Home » , , , , , » Cara Saya Berbelanja Barang Dapur Bila COLA Meningkat!!!

Cara Saya Berbelanja Barang Dapur Bila COLA Meningkat!!!

Source Extracted from Gogole
COLA a.k.a. cost of living makin lama makin meningkat... Setiap bulan, setiap tahun pasti ada kenaikan harga barangan dan isu harga barangan naik except for #kangkung ek uols yang telah diturunkan harga baru2 ni. Dan demi meneruskan kelangsungan hidup kita sebagai rakyat tetap berbelanja ye tak??? Berbelanja keperluan atau barangan dapur pada setiap hujung bulan itu kebiasaan atau rutin bagi saya dan juga bagi orang2 lain semua... Tapi tak pastilah jika ada juga yang jenis bila keperluan atau barangan dah habis a.k.a. kering kontang baru membeli... Saya pula lebis selesa simpan stok supaya bila diperlukan barangan yang nak digunakan dah ada... tak adalah terkail2 baru nak ke kedai dan membeli... 

Apa jenis keperluan atau barangan yang dimaksudkan??? Contohnya macam beras, tepung, gula, telur, susu, minyak masak, rempah ratus, toileteries etc. Sekarang bila Ash dah ada, plus2 pula dengan susu formula dan juga diapers. ^_^. Nak cerita apa dengan cara berbelanja ni??? 

Ceritanya simple ajer uols... Kalau berbelanja di satu tempat, let say Giant Hypermarket sahaja... Adakalanya, bil boleh melambung tinggi. Ataupun TESCO ataupun JAYA Grocer ataupun Econsave atau di mana2 sajalah... Kalau dulunya kalau berbelanja barangan dapur. costing sebulan adalah lebih kurang RM 300 plus2 tetapi semenjak ada Ash ni bertambah kepada lebih kurang RM 700 plus2. Sebabnya tambahan stok susu formula dan juga stok diapers. Budak2 sekarang, mostly memang dah pakai diapers jer dah, jaranglah parents nak pakaikan nappy macam masa kita kecik2 dulu kan??? Dah pakai basuh, sidai... ampaian penuh dengan nappy jer... Sekarang dah pakai, terus buang, ahaks jimat masa jimat tenaga. ^_*. 

Dan bila banyak barangan yang pelan2 naik harga, dah tentunya tak mustahil costing tu pejam celik pejam celik dah boleh cecah dekat RM 1K. Serius tak tipu punya. Harga barangan ni pulak, dia tak naik sekali mendadak macam tu kan??? Of course ler, nanti orang complaint uolss kalau naik mendadak sangat sekaligus. Biasanya pattern dia, kita pergi sekali naik 10 sen, pergi lagi sekali naik 15 sen... lama2 memang naik dan jadi mahal-lah... hu hu hu... tepuk dahi... 

Apa yang saya buat??? Demi nak pastikan berbelanja di dalam range budget yang di-allocatekan??? Saya rasa bukan saya jer, ramai orang yang kat luar sana sama jugak... ha ha ha... beli barang sikit sana sikit sini... buat tugasan tak rasmi comparekan harga barangan lepas tu beli kat tempat yang harganya lebih rendah.. Contoh paling senang nak bagi kat sini... susu ANMUM 650g... Kalau di TESCO harganya RM 54.00, di Econsave RM 52.00, di Speedmart 99 RM 49.95... dah tentu2 saya akan beli di Speedmart...Dekat situ dah boleh save... Betul tak??? 

Memanglah penat sikit atau leceh kerjanya nak berulang alik dari satu hypermarket/supermaket to one another, tapi dengan harga barangan dan cost of living yang semakin meningkat, itulah yang terbaik setakat ni rasanya yang boleh saya lakukan... he he he... 

Ada ke antara uolss yang practice the way I shop ni??? Or jenis malas nak berkira dan kira sap sap soi jer lah??? ^_^

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Cara Saya Berbelanja Barang Dapur Bila COLA Meningkat!!!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, January 21, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

17 comments:

  1. kita pun beli brg kdg2 skip2 tgk kat tmpt lain murah baru pergi beli dkt cna..mna yg mhl tak la beli

    ReplyDelete
  2. susu & pampers .. kalau ade promo kat tesco je baru beli.. kalau tak speedmart or manjaku je la..

    kalau tempat tu kene purposely pegi sbb nak dapatkan harga murah memang sy tk pegi la.. sbb sy pikir cost minyak pulak macam mana..

    macam speedmart mmg laluan nak balik ke rumah.. so sy singgah.. manjaku pulak since everyweek akan ke bangi.. so i singgah la..

    me with 2 kids .. kadang kadang groceries plus pampers n susu.. boleh cecah up to RM900.. itupon sy tak pakai susu mahal .. susu biasa je.. sbb anak anak dah besar.. dulu dulu derang bfeed.

    ReplyDelete
  3. Saya pun buat macam tu most of the time tapi selalu dipersoalkan oleh hubby kerana tak kira harga minyak dsb yang tak nampak. Saya memang bila tiba hujung bulan akan survey segala harga termurah yang dioffer oleh mana-mana hypermarket dan macam nilah, beli itu di sini, beli ini di situ :)

    ReplyDelete
  4. tak dinafikan skrg ni dgn cost of living makin melambung2 ni..kita perlu lebih berjimat cermat dlm berbelanja kan farah.ana pn cmtu..survey dulu harga2 susu n pempes kat kedai2.mne yg lagi murah..situlah dibeli.skrg dh masuk dua org anak nie lagilah kena plan betul2 bajet berbelanja.takut nanti terbabas plak hehehe.

    ReplyDelete
  5. sekarang ni memang tak berkira sangat.nanti pun plan x mo ajar anak minum susu mahal.hehehehe..bule tak macam tu? :)

    ReplyDelete
  6. asslamualaikum farah...betul tu kekadang ada tempat lebih murah jadi kita perlu beli di situ...mama pun selalu buat mcm tu survey harga dulu lepas tu pergi beli barang2 yg harganya lebih murah...:)

    ReplyDelete
  7. dear, paling mengarut harga susu dan pampers yang saban minggu naik dengan harga baru! Susu lactogen yang paling cikai tu pun dah naik! Pampers pulak lagi kecil saiznya lagi mahal harganya. Adehhh, 5 tahun lepas boleh tahan lagi belanja kalau tak buat part time, tapi sekarang memang mak apak kena cari solution untuk cari duit lebih.

    ReplyDelete
  8. sama macam akak la dik..apa2 compare dulu rega...mana paling murah baru pi....penat mmg la...selalunya akak pilih econsave...nak yang segar2 pi pasar besar je...

    ReplyDelete
  9. memang kos sekarang meningkat dengan jayanya..
    macam Ros, kat JB ni ada banyak jugak hypermarket. Ada yang ,urah, ada yang so~so, ada yang memang mahal.. Apa yang Ros buat, Ros memang beli di tempat yang murah, tetapi, kena ambik kira juga jarak dari rumah.. kalau beza harga tak banyak, tapi, jaraknya jauh, Ros pilih yang dekat je...
    Tapi, ni pendapat peribadi Ros. Dah banyak kali Ros buat kira-kira.. Kat sini, Ros tak berapa suka berbelanja di Giant. Bagi Ros harganya tinggi berbanding Mydin dan Tesco.. Ada pulak bila tulis harga lain, kat cashier, harga lain.. memang tak puas hati kalau jadi macam tu kak Farah,,,

    ReplyDelete
  10. Dear, Lin ada tips supaya tak penat ulang alik.

    Just get all the brochure and newsletter from Tesco, UO or any local shop ma~ Then after tu baru decide nak beli apa and automatically U know whats on sale or promo blablabla. Kalau Tesco, U can check all the price includes promo here ;)

    http://suzlinazreena.blogspot.com/2013/12/review-tesco-online-shopping.html

    ReplyDelete
  11. semua benda mahal. Berjimat dgn tak berjimat sama je sekarang n. kalau beli barang dapur, separuh cart dah dekat RM300.

    kalau hypermarket, saya pilih Mydin dgn Tesco. :D

    ReplyDelete
  12. Betul la... banyak yang kene berjimat cermat

    ReplyDelete
  13. Sama la dear..sy wat mcm tuh jugak

    ReplyDelete
  14. fae suka simpan stok drp tgu barang habis

    ReplyDelete
  15. kalau akak shopping di Tesco biasanya di sana sambil shopping kita dapat point then setiap 3 bulan kita boleh redeem kupon discount yang diberi kepada pelanggan, ini yang berbaloi...tapi kalau susu baby di kedai ubat kebiasaannya harga memang agak murah berbanding di shopping mall....

    ReplyDelete
  16. Haruslah pilih tmpt yg murah...tu kena survey harga slalu kan? :) harga survey2x ni blh serah kat suami..hihihi

    ReplyDelete
  17. Nice info...
    Redeem payung kt petronas...

    http://nazrihatsof.sharethisstory.net/my-852876-5912

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia