Keith Foo!!! Apa Cerita Ni???

Farah Waheda Wahid
50
Source Extracted from Google
Tajuk sangatlah propa kan??? ^_^... Dah macam rancangan Propaganza-lah pula... Pada peminat2 Ariana Rose tentu2 dah kenal dengan Tengku Adam ni kann??? Entri ni bukanlah entri gossip ataupun nak bercerita tentang biodata Keith Foo... Itu uols boleh tanya atau rujuk pada Cik Google kita, taip ajer pada kotak Search tu... mesti melambak2 info yang terkeluar pada hasil carian tu... ^_^

Nak cerita macam mana saya mula2 kenal dengan Keith Foo ni... amboi macam rapat dan kenal sangat dengan dia, macam kawan2 sepermainan pula bunyi... ha ha ha... maksud saya kenal dia sebagai pelakon dalam dunia lakonan... 

Dah bercerita tu bermaksud saya minatlah tengok lakonan dia (eh sure ke 100%)... muahaha plus2 dengan package diri dia sekali lah... Ahaksss, statement tak menghingat... Tapi jujurlah, iolss suka tengok dia... ^_*... Suka tak bermaksud tangkap feeling ok??? Sekadar suka jer tak lebih dari itu... ^_^ ngee... 

Mula2 kenal Keith Foo ni tak silap dari telemovie Love You Mr. Arrogant, dan selanjutnya telemovie Jodoh Itu Milik Kita.  Masa kedua2 telemovie ni Keith Foo cuma sebagai pelakon pembantu jer... Tadaaaa now dah mula berlakon watak utama pula dalam telemovie Ariana Rose. Masa mula2 dulu ingat malas nak ikut telemovie ni, tapi adik beradik iolss dalam dunia blogging ni duk sibuk promo2 cerita ni dan kata cerita ni best...Muahaha...seriously novel The Wedding Breaker by Evelyn Rose tu tak berkesempatan nak baca pun lagi dan tak tau menau pun jalan ceritanya...

Disebabkan... disebabkan pelakon utamanya yang memegang watak Tengku Adam tu Keith Foo, sekarang dah terjebak dah uolss dengan telemovie ni... ha ha ha... terpanggil nak tengok terus cerita ni... nampak gayanya bintang Keith Foo dah mula semakin bersinar di Malaysia ni... ^_^... 

Siapa yang melakonkan serta memegang watak dalam sesuatu drama atau telemovie tu sememangnya memainkan peranan yang besar kan uols untuk tarik penonton untuk menonton sesuatu telemovie tu di samping faktor2 lain yang sedia ada... sebab market Malaysia ni salah satunya penonton memilih juga siapa pelakonnya... ada yang tak kisah siapa pun yang berlakon asalkan jalan cerita berbaloi untuk ditonton tapi ada juga yang kisah... pendek kata tepuk dada tanya selera... ^_*

*Selain Keith Foo, iolss of course peminat Adi Putra, Aaron Aziz (itu untuk Malaysia)... kalau International tu singer lah pun kannn... +Sally Samsaiman sila jangan jeles... Adam Levine hoccay??? 

Post a Comment

50Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Akak pun bru kenal dia ni...skrg dah byk cerita dia berlakon kan..

    ReplyDelete
  2. Fiza pun minat keith foo. Start cerita Love u mr. Arrogant la fiza minat. Then... Dlm Ariana rose pegang watak utama. Apalagi. Layan habis... Hehe...

    ReplyDelete
  3. akak suka kereta Hammer yang dia bawa masa Luv Mr Arrogant tu....mmg kelas....

    ReplyDelete
  4. Entri yang menarik.

    awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  5. Saya start minat dia dari Mr Arrogant...gentleman betul...hensem kan ;)

    ReplyDelete
  6. belum terminat dia ni... cerita dia pon tak tengok...

    ReplyDelete
  7. KA Pun minat huhuhu.. done nuffnang yer

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum. sheila ingat dia ni orang singapore. hehee. memang betul rupanya ye?

    ReplyDelete
  9. Dia ada pakej untuk menjadi pelakon..kombinasi skrip dan watak serta bakat..tak mustahil dia akan berjaya cemerlang satu hari kelak..

    ReplyDelete
  10. haah first time tgk masa drama mr.arrogant

    ReplyDelete
  11. terok nau le akak ni kirenye psl kenal dia dr ariana rose ni lee hihi
    ingat kan 1st taim berlakon..
    tp dia mmg ensem ponn
    dh x dpt follow sgt drama ariana, sesekali dpt nengok dh x paham

    ReplyDelete
  12. suka sangat dengan dia..ensem pun ensem....

    ReplyDelete
  13. kalau novel best tapi pelakon x best pun jadi tak best jugak kan. hehe.. sibbaik lah keith foo ni berlakon best. tak sempat jugak nak baca novel ni

    ReplyDelete
  14. akak pun baru start layan ariana rose tu... macam best plak...

    ReplyDelete
  15. tb ske die dr mr arrogant lg tp da xske lepas jmpe pic die ngn aweks die yg ala2 manje gitu..jeles2.heheh

    ReplyDelete
  16. Untuk seorang Chinese, dia berlakon watak Melayu dengan sangat bagus....

    Tapi, kalau tengok filem2 lakonan dia masa di Indonesia, sereeemmm....hehehehehehe

    ReplyDelete
  17. hahahaha...xpe kak...Keith Foo lelaki...I is not jelly okay? :P

    ReplyDelete
  18. ayark!! kak farah minat adam kekasih sally kah? hehehe

    ReplyDelete
  19. Mia x follow pulak cite mr arrogant tu...tu yg x kenal keith foo ni..hehe

    ReplyDelete
  20. Arggg suka suka! Si ensem ni saya punyaaaa.. ! Serius cute sangat kan? Hahaha gedix dh sy nih

    ReplyDelete
  21. mula2 tu minat gak kat keith foo ni dlm cinta LYMA pas2 tgk dia berlakon dlm Ariana Rose ni terus mcm ntahhh xbest lah pulak hahaha

    mmg betul peranan hero dlm sesuatu drama sgtlah penting bg menarik peminat untuk menonton..hehehe

    minat aron ke?
    oh plis iols x minatttt haha

    ReplyDelete
  22. sy pun suka keith foo ! hensom man .. full package pulak tu .. hehe ..

    ReplyDelete
  23. CN pun suka tgk keith foo ni..macho jer..masa preggy t nk tgk la ari2 muka dia..kot2 kenan muka macho ni ! Hehe

    ReplyDelete
  24. @Kisah Si Dairy setakat ni yang farah baru tengok tiga lah kak eda, tapi rasanya memang dia dah banyak keluar kat mana2 channel pun...

    ReplyDelete
  25. @Sukma Haron
    kereta tu Farah pun minat... aik kereta jer kak??? orangnya??? he he he...

    ReplyDelete
  26. @Linda Linda dia ni maskulin lah... boleh dikatakan...

    ReplyDelete
  27. @Kesuma Angsana
    wah kakak KA pun minat... thanks kak nanti saya balas yer...

    ReplyDelete
  28. @PeRdU cINta
    kalau betul2 mungkin boleh jadi pesaing Aaron kot PC?

    ReplyDelete
  29. @Asha Lya akak dari mr. arrogant dah mula terminat...

    ReplyDelete
  30. @dak-eiza
    tak adalah teruk kak... tu mungkin tak perasan jer...he he he...

    ReplyDelete
  31. @Ibu Amirul
    itulah kak bila dah start tengok tu jadi terlekat pulak...

    ReplyDelete
  32. @Aziela
    kenapa yer dengan filem2 lakonan dia di Indonesia? wah nak juga tahu ni...

    ReplyDelete
  33. @Sally Samsaiman
    huh??? sungguh akak tak faham statement sally ni... he he he...

    ReplyDelete
  34. @Ainim Suju
    sebelum jadi boyfriend sally dia dah propose akak dulu.. muahaha tapi akak tak kisah berkongsi ni sebab bley dapat payung emas kalau betul redha dan ikhlas... muahaha... psst... anim sally tak perasan tu...

    ReplyDelete
  35. @huny madu tak apa sebab dia memang heart throb ramai orang sekarang ni... ^_^

    ReplyDelete
  36. @el
    kak el, aaron tu tengok watak jugalah farah nak minat... he he he...

    ReplyDelete
  37. @Ms Whatever betul dia memang ada full package kalau boleh menyanyi lagi mantap kot???

    ReplyDelete
  38. @Cikgu Norazimah
    ha siapa tau kan CN... baik suka dia sangat2 time peknen.. esok anak keluar... walla... ^_*

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !