita sudah boleh mengajar mereka adab sopan apabila melancong ke tempat orang. Selain itu kita boleh mengajar mereka tentang kemahiran hidup. Jadi percutian berkhemah atau aktiviti lasak terutama kepada anak lelaki memang pilihan yang bijak.

SUMBER: SINI

Actually, apa pun lokasi pilihan kita kan, yang penting kita dan pasangan kita perlu bijak melakukan perancangan so that percutian tu lebih bermakna. ^_*

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Pilihan Lokasi Percutian Yang Sesuai Mengikut Umur Anak, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, February 24, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

27 comments:

  1. Pic tu mcm menarik jer...ke tepi laut pun ok gak..

    ReplyDelete
  2. Farah 1st time bawa emir jenjalan masa umur dia 6bln.. alhamdulillah masa tue tak byk ragam dia.. tp skrg mak aiiii lasak kemain.. jenuh dok mengepong akak..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu 6 bulan tak pandai jalan lagi Farah... la ni emir dah dapat kaki memey ler... he he he... Ash tunggu sikit hari lagi...

      Delete
  3. Sis nak bercuti ke mana tu.. dah kuar entry nak bercuti ney,, jeng..jeng.. jeng...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha, fiza seperti dapat memghidu sesuatu jer??? tak tau tu kena tanya abah Ash... kita tengok jer nanti... ^_*

      Delete
  4. musim panas2 mesti bercuti di tempat yg sejuk tak gitu farah.. ~_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak... farah memang suka tempat percutian tanah tinggi kak... macam genting, cameron and bukit tinggi...

      Delete
  5. klu travel ke tempat jauh guna flight ok tak bawa bayi yg masih muda ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh zam tapi sebelum pergi kena consult doktor dulu sebagai persediaan kalau2 berlaku apa2 yang tak diingini...

      Delete
  6. Tak kisah g mana pun.. X pnh lagi tggl ank dgn pngasuh semata-mata nk kuar dating... Dulu bertiga, mulai thun ni dh berempat la pula kuar dating..hhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu maria, jangan biasakan macam tu... akak pun tak mau kalau boleh tapi kalau keadaan2 yang tak boleh nak dielakkan terpaksalah... ^_^ macam annual dinner company ke...

      Delete
  7. cik buat mase ne belom lagi bertiga....
    so kalau nak dating pon pegi berdua dulu lah..huhuhu...belom ade rezeki kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah cik, nanti pasti ada rezeki tu... Farah doakan untuk Cik yer...

      Delete
  8. yang penting..senang nak riadah dengan anak3.
    Kita xmoody...depa xngamuk

    ReplyDelete
  9. insyallah akan datang kalau ada rezki :)

    ReplyDelete
  10. Qaisara dah pandai memilih jgk..huhu..skrg pilih nak mandi kolam saje..kiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. so you kena bawak dia ke tempat2 mandi kolam jer babe...he he he... holiday package with pool...

      Delete
  11. betul tu dear, pemilihan tempat percutian kena sesuai dengan umur anak terutama yang masih kecil. Keselesaan mereka perlu diutamakan apatah lagi kita ni yang menjaga mereka. Kalau meragam memanjang, dah tentu annti tak seronok nak gi jenjalan kan hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup agree, kalau anak meragam nak dibawa berjalan pun susah...

      Delete
  12. oh yess akak setuju..percutian kena tgok kesesuaian bila ada anak kecik...so nanti xde la masalah apa2 kan...budak2 kecik ni x leh nak bawak bercuti x tentu arah..kadang2 cakap org tua2 dulu2 pun kena amik kira jugak...sejuk sgt pun x boleh sebab takut balik nanti demam kan...apa2 kena la tunggu anak membesar dulu...ye x...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak bawak jugak boleh tapi kenalah consult doctor dulu takut apa2 perkara yang tak diingini berlaku ke, ataupun tengok dan buat research dulu tempat tu, jangan ke tempat yang pelik2 sudahlah...hu hu hu....

      Delete
  13. kalau dah ada anak perlu buat perancangan yang terbaik untuk keselesaan bersama.barulah best bercuti macam tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu fiza, percutiaan mestilah nak yang menarik dan seronok... happy happy...

      Delete
  14. anak baru 4 bulan..tggu 6bulan keatas ok dah cjkit nk bw gi bercuti ni..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia