SIfat2 Kelahiran Mengikut Tahun Lunar Cina...

Farah Waheda Wahid
54
Source Extracted from Google
Dah nak dekat2 Chinese New Year ni, kita ambil mood Chinese New Year sedikit... Bukan apa, entri ni sekadar perkongsian yer uolss... Jangan pula percaya bulat2 dan jangan pula sampai kita jadi menyimpang... Bahan2 bacaan buat tambah ilmu pengetahuan am saja... *_^... (kena clarified betul2, sebab kalau tak clarified takut lain pula jadinya...wakakakaka... better be safe than sorry....)

MONYET
Tahun: 1944, 1956, 1968, 1980, 1992, 2004, 2016
Perwatakan:
Anda bijak dan berdaya penarik. Kelebihan semulajadi ini memberi peluang kepada anda menguasai orang dan keadaan sekeliling. Bagi teman yang bermasalah, anda diibaratkan pendengar setia. Sungguhpun ada masanya anda berpura2 dan tidak memberi sebarang bantuan, namun keceriaan anda mampu meredakan tekanan insan lain.
Percintaan:
Awas, jangan terlalu bijak bermain kata2, menabur janji manis sehingga kekasih pergi. Anda juga rambang mata sehingga kasih dan cinta mudah diberi kepada semua yang berkenan di hati.
Pasangan Serasi: Naga, Tikus

AYAM
Tahun: 1945, 1957, 1969, 1981, 1993, 2005, 2017
Perwatakan:
Seorang yang tidak gentar dengan cabaran. Setiap rintangan dihadapi dengan penuh berani dan terbuka. Bagi anda masalah mencetuskan semangat baru dan membina jati diri. Anda juga lantang memberi pendapat dan bijak mencari kelemahan insan lain untuk dikritik. Anda jujur memberi pendapat. Cuma sifat terlalu berterus terang ada ketika melukakan perasaan orang. 
Percintaan:
Tunjukkan kesungguhan anda menyayangi dia dengan sikap positif bukan sekadar membawa dia ke hulu ke hilir tanpa bukti yang meyakinkan dan menjamin masa depannya.
Pasangan Serasi: Lembu, Ular

ANJING
Tahun: 1946,1958,1972,1982,1994,2006,2018
Perwatakan:
Bersifat pelindung dan menjaga kebajikan orang sekitar. Pendendam adalah sifat buruk anda. Anda terlalu sensitif menyebabkan ada ketikanya anda sukar difahami. Berbanding zodiak lain, anda juga seorang yang tegas mempertahankan hak.
Pasangan Serasi: Harimau, Kuda

KHINZIR
Tahun: 1947, 1959, 1971, 1983, 1995, 2007, 2019
Perwatakan:
Anda mudah berkongsi kesusahan orang. Malah sanggup bersusah payah membantu mereka yang memerlukan. Cuma anda perlu berhati2 kerana ada waktunya kebaikan anda disalahertikan. Rezeki anda selalu murah. Cuma perlu gigih berusaha dan buang sifat malas dan suka bersantai yang menebal dalam diri.
Percintaan:
Jangan asyik berbelanja mewah dan mengharapkan belanja si dia. Dalam mencari kerukunan hidup berdua, biarlah bersama2 menyumbang ke arah kesenangan.
Pasangan Serasi: Arnab, Kambing

TIKUS
Tahun: 1936, 1948, 1960, 1972, 1984, 1996, 2008
Perwatakan:
Seorang yang bersemangat tinggi dan tidak pernah berputus asa. Cuma anda sering bersikap tergesa2 dalam melaksanakan cita2. Anda juga harus belajar membuang timbang tara agar setiap keputusan benar2 berhasil.
Percintaan:
Banyak tindakan dan keputusan anda gagal mencapai matlamat. Ini menimbulkan  perasaan cuak dan curiga orang yang disayangi. Apakata anda berbincang terlebih dahulu dalam merancang masa hadapan agar masa, wang dan tenaga tidak sia2. Dan, jangan sesekali membabitkan wang si dia!
Pasangan Serasi: Naga, Monyet 

LEMBU
Tahun: 1937, 1949, 1961, 1973, 1985, 1997, 2009
Perwatakan:
Bijak menyimpan rahsia dan boleh dipercayai. Anda lebih gemar menyempurnakan sesuatu perkara secara berkumpulan. Ada ketikanya anda terlalu bergantung pada ketua dan kurang berkeyakinan pada diri sendiri. Sifat taat keterlaluan sering membuatkan anda gagal menyerlahkan kemampuan diri.
Percintaan:
And memang seorang yang berkasih hanya pada yang satu. Namun, kelemahan diri tidak mampu menzahirkan kasih sayang menyebabkan anda sering kecewa. Sesekali tidak salah dan tidak jatuh martabat jikalau meluahkan perasaan yang tersirat. Ia pemanis hubungan.
Pasangan Serasi: Ular, Ayam 

HARIMAU
Tahun: 1938, 1950, 1962, 1974, 1986, 1998, 2010
Perwatakan: 
Gaya diri yang bersahaja amat memikat. Anda seorang yang berani dan tidak gentar pada cabaran. Karisma dan keceriaan diri sering menyebabkan orang keliling anda menghidu masalah anda. Cuma anda sukar menerima kekalahan atau kelebihan orang lain. Kekurangan diri boleh menyebabkan perasaan anda terganggu.
Percintaan: 
Kawal perasaan dan rasa cemburu dalam hubungan dua hati. Dek terlalu sayang, sifat cemburu anda ada ketikanya begitu bergelora. Mencintainya tidak bererti sentiasa di sisi atau menakluki dirinya. Pasangan juga perlu kebebasan menentukan kerjayanya.
Pasangan Serasi: Kuda, Anjing

NAGA
Tahun: 1940, 1952, 1964, 1976, 1988, 2000, 2012
Perwatakan:
Kekuatan mental dan sentiasa bersikap positif adalah kelebihan diri. Memiliki tenaga yang luar biasa dalam melaksanakan tanggungjawab. Kelebihan ini menyebabkan ada waktunya diri anda dijauhi rakan apabila mentafsir anda sebagai penakluk.
Percintaan:
Anda selalu membayangkan kesempurnaan dalam segala hal menyebabkan pasangan berasa rimas dan kurang selesa. Tidak salah mengimpikan yang terbaik namun biarlah berpada2 mengikut kemampuan diri serta keputusan itu sesuatu yang amali.
Pasangan Serasi: Monyet, Tikus

ULAR
Tahun: 1941, 1953, 1965, 1977, 1989, 2001, 2013
Perwatakan: 
Mudah mesra, cergas dan petah berkata2. Setiap tindakan diawasi teliti, terancang dan penuh berhemah. Anda mampu menjadi ketua yang baik. Cuma ada ketikanya sifat terlalu yakin dengan kebolehan diri menyebabkan anda kecundang.
Percintaan:
Anda seorang yang bijak bermain cinta. Malah apabila berkesempatan anda tidak ragu2 membeli beberapa hati dan jiwa dalam masa serentak. Awas, jangan sampai rahsia terbongkar kerana ada ketika gula yang ditanak di tepi bibir mampu menjadi racun!
Pasangan Serasi: Ayam, Lembu

KAMBING
Tahun: 1943, 1955, 1967, 1979, 1991, 2003, 2015
Perwatakan:
Seorang yang lemah-lembut dan mudah beralah. Apabila berada dalam keadaan tertekan anda gagal membuat keputusan dengan bijak. Hidup berkeluarga adalah syurga anda. Bijak merancang kewangan dan mengatur belanjawan. Bagi anda lebih baik bersakit2 dahulu demi mencapai kesenangan kemudian.
Percintaan:
Jangan biarkan pasangan terlalu menguasai anda. Walaupun sayang atau cinta, ia tetap ada batasnya. Beralah pada perkara yang tidak wajar bukan bijak dan bukan bukti cinta. Ketegasan diri amat perlu agar anda tidak terlalu sengsara seandainya ditinggalkan.
Pasangan Serasi: Arnab, Khinzir

KUDA
Tahun: 1942, 1954, 1966, 1978, 1990, 2002, 2014
Perwatakan:
Anda seorang yang dinamik dan berjiwa lasak. Dalam apa jua keadaan anda mampu menyesuaikan diri. Seorang pengkritik yang hebat namun jujur. Ramai menjauhkan diri dari anda kerana tidak sanggup mendengar pendapat jujur anda mengenai kelemahan mereka.
Percintaan:
Jikalau hati sudah suka, jiwa sudah cinta, tidak salah kita berkongsi perasaan. Ketepikan ego dan belajarlah memahami perasaan orang lain. Rendahkan suara, kurangkan tingkah laku yang agresif agar pasangan boleh menerima anda. Belajarlah menerima kekurangan pasangan seadanya!
Pasangan Serasi: Khinzir, Harimau

Sumber: SINI 

Disclaimer: 
Chill ok??? Ini sekadar perkongsian bersuka2...sekali lagi tu mention...jangan disalahertikan entri ini... dan jangan percaya bulat2 ok...Ini cuma ramalan mengikut tahun lunar Cina dan juga kepercayaan orang2 Cina... *_^

*Tahun ini adalah Tahun Kuda!!!

Post a Comment

54Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Qeela tahun kuda, heheee 😊 betul bende nh just take as for fun jelaa kan 😊

    ReplyDelete
  2. mg snake ! hehe ..
    mcm betul ke fengshui diorg ni ..huhu

    ReplyDelete
  3. @Qeela Aini

    kan qeela we just take it as a fun thing jer... ^_^

    ReplyDelete
  4. @Normi Nieza

    tak usah percaya Cik Nor, take it as for fun ajer...

    ReplyDelete
  5. waduh2.. segan bebenor nak nyebut tahun kelahiran deqla.. haha.. tp x nak pecaya..sbb kite ni bkn kaum cina pun! kan kan.. :p

    ReplyDelete
  6. Hehe..masa zaman sekolah suka jadikan bahan gurauan pasal perkara ni..just for fun mummy..last sekali gelak guli ng guling dalam surau sekolah..

    ReplyDelete
  7. I am KUDA! Hahak..mcm betul macam tak...

    ReplyDelete
  8. dulu mmg suke bace mende2 camgini
    ehh arnab x de pon??
    ingat psl akk taon arnab hihi

    ReplyDelete
  9. dila tahun arnab (1987), tak de pun... huhu..

    ReplyDelete
  10. aduhai....akak lahir tahun.....hoho

    ReplyDelete
  11. zam tahun tikus, tp suke kucing.. eh ade kaitan ke?? hehe

    ReplyDelete
  12. nak pasangan tahun ular plishh. hahaha!
    FD tahun ayam :D

    ReplyDelete
  13. Sy tahun harimau..berpsgn dgn si Tikus... Hee... Blh baca je tpi jn.pcy kn..

    ReplyDelete
  14. saya lembuu. hhahaha! :p

    ReplyDelete
  15. Saya Naga :)

    Mohon singgah ke blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  16. Kita punya cute aje..sekadar suka-sukakan farah...

    ReplyDelete
  17. @dak-eiza eh yelah kak, arnab tak ada pun??? musykil ni... kenalah cari fakta tentang arnab nampak gayanya ni...

    ReplyDelete
  18. @ADILLA ha tulah dila, baru terperasan ni tahun arnab tak ada...

    ReplyDelete
  19. @Cik Puan wah cik tahun kuda rupanya mesti tahun ni prosperous giteww... ^_^

    ReplyDelete
  20. @Sukma Haron hi hi hi, tahun ho ho ho tu tahun apa kak??? ^_*

    ReplyDelete
  21. @Zamani Abe alamak tahun kucing tak adalah zam... he he he...

    ReplyDelete
  22. @Fatin Diana boleh jer, anak akak Ash... dia tahun ular... la la la

    ReplyDelete
  23. @Maria Firdz boleh jer baca tapi jangan percaya... that's rite maria...

    ReplyDelete
  24. @Mazni Munawar bukan lembu sayang... saya lahir tahun lembu... cam tu... he he he ... jangan salah cakap nanti lain maksud...

    ReplyDelete
  25. @Muhammad Taufiq naga sentiasa berapi2... In Shaa Allah ada kesempatan pasti sampai...

    ReplyDelete
  26. @hainom OKje aiyark ini tai kar che tahun tikus ka... sangat comel lo...

    ReplyDelete
  27. @Ibu Lala tahun 75??? jap nak kena scroll ke atas balik...

    ReplyDelete
  28. @Cikgu Norazimah wah CN memang sangat sesuai jadi teacher tau... harimau kan garang??? he he he

    ReplyDelete
  29. @Engku Muzahadin patutlah akak nampak bola2 api kat bubblynotes tadi... he he he

    ReplyDelete
  30. @Ainim Suju patutlah comel macam tigger winnie the pooh tu... sally tahun apa ek?

    ReplyDelete
  31. Akak tahun kuda...penerangan tu mmg betul..tp...pasangan tu...knp harus oink oink??? X mo la....

    ReplyDelete
  32. hehehe kebetulan ada yg sama !

    ReplyDelete
  33. SB tahun kuda lorhhh...serasi la pulak dengan si tikus..huahuahuaa!!..

    ReplyDelete
  34. Tahun naga..psgn pon tahun naga...gaduh aje kje ye.gaduh mnja. :p

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !