Kisah Doa Termakbul...

Farah Waheda Wahid
31
Source Extracted from Google
Kisah seorang abang dan adik. Kedua2nya anak yatim miskin. Mereka menginap di rumah pusaka peninggalan kedua ibu bapa mereka. Ibu bapa mereka adalah hamba Allah yang soleh.

Si abang, saban hari berdoa agar Allah mengubah nasib hidupnya. Dia meminta dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya dan meminta kepada Allah agar dirinya kaya raya hidup mewah. Si adik pula, buta huruf tidak seperti abangnya. Dia membaca doa pun dengan melihat kerta terinsut2 membaca. 

Sebelum bapa mereka meninggal dunia, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa. 

Dipendekkan cerita, akhirnya... Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengan abangnya. Lantas berkahwin. Si abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka dan meninggalkan adiknya. Si abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia telah memasuki medan perniagaan. Dia sudah mula alpa dengan Allah SWT. Melewat2kan solat, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada Allah SWT. 

Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong2 doanya kepada Allah. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang yang sederhana, dengan kelemahannya sebaga seorang buta huruf. Dia hanya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi si abang melihat, hidup adiknya tidak berubah2. 

Lantas satu hari, ketika si abang menziarahi adiknya, si abang berkata dengan riak... "Kau kena berdoa kuat lagi, tengok aku, berdoa jer Allah makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok2 kertas. Tak cukup hebat."

Si adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna. Si adik terus hidup sederhana. Di dalam rumah pusaka dengan doa melihat kertas saban hari dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.

Ditakdirkan, si adik meninggal dunia. Ketika si abang sedang mengemas rumah pusaka, dia terjumpa satu kertas, kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa. Si abang menangis teresak2 apabila membaca kertas kecil itu. 

Kertas itu tertulis:

"Ya Allah, makbulkanlah segala doa abang aku"...MasyaAllah, kebesaran Illahi. Si abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada Allah dan tidak meringan2kan urusannya dengan Allah SWT. Adiknya sedikit pun tidak meminta dunia kepada Allah, malah tidak meminta apa2 untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa si abang dimakbulkan. Si abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan si adik. Si abang mula tersedar...rupanya, bukan doa dia yang makbul, tetapi doa adiknya telah diterima dan dimakbul oleh Allah SWT.

Sumber: SINI 

Cerita ni touch my heart dan buat saya berfikir panjang. Kadang kala kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha2 kita. "Aku buat beginilah yang jadi begini"... "Doa aku makbul!!!"... "Aku ni memang Allah sayang, tengok semua benda Allah bagi aku minta jer pun".. Tanpa sedar kita bongkak, takbur... Sedangkan... kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, adik beradik kita, sahabat2 kita bukannya doa kita. 

So, when this story touch my heart...ia mengingatkan saya untuk terus setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, bekas2 guru saya, keluarga saya, sahabat2 karib saya, yang teramat akrab... kalau iolss nak sebutkan nama ramaiii... Hopefully they all and uolss mendoakan saya juga... 

Kita ini banyak dosa. Terhijab. Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu janganlah berlagak, jangan tinggi diri, jangan rasa doa kitalah makbul, jangan rasa diri kitalah yang baik serta suci, jangan rasa diri kitalah yang beriman dan tawaduk pada Allah sorang2... Pulangkan semuanya kepada Allah SWT... 

Wallahu a'lam....

Post a Comment

31Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. sedih baca cerita ni...menginsafkan...berdoa lah yang baik-baik untuk semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu wawa kita doakan yang baik2 buat semua orang dan juga diri kita..

      Delete
  2. owh insaf kejap baca citer ni...semoga kita semua di jauhkan dari sikap riak mcm ni...kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, moga2 kita semua dijauhkan dari sikap riak, sombong, berlagak dan takbur...

      Delete
  3. kisah yg memberi iktibar buat kita. mensyukuri nikmat yg diberikanNya. touching baca cerita tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun touching yumida... yup kisah yang memberikan iktibar pada kita semua...

      Delete
  4. Allah jualah sebaik2 tempat untuk memohon...

    ReplyDelete
  5. Thx for sharing..memang touching..terjaga saya dari tidur yang lena..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dear semoga memberi kebaikan buat kita semua dari perkongsian ini...

      Delete
  6. Memang kadang tersilap cakapkan, pernah juga mendoakan Siti Nurhaliza dapat anak. Biasa doa mesti berhasrat dengan penuh menghayati dari hati,
    menghargai seseorang dan membalas dengan mendoakan. Terharu cerita di atas Farah. Thanks fir sharing.

    ReplyDelete
  7. kisah ni mengingatkan kita supaya berdoa untuk orang lain juga dan jangan terlalu riak jika Allah makbulkan doa kita.. :)

    ReplyDelete
  8. semua ini hanya pinjaman kan sis..bila2 masa je akan ditarik balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua yang kita ada, semua yang kita miliki pada hari semalam, hari ini dan akan datang hanyalah pinjaman semata2...

      Delete
  9. kisah yang menarik.. kata alim ulama'.. doa itu senjata mukmin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. doa adalah senjata yang paling ampuh dan sebaik2nya...

      Delete
  10. owh terasa kurangnya iman kat hati.best citer ni...sekurang-kurangnyer sentiasa ingatkan kita yang kita ni sentiasa pelupa dengan kebesaranNya

    ReplyDelete
  11. menarik..mudah2an jadi iktibar buat semua

    ReplyDelete
  12. Bila dah senang jangan selalu riak...

    ReplyDelete
  13. Betul tu kak.. Kdg2 doa org lain, utk kita tu Allah makbulkan..

    ReplyDelete
  14. Sesungguhnya Farah....my Arjuna selalu cakap macam tu dalam kereta ketika kami anak beranak berkumpul....
    Allahuakbar ....moga kita tak lupa mendoakan insan insan lain jugakkan....

    ReplyDelete
  15. bersyukur dengan apa y kita ada sekarang. memang betul usaha tangga kejayaan. tetapi sentiasa ingat, mungkin kejayaan kita itu berkat dari pertolongan orang lain juga. saling ingat mengingati & bahawasanya harta y kita miliki bukan milik kita seorang. tidak akan habis harta dengan bersedekah..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !