Adik Beradik Keith Foo!!!

Farah Waheda Wahid
13
Source Extracted from Google
Huhhh??? Cerita pasal Keith Foo lagi??? Hari tu dah bercerita di SINI dan hari ni sekali lagi... Ini semua gara2 keywords yang melekat di Bubblynotes semalam... bukan satu atau dua... tapi banyak pulak tu.... semua orang dok pakat cari cerita pasal adik beradik Keith Foo ke??? Iolss tak adalah minat sampai ke situ jauhnya menyimpang...wah ini memang betul2 fanatik minat ni.... Hurmm... untuk tidak menghampakan mereka2 yang mencari info pasal adik beradik Keith Foo ni... iolss tak dapat banyak info tapi inilah yang dapat disajikan... 

BAGI peminat tegar sinetron Indonesia pastinya anda mengenali wajah ini. Dikenali sebagai Keith Foo, 29, jejaka berbangsa campuran India dan Cina ini sebenarnya merupakan rakyat Malaysia yang sudah lapan tahun mengemudi dunia lakonan di negara seberang.

Berasal dari Gemas, Negeri Sembilan, Keith memberitahu, bukan niatnya untuk terus meninggalkan negara tercinta ini namun dia sendiri tidak menyangka bahawa dunia lakonannya akan bermula di negara orang.

Menurut Keith, pada mulanya bidang iklan menjadi sasaran utama namun setelah melihat peluang yang menyapa dalam bidang lakonan, dia langsung mencuba.

Mengakui pada mulanya agak sukar untuk menyesuaikan diri namun setelah lapan tahun dia kini agak selesa malah ada di antara peminatnya tidak mengetahui bahawa dirinya merupakan rakyat Malaysia.

“Saya ke sana untuk mencuba nasib di dalam bidang iklan. Setelah diberi peluang saya langsung mencuba bidang lakonan di sana.

“Namun boleh saya katakan peluang sangat sengit memandangkan industri di sana menerima pendatang baru hampir setiap hari," katanya ketika hadir ke studio Utusan di ibu negara baru-baru ini.
MERUPAKAN ANAK BONGSU DARIPADA EMPAT ADIK-BERADIK menurut Keith, dia sangat bersyukur kerana kefasihan bertutur dalam bahasa Melayu memudahkan perjalanan karier di Indonesia.

“Sejak kecil lagi saya sudah didedahkan dengan bahasa Melayu dan hampir kesemua kawan-kawan saya juga berbangsa Melayu.Dan bila saya mencuba nasib di sana ternyata kelebihan tersebut memudahkan saya," katanya.

Bercerita kembali pengalaman awalnya untuk dikenali di sana, Keith memberitahu pernah berkongsi rumah dengan beberapa rakan lain memandangkan tidak mengenali sesiapa di negara itu.
“Bukan mudah sebenarnya untuk menjejak peluang di sana. Saya akui tahun pertama agak perit.
“Memandangkan tiada sesiapa di sana, saya banyak bergantung pada ejen. Ada suatu ketika saya terpaksa tidur di atas sofa memandangkan rumah yang didiami terpaksa dikongsi dengan bakat baru yang turut menggunakan ejen yang sama," katanya.

Gejolak Hati

Ternyata kemasyhuran serta nama yang diraih di Indonesia tidak dapat memadamkan gejolak hati kecilnya untuk kembali ke negara sendiri.

Menurut Keith, tempoh lapan tahun di sana banyak mengajar untuk sentiasa menghargai pengorbanan ibu bapanya.

“Saya memang mahu kembali ke negara sendiri dan berlakon di sini dan kini saya sedang cuba mencari peluang yang ada.

“Sebab utama saya mahu kembali ke Malaysia tentunya kerana ibu bapa saya. Melihatkan keadaan mereka yang semakin tua, saya fikir ini merupakan masa yang sesuai untuk saya kembali ke negara ini agar boleh berada lebih dekat dengan mereka," katanya dengan dialek Indonesia yang kadangkala sukar ditepis.

Tahu bukan mudah untuk dirinya mencuba nasib di negara sendiri memandangkan namanya masih lagi baru di sini, Keith dengan merendah diri mengakui tiada masalah untuk dirinya bermula dari bawah kerana pernah melalui pengalaman tersebut lapan tahun lalu.

“Saya tidak kisah untuk bermula dari bawah sekiranya ada peluang yang ditawarkan. Saya sendiri pernah melalui saat itu ketika mencipta nama di Indonesia dan saya tiada masalah untuk melaluinya semula," katanya.

Merupakan salah seorang pelakon sinetron popular, Cinta dan Anugerah di samping seorang lagi pelakon Malaysia, Ashraf Sinclair, Keith memberitahu sekiranya ada kesempatan dia dan Ashraf pasti akan meluangkan masa bersama-sama.

“Ashraf merupakan antara rakan pelakon saya di sana. Jika ada kesempatan kami pasti keluar bersama. Bagaimanapun ia tidaklah kerap memandangkan dia kini sudah berkeluarga.

“Selain itu, untuk mengubat kerinduan saya terhadap Malaysia, saya pasti akan mencari makanan Malaysia," katanya yang menggemari masakan kari.

Ditanya apakah nasihatnya buat bakat baru tempatan yang mahu mencuba nasib di Indonesia, Keith mengaku melalui pengalamannya selama ini, hanya satu yang mampu menjamin perjalanan karier di negara orang iaitu disiplin dan tidak terlalu banyak kerenah.

“Disiplin sangat penting. Di sana terlalu banyak peluang tetapi bakat juga terlalu ramai. Oleh itu perkara yang akan membantu seseorang itu untuk berada di sana adalah disiplin.
Selain itu, saya akan menerima apa-apa juga watak dan tidak terlalu memilih," katanya.

SUMBER: SINI 

Itu ajerlah info yang iolss dapat tentang adik beradik Keith Foo.... anak bongsu ok? ^_^... Diharapkan para pencari keywords tu berpuas hatilah dengan info dari Bubblynotes yang dipinjam dari sumber. Nak cerita lebih2 iolss pun tak tau... sebab tak kaji pulak dalam2 sampai ke situ...muahahaha... 

Post a Comment

13Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !