Home » , , , , , , » Pengalaman Bersalin Secara C-Section Part 1

Pengalaman Bersalin Secara C-Section Part 1

Source Extracted from Google
Seperti yang digebang2kan sebelum ini, saya nak berkongsi dengan uols tentang pengalaman diri ini sendiri yang bersalin secara LSCS iaitu Lower Section Caesarean Section yang disebabkan oleh Plasenta Previa Type II atau dalam bahasa mudahnya, uri iolss tak naik ke atas uolsss, tutup laluan pintu rahim... Maka kaedahnya, kenalah dipotong.... tiada jalan lain... Walaupun Ash dijangkakan due antara 11 - 17 Disember 2013, tetapi akhirnya Ash keluar pada 26 November 2013. Ahakss...try minta pada my gynae nak keluarkan Ash pada 24 November 2013 sama dengan birth date mummy, tapi tak berjaya permintaanku itu, kerana my gynae said it's too early and tak sampai 37 weeks lagi my pregnancy... MINTA PERHATIAN: ENTRY INI AKAN TERLEBIH PANJANG LEBAR DAN MUNGKIN UOLSS AKAN SEMPUT MEMBACANYA... KALAU AGAK2 ADA SEMPUT SEDIAKAN INHALER SECEPAT MUNGKIN ATAU TUTUP BROWSER NI CEPAT2...MUAHAHAHA.... (iolss melawak part inhaler dan semput tu...terpulang pada uols, kerana memang akan panjang lebar)

Dikisahkan, 2 minggu sebelum melalui process LSCS, saya telah diberi MC oleh my gynae, due to the plasenta previa complication. Gynae tak bagi saya driving, tak bagi saya buat kerja rumah dan tak bagi saya buat kerja lasak2... Kerjanya blog ajerlah masa tu...ahaksss...tapi tak cerita kan kat blog or mana2 my condition and situation... Kerana bagi saya, perkara seperti itu, bukanlah sesuatu yang penting untuk diceritakan kepada umum... Segala larangan gynae itu adalah demi keselamatan Ash pada masa tu dan keselamatan Mummy pada masa itu...sebab dalam keadaan komplikasi itu, it may lead torrential bleeding dan juga the risk of me losing Ash. 

Huwaaa, seriau ok dan takut sangat... Ikut cakap gynae, dan terpaksa MC selama 2 minggu. Duduk ajerlah atas katil. Dalam kes seperti saya ni, mostly gynae akan tahan duduk di hospital sampai waktu kelahiran, tapi since the gynae is my good friend... saya dibenarkan balik berehat di rumah with condition under gynae supervision dan juga kerap datang melawat gynae untuk follow-up check up. Walaupun gynae tak bagi driving, off and on, I still drove alone untuk jumpa gynae... dan dalam hati tawakal ajerlah...In Shaa Allah, kun fa ya kun...segalanya ditentukan Allah SWT.... Baik atau buruk saya terima dengan redha, walau rasa tak sanggup dengan risiko kehilangan Ash itu ada... Well, what are the choices I have??? Mau tak mau, I have to and I need too... Despite, I'm a survivor myself and used to it... *_^... Abah Ash waktu tu akan jumpa mummy Ash half way...jumpa di hospital sebab tengah bertugas, takkan nak tinggal kerja ye tak??? Kalau selalu cuti pun tak bagus... Iolss kan tak suka nak menyusahkan suami...hi hi hi... Walaupun dia risau bangat pada waktu dan ketika itu.... 

Semasa 2 minggu tersebut, kami berdua suami isteri sentiasa consult gynae demi nak selamatkan kedua2nya... dan sampai ke Medical Director tertinggi hospital berbincang dengan kami... kalau ikut2kan Medical Director tu nak suruh saya warded to Hospital Sg. Buloh... but then I object!!! I want my good friend juga yang jadi my gynae cause dia seorang yang experienced and confident yang dia boleh lakukan tugasan itu... My gynae tu adalah adik kepada Medical Director tersebut...Diaorang adik beradik owner hospital tersebut... hu hu hu... Bertekaklah adik beradik uolss... tapi akhirnya my gynae took the risk untuk sambut Ash juga... Sewaktu berulang alik ke hospital dalam tempoh 2 minggu tersebut, it cost me RM 1K (guna duit blogging yang dikumpul2 selama ni ok?).... bayar deposit darah, follow up check up and consultation cost...semua tu lah...

26 November 2013

7.00 AM
Seawal 7.00 a.m. kami suami isteri dah terpacak di hospital, melapor diri kononnya... register, bayar deposit RM2K... dan saya dimasukkan ke wad... Masa masuk wad tu, hati memang dah berdebar2 gila, gila ko tak berdebar, dahlah tak ada pengalaman, lepas tu perut nak kena potong pulak... oh my... tak dapat iolss nak membayangkan pada waktu dan ketika itu.... kecut perut, cuak, semua ada... malam sebelumnya langsung tak tidur, cuak punya pasal...Mama tak hantar, saya yang tak bagi dia datang hospital sama, almaklumlah anak dia sorang ni jerlah, sure merembes punya air mata dia tu.... huk huk huk, nanti mama merembes air mata, saya pun sama jadi Neng Yatimah...oh tidakkk... I need the strength bukannya nak menangis.... Oh sebelum tu lupa, malam start dari pukul 12 tengah malam my gynae dah suruh puasa, tak boleh makan apa2... so perutku sangat lapar... tekak terasa sangat kering.... huwaaaa.... tapi tahankan ajer... 

8.30 AM
Nurse datang, siapkan saya, diberi suntikan untuk saya buang air besar sebelum OT... Suruh buka semua barang kemas yang ada, buka contact lens, pakai baju hospital dan check heart beat baby... dibiarkan selama 1 jam juga dan suami ada di sini menemani isteri yang pertama kali berhadapan dengan situasi ini, kata2 semangat dari suami yang tak putus2 sangat menenangkan and able to make me calm...despite waktu tu dah nekad dah, redah jer lah... In Shaa Allah tak ada apa.... 

11.00 AM
Nurse datang kembali, dan suruh saya duduk di wheel chair. Saya ditolak ke OT room sambil diiringi suami. Berkocak jantung ko. Bila masuk OT room, ada 2 pintu... tak nampak lagi tu, bilik bedah tu... masuk pintu yang pertama, ada nurse yang bacakan nama penuh dan juga no IC saya, dah macam nak kena sentence pun ada...muahahaha.... bangun dari wheel chair, buka cermin mata, beri pada suami, suami cuma boleh hantar setakat itu saja...Muka dia toksah cakaplah masa tu, risau...jelas terpancar di wajah... Hu hu hu... Dah sampai situ kan, tak boleh nak patah balik pun, despite saya ingatkan pada diri saya, nak tak nak kena keluarkan Ash juga, nak jadi apa kalau tak keluarkan???

11.05AM
Dah masuk pintu yang kedua di OT room... disuruh baring di atas tempat yang disediakan untuk C-Sec... Suasana dalam tu, sangat sejuk... saya disuruh duduk sekejap....bahagian belakang badan disapu dengan ais kot??? Sebab terasa sangat sangat sejuk... kemudian disuntik dengan bius untuk separuh badan... mula2 saya tak rasa apa2 uolss dan tak percaya dah dibius...jadi seriau, tapi my gynae suruh cuba angkat kaki, ternyata memang berat dan tak boleh nak angkat langsung...ok I am numb half of the body...memang tak rasa apa...legaaaa.... masa dah disuntik tu, my gynae assistant cucuk lengan untuk letak tiub untuk saluran air nanti dan pasangkan saluran untuk air kencing dan najis di bahagian bawah... hu hu hu, so sakit tak sakit iolss tak boleh nak ceritalah... sebab tak rasa kannn??? Oh yeah, no epidural for me... saya tak hamik pun epidural jap.... 

Dan OT dimulakan... I could hear those machine ok??? Grenggg....grenggg.... tapi tak rasa apa pun, serious tak rasa sakit apa pun... iolss kan tak pakai contact lens or glasses, jadi tak boleh nak nampak dengan jelas... oopss...lupa pula, gynae tutup half jer tau body... macam kat bawah ni...  tapi kain yang menutupi bahagian bawah tu rendah sikit dari gambar kat bawah ni...

Source Extracted from Google
Tengok juga kat cermin lampu kat atas kepala tu, nampaklah merah2 kan??? Ala, kalau ada phone dah rakam dah...muahahaha.... tengok dari takut jadi berani pula tiba2... lagi nak tengok... muahahaha... again, serious tak rasa sakit langsung, tapi boleh rasalah kulit perut tu bergerak2.... Tepat jam 11.25 a.m. terus dengar suara nyaring Iman Firash... satu floor boleh dengar... Alhamdulillah, selamat dah anak mummy... Terus Ash dibersihkan dan diberikan pada Abah untuk diazankan... Mummy tak tengok dulu, tapi Abah orang pertama yang tengok... Terima kasih abang, sebab ada di situ, make yourself presence walaupun susah kan??? dan azankan anak kita... Alhamdulillah.... 

Dan saya pula masih di dalam OT room di mana, my gynae tengah jahit lapisan dalam perut dan spray kulit perut yang dibelah di luar untuk dicantumkan...tak rasa apa... siap berborak lagi dengan my gynae ok? In fact, masa gynae baru nak keluarkan Ash, boleh gelak2 lagi dalam tu berseloroh dengan gynae.... muahahahaha...melampau tak akak ko ni??? Dah settle semua, saya dipindahkan ke wad.

11.45 AM
Dah balik ke wad, dan masih tak rasa apa2, tapi rasa sejuk menggigil2 badan iolsss...sampai minta blanket dengan nurse. Berselubunglah apa lagi. Tekak dahaga sangat dan perut rasa lapar sangat. Tapi lepas 4 jam baru boleh makan. Apa lagi tahan jer la. Tengok TV... borak dengan suami sekejap. Tak tengok Ash lagi tau... sampai merengek dengan suami suruh nurse bawakan juga Ash... lepas tu bila nurse bawa Ash...
Macam tak percaya bila tengok Ash... Selama ni yang dikendong sana sini, inilah dia rupa orangnya... Ahakss... Tapi tak nangis pun... control ok control...tak divalah nangis...ahakss...gedik tak??? Alhamdulillah, Ash dah selamat... dari tak kuat nak bangun terus minta suami tegakkan bahagian atas katil, kan adjustable... dan suruh suami ambilkan Ash untuk saya pangku... Walaupun kekok dan takut, nak jugakkk pegang... Sayangggg sangatttt.... Selama ni bercakap2 jer dengan Ash dalam perut dan tak tengok pun dia kan? Wondering macam mana agaknya rupa dia, ikut abah ke ikut mummy... hu hu hu.... yet bila lahir to early to say kan??? Suami tinggalkan saya dengan Ash untuk balik ke rumah dan uruskan uri Ash. Sampailah ke petang... baru suami muncul kembali... 

Ini baru part 1, selepas pada ni... akan muncul cerita selepas C-Section, apakah pengalaman yang dirasai.... *_^ ... 

*Semput kan membaca???

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Pengalaman Bersalin Secara C-Section Part 1, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, February 17, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

41 comments:

  1. kak..mengalir air mata plak iman baca.rasa besar sgt pengorbanan seorg ibu itu =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah melaluinya lagilah iman, terasa menusuk dalam kalbu, trust me...

      Delete
  2. Replies
    1. akak pun tak sangka akak boleh melaluinya syira...

      Delete
  3. adoii takutnya akk kalau bab czer ni. alhamdulillah tiga 3 bersalin normal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, rezeki akak untuk bersalin normal... Farah tumpang happy untuk akak...

      Delete
  4. mmg kengan yg x dpt di lupakan sampai bila2..xkira lah mcm mana cara,risiko,seorg ibu sanggup berjuang demi melahirkan ank tercinta..so tacing adik sayang..

    xsemput pun hehe..nk tunggu part 2 lak ni ;P

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah kak, part 2 akan menyusul tak lama lagi... *_^

      Delete
  5. bru saje melaluinya..tgh siapkan entry juga..panjang pulak nak kena mengarang..pengalaman kn...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang panjang tapi sangat bermakna sebab dari hati kita sendiri dan juga pengalaman yang kita lalui sendiri....

      Delete
  6. terkedu.. x dpt bygkan sbb deqla x de pengalaman tu lagi.. tp hrp2 ada rezeki deqla nanti..huhu.. baca kisah farah ni x memutuskan semangat utk deqla punya dan rasa pengalaman tu sendiri.. in shaa Allah... aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. farah sentiasa doakan deqla agar berpeluang mengalami detik2 itu dalam masa yang terdekat... In Shaa Allah, Amin...

      Delete
  7. x semput la...best..sambil baca sambil bayangkan..teringat masa moment bersalinkan Dania....rindunya moment tuh....bezanya akak lahirkan Dania normal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. normal lain pula experiencenya kan... he he he...

      Delete
  8. akak...terharu Ros baca! pengalaman berharga kan kak.. dan akak ni jenis yang kuat la.. tak nangis, boleh control ala-ala diva.. hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena selalu ingatkan pada diri kita kena kuat ros... kalau kita tak kuat, apa pun tak boleh...

      Delete
  9. betapa besarnya pengorbanan sbg seorang ibu kan sis..insyallah nak juga merasa ada baby satu hari nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah Lya, bila tiba masanya pasti merasa juga...

      Delete
  10. Alhamdulillah semuanya selamat...Bila baca ni, teringat pengalaman sewaktu bersalinkan kedua-dua putera akak...2 kali bersalin, berbeza pengalamannya....diharap kali ini juga akan bersalin secara normal. Akak nantikan entry farah mengenai perkembangan pembesaran Iman Firash pulak..seronok membacanya mengenai perkembangan anak2 nih..apatah lagi pengalaman pertama menjadi ibu...mesti terujakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak, pengalaman pertama sungguh teruja... rasa sayang tu memang tak berbelah bagi adanya...

      Delete
  11. tak lambatkan ucapkan tahniah kpd FARAH
    tahniah dgn bby boy..
    lama sudah tak jeguk ke blog farah nie

    baca journey farah utk mommy to be
    mmg happy...

    tahniah lagi sekali....
    opssss berpantang dgn apa
    jom berpantang dgn shaklee....

    ReplyDelete
  12. baru baca part 1 dah berdebar. belum alami lagi..ramai kata lepas bedah tu sakit.cepat2 update tau pengalaman lepas bersalin.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah pagi nanti akak update yer???

      Delete
  13. teringin nak merasa pengalaman yg sama..belum lg dikurniakan rezeki..mudahan dipermudahkan buat yumida n hb

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah, akak akan doakan yang terbaik buat Yumida...

      Delete
  14. bestnya baca :) hehe angan2 nak jadi doktor sakit puan suatu hari nanti :D

    ReplyDelete
  15. Tak semput, but this is something good to read.. Vee dulu pun dilahirkan secara c-sec.. I guess rasanya sama spt mummy. Hihii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks sebab tak semput dearie... akak pun keluar ikut tingkap masa baby...

      Delete
  16. alhamdulillah.. mummy kenalah kuat tuk bby kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Mimie segalanya telah dipermudahkan oleh Allah SWT... yup kena kuat demi Ash walaupunnnn... ^_*

      Delete
  17. Blh bg markah ni.. Hehe... Blh la ash baca balik nnt... Mcm mana mama dia melahirkan dia kedunia.. Sy sbb dua2 normal, jdi.xdelah nk kongsi di blog...sbb very secret nk cite... So, kna tulis kt diary je nnt.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he, In Shaa Allah ada rezeki Ash dapatlah dia baca nanti...

      Delete
  18. mama yang normal pun errrmm... ketakutan jugak, lagikan czer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada bersalin tak takut mama...hu hu hu...

      Delete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia