Kenapa Bayi Tidak Boleh Makan Sebelum Usia 6 Bulan???

Farah Waheda Wahid
34
Source Extracted from Google
Bila tengok Ash kerap sangat menyusu dan kuat menyusu... ahakss...dulu 2 jam sekali, sekarang ni dah 1 jam 1/2 sekali... dalam hati terfikir2, asyik lapar jer anak iolss ni... ekekekekee... rasa geram dan ada teringin juga nak bagi makan Cerelac ke.... Tapi, iolss tau yang baby bawah 6 bulan tak boleh makan lagi, and doktor pun ada cakap risiko untuk tersedak tu ada.... Cuma geram jerlah...and kesian tengok Ash asyik lapar jer...yerlah susu tu kan air... mungkin tak puas pada dia... apa2 pun bersabar yer Ash, tunggu sampai 6 bulan nanti mummy prepare macam2 untuk Ash... he he he... ^_^

Kebiasaan bagi orang2 yang lebih tua melazimkan baby sekecil sebulan umurnya diberi makanan berupa pisang lecek atau bijirin bayi. Walaupun sudah tertera pada label bijiran tersebut 'hanya untuk 6 bulan ke atas sahaja' tapi masih ramai yang mengamalkan pemberian bijiran lebih awal. Malah, ada yang mencampurkan bijiran tersebut di dalam botol susu agar mudah diberikan kepada bayi.

WHO mencadangkan agar bayi diberi makan pada usia 6 bulan (tahun 2001), begitu juga dengan Jabatan Kesihatan United Kingdom, dan Polisi Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan ibu menyusukan anaknya secara eksklusif (tanpa makanan lain, susu lain, mahupun air masak) selama 6 bulan. Namun, masih ramai yang tidak mengikuti polisi dan recommendation di atas kerana beberapa sebab:
  • Anggapan bahawa bayi kelihatan bersedia untuk makan dari mulutnya yang suka mencicip2.
  • Anggapan bahawa bayi lapar.
  • Anggapan bahawa perut bayi akan lebih kuat sekiranya diberi makan lebih awal.
  • Anggapan bahawa bayi akan lebih kenyang dan tidur lebih lena jika diberi makan.
Sayangnya anggapan di atas salah sama sekali.
1. Sistem Penghadaman Yang Belum Matang
Sistem penghadaman bayi di bawah 6 bulan masih terlalu muda dan belum bersedia untuk memecahkan kanji dan karbohidrat. Tubuh bayi masih belum menghasilkan enzim yang mencukupi untuk proses ini. Enzim amilase di dalam air liurnya belum cukup bagus untuk menjalankan proses pencernaan pertama.
Tubuh bayi masih belum dapat memproses lemak. Manakala buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses protein yang tinggi dari sumber telur, daging dan susu lembu. (protein di dalam susu ibu adalah berbeza.)
Uolss tak kesian ke dengan tubuh bayi semuda itu terpaksa bekerja keras untuk menerima zat2 makanan yang masih belum sesuai untuknya??? 
2. Masalah Kesihatan Jangka Masa Panjang
Pernah tak uols terjumpa seseorang dewasa yang kelihatan sihat, menjaga pemakanan, rajin bersenam, tiba2 jatuh sakit atau meninggal dunia akibat penyakit kronik, seperti sakit jantung, strok, kencing manis, buah pinggang dan sebagainya? Menurut kajian yang dibuat oleh University of Buffalo, salah satu penyebab keadaan ini adalah akibat dari pemberian makanan terlalu awal. Tidakkah uols menyayangi anak uols dan masa depannya???
3. Masalah Dalam Penyusuan
Bayi yang diberi makan terlalu awal, akan lebih kenyang dengan makanan. Ini akan mengganggu penyusuan ibu kerana mungkin bayi sudah tidak mahu menyusu lebih banyak. Fikir2kanlah tentang masa depan anak2 kita. Ada sebabnya apabila satu riwayat diceritakan kepada kita bahawa Rasulullah SAW cuma memercikkan air pada pakaian yang terkena air kencing bayi laki2 di bawah usia 2 tahun yang hanya meminum susu ibunya sahaja. Ada mesej tersembunyi kenapa Rasulullah masih tinggal bersama Halimatussaadiah, ibu susuannya meskipun usia Baginda sudah melepasi 2 tahun. Sayangilah masa depan anak2 kita. Jangan terlalu ghairah untuk melihat bayi kita 'cepat besar' dan memberinya sesuatu yang dia belum bersedia untuknya. Ikutlah saranan yang telah digariskan, sebagai satu usaha untuk memastikan anak2 kita membesar dengan sihat dan terjaga kesihatannya. 
 TANDA2 BABY SUDAH BERSEDIA DIBERI SOLID FOODS IALAH:
1. Baby sudah boleh DUDUK - Tidak kiralah sama ada baby itu sudah duduk sendiri ataupun sudah stabil apabila didudukkan. Ini kerana esofagus berada dekat dengan tulang baby...so, kalau baby duduk maknanya makanan akan masuk dengan selamat ke dalam perut mereka. Dinasihatkan juga ibu2 jangan beri solid food dengan cara baring. Bahaya!!! sebab takut tersedak.
2. Baby dah boleh MENGGELENGKAN KEPALA - Apabila baby dah mampu untuk menggelengkan kepala maka baby sudah boleh untuk mencuba dan menghabiskan saki baki makanan di dalam mulutnya sebelum kita menyuapkan lagi makanan. Malah dengan menggelengkan kepala, mereka akan memberi tanda bahawa mereka tidak mahu makan atau sudah kenyang.
Kesimpulannya selepas umur 6 bulan, susu ibu bukan lagi makanan utama dan baby perlu diperkenalkan dengan makanan pejal (bukan makanan pelengkap) yang bertujuan mengajar baby merasai pelbagai tekstur dan rasa. Namun, kalau baby menolak, just sabar dan jangan memaksa baby untuk makan sebab baby belum betul bersedia. 
Pesanan:
Kalau boleh janganlah beri baby kita makanan di dalam botol atau tin ye...sebab makanan tersebut mempunyai bahan pengawet. Yang paling penting... beri mereka makanan semulajadi, tanpa bahan perisa. Beras perang juga amat bagus untuk baby.   
SUMBER: SINI

Post a Comment

34Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. ikut doctor mmg tak kasikan..tapi kalau ikut orang tua anak sebelum 6 bulan pun dah boleh makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. doktor memang tak bagi kak eda... katanya takut tersedak...

      Delete
  2. Farah oi Farah...
    anak akak dulu,mak akak masakkan tepung jagung ..kacau cepat2 jgn bagi ketul2 sampai berkilat..pastu masuk dlm botol,sumbat dalam mulut baby...dah kenyang..tidur lena la anak...kalau x asyik duk melalak je ....naik pekak lubang telinga ni haaaa.....hadoyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah ye ker kak... org2 dulu memang cepat bagi makan baby...

      Delete
  3. kalau baby asik nangis jek.. org dulu2 bagi makan je.. katanya lapar, susu tak cukup.. nasib baik la tak jadi apa2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah kan, tapi ramai juga yang ok jer... kita ikut nasihat doktor jer lah...

      Delete
  4. bahaya tau..macam sepupu mun..usus dia tersekat sebab pengasuh bagi makan padahal dia baru berape bulan..

    ReplyDelete
  5. beznye klo de baby..comel je bila tgk baby geleng kepala menandakan dah kenyang..pandai dia berinteraksi

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah Yumida, satu hari nanti you will, akak doakan yang terbaik yer...

      Delete
  6. ketiga2 anak akak 4bln keatas dah bagi mkn,menetek kuat (anak lelaki kot)...kalau x asyik melalak ajer..picing larii.. mood ibu ke laut...anak kenyang ibu tidur pon senyum :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah picing lari ek kak... tapi memang betul budak2 ni kalau perut kenyang, diapers kering... tidur memang lena...

      Delete
  7. Farah... Betul tu wait until 6 months.. Nnt kalau baby dh start mkn.. I suggest u buat homemade food intead of cerelac or other instant food.. Not good ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang planning nak buat yang homemade pun kak... ada terfikir juga...

      Delete
  8. sabar kak sabar..sikit je lagi tu boleh suapkan ash carelac ke bubur ke kan..baby lelaki memang kuat menyusu sikit kan :)

    ReplyDelete
  9. org dolo dolo mmg bg je makan awal..hehe

    ReplyDelete
  10. teringat masa anak buah saya masa kecik dulu kak..suka suap dia makan

    ReplyDelete
  11. nnti lps ash dh 6bln bnyklh entri resepi makanan baby yg penuh variety kat blog ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. aikk macam boleh baca jer planning ni... he he he...

      Delete
  12. baby boy memang begitu kuat menyusu....orang-orang tua dulu dalam 4 bulan dah bagi makan bubur nasi....tapi tak boleh kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah kak ikut doctors prescription memang dia tak bagi...

      Delete
  13. betul2...tp kan..dania dulu umur 5 bulan uwan dah bagi makan..ye la...nak buat cemana kan...mama keja...susu formula tu macam x cukup kat dia....mulut ternganga2..last2 uwan buat tepung likat...masakkan pas tu bagi....terus kenyang je dia..hahahaha....tp bila fikirkan balik...zaman dulu xde pun larangan2 macam tu kan...elok membesar je mak2 kita...

    ReplyDelete
  14. ohh.. info bagus. tak pernah tahu pun sebelum ni..boleh jadi guide untuk next baby :D

    ReplyDelete
  15. ikut yg mana terbaik kan.
    selalunya 6 bulan ke ats bru start bg puri kan
    thanks sis :-)

    ReplyDelete
  16. Nice info... Koreksi ilmu jaga anak...

    ReplyDelete
  17. baby kalau lapar... susah hati... kasi susu je la jawabnya...

    ReplyDelete
  18. Zara pun makan lepas 6 bulan.. Tapi sesetengah orang, main belasah je bagi sebelum 6 bulan..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !