Home » , , , , » Pemilihan Pakaian Mengikut Bentuk Badan

Pemilihan Pakaian Mengikut Bentuk Badan

Source Extracted from Google
Mula2 kita kenal dulu jenis2 bentuk tubuh badan yang ada... Secara umumnya ada 5 jenis bentuk badan... 

JENIS PEAR
Selalunya mereka akan besar bahagian punggung, dan kecil di bahagian dada. 

JENIS APPLE
Mereka akan kurus di bahagian punggung ke bawah, namun mengalami masalah bahagian atas dari perut ke dada. Nampak kurang stabil, kaki kecil, dada besar.

JENIS HOUR GLASS
Jenis bentuk badan ini sempurna sebab nampak sama bahagian atas dan bawah serta pinggang kelihatan ramping... ^_^ ... Dikatakan memang menjadi idaman wanita bentuk badan macam ini.

JENIS PETITE
Selalunya orang kurus memiliki bentuk badan macam ini. Dia boleh tergolong dari kategori di atas juga jika telah berisi nanti.

JENIS SLIM ATHELIC
Kalau wanita yang aktif bersukan, selalunya ukuran dada, pinggang dan pinggul sama jer tak banyak beza.  

SUMBER: SINI

Pemilihan pakaian mengikut bentuk badan???
SI KAKI PENDEK
Yang memiliki kaki pendek ni memang tak dinafikan dia seorang yang 'genit' dan comel! He he he... Golongan seperti ini mempunyai masalah tak dapat nak dielakkan ketika membeli seluar. (Ok, I face this). Namun jangan risau, semua itu boleh diatur. Ada beberapa trick yang boleh membuatkan kaki uols kelihatan panjang.

Trick
1. Skinny jeans sangat sesuai untuk uolss. Ditambah lagi dengan pilihan warna gelap yang mampu memberi efek smara. Namun hati2 memilih warna ya! Pastikan warnanya sesuai dengan tona kulit uols dan tentunya gaya uols. Untuk langkah selamat, belilah warna hitam.

2. Jika uols bercadang untuk menggayakan dress. Boleh aja, tak ada salah pun. Cuma lebih sesuai jika uols memilih mini dress untuk kelihatan lebih tinggi dan solid. 

3. Elakkan daripada memakai pakaian yang berlayer atau bertingkat2. Ini akan menampakkan uols kelihatan pelik dan pendek. Malah, elakkan daripada memakai seluar jeans yang labuh hingga boleh menenggelamkan kaki uols. Oh ye, baju yang terlalu labuh juga tidak sesuai untuk sesiapa yang berkaki pendek kerana ia akan memberi ilusi yang lebih mengerikan pada kaki uols. Blazer pendek memang sesuai untuk golongan seperti uols.

4. Untuk kelihatan lebih elegant apa kata uols pakai kasut wedges (my favourite) atau high heels!

5. Pastikan uols memakai aksesori yang memberi tumpuan lebih pada bahagian atas badan.

SI 'FLAT CHEST'
Flat chest atau berdada leper memang tak 'cool' bagi sesetengah perempuan kan??? Rasa ada jer yang tak lengkap dan tak kena dengan gaya2 yang dipakai. Golongan seperti ini juga sering digelar 'papan'. Hmm, jangan sedih yer, masih ada trick yang boleh menampakkan uolss lebih feminin.

Trick
1. Golongan seperti ini tidak mempunyai masalah yang besar dalam memilih pakaian. Cuma sebenarnya uolss harus lebih bijak 'mix & match' pakaian asalkan tidak terlalu 'over' dan seksi. Jadi, sebelum uols memakai untuk ke mana2 pastikan uols cuba acukan di badan dahulu adakah ia sesuai atau tidak.

2. Pilih kain atau baju yang mempunyai corak terutamanya di bahagian dada. Ia akan memberi ilusi berisi di bahagian yang leper.

3. Sekiranya uols memakai dress atau pakaian yang memaparkan bahu, pastikan ada corak atau lipatan atau ropol di bahagian dada.

4. Gabungan motif fabrik 2 warna yang berbeza tambah pula dengan tali pinggang, mampu membuatkan uols kelihatan lebih 'padat'. Gaya lipatan di bawah dada selalu berjaya menutup flat chest uols.

5. Warna gelap seperti hitam sangat membantu untuk menutupi kelemahan uols.

SI LIDI
Si lidi ini adalah gambaran untuk orang yang kurus dan tinggi ala2 model runway gitewww!! Tidak hairanlah jika ada mata2 yang asyik perhatikan ke mana sahaja mereka berada. Well, tak dapat nak dielakkan, ketinggian itu memberi 'rangsangan' pada orang ramai untuk memerhatikan segala gerak geri golongan seperti ini. Pasti dalam hati si pemerhati itu berfikir, "eh, dia ni model ke???"...Untunglahhhh... Tetapi ada kalanya golongan ini juga mempunyai masalah dalam memilih pakaian. Biasalah tu manusia kannn tak ada yang sempurna kannn??? Mungkin ada di antara mereka malu kelihatan terlalu tinggi dan kurus.

Trick
1. Sebenarnya potongan kaki uols itu sangat memainkan peranan. Jangan malu, semua gadis impikan memiliki kaki yang panjang macam uols. Erks, ye ke...he he he... Untuk kelihatan lebih hot, apa kata uols pakai seluar yang bercorak dan berwarna? Elakkan dari memakai warna2 gelap jika uolss malu aset uolss menjadi perhatian. Warna terang mampu menyelamatkan kerisauan uols.

2. Jacket atau cardigan labuh sangat sesuai untuk golongan seperti uols. Malah pakaian yang mempunyai hoods di belakang juga mampu memberi impak yang terbaik untuk si tinggi lampai seperti uols. Asalkan uols tidak memakai aksesori yang berlebihan hingga menampakkan uolss seperti pokok krismas yang bergerak!

3. Pilih corak yang melintang. Baju labuh juga dapat memberi ilusi berisi sikit berbanding biasa. Malah ia akan menyembunyikan sedikit ketinggian uols setidak2nya tiadalah sesiapa yang berani memanggil uols galah!

4. Boots atau kasut flat sangat sesuai dengan uols dan tak perlu disangkal lagi.

5. Sekiranya uols ingin memakai legging atau skinny jangan lupa gayakan dengan baju yang lebih besar dan labuh sedikit.

MISS CHUBBY
Orang yang berisi, chubby, gempal, plum. Lain bunyi, tetapi hampir sama maksudnya. Memiliki bentuk badan seperti ini memang sangat merungsingkan! Ahaksss...macam iolsss senang2 jer nak chubby tapi tak adalah teruk sangat...wakakakaka...masih terkawal... Ada sahaja yang tak kena. Ini tak sesuai itu tak sesuai memang rumit!!! Golongan ini sering dalam keadaan krisis ketika membuat pilihan pakaian. Sebab tu shopping memang lama...wakakakaka... Jangan begitu, berbadan berisi tidak bermakna uolss tak boleh bergaya kan???

Trick
1. Selalu pakai pakaian yang mempunyai ukuran yang tepat. Jangan terlalu kecil dan jangan terlalu besar. Utamakan keselesaaan uols. Malah material kain cotton yang nipis juga sangat sesuai untuk badan seperti uols.

2. Jika uols bercadang untuk memakai gaun labuh pastikan uols memiilh potongan "A-Line" untuk kelihatan lebih ramping. 

3. Gaun yang mempunyai potongan di pinggang sangat sesuai untuk menyembunyikan kelemahan uols. Ia dapat memberi efek lekuk tubuh yang sempurna. Jangan terkejut jika ada yang memuji "nampak ramping awak sekarang ya!"

4. Jangan lupa biasakan diri memakai high heels yang sesuai dengan berat badan uols. Wedges adalah yang terbaik! Ia dapat menyokong dan menampung berat badan uols yang agak berat berbanding kasut yang memiliki tumit terlalu nipis. Tambahkan aksesori tali pinggang! Uols pasti kelihatan awesome...trust me... 

5. Elakkan daripada memilih corak yang besar. Ia akan menampakkan badan uols lebih lebar dan gempal. Langkah yang selamat, pilihlah pakaian yang berwarna gelap seperti hitam, maroon, coklat untuk nampak lebih kecil. Ada baiknya juga jika uols memilih pakaian yang mempunyai satu tone warna sahaja.  

SUMBER: SINI 

Makanya, hopefully this few tips ni dapat assist uols untuk pilih pakaian yang lebih sesuai dan nampak sempurna di badan uols. Selamat mencuba!!! *_^

*Nak main colour block pun kena pandai juga... jangan main taram jer...boleh refer  entri saya di SINI

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Pemilihan Pakaian Mengikut Bentuk Badan, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, February 12, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

58 comments:

  1. jenis hour glass tu yang seksi tu..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hour glass tu memang stock meletopsss kak eda... he he he...

      Delete
  2. ain jenis petite.uhuhu..mkn byk dah tp mcm tu juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus tu ain tapi just ensure jgn melidi tau... petite but just nice... at least you've got some figure drpd tak der figure langsung.. he he he

      Delete
  3. Assalamualaikum farah. hehe sheila jenis flat. takda shape. wakakaaa senang nak beli pakaian.. tapi nowdays suka beli jubah dan dress.. selesa nak bawa perut besar ni. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sheila preggy mummy pun boleh bergaya tau...

      Delete
  4. suka dengantips pemilihan pakaian ini.. aiza bentuk hour glass tu.. tapi sekarang dah berisi, pinggang je masih nampak kecil, hehe..

    ReplyDelete
  5. akk si pear berkaki pendek...hhhee... susah juga nak cari yg bottom part ... tapi tetap syukur dgn apa yg ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak bottom part tu boleh alter... he he he... part alter2 ni dah biasa dah...

      Delete
  6. blh dijadikan panduan nie..kekadang susah nak cari pakain yg sesuai sbb tinggi kita 160 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah tingginya lya... kalau jumpa ni mesti akak mendongak kalau nak pandang lya

      Delete
  7. Cik akak kategori mana ya .hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hu hu hu... tak pastilah farah cik akak sebab tak pernah jumpa face to face...

      Delete
  8. hahaha...sally pakai yg mana muat je :P

    ReplyDelete
  9. tak tahu ler kategori mana...tapi badan tak gemuk tak kurus sangat...yang sedang-sedang saja....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni nak kena jumpa ni... baru tau kategori mana...

      Delete
  10. hikhik. petite. makan byk pon tak jalan. huaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus senang nak maintain badan petite ni... tapi jgn kurus sangat tau...

      Delete
  11. sy jenis chubby...terus trg agak ssh nk pilih baju...haha ada je yg tak kena...:P

    ReplyDelete
  12. saya petite kot..jenis berisi..pinggang pon cam tenggelam jek..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hu hu hu kena jumpa mar baru boleh tahu...

      Delete
  13. xpe kan kak klo tgk yg ni..hahaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh tak apa tak apa, sila sila... general knowledge katanya... ha ha ha

      Delete
  14. fiza mmg rendah..wedges peneman setia kasik tinggi kalau pakai dress labuh..hehe..thanks for the tips kak :)

    ReplyDelete
  15. nice sharing dear, tapi kenit jenis pillar iaitu tiang hahaha. Asal labuh boleh muat je ok dah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha pillar??? alamak nak tgk juga... ni kena jumpa kenit juga ni...

      Delete
  16. baru lah faham...thanks for info :)

    http://vitaminboutique.blogspot.com/

    ReplyDelete
  17. nice tip.......lepas nie beli dress tuk wife dah tau shapenye

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah senanglah alam nak shopping untuk wife lepas ni...

      Delete
  18. kita suka pakai baju kurung kak..senang.

    ReplyDelete
  19. SB jenis lidi..bab pilih baju paling best (baju budak pon muat) hadooiii!!!..

    ReplyDelete
  20. cutting lari pas beranak.. huh.. kembang kat perut..ha

    ReplyDelete
  21. nice sharing..saya kategori chubby jugaklah tapi jenis ada cutting di pinggang. cuma agak rendah. mmg runsing nak beli apa2 pakaian pun. hubby kata pakai je la apa pun, yg penting cantik di mata dia. hehehe

    ReplyDelete
  22. Kalau dapat badan macam hour glass sangat best..pakai apa pun cantik

    ReplyDelete
  23. Ciri-ciri yang patut juga laki-laki tau nih. Senang nak beli baju yang sesuai.

    ReplyDelete
  24. Si kaki pendek ! Me..me ! mmg fav all time wedges sebab stabil n selesa..paling penting, tak la nampak kck sgt bila mengajar, kesian budak tak nmpak cikgu ! hehehe

    ReplyDelete
  25. thanks for the info farah...sangat berguna.terutama untuk yang 'si lidi' tu.hehe

    ReplyDelete
  26. Sy ni kecik,pendek,kurus .. Hehehe mmg suka pakai skinny . Tp teringin pakai bootcut , ok tk dgn tinggi 143cm ? :)

    ReplyDelete
  27. salam sis. rasanya sy hour glass kut..eh? huhuuuhuu

    sy taip dekat carian tadi jenis baju kurung yang sesuai untuk orang pendek..blog sis muncul dekat carian hehehehe :))
    tinggi sy cuma 148 huhuhu susah bebenor nak cari pakaian yang sesuai dengan ketinggian..sy ni pulak jenis yang tak berapa suka gayakan jeans..lebih selesa berskirt panjang..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia