Home » , , , , » Zamir...Juara MasterChef Malaysia All Stars!!! ^_^

Zamir...Juara MasterChef Malaysia All Stars!!! ^_^

Source Extracted from Google
Sukanya, sukanya, sukanya.... sibuk dok gebang2 bila blogwalking ke blog kawan2 dan mengomen tentang siapakah yang bakal menjadi juara MasterChef Malaysia All Stars... nak sangat Zamir jadi juara kannn??? He he he, malam semalam memang Zamir telah dinobatkan sebagai juara MasterChef Malaysia All Stars... Tahniah diucapkan kepada Zamir!!! Makanya, menjadilah teka teki yang saya jawab sendiri dan juga naluri hati (cheh, tak menghingat...naluri hati) Zamir yang bakal menjadi juara MasterChef Malaysia All Stars...

Tapi adatlah kannn??? Mungkin ada yang suka Zamir menang dan mungkin ada yang tidak... dan mungkin ramai yang nak Celina menang...tapi saya tetap suka kalau Zamir menang... wahhh...untung siapa yang bakal berpasangan hidup dengan Zamir... raja memasak uolsss...silap2 esok2 bakal wife Zamir yang belajar memasak dari Zamir...ooopsss jauh pula melencong... Jom kita berkenal2an dengan Zamir dengan lebih lanjut...

Umur:21 tahun

Asal:Shah Alam

Pekerjaan: Pelajar Kulinari

Hidangan Kegemaran: Burger dan Kentang Goreng

Lokasi Percutian Kegemaran: Itali

Pencuci Mulut Kegemaran: Creme Brulee

Manis atau Savouri: Savouri

Pedas atau Bawang Putih: Bawang Putih

Cucu yang bagus adalah cucu yang mengamalkan apa yang diajar oleh datuk atau neneknya. Begitulah juga dengan Zamir yang belajar memasak daripada arwah neneknya dahulu. Zamir juga meminati Jamie Oliver yang berusaha mengubah dunia untuk memasak secara sihat. Kedua2 mereka  menjadi sumber inspirasi Zamir untuk memasak dan terus memasak.

Masakan Barat menjadi pilihan Zamir apabila memasak. Penyediaannya yang mudah dan cepat menarik minatnya untuk memasak masakan Barat. Zamir juga meminati hidangan keluarga. Hidangan yang menjadi kebiasaan masyarakat di Malaysia.

Gaya masakan yang agak gelojoh, gelabah serta kucar kacir, namun masih dapat menghasilkan hidangan yang lazat, berkualiti dan sihat menarik minat Zamir untuk meminati Jamie Oliver. Zamir mengikuti hampir kesemua rancangan masakan Jamie Oliver sejak berusia 10 tahun lagi.

Zamir memasang impian untuk memasak hidangan istimewa untuk idola kesayangannya itu, Jamie Oliver. Zamir juga ingin idolanya itu mengenalinya dan mengenali masakan yang dihasilkan olehnya.

Memiliki sebuah restoran bertaraf 5 bintang merupakan impian dan cita2 Zamir dalam bidang masakan. Dengan cara ini, Zamir dapat memperkenalkan masakan2 tempatan dan sekaligus mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Sumber: SINI
 
*Tinggi cita2 Zamir ek??? Moga2 kesampaianlah cita2 tentang Jamie Oliver tu... apa2 pun, tahniah diucapkan kepada Zamir sekali lagi... 


Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Zamir...Juara MasterChef Malaysia All Stars!!! ^_^, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, January 29, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

35 comments:

  1. hihihi dah agak dah dia menang hiks xD

    ReplyDelete
  2. sama2 kita doakan yang terbaik buat Zamir...perjalanan beliau masih jauh untuk mengejar cita2 kan...dah agak mesti dia menang...

    ReplyDelete
  3. yeyyy alhamdulillah bertepuk PC malam tadi bila zamir diumumkan sebagai juara masterchef..syukur sangat..

    ReplyDelete
  4. btol2...dah agak dah dia mng...hahaha

    ReplyDelete
  5. zamir is my favourite! =) congratzz zamir! u desrve it!

    ReplyDelete
  6. Wah... Tahniah... Lelaki mmg hebat bab memasak...

    ReplyDelete
  7. Tahniah untuk zamir.. Sukalah kak Farah kan?.. hihihi

    ReplyDelete
  8. yeay zamir menang..dasyat muda lagi dh hebat memasak..:)

    ReplyDelete
  9. salam. walaupun sy tak layan masterchief..tahniah buat dia :)

    ReplyDelete
  10. untunglah bakal isteri kan boleh makan sedap²..congrats zamir!

    ReplyDelete
  11. @Amanda Suria

    tak rugikan doakan untuk kebaikan orang... hu huhu...

    ReplyDelete
  12. Amboi Farah....sampai gitu srkali minat zamir habis digali hehe....yelah sapa agaknya bakal isteri dia yek!

    ReplyDelete
  13. didiey pun suka zamir..tp suka celina jugak...hehe

    they're such a fighter! love their spirit! :)

    ReplyDelete
  14. ramai prmpuan suak dia sbb cute katanya..hahah

    ReplyDelete
  15. @Imani Iwani boleh tak nak jawab??? terima kasih bagi pihak zamir??? he he he...

    ReplyDelete
  16. @PeRdU cINta kan PC??? suka jer sebab zamir yang menang...

    ReplyDelete
  17. @Maria Firdz tapi betullah maria lelaki memang hebat kalau tentang masak...

    ReplyDelete
  18. @Cik Itah@RRP he he he... terima kasih bagi pihak zamir... ecehwah...

    ReplyDelete
  19. @Azhafizah Md Nor bakal isteri zamir kena diet betul2 lah ni nampak gayanya...

    ReplyDelete
  20. @Normi Nieza he he he, terima kasih bagi pihak zamir... la la la la...

    ReplyDelete
  21. @hainom OKje dia paling sempoi dan tak banyak cerita dalam MasterChef OKje... tu yang Farah suka...

    ReplyDelete
  22. @cik didiey kesian juga tengok celina, dah 2 kali masuk dah 2 kali jadi naib juara...

    ReplyDelete
  23. @Engku Muzahadin comel pun comel juga Muz... tak banyak cerita pun ye jugak...

    ReplyDelete
  24. Tahniah bt zamir..xdpt tgk ulangan ye aritu..mmmm.sabor jela

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia