11 Akibat Tidak Cukup Tidur!!!

Farah Waheda Wahid
28
Source Extracted from Google
Tidur yang cukup dan perfect memang dambaan saya...muahahaha... dan semenjak ada Ash ni, nak kata sentiasa dapat tidur yang cukup tu, nahhhh...mustahil... biasalah dah ada shift malam... tak macam dulu2... tapi mungkin dah biasa kot, sebab dah biasa berjaga malam buat kerja2 blog sampai pukul 2-3 pagi... Tapiii, tak dinafikan, I miss my sleep!!! 

Bulan pertama kehadiran Ash, memang sentiasa tak cukup tidur...yerlah masa tu nak adjust timing kann??? Masih nak adjust shift orang kata... Alhamdulillah masuk bulan kedua dah mula ok sikit dah shift tu... seperti entri INI ... kita dah tau dah fixed timing Ash untuk bangun main... Makanya, Mummylah yang kena adjust timing tidur supaya cukup tidur dan jangan kurang tidur... Kan tidur yang cukup tu salah satu essence of beauty??? dan kalau tak cukup tidur ni berbahaya untuk Mummy yang driving jauh2 ni...ihiksss.... Ok... I love having enough sleep now...cumanya kalau tiba2 angin Ash sekali dalam seminggu tu malam tak mau tidur langsung... Muahahah...berjahittt Mummy tahan mata tersengguk2 kat office ok??? Setakat ni memang sekali seminggu mesti ada dia buat perangai macam tu... 

Seseorang yang sering mengabaikan waktu tidurnya di mana masa tidur yang diambilnya terlalu sedikit daripada yang sepatutnya akan mengakibatkan banyak masalah kesihatan pada diri seseorang itu, antaranya..

SISTEM IMUN LEMAH
Jika sistem imun lemah, kita akan mudah dijangkiti selsema dan jangkitan. Kurang tidur juga boleh menyebabkan sel darah putih berkurangan dan seterusnya menjejaskan sistem imun.

KENCING MANIS
Kita sihat dan tidak menghadapi masalah berat badan, tetapi jika mengalami masalah kurang tidur yang kronik, kita akan menghadapi masalah fungsi insulin. 

KEGEMUKAN
Siapa cakap kurang tidur slim??? Siapa??? Siapa??? Jika kita kurang tidur, ia akan melemahkan hormon pertumbuhan yang mengawal nisbah lemak dan otot tubuh selain mengawal hormon leptin. Keadaan ini akan menyebabkan kita terasa lapar dan sukar mengelakkan makanan berlemak dan berkarbohidrat.

SUSUT BERAT BADAN
He he he, betullah slim... mereka yang kurang tidur selalunya cenderung mengambil makanan dalam kuantiti yang lebih. Walaupun pada awalnya, mereka mengalami peningkatan berat badan, tetapi akan merasai penurunan apabila terlalu kerap kurang tidur.

KANSER PAYUDARA
Wanita yang selalu terdedah kepada banyak cahaya pada sebelah malam atau sering bekerja pada waktu malam menghadapi kemungkinan diserang kanser payudara.

STRESS
Kurang tidur boleh menyebabkan kita stress dan akibatnya kita sukar melakukan kerja dengan cekap, sering tidak terurus dan kelam kabut.

CEPAT TUA
Tidur yang cukup akan melambatkan proses penuaan dan kedutan di muka. Ketika tidur, kita akan menghasilkan hormon pertumbuhan yang membolehkan sel2 diperbaharui dan dipulihkan (khususnya sel2 kulit, selain darah dan otak). Jika kita kurang tidur, kita akan cepat kelihatan tua.

MURUNG & ENGGAN BERGAUL
Sekiranya kurang tidur, kita akan mudah tertekan dan murung. Jika masalah ini berpanjangan, kita berkemungkinan besar akan hilang minat untuk bergaul.

LETIH
Kehilangan waktu tidur bagi tempoh yang lama juga akan menyebabkan kita mudah terasa letih.  Tidak selesa: Kurang tidur juga boleh menyebabkan sakit kepala, keletihan pada waktu siang dan mudah meradang serta gerak geri menjadi perlahan     

USIA MENJADI SINGKAT
Mereka yang kurang tidur setiap malam berisiko mati awal.
70% RISIKO MATI MUDA
Golongan yang tidak cukup tidur lebih berisiko mati muda berbanding mereka yang tidur sempurna.

Bab mati2 ni, saya lebih percaya kepada ajal maut jodoh pertemuan di tangan Allah SWT... hu hu hu... tapi tak salah kalau kita menjaga kesihatan... A good night sleep is essential dan important... Macam dalam kes saya ni, dah tentu2 kena adjust timing dengan sebaiknya supaya tidur tu cukup... Solution??? Tau timing Ash berjaga buat masa sekarang, makanya kita tidur awal dan bangun pukul 3 pagi untuk bergurau senda bersama Ash...Muahahhaa... dah puas dia bergurau senda kita tidurkan dulu dan sementara tu kita mandi. Lepas mandi kita siapkan Ash dan bergerak.... *_^... Kenalah berkorban sikit kan... Tapi tak apa janji tidur cukup... 

*Mama, suami dan my gynae selalu pesan, baby tidur kita tidur, baby jaga kita pun jagalah... hik hik hik... Dah ada anak mana mungkin sama macam dulu lagi kan timing tidur tu... Dah besar2 sikit nanti oklah tu... normal-lah balik tidur tu.... 

KREDIT: SINI

Post a Comment

28Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. owh..pasni nak tidur secukupnyalah... tq bgtau farah

    p/s.. lawa blog..suka... lbh kemas

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 kak izan, thank you kak izan sebab suka rumah baru dan baju baru ni... ^_^

      Delete
    2. assalamualaikum.....boleh tak bagi tips untuk belajar lewat malam dan tidur dengan kadar yang mencukupi

      Delete
    3. tapi bagaimana pula jika seseorang suka study sampai lewat malam???
      hal ini disebabkan study lewat malam dapat timba ilmu yang mudah..

      Delete
  2. blog dah berwajah baru rupanya,..tidur yang cukup tu penting kan farah..taklah nanti kat office salah satu sebab mengantuk..hahah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ngantuk kat office memang kes naya kak eda...

      Delete
  3. bila ada anak ni, kita memang akan kekurangan waktu tidur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup kak Farah setuju, tapi kitalah yang nak kena pandai2 adjust kan??? heee nak bagi cukup jugak tido tu...

      Delete
  4. Masa Ash baby memang tak dapat tido nyenyak yea Kak Farah. Takpa nanti dia besar, benda2 macam ni yg dia buat lebih sygkan Mummy dia :D

    ReplyDelete
  5. tidur yg cukup mmg penting untuk kesihatan...btw..thanks 4 sharing kak =)

    ReplyDelete
  6. sabar ya sis tak apa baru permulaan..nnt lama2 ok la tu :)

    ReplyDelete
  7. Cantiknya blog...

    Alamak...nasuha selalu tidur lewat...selalu niat nk tidur awal tp lewat juga....

    ReplyDelete
  8. akak pernah rasa betapa nak berjaga malam.....kesihatan kena jaga..time tidur kita tidur.....

    ReplyDelete
  9. betul tu farah
    k.el skun pun x sihat
    pening kepala dah seminggu x baik
    makan ubat pun x baik..mmg x cukup tido
    stress pun ada..thats y k.el pun dah jarang nak bersembang ngan org sekeliling..
    risau pulak ada penyakit lain..tp td pergi checkup so far ok huhuhu

    ReplyDelete
  10. akak plak lain dik..dari berpantang sampai anak dah besar panjang tido mmg cukup..dalam pantang lagi cukup sebab Dania jenis baik sgt..susah nak nagis..merengek bila pampers dah penuh...jarang akak x dapat tido...best betul...dah besar ni lagi baik...kalau nak bangun pi toilet pun dia bangaun pi sendiri xde kejut mama..hahahaha....mengalahkan akak plak beranak kecik

    ReplyDelete
  11. wowww blog akak tukar baju dah ek. 4 hari fae x bw hehe.

    ReplyDelete
  12. alamak... Farah ni menakutkan teman lah.. teman ni kategori lambat tido.. hari2 tido kul 2 2-3 pagi..

    ReplyDelete
  13. ala..risau la kak. saya memang tak pernah cukup tidur

    ReplyDelete
  14. Saya pun mmg slalu juga kurang waktu tidur ni...

    ReplyDelete
  15. Tapi normal je kot kalu jadi ibu berank kecik x ckup tido...

    ReplyDelete
  16. deqla ni kurang tdo kot.. x reti la nak tdo awal.. padahal bkn ada keje time tu.. mmg penyakit suka tdo lmbt.. dah la awal2 pagi nak bgn.. huhu

    ReplyDelete
  17. Byk btulkesannya..ok noted..klu tlbh tido plak cane tu?hahaha..pasni kna ikut pesan mama tu.baby tido akak pon tdo yer...

    ReplyDelete
  18. Sungguh menyeramkan ni Farah.....kadang tu contradict dgn sunnah nabi Muhammad saw kita yg kurang tido? Macamana yek?

    ReplyDelete
  19. Anak seorang boleh lagi adjust time kita tidur.Masuk anak 2 orang jam tidur mak ni dah ke laut.Asal free je asyik nak tido je...hehee..janji mak cukup tidur so tak stress bila buat kerja2 rumah, handle anak2 dan suami.

    nurzariff.blogspot.com

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !