Home » , , , , , , , » Pengalaman Bersalin Secara C-Section Part 3 (Akhir)

Pengalaman Bersalin Secara C-Section Part 3 (Akhir)

Source Extracted from Google
Sebelum membebel panjang2... PART 1 & PART 2...

Chaitt, dah macam buat cerpen pulak, bersambung2 sampai ada part2 bagai ye tak??? Ok, ini part yang last sekali, lepas ni tak ada dah...wakakaka.... 
Bila dapat balik rumah, memang dapat rasa satu perasaan lega yang tak dapat digambarkan atau dibayangkan...home sweet home... 

27 November 2013
Sampai rumah time tu dah dekat pukul 12 tengah malam dah, dengan hujan lebatnya, petir berdentum dentam... masuk porch terus bawa Ash masuk. Bermulalah episod berpantang di rumah. 

28 November 2013
Perkara pertama yang iolss nak buat adalah mandiiiii... Huwaaa, sangat rasa tak selesa badan ek uolss, last mandi 26 November 2013, waktu pagi sewaktu nak ke hospital sebelum melahirkan Ash. Tapi disebabkan luka di tummy masih belum kering, mama hanya lapkan saja badan saya dengan air sabun dan air suam. Mujurlah tempat luka tu dibalut dengan dresssing kannnn??? Perkara ini berlarutan selama beberapa hari. Sehinggalah... 
29 November 2013
Tiba masa untuk lawatan ke hospital semula untuk bertemu dengan my gynae untuk follow up check up. Buka dressing, cuci dressing dan bawa Ash untuk follow up check up juga. Ha part cuci dressing ni yang tak menahan ni... Bila my gynae buka jer dressing tu, hati dah berdebuk debak dah... takut katakan, masa tu bius semua dah habis kann??? Tapi adalah ubat yang hospital bekalkan untuk tahan sakit segala bagai. Bila dressing dibuka dan dicuci, nasib tak rasa sakit sangat pedih2 sikit jer... sebab sejuk kan spirit tu... dan bila dia ambil gunting memang dah seriau...rupanya tak ada apa nak pegang cotton wool tu jer nak cuci dressing tu. Dah settle semua balik. Masa ni dah kuat sikit dah jalan. tapi peganglah tummy tu... bukan apa takut terbarai pulak perut iolss karang... 

2 Disember 2013
Sepatutnya seminggu selepasnya pergi balik hospital, tapi tetiba plak datang hari Isnin... masa ni datang jiran hantar sebab misi Klinik Kesihatan tu la... dikatanya Ash ada jaundice dan mata Ash kuning, suh hantar cek doktor hari tu jugak takut Ash boleh jadi cacat katanya... uikss... masa 29 November 2013 tu doktor pakar kanak2 cek, bacaan Ash cuma 166 jer, dan tak adalah tinggi pun. Ni misi Klinik Kesihatan kata makin kuning dan teruk... adoiii...mau tak cuaknya masa tu??? Bergegas minta tolong jiran hantar...dah tentu2 lah pakai kain batik ko pergi hospital... bila cek dengan doktor pakar kanak2, tak ada pung...dushhh... 144 bacaan Ash... Risau tak risau mummy Ash ni... Ok, Ash normal... dah alang2 sampai hospital, kakak hospital BFF saya (nurse kat situ)...terus kata dah alang2 datang tu terus cuci dressing. Kalau dia kata dah ok, pergi jerlah kann??? Masuk bilik my gynae, gynae ambil gunting, dia gunting sikit lebihan benang yang jahit kulit dalam yang terkeluar tu, cuci luka... done... nurse kata dah boleh mandi macam biasa.

Ha dah nak ending dah ni, part mandi ni, haruslah seriau kannn.... tak mandi tak boleh pulak... haruslah iolss jenis yang memang tak selesa kalau tak mandi, badan rasa berlengas jer... makanya, kita cover dengan plastic tempat operation tu dan mandiiii.... Berlarutan selama hampir 3 minggu. Lepas minggu ketiga dah mandi macam biasa dah. 

Tapi untuk jalan macam biasa tu it takes me approximately seminggu setengah juga. Lepas seminggu setengah dah mula berjalan macam biasa dan tak bongkok2 lagi dah... tapiii terasa berdenyut jugalah dan panas2 gitewww kat tempat potong tu. Tapi tahan jerlah...buat macam tak ada apa2, wat lek wat peace... dan lepas seminggu setengah tu mentang2 dah boleh tegap berjalan (tegaplah sangat).. lainlah nak bandingkan dengan orang bersalin normal kannn??? 3-4 hari ada yang dah pakai seluar dan boleh driving sana sini, perut tak kena potong, so tak samalah kannn... ni perut dipotong panjang plak tu kannn??? Sayang diri sendiri, tak nak perut tu terburai, agak2lah sikit kannn??? Lagipun badan nak pakai lama... Akhirnya selepas seminggu setengah, I drove!!! Dah drive seperti biasa pergi TESCO, pergi beli ikan dengan sayur kat kedai, pergi bayar bil, kemas rumah, masak, gosok baju... dan benda tu berlarutanlah sampai habis pantang...Alhamdulillah, Allah bagi kekuatan kat iolss dan iolss berjaya survive kot... *_^

Dan bila fikir2 balik, it's not that bad after all, cuma certain2 part masa nak recover tu jerlah... What I did??? Tak adalah apa sangat pun... just berpantang cara orang c-sec, makan pantang still sama macam orang bersalin normal, urut cara orang c-sec (iolss urut 5 hari jerrrr) and consumer jeli gamat. All those jamus and other medication iolss tak hamik sebab follow gynae punya advice. Alhamdulillah, now dah sihat... *_^

*So uols, lepas baca others and my experience janganlah takut pulak bila mana kalau2 uols adalah salah seorang di antara kaum Hawa yang terpaksa melalui proses kelahiran sebegini, ikut macam iolss, redah jer uolss... nak tak nak kita kena lalu juga benda tu, trust me uolss pasti boleh... percayalah... tak ada apa yang perlu ditakutkan, Allah SWT ada sentiasa untuk melindungi kita, semuanya datang dari dia kannn??? Allah sayang hambaNya.... ^_^

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Pengalaman Bersalin Secara C-Section Part 3 (Akhir), diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, February 20, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

31 comments:

  1. pengalaman berharga yer farah... KA ketiga2 normal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah ketiga2 normal... farah jer nasib tak menyebelahi untuk bersalin secara normal, tapi apa2pun alhamdulillah semuanya selamat.... walaupunnnn... *_^

      Delete
  2. tahniah sis dah lengkap menjadi seorang wanita
    Ika datang singgah

    Jom join giveaway ika,
    Like, FOllow , Komen, dan menang
    1 lipbalm berbentuk cupcake yg comel jom tgk gambar kalau x percaya. sure jatuh hati :D
    http://notamanjaku.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Ika and In Shaa Allah dear nanti sis lawat2...

      Delete
  3. teruk yer kak kalo c-zer..memang kena jaga betol2..
    alhamdulillah zee takat ni memang deliver normal lagi..
    rasa cam nak tambah baby plak..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tambahlah zee apa salahnya... *_^ muda lagi kann....

      Delete
  4. nice entry Farah....agak-agak lepas nie bila boleh pregnant lagi...ahakss....

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah kak, kalau ada rezeki apa salahnya... ^_^

      Delete
  5. pngalama berharga..xdpt lupa sampai bila2..
    berdiri bulu roma akak bila baca part 3 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak pengalaman yang tak mungkin dilupakan sepanjang hayat....

      Delete
  6. Replies
    1. In Shaa Allah, nanti buat entri pasal Ash pula...

      Delete
  7. Assalamualaikum farah.. alhamdullilah. sekejap je farah terus boleh drive. kagumnya... dah kurang berdebar baca entri farah, sebab part belah perut semua dah baca. Sheila pasrah je... Semoga Allah melindungi dan memberi kekuatan untuk bersalin nanti ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam Sheila, Farah doakan sheila selamat bersalin nanti...

      Delete
  8. Lega bila dpt lalui semua tu dgn baik. Kdg2 kite je takut terlebih.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan dan dilancarkan...

      Delete
  9. akhirnya..habis dah....part ni la kena bebel ngan akak kan masa tu...berani sangat2...dalam pantang pi tesco bagai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. muahahahha, memang part ni yang kena bebel tu...

      Delete
  10. pengorbanan seorang ibu..pengalaman jadi kita lebih kuat..seronok bile ingat balik kan kak :) happy dah jadi mommy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah fiza, sejak ada Ash ni asyik tersenyum jer....

      Delete
  11. Pengalaman yg xkn dilupakan... Agak2 serik.x nk ngdung lagi??? Biasanya serik kejap je kn.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pengalaman sepanjang hayat yang tak mungkin dilupakan...tak serik kot, tapi tak taulah keadaan mengizinkan ataupun tidak...

      Delete
  12. alhamdulillah....dgn jayanya
    seriau gak part cuci luka tu..terbayang2 kesan parut pjg
    golongan ibu mmg tabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seriau yumida.... akak sendiri pun teringin nak tengok betul2 kesan potong yang panjang tu, hurmmm...akhirnya ambil gambar sendiri jer waktu baring dan tengok dari gambar tapi rasa macam tak puas...

      Delete
  13. kekuatan Allah bagi bila kita dalam keadaan macam tu kan kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kekuatan luar biasa yang Allah SWT bagi mimie...

      Delete
  14. perkara yang paling CN takut adalah czer..serius, masa bersalin si Irfan, hampir2 kena czer sbb contraction kuat sgt,tp baby tak kuar2.. dengar jer doc ckp nk czer, terus push sepenuh hati ! nah ! kuar sekali gedebuk baby 3.5 kg ! heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, kalau boleh elak jer dari c-sec CN.... wah 3.5 kg besarnya, ash cuma 2.86 kg jer...

      Delete
  15. eee.. seriau anis dengar..
    tengok mama anis mser czer kat adik bongsu Nampak mcm sgt sakit..
    nasib baik wound akak cantik n cepat baik cam biasa.. :)
    ade sesetengah mommies, masa dtg dressing dah berlendir.. kena infection..
    tu y kita xmau n takut tu.. anis pun takut tengok.. huhu

    ReplyDelete
  16. Fuhhh..kns potong pjg mau xseriau kak..hohoho..pejam mata la siap2x...

    ReplyDelete
  17. Salam..
    Memang part dressing tu yang seriau. Sis anak ke 2 mmg bedah. Memang sakit gila masa tu sb ubat bius cpt abis.
    Kali ni tempuh lagi dressing tapi sb luka pulak. Ya ampunnn memang sakit sangat

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia