Home » , , , , , , , , , , » Pengalaman Bersalin Secara C-Section Part 2

Pengalaman Bersalin Secara C-Section Part 2

Source Extracted from Google
Kesinambungan dari entri semalam Pengalaman Bersalin Secara C-Section Part 1 ... ^_^ Kita teruskan dengan part 2 pula... apakah yang terjadi selepas itu... he he he...entry yang saya labelkan sebagai entry semput kerana terlalu panjang lebar...muahahaha.... 

26 November 2013

5.45 PM
Suami iolss datang kembali dan duduk sebentar chit chatting bersama iolss dan Ash masih di sisi... Lama ooo, sedap jer dia tidur kat tepi... Yang mummy-nya sibuk2 duk update FB, snap gambar sana, snap gambar sini... jawab call... pas tu, baru dapat minum sikit sebab dah lepas 4 jam kann??? Laparrrrr.... kita makan roti jer dulu... bermulalah episod berpantang ye tak??? Tak boleh nak makan sesuka suki hati jer.... Nurse datang tanya ok tak??? Sakit tak??? Ke nak "jap" untuk tahan sakit??? Masa ni tak rasa pun sakit sangat lagi, sengal2 tu dah mula terasa dah kat tummy tu, yelah bius pun dah beransur hilang keberkesanannya kannn??? Jadi bermulalah episod menahan sakit pula... Tapi still boleh tahan lagi... Nurse datang salinkan baju dan pakaikan kain batik pada iolss dan tukar beg najis.... sangat2 terasa handicapped ketika itu, sebab dari pinggang ke bawah masih tak mampu berbuat apa2, nak duduk pun tak boleh, mereka suruh baring satu hari tu.... 

7.30 PM
Muahahaha...ini part yang sangat2 challenging uolss... bius dah hilanggg!!! Nurse bawa botol air yang berisi ubat untuk dimasukkan melalui tiub yang dicucuk di lengan... dan ubat dalam botol tu adalah ubat tahan sakit... Nurse bagi makan ubat...so still steady lagi walaupun bius dah hilang kerana dimasukkan ubat tahan sakit... dah boleh mengesot sikit untuk baring cara bersandar... Nothing much, Ash masih di sebelah tidur nyenyak, layan TV, layan What's App, layan callss... Hubby dah mula nak bergerak pulang dan saya tinggal sendiri... ^_^... Esok dia datang lagi ok??? Haruslah takkan nak biarkan isteri dan anak ye tak??? After all isteri dan anak dia jugak.... Lainlah kalau tak ada kena mengena... 

9.00 PM
Ok botol yang berisi ubat tu dah kempis.... tiba2 tummy yang dipotong tu dah mula terasa berdenyut2, nurse datang untuk tukar botol tu dan bersihkan apa2 yang patut, ambilkan air bagi minum dan ambilkan roti suruh makan, lepas tu makan ubat...Al-maklumlah handicapped kannn??? Kenalah dibantu, disebabkan sorang2 nurse bantulah....hik hik hik... tahan lagi, tahan lagi rasa berdenyut2 tu... dan nurse cakap nanti esok pagi dia akan cabut saluran najis tu dan saya kena bangun dan pergi ke toilet sekurang2nya 3 kali untuk membuang air kecil, lepas tu bila doktor check dah ok, baby pun tak ada apa2, baru boleh check out.... Masa tu tak fikir apa, ok je...muahahaha.... Dan nurse jap dengan satu suntikan yang saya tak tau apa functionnya...tak sempat nak beramah mesra sangat nak tanya...muahahaha.... 

11.00 PM
Sakit dah mula terasa lebih dari berdenyut kat tummy yang dipotong tu. Hurmm, macam mana nak bayangkan ek? Ok, uolss bayangkan kulit yang kena pisau, tapi extreme sikit dari tu sakitnya... Sakit tapi sebenarnya masih boleh tahan... (kuat juga ek akak uolss...muahahaha...tak adalah kuat mana pun...)... akhirnya tekan bell (bell ke, ikut sukalah mana yang senang) panggil nurse...Kutertewas... minta nurse bagi "jap" untuk tahan sakit...Settle, barulah boleh berehat dengan aman, dan nurse ambil Ash untuk dibawa ke nursery... Nurse suh tidur, tak ley nak tidurlah... Bukan rumah sendiri, rasa lain macam jer, iolss memang cam tu, kalau tak biasa dengan sesuatu tempat tu, buatlah cam mana pun tetap payah juga nak lelap...hik hik hik... akhirnya layan Ms. Apple... dan tidur2 ayam... 

27 NOVEMBER 2013

10.00 AM
Suami datang kembali. Biasalah ibu baru kannn? Minta nurse bawa Ash, dah rindu dah, rindu sangat2...over ko... Nurse salinkan kain dan cabut saluran najis... masa tu jugalah rasa nak ke tandas untuk buang air kecil...Jadinya, nurse suruh cuba bangun pelan2...dia ajarlah teknik2 nak bangun macam mana... huwaaaaa...seharian baring kannn??? luka c-sec tu dalam keadaan tegang kan??? Tak pastilah kulit dah bercantum ke tak... Hurmm, sepanjang mana dan di mana, untuk pengetahuan uols dipotong di bawah ari2 dan panjangnya sejengkal suku tangan ek... Memang confirm masa pakai selipar dan nak ke tandas, tak boleh diri tegak or jalan tegak... iolss kena membongkok baru rasa tak sakit.... la la la.... Doktor datang check jap... nak tengok ok ke tak... Oh sebelum tu, luka c-sec tu of courselah dibalut dengan dressing ok, tak dibiarkan terbuka macam tu... Doktor inform ada lagi satu "jap" nak kena ambil dalam lebih kurang pukul 9.00 malam macam tu, so still tak boleh check out, if baby nak balik dulu boleh...oh tidakkk, biarlah Ash bersama mummy.... Oh ya, mama dan papa pun datang dalam masa yang sama... bawa diapers Ash, tak cukup ko 10 diapers tu, nak habis... kuat membuang Ash ni...hik hik hik... Alhamdulillah, walaupun 37 weeks, dan keluar awal dari jangkaan Ash tak ada breathing problem sebab dah ambil Suntikan Dexamethasone tu kann???  So, tak perlu duduk dalam incubator selama semalam... 

So, berkampunglah kami di situ... 

1.45 PM
Terima lawatan dari kawan2 rapat, kawan saya dari sekolah lagi, kawan kerja dan juga kawan suami... ^_^... Entertain mereka yang datang...Tapi dalam hati tak sabar nak balik rumah... 

9.15 PM
Diberi suntikan sekali lagi... dan bersiap sedia untuk pulang, Ash dibawa ke nursery untuk disiapkan sebelum balik. Excited nak bawa baby balik rumah ni. 

10.30 PM
Hujan selebat2nya malam tu, masa nak check out... Saya duduk atas wheel chair sampai pintu utama hospital... tapi diaorang suruh turun tangga sendiri... huwaaa, sakitttt...jauh pula tu rasanya nak sampai kereta... walaupun tak adalah jauh mana pun kannn kalau sihat... tapi bila sakit ni terasa jauh ooo.... hujan lebat ok??? Dengan dipimpin suami yang pegang Ash sebelah tangan, saya masuk ke kereta.... 

Selamat cerita part 2... ada sikit lagi part 3.... nanti sambung... cerita selepas balik ke rumah dan seminggu selepas itu.... Sampai rumah malam tu, lebih kurang dekat2 pukul 12.00 tengah malam... Gila tak gila ko, check out malam dan bawa baby travel malam2??? Hu hu hu... nasiblah tidur jer Ash masa tu.... Ok, to be continued.... Part yang akhir mungkin...  

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Pengalaman Bersalin Secara C-Section Part 2, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, February 18, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

29 comments:

  1. sob..sob..akak yg rasa ngilu ni..xpernah rasa czer ni..

    ReplyDelete
  2. rara dh xnk ingat dh sakit tu.sbb sakitnya x dpt nk digambar kan.hahaha.mintak2 anak num 2,dpt normal.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok i farah doakan rara supaya anak num 2 normal ye, In Shaa Allah, mudah2an

      Delete
  3. hehehe...teringat diri sendiri yg 3 kali czer... :)

    ReplyDelete
  4. kalau selepas bersalin dapat pula operation memang ler kena naik wheel chair...takkan nak jalankan....sakit woooo....time akak dulu naik kereta terhentak pun dah nak meleleh air mata nie....perut nie akak kena pegang....kalau tak memang rasa macam nak terbuka...aduhai....

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik saya naik kereta suami bawak pelan kak, kalau tak meleleh jugak kot airmata???

      Delete
  5. x dapat nak bayangkan mcm mana..next preggy nanti la akak nak rasa czer...ehehe...mcm confident jer kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. uik kak, kalau boleh normal tu normal lah, tak gegatal nak c-sec... In Shaa Allah, who knows kan one fine day???

      Delete
  6. hui..ngilu je rasa bab potong2 ni walaupun belum pernah kena. dulu tengok mak cik ain yang kena potong pun jalan bongkok.

    ReplyDelete
  7. ouchh..sakitnya..mintak dijauhkan..biarlah bersalin normal. bila baca ni..ngilu rasanya, yang menangung tu lagilah rasa sakitnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. beruntung siapa yang dapat bersalin normal tu, tapi after all ija it's not that bad tau...ok juga... cuma sakit selepas tu jer lah...

      Delete
  8. kalau diberi pilihan, nak elak czer..sebab anak dara sorang tu normal..Allahuakbar..

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. ok SB jangan bayangkan dan stop bayangkan...he he he...

      Delete
  10. Pandainya Farah tulis, memang real betul luka yang tegang masa first bangun sangatlah nightmare,, nanti nak pi baca part 1 plak, saya termiss ni. Alhamdulillah semua dah ok kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah now semakin kuat dan energetic kak...

      Delete
  11. adeh... baca pun rasa ngilu... seriau pun ada.... alhamdulillah akak dua2 normal...

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum farah, ngilu perut sheila baca. Kuatnya farah menghadapi dugaan ni. best baca.. next entri cepat sikit tau farah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah, Farah akan up next entri secepat mungkin...

      Delete
  13. Akak tak boleh nak bayangkan bagaimana kesakitannya....

    ReplyDelete
  14. adoiii.dengar pun dah rasa sakit apatah lagi rasa..perempuan sangat tabah ok :)

    ReplyDelete
  15. Memang x leh nak tegak kan masa tu ... Hanya yg kena jer tau cam ner sakit nyer kan ...

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum kak..

    kak, terbayang2 apa yang akk cerita ni.. hope la nanti ank sy dpt lahir normal.. klau x pun, pasrah je la..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia