Home » , , , , , , » Umur Yang Sesuai Nak Hantar Anak Ke Sekolah???

Umur Yang Sesuai Nak Hantar Anak Ke Sekolah???

Source Extracted from Google
Orang kata melentur buluh biarlah dari rebungnya... dan salah satu perkara yang bermain di fikiran saya ni kan... berapakah umur yang sesuai nak hantar Ash ke sekolah??? "I mean pre-school"... Ahaksss, nampak tak? nampak tak? jauh lagi perjalanan kot...tapi dah mula fikir macam2 dan bukan2 dah sekarang... Hurm, jauh lagi pun, pejam celik pejam celik, tup tup tup, tau2 jer dah masuk 3-4 tahun dah umur Ash nanti kan??? Jadi tak salah kalau dah mula berfikir2 tentang kesesuaian umur nak hantar Ash ke "pre-school" tu... Ada yang kata jangan hantar awal sangat, nanti budak cepat bosan, ada yang kata, jangan hantar ke sekolah yang sama kalau nak hantar awal, nanti bosan, jadi tukar2kan sekolah... heee.... apakah??? Tapi zaman sekarang ni semua orang dah jadi "trending" dah hantar anak awal ke "pre-school" kan? Dah tak ada apa yang peliknya pun kan???

Melalui 1 artikel yang saya baca di SINI

Pakar perkembangan dan psikologi kanak2 berpendapat lebih separuh daripada perkembangan intelektual kanak2 berlaku pada usia 0 hingga 4 tahun manakala 1/3 yang lain sempurna perkembangannya ketika kanak2 berusia 8 tahun. 

Kajian yang dijalankan pakar neurologi mendapati 80 hingga 85% perkembangan otak manusia berlaku dalam tempoh 6 tahun pertama usia kanak2. 

Jika dulu rata2 ibu bapa menghantar anak2 ke tadika pada usia 6 tahun tetapi kini pada usia 5 tahun, anak2 sudah didedahkan dengan pendidikan awal kanak2. Malah senario hari ini semakin berubah apabila ramai ibu bapa mengambil keputusan menghantar anak ke tadika seawal usia 3 dan 4 tahun.

Kajian di California, Amerika Syarikat mengenai pendidikan awal kanak2 pada 2002 oleh Sue Dockett dan Bob Perry mendapati kanak2 bersedia ke sekolah lebih awal tetapi tidak bersedia untuk belajar lebih awal. Sebanyak 60% pula bersetuju bahawa memasuki sekolah pada usia 5 tahun ke bawah akan mendatangkan kejayaan kepada kanak2 itu. 

Persoalan mengenai masa sesuai menghantar anak ke tadika iaitu pada usia 4 atau 5 tahun sebenarnya terpulang kepada ibu bapa itu sendiri. Pelbagai aspek perlu diambil kira sebelum menghantar mereka ke tadika. 

Pengetua Smart Reader Kids cawangan Bandar Baru Bangi, Datin Nor Hidayawati Jaafar, berpendapat pendedahan seawal usia 3 dan 4 tahun untuk pendidikan prasekolah anak2 dapat membentuk diri mereka menjadi lebih bertanggungjawab serta dapat menyesuaikan diri dengan keadaan persekolahan sebenar apabila mencecah usia 7 tahun. 

Dengan kata lain, kanak2 yang berada di tadika selama 3 atau 4 tahun menjadi lebih berdikari, tidak takut serta mudah menerima pelajaran di sekolah. 

"Ini bermakna apabila kanak2 ini memasuki darjah satu mereka tidak takut kepada persekitaran sekolah, tidak mengalami kejutan budaya apabila diberi kerja sekolah yang banyak serta berhadapan dengan guru yang tegas. Ini kerana semua ini sudah dialami sepanjang berada di tadika," katanya. 

Menurut Nor Hidayawati, ibu bapa bekerja dan tiada masa memastikan pembelajaran anak2 di rumah menjadikan tugas guru tadika menjadi semakin berat. Ditambah pula apabila memasuki sekolah rendah, persaingan sengit di antara pelajar serta pelajar yang bijak dan berkebolahan menjadikan ada antara ibu bapa tertekan dalam memastikan anak2 tidak ketinggalan dalam pelajaran. 

Apabila memasuki darjah satu, guru bukan setakat beranggapan pelajar sudah boleh membaca dengan lancar tetapi memahami apa yang dibaca serta mempunyai pemikiran kritis bagi setiap apa yang difahaminya. Bagi kanak2 yang masih tidak boleh membaca atau belum dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, sudah tentu mereka akan ketinggalan," katanya. 

Bagi usia 3-4 tahun, anak2 perlu diberi penekanan daripada sudut sosial seperti teknik memegang pensel dan mengenal huruf. Anak2 pada usia 5 dan 6 yahun pula didedahkan pada persekitaran sebenar sama seperti sekolah rendah. Mereka diberi pemahaman yang jelas, sekolah adalah tempat belajar dan bukannya bermain. Sebab itu dalam masa 3 jam di sekolah mereka diberi latihan serta tunjuk ajar menggunakan papan putih serta buku latihan bagi membiasakan diri mereka dengan buku teks dan latihan sebenar ketika darjah satu. Pastikan waktu belajar tidak terlalu panjang, seeloknya 3 jam untuk pembelajaran saja kerana kanak2 mudah bosan dan akan mula bermain apabila waktu belajar terlalu panjang. 

Pendapat yang sama turut diberikan Pengurus Sinar Bistari Ceria, Asiah Wahid, yang bersetuju sekiranya anak2 dihantar ke tadika pada usia yang awal. Ini kerana pada masa sekarang kanak2 semakin bijak dan mula terdedah dengan teknologi yang menyebabkan perkembangan minda mereka berlaku dengan cepat. 

"Pada usia 4 tahun naluri ingin tahu mereka terlalu tinggi. Namun ibu bapa jangan sesekali memaksa tetapi memberi mereka ruang untuk belajar. Apabila mereka meningkat usia 6 tahun, barulah mereka perlu tahu dan memahami apa yang diajar," katanya. 

Dia juga menolak dakwaan kanak2 akan mudah bosan apabila dihantar terlalu awal ke sekolah. Sebenarnya ini tidak berlaku kerana setiap tadika menyediakan sistem pembelajaran berbeza mengikut peringkat umur. Jadi tidak timbul perasaan bosan malah mereka akan lebih matang dan mempunyai tanggungjawab yang tinggi untuk belajar dengan bersungguh2 apabila di sekolah rendah.

Tuntutan yang tinggi serta persaingan sengit di sekolah rendah menyebabkan ibu bapa semakin terbuka untuk memberi pendidikan awal kepada anak2. Ini kerana kekangan masa dengan ibu bapa berkerjaya menyebabkan tugas mendidik anak2 banyak diberikan kepada guru tadika. 

*"All in all" sebenarnya terpulang kepada "parents" lah untuk fikirkan mana yang terbaik untuk anak2 mereka kan? Ok tak apa, kita "survey2" dulu dan teruskan pembacaan untuk memahami dengan lebih mendalam tentang kesesuaian umur ni, tapi rata2 seawal 3/4 tahun dah hantar kan??? Secara majoritilah...tapi sebagai "parents" tak bolehlah nak serah bulat2 kepada cikgu kan??? Kenalah luangkan masa juga untuk pembelajaran anak2... hi hi hi... bercakap macam dah pandai sangat, walhal belum pun sampai "stage" tu... Tak apalah, masih ada masa "at least" 3 tahun lagi kot nak fikir kesesuaian umur tu... apa2 pun kita teruskan dengan pencarian dan pembacaan tentang kesesuaian umur ni...hi hi hi... Hantar awal pun ok juga... "In my mind" dah "target" lah konon2nya nak hantar either masa Ash "3 years old or 4 years old"...tapi kita tengok dulu macam mana nanti... 

**Jauh benau pemikiran mummy-nya kan? Walhal jauh lagi...ahaksss...^_^

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Umur Yang Sesuai Nak Hantar Anak Ke Sekolah??? , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, January 14, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

23 comments:

  1. Dulu pikir nk hntr faiqah ke taska gak thn ni.. Tpi rasa mcm.x sesuai je.. Tmbh mkin byk kes dera.. Jadi mgkin 4 thun bru hntr dia g sekolah...

    ReplyDelete
  2. anak akak yang kembar tu akak hantar sekolah masa usianya 4 tahun tapi sekarang ramai parent dah hantar tadika pada usia 4 @ 5 tahun, terpulang pada parent......

    ReplyDelete
  3. Hantar awl bg shark..
    Tp umo 3tahun mcm terlalu awal.
    4 ok le kot.

    ReplyDelete
  4. tak salah kalau fikir dari sekarang sbb merancang tu perlu. kalau sekarang at least dah idea untuk masa depan ash mcm mana nnt

    ReplyDelete
  5. proses pendidikan bermula drp rumah . bagi saya , kalau anak tu dah boleh bercakap dan faham arahan , maka ibu bapa sudah boleh mengajar yang asas ...

    ReplyDelete
  6. Tips yg sngat bguna.. nice sharing

    ReplyDelete
  7. salam..

    budak-budak sekrang dah tak macam dulu, dulu darjah satu kita baru nak belajar A B C
    sekarang lagi maju.

    ReplyDelete
  8. 4 tahun dah blh hntr.ank2 cpt berdikari..

    ReplyDelete
  9. Semua anak akak memulakan pembelajaran rasmi pada umur 5 tahun, kalau bawah dari tu, yang lebih sesuai ialah playskool...

    ReplyDelete
  10. @Maria Firdz

    kalau ikut fikiran dan kotak pemikiran akak ni lah kan maria, memang rasa macam planning umur Ash 4 tahun jer baru hantar ke pre-school...lebih afdal kot...tapi tak taulah lagi macam mana, kita tengok lagi 3 tahun akan datang...he he he...

    ReplyDelete
  11. @Sukma Haron

    memang betul kak, ramai yang hantar pada usia 4 tahun sekarang ni... eh akak ada anak kembar, tak citer pun??? ni yang nak WeChat ni...

    ReplyDelete
  12. @Shark Kay

    akak pun rasa umur 3 tahun tu awal sangat Shark... kesian pulak kat budak... hu hu hu...

    ReplyDelete
  13. @Ainim Suju

    kannn Anim, planning itu penting dan perlu...

    ReplyDelete
  14. @QV

    farah setuju, parents memainkan peranan yang sangat besar dan penting sebenarnya...

    ReplyDelete
  15. @Abak's Role

    apa yang baik kita kongsikanlah kan Abak? *_^

    ReplyDelete
  16. @puan daya

    sekarang ni pelajaran semakin advance daya... tak macam zaman2 kita dulu (ihikss...tiba2 terasa kertu pula diri ini)... btw, thanks for dropping by and following...nanti kita datang melawat pula yer...

    ReplyDelete
  17. @Imani Iwani

    tulah kak, farah pun fikir the most suitable age is 4 years old... thanks for the opinion, appreciate it much...

    ReplyDelete
  18. @memmet lenggeng

    playskool pun kak, at least they gain knowledge and open up their mind kan? ^_^

    ReplyDelete
  19. hanta awal boleh lambat pon boleh depend pada masing2..lg die knl ramai org lg sng..supaye die xmengharapkan muke mamapapa die aje.tp tuh la dgn mcm2 kes skg ni.jd takot..better 4thn ok la.dlu tb 5thn bru anta..

    ReplyDelete
  20. @Normi Nieza

    sesuatu yang terlintas di fikiran ni Cik Nor... he he he...

    ReplyDelete
  21. @TelingaBulat

    Farah pun rasa macam tu, mungkin umur 4 tahun kot TB...

    ReplyDelete
  22. Saya semenjak anak saya masih baby sebenarnya saya dah fikir2 dah bila saya nak hantar dia ke sekolah n nak hantar kat sekolah mana..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia