Aksesori Kepala Bayi Boleh Mengancam Keselamatan???

Farah Waheda Wahid
40
Source Extracted from Google
Kalau Ash tu perempuan, memang tak dinafikan yang saya pun akan hias Ash tu dengan aksesori2 comel dan sweet untuk dia... He he he, tapi Ash tu lelaki, takkan nak hias2 dengan girly2 aksesori tu pulak??? Lain dah jiwanya nanti... Tak mooooo.... Muahahaha.... Memanglah nak juga rasa ada anak perempuan kannn??? Tapiii, kita terima dengan redha apa saja anugerah pemberian Allah SWT. Yang penting sihat dan sempurna ye tak??? Setiap apa yang Allah beri tu ada sebabnya bukan suka2... At least, bila Ash besar nanti boleh jaga mummy dan boleh protect mummy. Kalau gegirl pula, mummylah yang kena protect sampailah dah kahwin... ahaksss...jauh pulak ke laut dan ke darat mengomel.... 

Aksesori baby girl such as headbands memang comel2, saya sukaaaa sangatttt. Kalau dapat anak perempuan, lunyailah digayakan...sedangkan Ash ni pun dah macam anak patung dah dibuat...macam2 gaya dibuat untuk dia... apakan lagi kalau dapat baby gegirl ye tak??? Sebab tu saya suka sangat belikan baju gegirl untuk anak2 buah atau aksesori2 untuk anak2 buah gegirl... wakakakaka.... Untunglah dapat aunty yang minat dan suka beli tapi tak tau nak bagi siapa pakai, last2 bagi anak2 buah... 

Pada 12 Oktober 2012, 1 artikel telah dikeluarkan dalam Berita Harian, sebuah akhbar tempatan, membincangkan aksesori kepala bayi yang boleh mengancam keselamatan dan kesihatan bayi. Menurut perunding pediatrik dan neonatalogi dalam artikel tersebut, tulang kepala bayi masih lembut terutama pada usia selepas lahir sehingga 18 bulan menyebabkan ia mudah tercedera. Antara perkara yang dibimbangi adalah keadaannya yang ketat, fabrik yang boleh menyebabkan alergi dan headband yang boleh jatuh ke leher dan tersangkut pada sesuatu. Bagi mengelakkannya, beberapa panduan memilih aksesori kepala diberikan. 

Jom kita baca sama2 panduan tersebut bersama beberapa panduan tambahan.

BAHAN BUATAN
  • Cekak rambut dan headband: pastikan ia dibuat daripada fabrik, kapas atau lembut dan tetap di tempatnya serta memenuhi fungsi mengelakkan rambut jatuh ke mata dan muka.
  • Bahan tanpa toksik.
HIASAN PADA AKSESORI
  • Renda atau ropol yang keterlaluan menyebabkan bayi tidak selesa.
  • Elakkan hiasan yang bergermerlapan (glitter), berbatu kecil atau mempunyai karakter kartun yang dibuat daripada plastik pada aksesori kepala.
  • Bagi hiasan reben, pastikan ia daripada jenis yang berkualiti kerana ada reben yang mempunyai tepi yang tajam dan boleh mengakibatkan luka.
  • Terbaik jika memilih aksesori ringkas tanpa hiasan untuk bayi.  
CIRI2 AKSESORI
  • Cekak rambut dan headband: pastikan elastik dan elakkan jenis reben kerana mudah jatuh ke leher.
  • Klip rambut: pilih klip alligator yang perlu ditekan untuk membuka dan boleh ditutup ketat. Ia tidak mudah lekang daripada rambut bayi.
  • Getah ikat rambut: elakkan sama sekali kerana mudah tanggal pada rambut bayi yang halus dan lembut.
  • Bow rambut: pastikan saiznya tidak terlalu kecil hingga boleh dimasukkan ke dalam mulut jika bayi dapat mencapainya.
  • Elakkan aksesori yang menyakitkan pada rambut dan kulit kepala bayi ketika menggunakannya.
  • Jika ragu2 tentang bahan plastik dan besi bagi klip dan bow rambut, pilihlah cekak atau headband kerana ia lebih selamat. 
PEMAKAIAN
  • Jangan dipakaikan terlalu lama.
  • Buka aksesori kepala apabila bayi tidur atau apabila tiada pengawasan orang dewasa.
  • Pastikan aksesori yang dipilih berfungsi sepenuhnya dan cantik dipandang. 
BEBERAPA PILIHAN AKSESORI KEPALA BAYI

Ketika membuat pilihan, ingatlah tabiat bayi yang suka menarik apa saja yang dirasakan tidak selesa pada rambut ataupun kepala dan suka memasukkan apa saja ke dalam mulut. Dengan peringatan ini dan panduan di atas, beberapa jenis aksesori kepala bayi yang boleh uolss pilih untuk si comel termasuk:

Cekak dan Headbands
Kedua2 jenis aksesori ini sangat digemari kerana ia senang dipakaikan. Ia biasanya dibuat daripada bahan yang pelbagai bahan termasuk kain kapas, resin dan plastik. Yang terbaik adalah headband yang longgar dan muat2 dengan selesa pada kepala bayi.Pilihan headband adalah terbaik sebagai aksesori kepala kerana biasanya ia terlalu besar untuk ditelan oleh bayi dan boleh dipadankan dengan baju mereka.

Klip Rambut Bayi
Klip rambut biasanya lebih berguna bagi rambut bayi yang sedikit panjang dan perlu untuk disisir ke belakang. Biasanya ia dibuat daripada besi dan plastik, maka elakkan pemakaian yang terlalu ketat pada rambut dan kepala bayi. Pastikan ianya mudah dibuka dan dikunci tanpa menyebabkan kesakitan. Cari klip rambut yang jika bayi menariknya, ia tidak mudah tanggal.

Topi dan Serkup Kepala
Topi dan serkup kepala juga boleh menjadi aksesori kepala bayi yang selamat dan memberi perlindungan kepada bayi daripada angin dan matahari. Pilihlah buatan daripada kain kapas atau bulu. Namun ia agak mencabar kerana bayi tidak gemar membiarkan topi atau serkup kepala berada lama di atas kepala mereka. Gunakan alat pengikat yang lembut dan selesa supaya tidak mengganggu bayi. 

Boleh ajer nak pakaikan aksesori ye tak? Janji kita mak2 bapak2 ni buat pilihan yang terbaik serta menepati ciri2 keselamatan.

SUMBER: SINI

Post a Comment

40Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. selalu jugak nampak mereka pakaikan untuk baby..mmg nampak cantik,tapi kena berwaspada jugaklah kan farah...nasib baik ash pakai topi jer...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah namanya pun lelaki kak, kenalah pakai cap jer aksesorinya...nak buek camno...ekekekeke....

      Delete
  2. waa.. good info ( an important refreshed info)... Like you I have 4 boys and 2 girls.. the girls are in year 5 and form 2 already... so they are not wearing 'gugirl' things anymore.. but I tell you, teenage gurl... wow... now they are into light 'make-up' things with all those facial cleanser and so on... whoahahahaa... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup I do realize that, they are into 'light make-up' thinggy nowadays... differ from us kannn???

      Delete
  3. tq dear for sharing this. yup mmg cantik tp kdg2 baby xselesa..

    ReplyDelete
  4. pernah beli utk anak buah ms dia tecik, tapi asyik terlucut je.. hehe

    ReplyDelete
  5. kalau baby girl memang comel dipakaikan apa pun..kalau baby lelaki tak ke naya kalau dipakaikan reben :D

    ReplyDelete
  6. mcm2 skang nie hairband
    pilih jea mana yg cantik
    tapi kena pastikan ketat ataupun tdk la..
    ubun2 bayi masih lembut lagi kan

    ReplyDelete
  7. my girl memang tak suka pakai aksesori, punyalah excited mummynya belikan yg colourfull tum tapi 5 saat je kat atas kepala ni.

    ReplyDelete
  8. info yg menarik...especially yg baru dapat baby gegel..must be excited nak anak nampak cute beraksesori..so now kena lebih take the weight akan buruk dan baiknyer beraksesori ni..kann ! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, sebelum apa2 kena fikirkan pro and consnya...

      Delete
  9. banyak pilihan sebenarnya..macam headband tu..ada y jenis keras & ada y lembut..y ang lembut tu..sangat flexible..kena tengok saiz kepala baby jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul mar kena tengok size kepala baby, tak boleh nak main sauk jer...

      Delete
  10. Akak pernah beli masa yang bongsu nie batu beberapa bulan jer...lagi pun masa tu raya...pakai sekejap jer pun...hihi

    ReplyDelete
  11. Kena hati2 tak leh simply main sarung ja, kesian bebudak tu bkn au nak bantah lagi..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak2 ikut jerlah apa yang parents lakukan...turutkan ajer...he he he...tak pandai nak lawan atau bantah lagi kannn???

      Delete
  12. Replies
    1. betul tu syira, ada sesetengah baby memang rasa rimas...

      Delete
  13. nampak comey aje bila baby girl pakai... rupanya ada juga bahaya yang tersembunyi...

    sy tenggelam timbul, kak farah... itu pasal kak farah tak perasan sy... hihihi~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo macam chipsmore ek ruha... memang comel kan bila baby girl pakai... ^_^

      Delete
  14. bahaya jugak rupanya
    tapi untuk baby kecik je la kot kan..
    pape pun headband ni tetap comey! ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak suka tengok baby gegirl pakai headband mirza...

      Delete
  15. Mmg. Bg pkai sgt, sbb kepala mcm tercekik aje... Cntik tpi mmbhayakan..

    ReplyDelete
  16. alisya akak tu letak la apa pun atas kepala dia... confirm dia bukak...dia xsuka ada benda kat kepala... nak suruh ikat rambut pun susah.. haih!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he, ada budak memang cam tu kak, memang tak gemar kalau dipakaikan aksesori yang semacam tu, last2 biar kosong jer ye tak???

      Delete
  17. nasib arash laki,lau x mama nye da buh da headban kt kepala...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ash perempuan dah macam2 dah akak bega...he he he...

      Delete
  18. info menarik ni.... tq berkongsi yer farah

    ReplyDelete
  19. good info
    thanks for sharing farah
    nampak cantik tp bahaya jugak rupanya

    : Kurus Macam Olive Oyl Popeye

    ReplyDelete
  20. benda cantik pun ada bahayanya kan..

    ReplyDelete
  21. Bagus untuk panduan kita bersama ...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !