Mengintai2 PhotoBook for Ash!!!

Farah Waheda Wahid
22
Source Extracted from Google
Mummy Ash busy sekarang.. Busy survey perkhidmatan printing photobook... Jalan2 di blog rakan2 blogger dan terbaca entri2 mereka tentang photobook yang dibuat untuk anak masing2... Iolsss pun teringin juga uolsss... Yelah momento2 indah yang nak diabadikan dalam bentuk senaskhah buku demi senaskhah buku, buat kenang2an di masa akan datang...Sungguh betul kata orang, nikmat anugerah Allah yang satu ini tidak terperi...(Bila Ash baca Bubblynotes ...In Shaa Allah kalau ada rezeki dia dan Bubblynotes masih ada kannn??? Ihikss... mesti dia kata...mummy ni overdramatic lah... sangat over...silap2 malu dengan kawan2 ataupun girlfriend...muahahaha).... Tapi tak apa, biar Ash tau betapa mummy sangat2 sayangkan Ash... 

Makanya, memang busy-lah saya survey sana sini dan di dalam perancangan diri ini, nak buatkan photobook Ash ni naskhah demi naskhah dan jilid demi jilid... Macam ni, saya plan nak buat 1 photobook dari usia Ash 0-6 bulan (Jilid Pertama), 7-12 bulan (Jilid Kedua) dan seterusnya..setiap 6 bulan sekali... sampailah Ash besar... Iolss kalau part2 tentang sentimental value ni bagilah...ada ajer otak berfikir dan bekerja untuk menghasilkan sesuatu...ahaksss.... bila tiba part Ash jer, macam2 nak dibuat dan tiba2 dengan tak semena2 boleh terjadi over kreatif pula...wakakaka.... 

Setakat ni yang ramai rakan2 blogger tempah adalah melalui Pixajoy dan bila tengok hasil dari Pixajoy ni, hati jadi tertawan dan tertambat pula, dan processing mereka pun agak mudah dari apa yang saya survey... 

Habis tu, dah penuh Instag, FB, Blog dan Ms. Apple saya (dah penuh dah Ms.Apple sampai dah bagi warning storage nak penuh dah...muahahaha)...semua dilambakkan dengan gambar Ash, video Ash, eloklah kita abadikan kan? Lagipun bukan untuk siapa2, untuk Ash juga... Inilah seorang cahaya hati, intan payung berlian dan permata hati mummy.... (kan dah kata over gilosss akak...)... pada siapa lagi nak dicurahkan kan kan kan??? Habis satu donia tahu yang saya terlalu sayangkan Ash... Tiba2 terasa kepoyoan melanda diri ini pula...muahahhaa...

Tahankan dan layankan ajerlah yer uols buat sementara orang tengah panas dan excited sebab baru bergelar ibu ni kan??? hu hu hu... Ya ampunnn....

Post a Comment

22Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. haah tak salah pun nak abadikan momen2 indah bersama ash..terbaik la sis :)

    ReplyDelete
  2. Hahaha,comel je :D Semoga Ash membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh,berjaya didunia dan akhirat, in syaa Allah! :D

    ReplyDelete
  3. Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  4. syndrom ibuk2 baru dapat first bby...hhheee... rasanya sumer kot camni, belambak picca bby...

    tengok kat groupon la nak cari promotion price...

    ReplyDelete
  5. apa lak poyo..bagos idea camgitu
    dulu taim anak2 akk kecik cuci2 gambau besa jek
    pastu lelama malas nk cuci, bile mr lappy korap...padan muke abih ilang gambo sume...

    ReplyDelete
  6. Exited baru dapat baby kakak tak nafikan. Melihat setiap development bagaikan terapi minda buat ibu/bapa. Suka kan...

    Cepatlah book dah siap kakak nak juga tengok:)

    ReplyDelete
  7. biase la kalo dah jadi makmak..hahaha..

    ReplyDelete
  8. ikikiki biasa la tu. mak mak kan. kasih sayang pada anak berlebihan skit :P

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum fara, pixajoy memang terbaik punya servis! sheila dah pernah buat satu, ada lagi 3 pixajoy tak buat. peram buat pekasam. hehehe yeayy cepat2 buat photobook ash. mesti comel gila penuh gambar baby (",)

    ReplyDelete
  10. zaman dah berubah hanya simpan gambar anak-anak kat dalam album gambar jer...sekarang dah ada versi canggih.....

    ReplyDelete
  11. kenit jenis conservative tak reti nak photobook ni haha. But it would be nice to keep something precious untuk hari tua kita nanti dan untuk kenangan dia kan hehe.

    ReplyDelete
  12. buat satu untuk ash tau..senanag mama long nak tgok nanti...

    ReplyDelete
  13. Wah... Mest best tu.. Kngan utk dia bila dh besar...

    ReplyDelete
  14. akk, buat je sebagai kenanagan.. sy pun teringin nak buat..masa album kawin belah perak fotografer buatkan photobook.. rasa macam nak buat tuk belah melaka pula sebab gmbar yang dibagi tak edit.. agak2 mahal tak eh hrganya?

    ReplyDelete
  15. nti kongsi2 lah kt cini yea..nk tngok jgk..boleh kan?? hehe

    ReplyDelete
  16. memori terindah bersama Ash... cepat buat kak.. hihihi

    ReplyDelete
  17. DEKAT LIVINGSOCIAL, PIXAJOY ADE BAGI FREE PHOTOBOOK...CEPAT2 GI REDEEM SEKARANG...FREE AJE...CUMA TIME NAK DELIVERY KENA BAYAR RM8 JE UTK SHIPPING COST...

    *EH SORRY TERCAPSLOCK..HEHEHE

    ReplyDelete
  18. wahh nanti dah ada upload kat FB yer.!

    ReplyDelete
  19. ehh bkn FB jer.. kat blog ni terutamanya.. hihi

    ReplyDelete
  20. Photobook..best2x..nnt blh tgk semula moment2x ash kecik..disatankn bt.hihihi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !