Home » , , , , , , » Perwatakan & Identiti Melalui Penyampaian Entri Blog...

Perwatakan & Identiti Melalui Penyampaian Entri Blog...

Source Extracted from Google
Terpanggil untuk post entri ni bila mana membaca entri mentor saya kakak +Mia Liana / MiaLiana.Com tentang Hati-Hati Dengan Cara Penyampaian Entri Di Blog... 

Wah ada hati protege nak review entri mentor...lawan tokey ker kurang asam ni??? Ahakss..tak adalah sekadar nak mengupas ayat2 di sebalik entri ni sebab saya bersetuju dengan entri ni dan sememangnya entri ni ada kebenarannya... Seram sejuk uolss jari jemari iolsss nak buat entri review entri salah seorang blogger hebat dalam Malaysia ni...hik hik hik... Ok, back to the topic...
Apa yang Kak Mia kupaskan adalah tentang penggunaan bahasa serta cara penyampaian kita sebagai blogger. Nak jadi blogger??? Well, nowadays, semua orang pun boleh jadi blogger, dan memang dunia blog telah dibanjiri dengan blogger2 baru semenjak akhir2 ni. Dulu orang tak pandang pun blogger, tapi sekarang blog serta blogger dah mula bertapak di hati rakyat Malaysia. Tak percaya??? Hurm, kalaulah ada statistik yang boleh nyatakan berapakah jumlahnya blogger yang ada kat Malaysia ni... rasanya mau terbelalak biji mata masing2...ha ha ha... banyaklah iolss punya terbelalak kann? Entahlah saya pun tak pastilah berapa jumlah sebab sendiri pun tak tau dan tak pernah ada kot statistik rasmi menyatakan berapa jumlah blogger dalam Malaysia ni, kalau ada pun payah sebab tak statik dan pastinya setiap hari ada movement... 

Setiap blogger ada gaya bahasa mereka yang tersendiri dan ada cara penyampaian mereka yang tersendiri... melainkan kalau yang jenis tak ada identiti atau masih tercari2 identiti lah... tak pun jenis yang copycat identiti orang lain...eeeeiii tak mau jadi copycat ek uolss... tak sesuai ok??? Create your own identity as blogger... let people know that you are you...be true to yourself, tak payah nak sibuk2 nak tiru gaya bahasa atau gaya penyampaian entri orang lain semata2 kerana trying so hard to fit in dengan harapan orang suka bertandang ke blog kita, komen banyak2 dan dengan harapan cepat melonjak naik jadi 'blogger retis'...ahaksss... as I said earlier, tak sesuaiiiii.... orang yang kena copycat pun mesti menjadi berapi2 (jenis yang cepat meroyanlah) atau tak selesa (jenis yang lembut sikit)...Blogger yang unik, blogger yang berjaya adalah blogger dengan identiti mereka yang dicipta sendiri... Dan sebagai pembaca juga kita boleh kenal, si blogger A, gaya penulisan maya dia, bahasa dia, penyampaian dia this type, si blogger B this type, si blogger C this type and so on and so forth... Honestly, saya sendiri tak seronok bila ada Bubblynotes bayangan ok... Kalau boleh biarlah Bubblynotes alone itself orang kenal itulah Bubblynotes dan itulah blog itu... Tak nak dikatakan sama... Kalau cerita sama, let say pasal MasterChef ke... and the other blog cerita juga tentang MasterChef...itu tak ada masalah bagi saya... tapi yang menjadi masalah sebiji2 cara dan gaya kita menyampaikan entri tu... Pengsannn.... Dah tak pasal2 si peniru jadi hipokrit... kwang kwang kwang... tak pun orang confuse, siapa tiru identiti siapa ni???

Memang kita sebagai blogger adalah duta kepada our own branding...our own name and our own reputation...bila kita dah expose pada dunia blog, kita dah expose pada public melalui penulisan maya kita... suka atau tidak orang tetap menilai, orang tetap memerhati dan orang tetap membaca... kita carry nama kita sebagai penulis blog tersebut, kita carry nama kita melalui penulisan maya kita, kita carry diri kita dalam dunia blog itu sendiri... dan melalui penggunaan bahasa serta cara penyampaian entri di blog... orang boleh sense, orang boleh rasa, orang boleh agak, orang boleh nilai siapa diri kita... it's our first impression...first impression not always right tapi first impresion juga menyumbang sesuatu...memanglah blog kita suka hati kita... tapi sekiranya kita tak berhati2 dengan penyampaian entri kita di blog banyak perkara yang sama ada sedar atau tidak sedar boleh berlaku... antaranya...

Melalui penyampaian entri kita, mungkin ada yang boleh merumuskan atau mengagak orang yang macam mana kita ni...bukanlah saya kata penyampaian entri yang baik tu tak ada yang faking, ada juga... kalau dah hipokrit nak buat macam mana kan? tapi seboleh2nya sampaikanlah sesuatu itu dengan cara yang baik... sekurang2nya orang yang faking dengan menyampaikan entri secara baik tu cuba untuk berubah...fikir yang positif yer... Bukan dengan cara menggunakan kata2 pedas (silap2 ada pengunjung yang terasa walhal tak ada kena mengena pun dengan cerita entri tu), menggunakan kata2 bajet diri bagus (sekali dua mungkin tidak apa, nada bergurau mungkin tidak apa, tapi kalau dah selalu sangat orang pun boleh jadi meluat), menggunakan vulgar words yang tidak bersesuaian (kalau perempuan mungkin orang akan berfikir, eh kasar betul bahasa dia ni... agaknya orangnya memang biasa guna kata2 ni dalam perbualan seharian), menggunakan bahasa gedik (sikit sikit atau pada kadar yang berpatutan tu oklah...tapi kalau gedik dah melampau2??? aiyarkkk... tak dapat den nak menolong...saya pun ada juga gedik2 kat Bubblynotes...tapi sendiri terasa cam gedik lepas tu mengaku cepat2)... berkongsi gambar2 yang kurang bersesuaian di dalam entri blog untuk menunjukkan sungguh2 kesungguhan kita tentang sesuatu perkara sampai dalam tak sedar kita dah terbuka aib kita sendiri... gambar macam mana??? rasanya uolss boleh fikir sendiri, nanti kalau bagi contoh karang lain pula jadinya... iolss pun tak nak tambah dosa dedahkan gambar2 yang tak bersesuaian... ahaksss... dan tak nak sama2 tanggung dosa...karang keywords meletopss gambar2 tu...dah tercemar keywords dengan pencarian yang tak sesuai tu...

Macam yang Kak Mia katakan... kalau kita tak berhati2 dengan cara penyampaian kita di blog, ada kalanya boleh mengundang pembaca atau pengunjung mendapat mesej yang salah dari entri kita, lain yang kita nak sampaikan lain pula yang didapati oleh pembaca/pengunjung. Penulis blog harus menjadi pembaca juga... letak diri di tempat pembaca dan faham perasaan pembaca apabila datang membaca entri2 kita... sebelum jadi penulis kita kenalah jadi pembaca dulu... bila dah karang entri tu, cuba kita baca kembali...(macam iolsss honestly, lepas karang mesti berkali2 baca)...sekiranya kita tak berhati2 dengan penyampaian entri blog kita, sehebat mana pun kita, tak akan ke mana... risiko untuk pembaca/pengunjung lari juga adalah tinggi... Kalau ada pun yang bertandang mungkin sekadar mengambil hati ataupun tangkap muat... 

Mungkin ada yang berfikiran, peduli apa orang nak kata... tapi melalui penyampaian entri kitalah sebagai blogger, orang atau umum dapat mentafsirkan perwatakan serta identiti kita... blog kita adalah reputasi kita, dan perkara ni sebenarnya tak harus dipandang enteng... sekiranya kita bercita2 untuk menjadi blogger yang berjaya, salah seorang blogger yang hebat atau dengan kata mudahnya...blogger retis.... kita kenalah berhati2 dengan penyampaian kita... Memetik kata2 Kak Mia lagi...

"Bukan senang nak jaga hati dan hubungan dengan pengunjung. Cara penyampaian entri hendaklah betul dan jangan sampai pengunjung tersalah tafsir. Kesan negatif akan mula muncul dan boleh merosakkan reputasi blog. Bila reputasi blog sudah terjejas, maka tiada maknalah lagi imej dan identiti blog itu"

Entri Kak Mia yang satu ini, kali ini betul2 membuatkan saya terfikir, sejauh mana cara penyampaian saya di Bubblynotes. Kupasan entri ni bukanlah bermakna saya dah bajet diri saya bagus dalam cara penyampaian saya. Setakat ini, apa yang saya portray di sini, inilah diri saya... cara saya bercakap sama dengan cara saya berblog..setiap kali saya menaip saya bayangkan diri saya berborak dengan uols... Dan dengan terbitnya entri ini di blog bukan bermakna saya sendiri tidak melakukan kesilapan di dalam penyampaian entri. Mungkin ada di mana2 yang saya tak perasan. Dan entri teguran ini ibarat kata Kak Mia untuk kita sama2 cuba saling ingat mengingati dan menegur dengan cara diplomatik supaya semua dapat berblog dengan harmoni dalam komuniti blogger. ^_^

Lagi satu dalam berblog, hormat menghormati di antara satu sama lain tak kira sama ada pembaca atau blogger2 lain itu adalah asas yang penting kalau nak rukun berblog (eceh dah macam kerukunan berumahtangga pula...ekekekeke)... Dan selalu ingat tentang Akta 588, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

*Menaip entri ni pun berpuluh kali baca balik tau uolss...mana tau tiba2 tersalah pula cara penyampaian dah sentap uolss dengan iolsss... Disclaimer... tak ada niat nak buat siapa2 terasa... sebab ini peringatan untuk diri sendiri juga sebenarnya...Makanya, tak mau sentap2 dengan akak uolss...sama2 kita belajar memperbaiki diri dan menjadi yang lebih baik dari hari ke hari... *_^

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Perwatakan & Identiti Melalui Penyampaian Entri Blog..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, February 3, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

60 comments:

  1. Alamakkk..tulah Farah..saya pun terfikir camnelah gaya saya merapu hihi ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda saya tiap2 hari terfikir.... hu hu hu...

      Delete
  2. akak pun seram sejuk nk baca...setuju sngt dngn farah..
    akak cukup risau klu tersalah komen,slh tulis buat org terhiris..
    nk komen cm nk jwb exam..hehe..takut terslh komen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak, Farah pun rasa macam tu jugak...

      Delete
  3. Ohhh....panjang lebar jugak entri farah nie...selalu berhati-hati dlm mengeluarkan suatu entry....takut ada readers yg tak suka....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul kak, tapi biasalah, kita tak dapat nak puaskan hati semua orang cumanya kita perlu berhati2lah....

      Delete
  4. nak merapu boleh..tapi sesekali la..cuma merapu tu biar sampai...pembaca pun senang paham..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Mak Iti, janji message yang nak disampaikan tu sampai... jangan merapu kosong jer... sekali sekala ok...

      Delete
  5. sangat setuju dengan entri akak, acik pun sama kadang kala jika mahu menerbit sesuatu isu itu acik fikir banyak kali.. dan mesti ada identiti sendiri.. tak perlu copy cat.. terima kasih peringatannya kak

    p/s : harap dapat vote blog acik untuk favorite lifestyle blog di media sosial awards. cara-cara ada di blog acik

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun sama acik, baca lebih dari 2 kali kot... In Shaa Allah, memang dah niat nak vote pun... *_^

      Delete
  6. Salah bagi maklumat pun susah juga..Tak pasal2 kena maki..Kadang2 jadi blogger beri pendapat sendiri je, tak sentuh mana2 pihak pun kena. Nasib baik saya tak pernah kena lagi macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, seelok2nya tak perlu sentuh mana2 pihak itu yang terbaik... paling tak menahan bila baca jer sesuatu entri tu, taip sikit jer nak sentuh orang taip sikit jer nak sentuh orang...pengsan dengan orang2 macam ni... hu hu hu...

      Delete
  7. setuju dgn entri FW dan Mia..agaknya cam na tidak ke dgn gaya penyampaian SB kat blog??..hhrrmmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SB ok jer setakat ni, tak ada apa masalah pun pada Farah...heee... ^_^

      Delete
  8. betol sgt2 kak...kdg2 bila bace balik entry...ade jugak tersindir org..cpt2 padam balik..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun macam tu, baca balik, padam balik, lepas tu kalau nak sampaikan juga message tu, nanti fikir cara yang paling halus dan ayat yang paling lembut untuk sampaikan...supaya message sampai adanya...ahaksss...

      Delete
  9. Terasa diri nie kerdil sangat.. yela Fiza pun menulis ikut sedap Fiza jer... kalau ada yang terasa mmg mohon maaf banyak2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh tak adalah fiza, entri fiza selama ni ok jer Farah baca...

      Delete
  10. akta 588 tu kene ingat selalu....
    ape2 pon cik masih dalam memperbaiki cara penulisan cik...masih banyak yang cik kene pelajari lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah cik, Farah pun masih cuba memperbaiki penulisan maya Farah... sama2 kita perbaiki diri yer... ^_*

      Delete
  11. panjangnya, tapi bagus juga nie..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. diakui memang entri ini agak panjang....hu hu hu...

      Delete
  12. Replies
    1. thank you muz, at least akak tau yang i'm not typing crappy things.... he he he

      Delete
  13. Setiap kali menulis akk memang takut kalau ada yg tersalah tafsir sampai kecik hati....ladang2 kita tulis dlm nada bergurau org baca dlm nada serius....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, kadang2 orang tersilap faham apa yang kita cuba sampaikan....

      Delete
  14. BETUL SANGAT !!! apa yang cuba kita sampaikan akan terselit dengan identiti sesorang kan ! akak rasa saya macammana hehehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak rasa ieka cam mana??? heeee... nak kena gali semua entri2 dulu... but so far you are ok... no worries...

      Delete
  15. Replies
    1. thanks syira kerana bersetuju dengan entri panjang lebar ni... ekekekeke....

      Delete
  16. hehee.. kite pon buat entry ikut sedap rasa kadang2 kak. terima kasih peringatan:)

    ReplyDelete
  17. This is good.. I like the message here.. And honestly, sy tak tau pun mcm mana orang pandang sy dalam dunia maya ni, because apa yang sy type, itulah sy. The languages, styles, mmg sy. Tak pernah terfikir pun nak ikut gaya mana2 orang. I mean, being yourself is better kan? Hikhokk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup stay true to ourselves dan tak perlu trying so hard to fit in...

      Delete
  18. Panjang berjela entri Farah kali ni......tapi memang ada betulnya tu Farah.....Kena berhati2 bila nak postkan entri dalam blog. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. takut nanti2 entri makan tuan balik... hu hu hu ...

      Delete
  19. Yang best tu blog Farah bagi positif vibes, happy, infomatif dan bila baca macam bersembang dengan farah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah thank you for liking Bubblynotes kak... appreciate the thoughts much and thank you for the support...

      Delete
  20. Panjangnya ulasan... kalau boleh satu perenggan jgn terlalu panjang, letih mata membacanya.
    Ya...walaupun tidak pernah bersua dan mengenali, tetapi melalui penulisan boleh tergambar perwatakan seseorang. Jadilah diri sendiri kerana tersendiri itulah yang akan menonjolkan keunikan dan keistimewaan anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok BM thank you, next i'll keep each paragraph short and simple yeah???

      Delete
  21. saya pun setuju kak. saya selalu baca balik entri sebelum publish. tapi saya tak nafikan membahasakan diri saya sebagai 'aku' kadang nampak macam kasar tapi itulah saya.heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. there's nothing wrong membahasakan diri sebagai aku, cumanya cara penulisan maya kita tu...

      Delete
  22. betol ! betol ! betol ! setuju dgn akak farah hehe.. jd diri sendiri je senang kan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup jadi diri sendiri dan tak perlu jadi orang lain serta hipokrit... *_^

      Delete
  23. rajin kak farah menaip pepanjang gini...tapi nik sokong sepenuhnya. cara kita menulis mencerminkan keperibadian kita, :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak memang biasa taip entri panjang lebar nik.... heeee... yup blog kita ada diri kita lebih2 lagi personal blogger....

      Delete
  24. salam pagi selasa cik kak farah tuu.., nice .., ehHHeee

    ReplyDelete
  25. iya btl tu sis..kita pun ada trbaca kat blog kak mia..sukar plak nak menulis nie.kena selkalu brhati2..takut penyampain lain yg ditafsirkan

    ReplyDelete
  26. Salam Selasa Farah..wah panjang reviewnya ya..nway its a good review and I am totally agreed. Be ourselves. Tak perlu tiru sesiapa coz setiap pembaca ada preference tersendiri. Ada yang suka santai, ada yang suka serious dan ada yang prefer in between. As long as we are sincere in what we are doing, then we are fine...Have a great day k!!!!

    ReplyDelete
  27. berbaloi baca tips ni dari Farah. Satu peringatan jelas buat kenit dan rakan lain :)

    ReplyDelete
  28. kena banyak belajar untuk jadi blogger yang berjaya.. ilmu itu penting.. kena seiring..

    ReplyDelete
  29. tiap2 hari zara bfikir.. smpai atau tak mesej ngan reader ni.. zara newbie.. byk lg perlu blaja.. trutama dr otai2.. ^^

    ReplyDelete
  30. bagusnya review ni... well done dear... penyampaian yang sangat jelas..

    ReplyDelete
  31. yang penting message dan penyampaian tu kena ikut olahan sendiri...xde la nak meniru...especially si polan nyer blog kuar entry masak2...then si polan yang ni tiru plak...ayat pun sama...puhlease la...x pasal2 free2 jer jadi protege kan...iolls dah kena u olls...sht xde identiti....

    ReplyDelete
  32. hu3.. teman pun kadanag main publish jea entri .. tak pernah pun terfikir bab tu.. hu3.. pasni kena tapis2 jugak la yea farah..

    ReplyDelete
  33. Perkongsian peringatan yg sgt baik.. jadilah diri sendiri, itu yg lebih baik.. t kasih.. :)

    ReplyDelete
  34. Ayut pon kdg2x syok sndri je..kdg2x post pon xbaca balik.alahai..tu agk ye orgsegan silu je nk dtg kot.hahaha.bek.peringatan..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia