12 Karakter Bayi Yang Menuntut Perhatian Tinggi!!!

Farah Waheda Wahid
29
Tiap kali entry pasal baby jer nak tempek muka Ash... melampau Mummy kannn? Melayut tak pipi bam bam dia tu??? Hik hik hik... Tapi bukan nak cerita pasal Ash... Sekadar gambar hiasan jer... Malas nak Google gambar baby... terus upload gambar Ash yang ni... Fresh punya gambar, semalam punya gambar, tak sempat lagi upload kat IG...ahaksss... 

Ha, ini perkongsian dari pembacaan di SINI, sila kenali atau mungkin ada yang dah expert ni... 12 karakter bayi yang menuntut perhatian tinggi...
  1. Tegang (intense): mereka memperuntukkan lebih tenaga dalam setiap perkara yang dilakukan. Menangis sekuat hati, ketawa beria2 dan memprotes jika keperluan mereka tidak dipenuhi ke tahap jangkaan. Contohnya: mengamuk hanya kerana lambat disusukan. (alamak... anak iolsss si Ash kalau lambat susu memang mengamuk...nak cepat jer kerjanya... wah nak tuntut perhatian yang tinggi rupanya...tak cukup tinggi lagi ke yang Mummy dah bagi??? Tak berbelah bagi uolss).
  2. Hiperaktif: ibu bapa kerap mengaitkan hiperaktif sebagai perkara negatif. Sebenarnya, terma ini hanya merujuk kepada kelakuan anak anda, tanpa justifikasi sama ada ia baik atau buruk. Dalam hal ini, ia merujuk kepada bayi yang tidak boleh duduk diam contohnya suka melepaskan diri bila dibalut atau dibedung atau tidak senang duduk ketika disusukan. (aikkk...yang ni pun simptom Ash ni...ahaksss)
  3. Pengekstrak tenaga: mereka mengekstrak setiap tenaga penjaga mereka. Kemahuan untuk didukung, disusukan serta ditenteramkan secara berterusan seringkali membuat penjaga bayi jenis ini keletihan. (ha ha ha...yang ni tak ada setakat ni...ok jer, tak perlu pun nak dukung2 selalu atau ditenteramkan)
  4. Kerap menyusu: suka disusukan kerana pada mereka, aktiviti itu lebih kepada mententeramkan berbanding untuk tujuan mengenyangkan kerana melibatkan sentuhan kulit ke kulit. (anak iolss lagi...ekekeke)
  5. Menggesa: mereka menyalurkan unsur segera/kecemasan dalam setiap signal yang diberi. Mereka tidak suka menunggu dan tidak menerima alternatif. (tak suka menunggu tu yer... tapi tak terima alternatif lain tu tak betul...ekekeke).
  6. Kerap terjaga (tidak sama sekali tidak)
  7. Sukar dipuaskan: tidak ada satu jenis cara yang sesuai pada setiap masa untuk memuaskan hati mereka. (yang ni tak pula setakat ni).
  8. Tidak terjangkakan pertukaran mood yang ekstrem secara tiba2... (tak ada)
  9. Sangat sensitif: sangat mudah terganggu dengan stimulasi dari sekeliling. Mereka lebih gemarkan zon selesa berbanding persekitaran baru. (tak langsung, setakat ni ok jer)
  10. Tidak boleh diletakkan: mereka dambakan sentuhan kulit ke kulit pada setiap masa, dipegang, disusukan, tidur bersama serta pergerakan yang berterusan, didodoi, dihayun (ok tak...ok jer kalau diletakkan)
  11. Tidak pandai mententeramkan diri sendiri: mereka gemar dibantu oleh manusia lain untuk merasa tenteram berbanding alatan seperti pacifier, buaian atau mainan. (tak langusng, ok jer dia)
  12. Sensitif terhadap pemisahan: tidak bersedia menerima perubahan penjaga sedia ada dan sukar terhadap orang asing. (Ash ok, tip top...wakakakaka buat masa ni)
Oh begitu rupanya, ada facts yang kena dengan Ash dan ada yang tak bercanggah, kira2nya Ash ni tak adalah "attention seekers" sangat...muahahaha...melampau Mummy labelkan anak "attention seekers"... Ala adatlah tu kan, nak manja2 dengan Mummy...dah hari2 dok mengadap muka Mummy jer... siapa lagi Ash nak manja kannn? Kalau tak dengan Abah, Mummy, Nek Ma dan Atuk... *_^ 

Post a Comment

29Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. comelnye Ash bambam..geram tengok...baby buat ape pun akan dapat perhatian sebab comel.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah fiza, baby ni tengoklah dari sudut mana sekalipun tak kira baby siapa, tetap comel... ^_^

      Delete
  2. Dah besar nnt makin bertmbah pula karekter tu.. Hehe

    ReplyDelete
  3. Aduh! Geram tengok pipi Ash haish... Tapi kan Farah. Sikit masa lagi bertambah-tambah karektar dia untuk tarik perhatian abah dan mummy dia. Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la makin lama makin banyak akal orang kata... ^_^

      Delete
  4. ash jadi mmg budak baik.. kalau boleh tak nak susahkan mummy dia..

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. knowledge untuk abak untuk satu masa nanti yer... ^_^

      Delete
  6. mcm2 karektor bby yg mak dia yg paling paham....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak biasanya mak lah yang akan paling faham ....

      Delete
  7. Perlomgsian yang baik tapi dah lama tak der baby..isteri dah stop..tak nak lagi..heheheh

    ReplyDelete
  8. akak suka tengok baby tengah tido..comey gitew..cute je..
    errmm tembam nya pipi Ash ni tau!!..
    thanks farah sharing this info...

    ReplyDelete
    Replies
    1. my pleasure kak roha.... pipi jer selambak cam tu kak tapi kalau tengok orangnya... kecik molek jer...

      Delete
  9. Comelnya Ash, geram tengok shape mulut tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah kak, terima kasih sebab cakap Ash comel... he he he

      Delete
  10. Akak, comelnya baby Ash. Nak cubit skit pipi dia... hehehe, baguslah kalau baby Ash ni baik, mudah nak jaga tak banyak ragam. InsyaAllah jadi anak yg baik ni. Hiii baby Ash.
    Errrk, dalam banyak2 kat atas tu.... yang no.10 tu yang mak saya alami bila saya dilahirkan dan proses nk besarkan saya. Asal letak je mula lah kriau. Bila sentuhan tgn mak je terus senyap. Dan pulak tu pandai tau bezakan mana tangan mak, mana tangan abah. hehehehe,

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi kakak aima... (pesanan dari Ash)... nak cubit??? hi hi hi.. In Shaa Allah Aima, moga2 Ash membesar menjadi anak yang soleh dan baik...

      Delete
  11. amboi cuperboy..
    mulut cam sama ngan qhaliff anak ben jer..
    hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. melayutkan pipi dia uncle shark??? erksss... sama ek? cam tak jer uncle shark? muahahaha....

      Delete
  12. comey sungguh ler baby farah ni

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !