6 Cara Menggayakan Kasut Tumit Tinggi Tanpa Rasa Sakit

Farah Waheda Wahid
31
Source Extracted from Google
Koleksi stilettos, heels, pump shoes, sandals kat rumah tu memang tak dapat nak disangkal lagi... bukan sekadar di rumah kat belakang bonet kereta pun dah macam nak buat sale...muahahaha... bising papa, mama dan betterhalf iolss... Katanya buat penuh bonet kereta jer... Bukan apa, senang sikit nak tukar2 atau pilih2 yang mana satu.... 

Source Extracted from Google
Iolss tak sempat nak snap gambar kasut dalam bonet kereta tu masa nak taip entri ni...wakakakaka... lagipun malas nak buat watermark... Boleh??? Nanti ada masa iolss ambil dan snap tunjuk kat uolss... Lebih kurang macam ni lah gayanya kasut dalam bonet kereta iolss...tapi susun elok2 lah... tak lah dibiarkan bersepah, iols ni pantang barang bersepah, kat mana sat ni ke, tak kiralah rumah ke, kereta ke, workstation ke... Tak suka benda bersepah2 dan semak2 ni...kalau boleh kasi clear, memang kasi clear...baru segar pemikiran...wakakakaka... Tapi bukan pasal kasut dalam bonet yang iolss nak bercerita panjang lebar ni... Nak cerita pasal 6 cara menggayakan kasut tumit tinggi tanpa rasa sakit.... 

Kasut tumit tinggi bukan sahaja membuat uolss kelihatan bergaya dan seksi, mereka juga memberi uolss ketinggian yang lebih beberapa inci dan memberikan keyakinan diri. Siapa yang tidak suka kelihatan tinggi??? Tetapi kasut tumit tinggi sentiasa mendapat reputasi buruk bagi masalah kesihatan terutamanya kepada wanita yang memakai ia untuk masa yang lama. Iolss lettew...hik hik hik. Memang benar memakai kasut tumit tinggi untuk jangka masa yang lama boleh memberi uols postur badan yang tidak baik (boleh refer entri lama iolss di SINI), membuat kaki uols lemah dan memberikan uols sakit belakang. Berikut adalah beberapa perkara yang uols boleh buat untuk memastikan uols tidak berada dalam kesakitan kekal kerana kasut tumit tinggi uols.

1. Pilih Ketinggian Tumit Sesuai
Pilih tumit yang membolehkan uolss boleh berjalan seperti biasa. Terdapat pelbagai ketebalan dan ketinggian tumit kasut yang boleh uols pilih. Jika uols dah biasa pakai kasut tumit tinggi tak salah memilih tumit yang runcing dan setinggi yang uols mahu. Ok paling tinggi iolss pernah pakai 4 1/2 inch. Tapiii bagi yang baru nak belajar2 tu dan berjinak2 tu atau baru fiil2 nak jadi diva konon...ahaksss... pilih tumit yang mempunyai ketinggian sederhan ataupun pakai ajer wedges, senang....

2. Rehatkan Kaki Uols
Adalah baik untuk memberi kaki uols berehat sekali sekala. Tanggalkan kasut tumit uols dan renggangkan atau urut kaki uols. Cara ini akan membenarkan kaki uols 'bernafas' untuk seketika. Rendamkan di dalam bekas berisi air suam berisi aromaterapi.

3. Beli Kasut Dari Jenama Yang Baik
Biasanya kasut dari jenama terkemuka direka dengan baik dan tidak menyakiti kaki uolss compared to kasut tumit tinggi yang boleh didapati di mana2 kedai biasa...

4. Jangan Memakai Kasut Tumit If Uols Berdiri atau Berjalan untuk Masa yang Lama
Selalu bawa sepasang kasut biasa jika uols tak selesa. Kasut tumit tinggi tidak direka untuk dipakai dalam jangka masa lama ek. Elakkan memakai lebih daripada 4 kali seminggu dan pastikan ada sekurang2nya 2 hari di antaranya. Ini juga membantu kasut uols untuk tahan lebih lama. Takkan hari2 nak lenjan kasut yang sama kot??? Orang perempuan mesti banyak collection kannn??? *_^

5. Pilih dari Fabrik yang Sesuai
Kini terdapat banyak fabrik kasut yang boleh uols pilih seperti plastik, jelly shoew, fabrik kulit dan juga fabrik campuran. Pilih kasut dari fabrik kulit untuk kasut yang tahan lama serta berkualiti. Jika uols nak kasut tumit tinggi yang melekat pada kaki, pilih jelly shoes kerana biasanya ia mengikut bentuk kaki uols dan mengurangkan geseran kulit kaki dan kasut yang menyebabkan kaki melecet. Tambahkan kusyen pada tapak kasut supaya tapak kaki tidak menerima stres dari tapak kasut yang keras. 

6. Cara Berjalan
Jangan melangkah atau meletakkan tumit dan jari kaki uols di atas tanah pada masa yang sama. Berjalan dengan cara yang sama apabila uols memakai flat shoes - dengan setiap langkah yang uols ambil, letakkan tumit uols terlebih dulu dan kemudian jari kaki uols. 

SUMBER: SINI 

Disebabkan dah lama berkecimpung dengan stilettos and heels ni,  rasa sakit ni dah experienced juga 2-3 kali bila tersalah beli kasut.... huwaaa sangat tak suka tau... bila dah sakit pakai tu, faham2 jer lah, memang jaranglah akan dipakai... pakai yang tak sakit jer...Sakit naper? Material kasut tu keras sangat dan jadi melecet... Nak solve kenalah pakai sheer socks nak tak nak...wakakakaka.... Sayang kan kasut beli mahal2 tak pakai... Tapi kalau dapat stilettos atau heels yang lembut dan sedap dipakai tu... memang terbaiklah... Pakai gi function and office jer lah pun... Takkan gi shopping mall pun nak pakai stilettos atau heels, masak dan berjahit nak berjalan rounding satu mall pakai stilettos atau heels tu...lagi2 sekarang ni semenjak ada Ash... ya ampunnnn... berjahit nak berjalan, serabut2...wakakaka...waktu santai kita santai, waktu formal, kita lenjan.... Pakai sesuatu tu ikut tempat dan kesesuaian... betul tak??? Janganlah tak kena dengan gaya dan tempat pula...

Post a Comment

31Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. sedihnya..saya dah tak boleh nak pakai kasut tumit tinggi sebab masalah pinggang

    ReplyDelete
  2. pernah pakai kasut itnggi masa kawen jea.. hee..

    ReplyDelete
  3. Panduan yang berguna ni. kadang-kadang ada yang salah pilih disebabkan terlalu nak bergaya. kaki sendiri yang sakit. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, sendiri yang merana... dan sendiri yang rasa pakai tu macam seksa jer...ekekekeke....

      Delete
  4. saya selalu pakai wedges jee kak. tu pun kadang sakit kaki jugak. Hahahaaa

    ReplyDelete
  5. ada tempat dan masa saja pakai high heel nie......

    ReplyDelete
  6. pakai kasut tinggi bila masa bekerja sahaja.. waktu santai pakai aipanema aje, selesa sangat.

    ReplyDelete
  7. aihhhh,dah lama tak ber-heel ni,hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama tak ber-heel kita ber-heel lah onie... hu hu hu

      Delete
  8. rasanya kita memang tak sesuai la nak pakai heels sbb dah tinggi :)..tak dpt nak brgaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapa kata tak boleh bergaya, masih boleh bergaya... ada caranya...

      Delete
  9. seram tgok yg pakai high heels yg betul2 high..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni mesti kes takut tengok kalau2 orang tu terpelecok ek?

      Delete
  10. Dulu sebelum kahwin memang banyak koleksi heels.now guna wedges lagi selesa..lagipun bila dah naik berat badan heels tak mampu nak menampung..hehehe..btw,tq for the tips :)

    ReplyDelete
  11. Ayut pon suke kasut heel....tp pkainya mmg jarangla...hihihi.sqkit kaki bila mlm nk tido la jwab ye ;)

    ReplyDelete
  12. Wahhhh gojesss ni.... semakin tinggi... hahaha...

    ReplyDelete
  13. Korang pakai tinggi tinggi tu, tak gayat ke masa berjalan? Haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni tak adalah pulak eraz... he he he, cuba tanya mama zara...

      Delete
  14. Masa bujang ada jugak pakai. Tapi tak tinggi sangat. Yang sedang sedang je.. bila dah kahwin, lagi minat kasut flat.. sesekali beli jugak wedges....

    ReplyDelete
  15. biasa pakai wedges je..huhu..yg tumit tinggi runcing tu takut nak pakai..kang patah kaki..

    ReplyDelete
  16. Best info ni.. tumit dulu baru jari.. tu la sy tertanya2 cmne nk jalan dgn high heels ni.. terase cam fake nk jln tu hehe. Ok sok prektis.. chewah. Em ada tak tips cmne nk handle kalau kita pakai heels gemar benar tercabut2 kat belakng time nk jln laju. Kasut tu mmg size sy.. malu npk dek org hihi ^^v

    ReplyDelete
  17. salam kenal gan ..
    iya benar sekali kalau memakai wedges kaki akan terlihat lebih cantik tapi kalau memilih kaos kaki muslimah yang nyaman buat memakai sepatu hak tinggi itu seperti apa ?...
    mohon penjelasannya..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !