Home » , , , , , , , , » Khasiat Bunga Raya Putih

Khasiat Bunga Raya Putih

Source Extracted from Google
Sebelum ni memang tak pernah nak ambil tahu pun apa kegunaan bunga raya putih ni dan sejujurnya tak tahu pun... hik hik hik, tapi semenjak dua menjak beranak ni, dah mula berjinak2 dengan petua tradisional lama dan dah mula pula nak ambil tahu. Ilmu kan??? Tak salah pun sekiranya nak ambil tahu... dan mana tahu kalau2 memang berguna untuk dipraktikkan, lebih2 lagi di waktu kecemasan. Who knows???

Bunga raya memang tak asing lagi dengan kita kan? Selain merupakan bunga kebangsaan, ia mempunyai pelbagai kebaikan terutamanya untuk penjagaan diri. Ada orang kata, salah satu khasiat bunga raya putih ni adalah untuk melegakan sakit mata. Tapi selain sakit mata, kita boleh memanfaatkan bunga raya putih ni untuk beberapa lagi perkara iaitu menghilangkan kelemumur, menghitamkan serta mengilatkan rambut dan mengurangkan rasa panas badan.

MENGHILANGKAN KELEMUMUR, MENGHITAMKAN SERTA MENGILATKAN RAMBUT
1. Ambil beberapa helai daun bunga raya putih yang masih lagi segar-bugar.
2. Ramas daun tadi hingga ia mengeluarkan lendir.
3. Kemudian, sapukan lendir tersebut pada keseluruhan bahagian rambut.
4. Biarkan ia serap sepenuhnya pada rambut dan kulit kepala "uols" ya... 
5. Akhir sekali, bilas dan cuci rambut "uols" dengan menggunakan air bersih.

MENGURANGKAN PANAS BADAN
1. Ambil beberapa helai daun bunga raya putih. Jangan lupa, hanya pilih daun yang segar saja. 
2. Ramaskan daun tadi dengan menambah sedikit air.
3. Kemudian, "uols" lap air ramasan daun tadi pada seluruh badan. 
4. Jikalau tak larat nak lap seluruh badan, "uols" boleh demahkan saja air ramasan tersebut di atas kepala.

Wah bagus ni, lepas ni bolehlah tanam pokok bunga raya putih pula kat dalam pasu depan rumah. Mana tau mungkin memerlukan untuk Ash nanti kalau2 Ash tak sihat badan??? Tak adalah terkail2 nak mencari ye tak??? 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Khasiat Bunga Raya Putih, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, January 22, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

22 comments:

  1. baru tahu..banyak khasiat dia rupenye..

    ReplyDelete
  2. jm pernah dengar ibu jm cakap hr tue

    ReplyDelete
  3. oooo baru nory tau pasal khasiat bunga ni...biasa dgr bunga raya merah yang org gune time demam tu je..

    ReplyDelete
  4. sakit mata pown bleyh ubtkn dgn bunga raya putih,,baru tahu ,,hehe

    ReplyDelete
  5. Jarang dan tengok orang tanam pokok ni..

    ReplyDelete
  6. memang daun bunga raya, daun durian belanda dan daun rambutan elok untuk buat demah kalau anak2 demam...orang panggil jaramkan dia..selalu if dania demam buat macam ni la...

    ReplyDelete
  7. wah boleh try ni..tp entah kat mane nk carik..kg tb pon xde kot

    ReplyDelete
  8. Nice sharing,, betul,, dulu masa PC tinggal di kampung..bila demam mma akan basahkan kepala PC dengan ramasa air daun bunga raya..tak pun daun durian belanda atau air asam jawa..alhamdulillah ok..kita usaha dengan izin Allah kita sembuh..

    ReplyDelete
  9. Cuma tau daun bunga raya tuk kurangkan panas badan... ada buat tuk anak2 time demam... ^__^

    ReplyDelete
  10. 1st time saya tgk bunga raya putih. seriously nice!. jika ada kesempatan jemputlah ke blog saya doknganga.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. Dulu masa baby asy demam, N ramas dan rendam daun bunga raya kat dalam baldi berisi air. Then mandikan dia ngan air tu untuk kurangkan panas badan..

    ReplyDelete
  12. info yang menarik dear.. :) abg landscaping.. so tau lah sikit2 pasal flora ni.. :) hihi

    ReplyDelete
  13. Sally buat utk lebatkan rambut je...hehehe

    ReplyDelete
  14. tapi kan kak...susah dah nak jumpa bunga raya skang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunga raya ni maseh selamat kalau kita guna kan.. tak kira lah bunga raya warna apa pun tetap selamat... dan yang paling tak selamat kalau kita gunakan jalan raya.. bahaya tu... hehehe..

      Delete
    2. Bunga raya tak lah bahaya sangat..
      tapi kan jalan raya lagi bahaye tau..
      hehehe..

      Delete
  15. selama ni saya tak amik kisah pun bunga raya putih atau merah . saya rembat jer daunnya ... thanks info .

    ReplyDelete
  16. @Nory Zoulkefle

    bunga raya putih ni pun farah baru tau nory... boleh simpan petua ni mana tau sok sok berguna ke?

    ReplyDelete
  17. tanam sekali dengan pokok durian belanda dan bunga raya putih sesuai untuk kurangkan demam panas.....

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia