Home » , , , , , » Aqiqah Menurut Islam...

Aqiqah Menurut Islam...

Source Extracted from Google
Ash masih belum di-aqiqahkan lagi... In Shaa Allah kalau ada rezeki Mummy, majlis aqiqah Ash akan menyusul dalam waktu yang terdekat... Sabar yer, nanti Mummy usahakan dan arrange-kan... Tak adalah plan nak buat besar2an pun. Cuma yang kecil2an saja memadai... Kita bersederhana saja... sekadar jemput saudara mara terdekat, jiran2 dan kawan2 rapat jer... Blogger kalau plan ni dah dilaksanakan esok2, ada yang sudi nak datang bertandang??? In Shaa Allah yer kalau ada yang sudi nak jejakkan kaki ke pondok saya (cheh ayat klasiklah sangat kannn???)... nanti saya akan hantarkan undangan. Terdekat tak terdekat jugalah... bergantung kepada masa serta waktu yang sesuai... Tapi pasti nanti saya akan beritahu yer... ^_^

Sedikit info mengenai aqiqah... 

PENGENALAN AQIQAH

Pengertian aqiqah dari segi bahasa: 

Aqiqah menurut bahasa ertinya "rambut yang tumbuh di atas kepala bayi yang dibawanya waktu lahir." Demikian pendapat 'Ubaid, Ashmu'i dan Zamakhsyari.

Antara definisi lain;

Aqiqah menurut bahasa ertinya 'memotong'. Pada asalnya ialah rambut yang terdapat pada kepala bayi ketika bayi tersebut keluar dari rahim ibunya, rambut itu dinamakan dengan aqiqah kerana ianya harus dipotong (dicukur).

Menurut istilah pula aqiqah ialah haiwan yang disembelih kerana bayi atau untuk bayi yang dilahirkan. Dinamakan sembelihan itu dengan aqiqah adalah kerana haiwan tersebut disembelih pada hari mencukur rambut kepala bayi itu. 

Pengertian aqiqah menurut syara': 

Menurut istilah hukum syara' aqiqah ialah "penyembelihan" haiwan tertentu untuk kepentingan anak, di samping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu."

Antara pengertian lain;

Aqiqah dalam pengertian syara' ialah binatang ternakan yang berkaki empat (bahimatul an'aam) yang disembelih ketika hendak mencukur kepala anak yang baru dilahirkan, sama ada disembelih pada hari ketujuh atau selepasnya. 

Dalam bahasa Arab, kata bahimatul an'aam (binatang ternakan) adalah termasuk unta, lembu, kerbau, biri2, kibas dan kambing, bukan yang lain. (Al Jabari, 1994)

SEJARAH ASAL-USUL IBADAH AQIQAH

Diriwayatkan oleh Buraidah bahawa "Pada zaman Jahiliyyah, apabila kami mendapat seorang anak lelaki, maka kami menyembelih seekor kambing, maka kami mencukur kepala bayi tersebut, lalu kepalanya kami sapu dengan darah kambing yang disembelih itu". Menurut riwayat Ibnu Sakan pula "Orang2 Jahiliyyah meletakkan kapas yang telah dicelup dengan darah aqiqah lalu kapas yang penuh dengan darah tersebut disapu ke ubun2 bayi yang baru saja dilahirkan itu. 

Setelah datangnya Islam, perkara itu tidak dibenarkan oleh Rasulullah SAW. Baginda SAW menyuruh menggantikannya dengan meletakkan haruman kasturi pada kepala bayi yang baru dilahirkan itu. 

HUKUM AQIQAH

Hukum melakukan aqiqah itu adalah sunat mu'akkadah iaitu sunat yang sangat digalakkan oleh Islam. Sebagaimana perbuatan Nabi Muhammad SAW ketika Baginda mengaqiqahkan cucundanya Hassan dan Hussain AS. Ianya bukanlah perkara yang wajib dilakukan kerana hal ini pernah ditanyakan kepada Rasulullah SAW, lalu Baginda SAW bersabda yang maksudnya: 

"Allah tidak menyukai kederhakaan, seolah2 Baginda tidak suka menyebut nama itu (aqiqah). Baginda bersabda "Barang siapa yang dikurniakan baginya anak, lalu dia ingin menyembelihkan untuk anaknya maka sembelihlah untuk anak lelaki 2 ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing."

(HR. Abu Daud)

Maksud hadis daripada perkataan ("suka atau ingin" menyembelihkan untuk anaknya) itu menunjukkan tidak wajib melakukan aqiqah, melainkan jika aqiqah itu dinazarkan barulah ianya dipanggil aqiqah wajib. 

Imam Syafi'e berpendapat melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad. 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Beserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknua dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya." (HR Tirmizi) 

"Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ketujuh, dan dicukur serta diberi nama. (HR Ahmad dan Tirmizi)

Rasulullah SAW bersabda: " Sesungguhnya Rasulullah SAW menuntut untuk dinamakan anak (yang baru lahir) pada hari ketujuh , dicukur rambutnya dan diaqiqahkannya." (HR Riwayat Tirmizi) 

Imam Malik menyatakan bahawa, hukum aqiqah ini adalah perintah yang tidak dapat diperselisihkan lagi.

JENIS HAIWAN DAN KADAR AQIQAH

Haiwan yang digunakan untuk perlaksanaan ibadah aqiqah perlu memenuhi syarat2 yang serupa dengan haiwan2 untuk ibadah korban. 

1. Kambing, biri2 dan kibas - melebihi 1 tahun. 

2. Lembu dan kerbau - melebihi 2 tahun. 

3. Unta - melebihi 5 tahun. 

Haiwan2 ini hendaklah terdiri darpiada haiwan ternak (bahimatul an'aam) - yang mempunyai 4 kaki - dalam keadaan tidak cacat, tidak buta, tidak bunting dan tidak terlalu kurus. 

Menurut Imam Malik, Asy-Syafi'e, Ahmad dan jumhur ulama bahawa aqiqah adalah sah dengan penyembelihan haiwan 4 kaki (bahimatul an-'aam) seperti unta, lembu, kerbau, kambing dan biri2 dan kibas (sama seperti ibadah korban). Pelaksanaan penyembelihan haiwan tersebut di dalam ibadah aqiqah juga mempunyai syarat2 tertentu seperti berikut:

1. Unta berumur 5 tahun dan masuk tahun ke 6.

2. Lembu atau kerbau berumur 2 tahun masuk tahun ke 3.

3. Kambing atau biri2 berumur 2 tahun atau telah bersalin gigi. 

4. Kibas berumur 1 tahun atau telah bersalin gigi. 

5. Haiwan tersebut juga disyaratkan tidak cacat.

Manakala, rusa, kijang dan kancil tidak termasuk dalam kategori bahimatul an'aam. Maka ketiga2 haiwan tersebut (rusa, kijang dan kancil) tidak dibolehkan untuk dijadikan sebagai haiwan aqiqah. 

Yang lebih utama (Afdhal) untuk kadar aqiqah bagi seorang anak lelaki ialah 2 ekor kambing dan untuk anak perempuan seekor kambing, kerana ada hadis riwayar Aisyah yang maksudnya: 

"Rasulullah SAW memerintahkam kepada kami supaya menyembelij aqiqah untuk anak lelaki dengan 2 ekor kambing dan untuk perempuan seekor.

Secara keseluruhannya menunjukkan 2 perkara: 

Pertama: baik anak lelaki mahupun perempuan, sama2 syariatkan supaya dilaksanakan aqiqah. Kedua: perbezaan bahawa anak lelaki dengan 2 ekor kambing sedangkan anak perempuan dengan seekor kambing. 

Apabila ibu bapa itu tidak mampu membuat aqiqah anaknya, ketika berusia 7 hari, bolehlah diperbuatnya ketika umur anak 14 hari. Kemudiannya ketika unur 21 hari. Jika tidak boleh, maka sunat diperbuatnya hingga anak itu dewasa (baligh).

Apabila anak sudah dewasa, maka sunat bagi ibu bapa membuat korbannya, tidak membuat aqiqahnya. Menurut satu golongan, jika seorang anak sudah dewasa, tetapi belum dibuat aqiqahnya oleh ibu bapanya, maka sunat baginya membuat aqiqah dirinya sendiri.

SUMBER: SINI 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Aqiqah Menurut Islam..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, February 4, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

22 comments:

  1. elok la tu sis dah ada perancangan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena planning dulu Asha, ye lah most of the things I arrange and do on my own kannn??? ^_^

      Delete
  2. nice sharing...ala dik buat ikut kemampuan dan syarat je...kalau di jemput..insyaallah boleh jer datang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama long haruslah kena datang... In Shaa Allah...

      Delete
  3. belajar subjek agama islam ye kak..nice sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah fizi, refresh dan tambah knowledge...

      Delete
  4. thanks farah kongsi ilmu...bila dah berkemampuan tu boleh la laksanakan secepat mungkin ye..

    ReplyDelete
  5. alhamdulilah terima kasih sebab sharing ilmu nie ^_^

    Luangkan sedikit masa untuk vote blog acik yang tercalon bagi favorite lifestyle blog Cara vote di sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 Acik dan In Shaa Allah hari ni akak vote...

      Delete
  6. sesapnya nama panggilan ank farah tu.. Ash yea? =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih, nama panggilan jer tu, nama sebenar Iman Firash Bin Husaini...

      Delete
  7. Akak, thanks for sharing..info ni berguna sangat untuk saya

    ReplyDelete
  8. T kasih diatas perkongsian ilmu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 kita berkongsi ilmu yang baik... ^_^

      Delete
  9. Nice info.. Sy buat on9 shja utk Faiqah dulu..sbb ksntukan masa n wang juga klu nk wat knduri bagai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus juga tu, jimat masa, jimat ruang... ^_^

      Delete
  10. dari tak tahu jadi tahu.. thanks farah sudi berkongsi... :)

    ReplyDelete
  11. Nice sharing kak..aqiqah plak ash lpas ni :)

    ReplyDelete
  12. Farah kalau buat kenduri aqiqah tu jgn lupa jemput yea,...

    ReplyDelete
  13. Kalau ada rezeki mmg elok sangatlah dilaksanakan Farah....2 ekoq kambing....kenyang makan gulai kamben tu hehe

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia