Holding Ash & Eating!!! ^_^

Farah Waheda Wahid
12
Source Extracted from Google
Maaflah yer, nak buat tajuk entri dalam Bahasa Melayu, tak dapat pula nak cari perkataan yang bersesuaian, cuma perkataan yang kat atas tu jer yang terbayang dalam kotak fikiran ni...he he he...jadinya tajuk itu sajalah yang mampu kuberi...hik hik hik...

Tengok gambar, dah cukup untuk menceritakan segalanyakan? Cerita panjang2 pun, belit sana, belit sini, gambar tu dah menerangkan banyak tentang cerita yang nak disampaikan...muahahaha... "picture(s) speak a thousand words" gitewww... *_^... Dan ada kalanya dari gambar kita dah dapat tafsir dah sesuatu tu atau mengandaikan sesuatu tu... kadang2 tak perlu bersuara lebih2 sangat...tengok jer dah tau... 

Sejak melangkah ke alam "motherhood" dan juga "parenthood" ni, macam2 pengalaman yang dah dilalui...haipp siapa2 yang nak menggelakkan tu, sila gelak puas2 ek... mungkin "uols" dah lebih "experience"...tapi bagi ibu baru...(baru ke? kira barulah, baru 50 hari cenggitu) tentunya pengalaman tu sesuatu yang mengujakan dan juga seronok jer nak bercerita...ahakss... tak apalah, cerita jer, kalau tak nak baca akak tak paksa ok "uols"...he he he...

Macam2 dah pengalaman baru dan pelajaran baru yang dilalui serta dipelajari...Salah satu contohnya adalah... makan dengan sebelah tangan memegang Ash... muahahaha... mula2 tu agak kekok juga, tapi lama kelamaan dah jadi "expert" dah sekarang dan dah tak heran dah... Biasalah tu kan, mula2 memanglah kekok juga, tapi "not all the time" lah macam tu, bila mana Ash meragam jer lah... Tak selalu pun... Contohnya, kalau keluar ke mana2 ke... Ash duduk dalam "stroller" dan lepas tu menangis, ataupun Ash sedap2 tidur kat rumah tu, tiba2 bila bau mummy tak ada, hilang gi dapur, Ash menangis... kadang2 Ash macam tu bila mummy tinggalkan sekejap...

Setiap ibu mesti melalui perkara ni kan??? Orang kata makan tu tak adalah sempurna sangat...tapi bagus juga, melatih kita menjadi seorang yang lebih cekap dalam mengendalikan anak...walau tak sempurna tapi cukup sekadar untuk mengalas perut...tapiii kadang2 tu rasa cukup dan kenyang juga... 

*Setiap hari mesti ada satu perkara yang baru dalam "my journey in motherhood" dan juga "parenthood"...dan bukan saya saja mengalami ini, pendek kata ibu2 kat luar sana semua pernah merasai dan bakal2 ibu juga akan merasai detik itu... ^_^...Masak sambil dukung Ash??? Ha tu tak pernah lagi dalam sejarah, setakat ni kalau mummy "cook" Ash elok senyap jer tidur... Nak buat kerja sekarang ni memang kena tunggu masa Ash tidur dulu... "such as"...blogging lah juga... Ash dah tidur baru dapat buat kerja2 blog dan fokus... bukan sekadar kerja2 blog ataupun blogging... kerja2 lain pun sama juga... ^_^

Post a Comment

12Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. alaaa..sweet je pgalaman tu semua farah ..shida tah bila nk ade pgalaman mcm tu :)

    ReplyDelete
  2. Hehe... Smpai ke besr mmg akn.de gaya gtu msa.makan... Tpi klu kt luar.. My hubby yg pgg n sy.mkn dgn aman..

    ReplyDelete
  3. kena pantas makan time anak pun sama didukung......

    ReplyDelete
  4. seronok kan..ada baby sendiri..rasa nak gomol-gomol setiap masa

    ReplyDelete
  5. Hahaha..Saya dh lalui situasi ini..walaupun nmpk mcm x selesa sgt..tp makan tetap KENYANG..kiki

    ReplyDelete
  6. @Shida Radzuan

    In Shaa Allah Shida, satu hari nanti kalau ada rezeki pasti Shida akan rasa juga...

    ReplyDelete
  7. @Maria Firdz

    he he he, untung ada hubby tolong pegang, akak ni most of the time outing sendiri, so kena survive sendiri dan panjang akal lah pun...ekekekek... ^_^

    ReplyDelete
  8. @Sukma Haron

    ha ah kak, bila dah ada anak memang kena cepat kan semua benda yang kita buat, tak boleh nak tembel2 sangat...

    ReplyDelete
  9. @memmet lenggeng

    Alhamdulillah seronok kak, pengubat segalanya, bila tengok muka Ash rasa tenang dan happy jer...dah tak peduli dah apa pun...ekekeke...

    ReplyDelete
  10. @thisni3zahata

    ha ah dear, surprisingly memang kenyang walaupun orang tengok cara makan tu macam tak berapa nak sempurna dan selesa... i agree...

    ReplyDelete
  11. @Normi Nieza

    setakat ni memang tak susah jaga Ash Cik Nor, Alhamdulillah...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !