Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW

Farah Waheda Wahid
8
Source Extracted from Google
Semasa berjalan2 di TESCO baru2 ni, lepas dah bayar barang2 yang dibeli, saya terlihat sesuatu di kedai yang menjual alat2 perhiasan Islam dan juga Al-Quran... Dan tiba2 mata saya terlihat pada sesuatu yang menarik perhatian saya, mungkin biasa bagi sesetengah orang di luar sana, tapi sesuatu yang menarik untuk saya kongsikan di Bubblynotes pada hari Jumaat ni... ^_^... Untuk kita sebagai iktibar, pedoman dan juga peringatan sekiranya atau seandainya ada yang kita terlupa ataupun terleka...

Khutbah terakhir merujuk kepada khutbah atau ucapan terakhir Nabi Muhammad SAW kepada sekumpulan besar pengikut dan masyarakat Islam yang hidup pada zaman Nabi Muhammad SAW. Ia berlaku pada peristiwa Haji Wida' Rasulullah SAW yakni pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Bukit Arafah. Baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu adalah:

"Wahai manusia, dengarlah baik2 apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata2ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang2 yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara2 besar, maka berjaga2lah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara2 kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita2 kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh2 kata2ku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat 5 waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali2 kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu, wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata2ku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua2nya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama2nya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang2 yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata2ku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba2Mu."

Kredit: SINI

Post a Comment

8Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !