Home » , , , , » Skim Persaraan Swasta (PRS)

Skim Persaraan Swasta (PRS)

Source Extracted from Google
Kalau dulu dok terkulat2 jer tengok orang kerja kerajaan ada skim persaraan kannn??? Macam seronok jer bila dah sampai umur persaraan, dah ada duit pencen yang diterima setiap bulan... Kerja swasta mana ada pencen??? Sebab tu orang2 tua dulu suka sangat kalau anak2 dapat kerja kerajaan dan selalu galakkan anak2 mereka kerja kerajaan. Sampai sekarang kot, masih ada mentaliti sebegini sebab banyak kebaikan serta faedahnya... ^_^... Tapi saya tidak, saya cuma pekerja swasta sahaja... Jadinya mula2 dulu memang dah faham dah, takkan ada pencen macam orang kerja kerajaan...Ada tak ada, masa tua2 nanti kalau panjang umur, bergantunglah dengan duit KWSP tu ye tak??? dan juga duit simpanan yang ada...hak hak hak, itupun kalau ada.... *_^... In Shaa Allah, mudah2an...

Tapiii sekarang pekerja2 swasta pun ada peluang nak merasa duit pencen kot??? Sebabnya dah ada Skim Persaraan Swasta (PRS)... ^_^...Mungkin ramai yang dah sedar tentang kewujudan Skim Persaraan Swasta ni, dan mungkin juga ada di antara kita tak tau apa itu Skim Persaraan Swasta sebenarnya... 

APAKAH SKIM PERSARAAN SWASTA (PRS)???
Skim Persaraan Swasta (PRS) ialah satu skim pelaburan sukarela jangka panjang yang direka untuk membantu individu membuat simpanan bagi persaraan mereka. Skim ini melengkapkan caruman mandatori yang dibuat kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). 
Setiap PRS mengandungi pelbagai dana persaraan yang boleh dipilih oleh individu untuk melabur berdasarkan keperluan persaraan mereka sendiri, matlamat dan ketahanan risiko. Pilihan dana bawah PRS perlu konsisten dengan objektif membina simpanan dan memastikan tebaran risiko yang berhati2.

Kredit: SINI

Skim Persaraan Swasta (PRS) ditawarkan kepada orang ramai pada penghujung tahun 2012. Skim ini bertujuan untuk mambantu rakyat Malaysia yang bekerja swasta untuk membuat simpanan persaraan mereka. Objektif utama tabungan PRS adalah untuk memastikan setiap pencarumnya mempunyai simpanan dan aset kewangan yang mencukupi untuk kegunaan menjelang persaraan nanti. Idea mengenai PRS ini adalah hasil daripada cadangan yang dibuat oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) kepada Kerajaan Malaysia.

Dengan hanya memberi bukti pengenalan diri seperti Kad Pengenalan atau Pasport, seseorang itu boleh membuka akaun PRS. Setelah akaun dibuka, mereka akan menerima nombor akaun dan kata laluan untuk digunakan setiap kali ingin melakukan transaksi dalam dana yang dicarum. Jangan terkeliru ek uolss... PRS dan KWSP adalah 2 caruman yang berbeza tau, tak serupa ok???

Pelabur yang ingin mencarum dalam PRS boleh memilih dana persaraan berdasarkan beberapa faktor seperti matlamat, keperluan ketika persaraan dan ketahanan risiko. Pilihan dana yang ditetapkan juga bergantung kepada faktor usia.

Dana Berpertumbuhan
Bagi mereka yang di bawah umur 40 tahun dan memiliki maksimum ekuiti sebanyak 70%, pelaburan di luar Malaysia adalah dibenarkan. 
Dana Sederhana
Bagi mereka yang berumur antara 40-50 tahun dan memiliki maksimum ekuiti sebanyak 60%, mereka juga dibenarkan untuk membuat pelaburan di luar Malaysia.
Konservatif
Bagi mereka yang berumur melebihi 50 tahun, pelaburan di luar Malaysia adalah tidak dibenarkan. 
Maklumat serta bacaan selanjutnya adalah di SINI

Nak kata faham sangat tak adalah juga, sebenarnya tercari2 juga maklumat ni...nak faham dengan lebih lanjut...hari2 dok lalu kat highway tu dok nampak billboard pasal PRS ni kann? Jadi macam terpanggil pula untuk berkongsi di Bubblynotes... ^_^ sambil2 menambah ilmu pengetahuan dan juga meninjau2 tawaran pelaburan yang baik untuk masa depan... Agak2nya siapa2 yang berminat dan rasa boleh melabur di bawah PRS ni, bolehlah cuba membaca maklumat tentang PRS ni di pautan yang diberi di atas kann? Manalah tau kalau2 uols berminat dan nak merasa ada pencen juga ke? Bab merasa ada pencen ni tak pasti sama ada konsep dia sama ke tidak dengan pesara kerajaan... ^_^ ngeee...sendiri pun tengah cuba nak memahami dengan lebih lanjut ni...

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Skim Persaraan Swasta (PRS), diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, January 28, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

13 comments:

  1. kita pun pekeja swasta gak..tak da lgi rezki kat gomen

    ReplyDelete
  2. bagus entry ini
    wah sekarang farah banyak entry tak terkejar nak baca

    ReplyDelete
  3. wah bagus n3 ni sebab masih ramai yg tak tau lagi !

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum..farah,

    skim prs nie rasa nyer baru diperkenalkan kepada pekerja swasta kan! yer x?

    mselim3

    ReplyDelete
  5. bagus kak bila ada skim begini. sekurang2nya membantu pekerja swasta di masa tua nanti

    ReplyDelete
  6. Tak berapa nak faham jugak berkenaan skim ni kak farah....

    ReplyDelete
  7. sama ler dengan akak keje swasta...sekapal ler kita yea...

    ReplyDelete
  8. Pencen...baca atas tu td ad sebut ekuiti gan konservatif he pon dh...eeerrrr....cane tu?tp swasta kwsp la simpanannya..slen tu tbg haji dgn msti ad 1bank bt smpban.tu jela.hihi

    ReplyDelete
  9. Perkongsian info yg baik.. memudahkan pekerja disektor swasta utk menyemak & mengetahuinya.. thanks sharing.. :)

    ReplyDelete
  10. deqla 1st time tau nih farah.. bagus la kan..

    ReplyDelete
  11. menarik jugak skim ni...boleh try mohon nanti...

    ReplyDelete
  12. Ha..a.. Suami sy pun nk mohon ni juga nnt... Sbb de biz sndiri kn.. Sekurg2 terbela la juga...

    ReplyDelete
  13. Assalam..skim PRS ni mmg bermanafaat untuk yang bekerja sendiri maupun swasta sbgi tambahan kpd simpanan utk hari persaraan anda..antara kelebihan2nya ialah..kita boleh memilih untuk menyimpan dlm dana2 yg patuh syariah ( dgn pulangan 10-15 %)...caruman adalah serendah RM100 sebulan shj..service charge hanya 3%..dan boleh dapat pelepasan cukai sebanyak RM3,000 lagi..sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut boleh email saya...zafura77@gmail.com....saya boleh berurusan di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam...insha Allah..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia