Bukan Kerana Aku Tak Cinta...

Farah Waheda Wahid
7
Memula jual mahal uolsss, tak nak konon2nya menjebakkan diri dengan siri ni, lepas tu bila tertengok siri back to back ada 1 hari tu... dah jadi ter-follow pula cerita ni. Bukan apa yang jadi malas nak follow drama bersiri ni sometimes... ada masa memang rajin follow, tapi ada masa memang tak rajin sangat nak follow... muahaha... takut tersakit hati bila ada feeling yang sangat intriguing nak tau what's next... silap2 boleh jadi macam kes yang lepas ... Drama Jodoh Itu Milik Kita... disebabkan tak sabar nak tau what's next and how's the ending... akhirnya terjebak beli novel juga... ha ha ha... 

Macam drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta ni juga... saya belum pernah sekalipun baca novelnya... tapi sedikit sinopsis yang dapat dikongsikan... 

“Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?”
“Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang... Mas tak tahu berenang!”
“Mastura!!!!!!!” 


JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.
Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.
“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”
“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”
Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?
Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah  bekas ketua kumpulan gengster!
Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.

Begitulah seadanya, sekarang ni saya dah tengok sampai version Lisdawati kakak kepada Nelydia Senrose iaitu Mastura macam nak suruh Sharnaaz iaitu Jebat untuk kahwin dengan Mastura. Boleh tahan lakonan Sharnaaz Ahmad dalam telemovie ni... ^_^... Honestly saya boleh kata berkesanlah dia menjiwai watak Jebat tu dan he gave me the impression that he's a talented actor... Let's put aside his personal affair kan... Kita focus on his acting quality... Then barulah kita boleh menilai bakat dia secara natural... he he he... Bercakap dah macam pengkritik pula... ^_*... 

*Few telemovie yang saya tengah follow sekarang adalah Ku Cinta Kau Seorang, Projek Memikat Suami, Bukan Kerana Aku Tak Cinta... Arriana Rose??? Layan juga sebab ada Keith Foo... ahaksss... ^_*

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Assalamualaikum farah. sheila tak layan tv sangat sekarang. hari2 dok layan running man daripada episod pertama. hihi. now baru masuk episod 53, heee banyak lagi episod nak tengok (",)

    ReplyDelete
  2. Best ek cerita ni?

    Fiza tak berkesempatan layan cerita ni Farah. Tapi kalau ada masa ada jugak layan cerita Ariana Rose, projek memikat suami dan aku cinta kau seorang :)

    ReplyDelete
  3. aiza pun tak follow cerita ini.. sekarang dah jarang ada masa menonton drama..

    ReplyDelete
  4. x dan nak layan citer ni..cari novel la nanti..lagipun x suka ngan shahnaz tuh..

    ReplyDelete
  5. Citer nih best tp.x berkesempatan tgk...dr dulu minat sharnaaz sbb lakonan die mantap..personal die ketepikan

    ReplyDelete
  6. kurang mengikuti drama ni Farah.....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !