Home » , , , , , » Panduan Membeli Gajet...

Panduan Membeli Gajet...

Source Extracted from Google
Mimpi apa tiba2 petang2 Jumaat ni bercerita pasal gajet??? Ada lettew, yang bermain di fikiran sampai ke entri  juga melalutnya pasal gajet...ekekeke...tak cukup2 lagi dengan Ms. Apple, Ms. Netty dan Ms. Lappy tu ke??? Muahahahaha... bukan tak cukup2, ini perancangan jer tak semestinya jadi walaupunnnn dah 70% tu jadi...high chances kannn??? Tengok dulu macam mana... tak kata ya dan tak kata tidak... (kalau cakap beli untuk Ash melampau tak iolss uolsss??? sangat melampau kannn??? si Ash baru belajar berborak dan turn pun tak lepas lagi... tetiba nak belikan gajet... tak logik langsung!!! mummy-nya yang lebih ni...bha ha ha).

Nak kata pandai, taklah juga pandai, nak kata kurang pandai, taklah juga kurang pandai, tapi saya adalah antara orangnya yang selalu jugalah membeli gajet... pantanggg nampak sikit yang baru terjatuh cinta, nampak sikit yang lagi canggih, dah tak boleh tidur malam...muahahaha...tak adalah sampai macam tu sekali, tu dah kira melampau dah tu... hu hu hu.... tapi memang saya adalah di antara gadget freak yang ada di luar sana...gadget freak, gadget freak, freak poket baru tau ye tak... lepas tu padan muka... 

Beli gajet ni bukan macam beli ikan kat pasar yang boleh pilih macam tu jer, bagi sayalah, bagi orang lain saya tak taulah macam mana kannn??? Nak beli gajet ni kena cerdik sikit...sikit jer? Tak kisahlah sikit ke banyak ke janji kena ada knowledge supaya yang pertama tak mudah tertipu, dan yang kedua, tak menyesal dengan pilihan gajet kita tu. 

Apa yang penting sebelum uolss decide nak beli gajet... uols kena fikirkan perkara2 di bawah ni...

1. Penggunaan
If uols orang yang menginginkan satu gajet yang boleh membantu produktiviti pekerjaan, sebaik2nya pilihlah laptop. If not so into work/career purposes, what I mean guna untuk work/career purposes dan dalam masa yang sama nak senang, tablet adalah pilihan yang patut ada dalam list uols. Pastikan gajet yang uolss bakal beli tu boleh digunakan sebagaimana uols nak, objective asal uols, bukan sekadar barang yang nak dipamerkan atau show off pada kawan2 atau dijadikan sebagai tukun sebab tak berpakai2. 

2. Portability
Sebelum decide nak beli gajet, kita kena fikirkan sekerap mana kita akan gunakan gajet tersebut. Hu hu hu, dalam kes iolss ni memang sangat kerap...wakakaka...alasan nak beli... Jika uols nak gajet yang boleh digunakan selalu dan di mana2 saja, sebaiknya pertimbangkanlah portability-nya... Contoh ek, kalau uols nak beli laptop, kena ambil kira ukuran dan bentuknya. Ini akan memudahkan penggunaan dan juga senang nak carry. Pas tu kenalah tengok spec juga, cam processor apa, apps apa (bagi tablet), kapasiti bateri and so on and so forth. Semua tu kena ambik kira jangan main balun jer ok???

3. Keperluan
Ha ni memang dilema selalunya... question ni uols kena tanya banyak kali, banyak2 kali... do you really need a new gadget??? If semakphone uols rosak tapi masih boleh repair kenapa mesti beli baru??? Pertanyaan yang sama untuk diri sendiri, tapi setakat ni semakphone masih belum pernah rosak lagi, alhamdulillah. Sebabnya kita semua tau kannn??? Kalau rosak cost nak repair tu mahal, baik tambah sikit beli yang baru...bha ha ha...dapat merasa pakai yang baru uolss... tapi kalau uols memang tahan hati, tak adalah beli baru, repair saja ye tak??? Terus terang akak bukan jenis yang tahan hati...muahahaha...

4. Fungsi Gabungan
Kalau nak berjimat dan multipurpose dan bajet limited... jangan paksa diri nak beli semakphone dan dalam masa yang sama nak beli tablet juga atau laptop juga. Nanti sendiri merana. Cari yang boleh digunakan kedua2nya sekali, sebagai semakphone dan juga tablet. Ha, kan jimat macam tu??? Lainlah kalau dapat semakphone free uolss...he he he...

5. Service After Sales
Ni pun kena ambil tau juga. Warranty and service after sales. Supaya kalau terjadi apa2 pada gajet tu nanti, senang nak berurusan dan tak adalah terkial2... hu hu hu, setakat ni semua gajet yang saya beli ok, belum bermasalah lagi, tapi ada juga kondisi di mana gajet baru beli rosak kannn??? Defect pada gajet tersebut...

Makanya, sebelum nak membeli belah gajet sesuka suki hati maka semoleknyalah kita kaji benda2 ni dan perhatikan benda2 ni sebelum beli, jangan main beli jer.... nanti nyesal tak sudah... 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Panduan Membeli Gajet..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, February 21, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

24 comments:

  1. gadjet saya yang paling canggih ialah nokia torchlight tak sampai RM100 pun :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apa nanti ada duit upgrade yang lebih sikit...

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah kalau berguna... he he he... at least we are learning something from each other kannn???

      Delete
  3. gud info akak... arina kalau bab gadget ni tak risau sangat.. sebab suami pro bab2 gadget ni.. semua serah kat dia jer.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. antara akak dan suami akak lagi gadget freak so akak yang rajin gali benda2 ni semua...he he he...

      Delete
  4. yup!
    kita kena tgk keperluannya pd kita
    kalau dah ada smartfon macbook lg nk tablet tu napak mcm busybody je ..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan busybody MG, nak menunjuk2 namanya tu...muahahhaa... (alamak terkena kepada batang hidung sendiri....larikkkk)...

      Delete
  5. betul sependapat dgn sis..kalau Lya kan nak membeli sesuatu cthnya gadget mesti fikir 10 kali dulu baru beli ahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak bukan setakat gadget apa2 pun fikir sepuluh kali lya...

      Delete
  6. Betul tu kak..criteria kat atas tu amat penting kita ambil kira sebelum membelinya..barulah selari dengan konsep Keperluan Vs Kehendak kan..

    ReplyDelete
  7. akk pakai gadget utk reading, games, blogging n socializing... ok lah beli tab yg mini2 je kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mostly farah guna for social networks, blogging and some work purposes but not always...

      Delete
  8. akk ada 3 ipad kat rumah. tiga3 anak konker. mak pak nak guna pun x boleh. akhirnya mak pak guna fon je sambil melayari internet.

    ReplyDelete
  9. Gadjet yang ada samsung note 3 dan ipad ...semuanya hadiah ....anak yg belikan...kalau nak beli takder ler...kecuali kalau mokcik kayoooo....hihihi...

    ReplyDelete
  10. Farah selagi tak problem mmg xtukar la..tahan jer nafsu nie bila ada keluaran baru kat pasaran.. =D

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia