Home » , , » MZ Secret Soap Bermula Dengan RM1!!!

MZ Secret Soap Bermula Dengan RM1!!!


MZ Secret Soap ada yang dah pernah dengar tentang produk ini? Atau masih belum? Ini adalah gambar produknya... tapi tahukah anda siapa pemiliknya? dan bagaimanakah segalanya bermula??? Kalau tak tau, mari saya perkenalkan kepada anda... 


Inilah pemiliknya... Muhammad Zukermi Edi... Nak mulakan perniagaan semua orang tahu kena bermodal, dan selalunya masyarakat dah begitu sinonim dengan pemikiran, untuk menjayakan sesuatu perniagaan itu mesti bermodal besar atau cukup, jikalau tak bermodal besar atau tidak cukup modal atau tiada modal langsung, kebarangkalian perniagaan itu untuk bertahan agak tipis. Walaubagaimanapun, Muhammad Zukermi Edi telah membuktikan yang semua itu salah... ketiadaan modal bukan satu halangan untuk berjaya dalam perniagaan andai agama, ilmu pengetahuan serta semangat tidak mudah berputus asa menjadi pegangan hidup.

Kisah kejayaan usahawan muda ini bermula dengan RM1 sahaja dan dari RM1 inilah yang kini telah membawa beliau kepada gelaran jutawan muda. Zukermi berjaya membuktikan apabila beliau berjaya membina empayar perniagaannya atas talian atau secara online dengan hanya bermodalkan RM1.

Betul ke boleh kaya dengan mudah dan apa rahsia untuk kaya yang dilakukan oleh Zukermi??? Mengakui rakan2 beliau terkejut dengan perubahan hidupnya, Zukermi kini sudi berkongsi kisah menarik di sebalik kejayaannya yang bermula dengan RM1 itu. 

Asalnya pada umur 21 tahun, beliau pernah melalui kehidupan seperti remaja geladangan di Rembau, Negeri Sembilan. Pengalaman hidup sebatang kara ketika itu bagi beliau amat memeritkan. Dan, dengan izin Allah SWT, Zukermi seolah2 telah diberikan anugerah atau keajaiban di dalam hidupnya apabila baki wang di dalam poket yang bernilai RM1, beliau gunakan untuk melayari internet di kafe siber. Bertitik tolak dari itu, Zukermi mula berjinak2 berniaga secara dropship menerusi akaun Facebook.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu... dalam masa yang singkat pelaburan Zukermi telah mendatangkan pulangan yang besar kepada beliau. Bermula dari dropship, lama kelamaan beliau berjaya membina syarikatnya sendiri dengan kadar keuntungan tahunan mencecah jutaan ringgit. 


Antara produk yang telah dilancarkan pada tahun 2013, adalah beberapa produk rangkaian kecantikan seperti MZ Secret Soap dan MZ Secret Body Spray di bawah syarikat MZ Secret Sdn. Bhd. miliknya... Maklumat lanjut mengenai produk tersebut boleh didapati di pautan INIProduk keluaran syarikat Zukermi berjaya menambat hati ratusan ribu rakyat Malaysia.

Kalau difikir2kan macam tak logik sebab bermula dengan RM1 boleh jadi seberjaya ini...dan pastinya kebanyakan orang akan berfikiran pesimis dan tertanya2 ...betul ke cerita ni... boleh percaya ke??? Rezeki Allah SWT yang beri, dan tiada yang mustahil dalam hidup ini... Zaman sekarang ni, kalau nak berjaya tanpa modal pun tak mustahil, yang penting ada kemahuan dan usaha... Zukermi adalah salah satu contoh yang dapat kita lihat... Sebagai saudara sesama Islam kita sepatutnya tumpang berbangga dengan kejayaan beliau dan tak perlu timbul iri apabila melihat kejayaan orang2 seperti Zukermi yang mana tiba2 sahaja hidupnya berubah betul tak??? Berikan sokongan kita kepada anak Melayu... jadikan kejayaan beliau untuk kita berjaya juga... esok jika kita berjaya, orang akan buat benda yang sama...fikir secara positif... 

Dalam melakukan sesuatu tu yang penting nawaitu. Rahsia Allah SWT. Sekurang2nya, kita dapat lihat... ada orang lihat RM 1 itu sekadar untuk beli gula2 atau kegunaan lain yang tak mungkin nilainya akan membawa kita ke mana2... mungkin kita alpa dari RM 1 sebenarnya kita boleh usaha macam mana nak jadikan RM10, dari RM10 macam mana nak jadikan RM100, dari RM100 macam mana nak jadikan RM1000 dan seterusnya... tumpang bangga apabila pemuda kelahiran Temerloh, Pahang ini sudah boleh berbangga dengan usaha titik peluhnya sendiri.. buka FB dan buat business berbanding buka FB hanya untuk bersuka2... 

Tumpang berbangga apabila semakin ramai anak2 Melayu seperti Zukermi yang berjaya mengubah nasib hidup bermula dari bawah dengan usaha yang cekal... Kita mungkin nampak semudah ABC saja dia berjaya, tapi kita tak tahu apa yang telah dilalui untuk berjaya seperti sekarang... Dan sepatutnya apabila kita mengetahui atau mendengar berita2 sebegini, kejayaan anak Melayu kita, sepatutnya kita berfikir secara positif, memberi sokongan dan juga mungkin sebagai satu motivasi kepada kita untuk berjaya juga seperti Zukermi??? 

Nak berjaya bukannya mudah, nak senang bukannya mudah, namun sesetengah orang memang diberikan oleh Allah SWT kejayaan dan kesenangan dengan mudah... segalanya kehendak Allah SWT dan Allah SWT tahu apa yang terbaik buat setiap hambaNya... apa yang penting, seperti yang saya katakan di atas tadi, nawaitu kena betul, ikhlas dan juga jujur...kesungguhan perlu ada, ketabahan perlu ada, kesabaran perlu ada... In Shaa Allah, kejayaan itu pasti akan menjadi milik kita... ^_^

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel MZ Secret Soap Bermula Dengan RM1!!! , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, February 6, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

26 comments:

  1. Hendak seribu daya.. Tak hendak seribu dalih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan kan maria???

      Delete
  2. Replies
    1. RM 1 yang mengubah dia menjadi jutawan....

      Delete
  3. Replies
    1. kita patut berbangga dengan orang melayu yang berjaya kan biela? dan bukannya menjatuhkan...

      Delete
  4. semngat kuat ni
    kalau tak .bagilah 1juta pon hancus ..huhu :)
    syabas! tmpang bangga dgn kejayaannyan ^__^

    ReplyDelete
  5. Dengan berkat usaha InshaAllah berjaya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah, tak ada yang mustahil kalau kita terus berusaha...

      Delete
  6. Nice story. Skrg dah hebat kan? Tgok dia posing dgn keta dia tu, telan liur je la kita...Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kita usaha kita pun pasti boleh muz... think positive... ^_^

      Delete
  7. hebat kan.
    alhamdulillah. nak seribu daya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dan memang rasanya dia berusaha gigih ni....

      Delete
  8. Alhamdulillah... rezeki dia... kita tumpang happy... apa pun mmg tak mustahil... kalau Allah berkehendak ia jadi... maka jadilah...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..dia berjaya buktikan yang dia mampu keluar dari kepompong kesusahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua orang pun mampu jika berkehendakkan...

      Delete
  10. fuh terbaik la akak bermodaikan RM1 jer kan boleh berjaya.. hrp dapat jadi mcm dia jugak.. hehehe

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia