Home » , , , , , , , , , , » Sisa Makanan Di McDonalds...

Sisa Makanan Di McDonalds...

Source Extracted from Google
Ini kisah benar dari pemerhatian sendiri semalam...Ahakss..McDonalds??? Apa kes dalam pantang singgah McDonalds??? "No no no" bukan akak yang makan McDonalds ek "uols"...masih berpantang dan masih ikut pantang dan tak pernah sekali pun cengkelat lagi ek "uols"??? Akak "behave" lah... sabar menanti sehingga habis pantang nak membedal segala jenis makanan kegemaran...wakakakaka... Kuat semangat nih.... jangan tak tau...(hik hik hik, ada ke orang kisah ye tak??? Ala cerita jer pun....)...Pergi McDonalds pun sebab ada urusan sikit (wah macam bunyi buat "business" besar jer....walhallll??? Biarlah rahsia...wakakakaka).... 

Masa duduk2 di McDonalds semalam, tiba2 tersedar sesuatu.... Ada sekumpulan kanak2... yang berumur antara lingkungan 9 tahun sehingga ke 11 tahun berlegar di McDonalds tu, mula2 tu akak "ignore" jer lah, dan buat tak tahu... Tapiii, lepas beberapa ketika lebih kurang dalam setengah jam macam tu... sebelum tu McDonalds ni beberapa jengkal jer dari rumah akak...tu yang senang menapak ke situ tu... ahaksss...tipu jer... "drive" ok??? Lebih kurang dalam 8 minit dari rumah... kat bahagian luar sikit dari kawasan perumahan... Sambung cerita balik...bebudak ni, pergi dari satu meja ke meja yang lain yang mana cuba "uols" teka apa yang budak2 ni buat??? 

"They all collect" sisa2 makanan  yang dah ditinggalkan oleh pengunjung2 restoran McDonalds dan makan serta minum... Gulp...Alahaiii adik2 kenapa macam tu sangat??? "Speechless", tak tau nak komen atau cakap apa... Kesian pun ada, rasa macam nak tegur pun ada tapi tak menyampai hati... lepas tu.... salah seorang dari mereka datang pada saya dan tanya.. "Kakak, kakak nak minum lagi ke air ni??? Kakak nak makan lagi ke "fries" ni, kalau tak nak boleh bagi saya???"... Kakak ok "uols", kakak...terperasan muda jap akak...walhal sepatutnya kena panggil "aunty"...ha ha ha...bantailah ikut mana diaorang selesalah ye tak.... Bila dah ditanya soalan2 macam ni, timbul dan terbit rasa kasihan dari dalam diri ini... Makanya, saya pun keluarkan "note" RM10 dan beri pada budak tu, suruh dia beli yang baru, takkan nak makan sisa lagi ye tak??? 

Jadi hairan juga, budak2 kat kawasan perumahan ni jadi begitu walhal bukan nak kata apa, kalau diperhati2kan di kawasan perumahan ni boleh dikatakan yang "parents" masing2 masih mampu nak beri anak2 makan... Tapi kenapa boleh jadi sampai macam tu sekali??? Entahlah, hanya mereka yang ada jawapannya... Dan apa yang berlaku ni beri pengajaran juga pada diri sendiri, yang mana, dalam mendidik anak kita kena ambil berat setiap aspek dan segi, dan tak boleh leka dan alpa pun...moga2 dijauhkanlah anak2 kita dari menjadi sebegini dan ibu bapa kenalah pantau pergerakan anak2 mereka, jangan dibiarkan saja... Tapi, kalau ibu bapa sibuk bekerja macam mana??? Pasti ada caranya kan??? 

*Nak komen pun serba salah, tak komen pun serba salah... Tapi yang pastinya ada pengajaran di sebaliknya... hu hu hu.... 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Sisa Makanan Di McDonalds..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, December 18, 2013.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

34 comments:

  1. sedihnye kak farah.tgk gaye mcm or susah ke bebudak tuh

    ReplyDelete
  2. Alahaiiii kesiannya.. tapi tertanya2 jg kenapa budak2 tu jadi begitu.. takkan makbapak diorang tak mampu nak bagi anak2 makan..

    Semoga budak2 tu dimurahkan rejeki (jika makbapak diorang tak mampu)

    ReplyDelete
  3. alamak kesiannya...tak tahu nak salahkan siapa.

    ReplyDelete
  4. tentulah kesian bila tengok kanak kanak macam tu kan..

    ReplyDelete
  5. kekadang nie macam satu habit jugak....pernah terjadi begini....

    ReplyDelete
  6. salam farah...la sampai gitu ke...farah..selamat berpantang yaaa

    ReplyDelete
  7. nape sampi jadi mcm tue....ibu bapa skg kena lebih beruasaha dlaam mendidik anak

    ReplyDelete
  8. pelik jugak... anak2 dr kawasan lain kot...

    ReplyDelete
  9. Bila baca cerita Farah ni... Terbit rasa kasihan pun ada pada budak2 yg kutip sisa tu. Tapi... Tak kan sampai mcm tu sekali.

    ReplyDelete
  10. Erkk kesiannya diorang .. Mungkin orang susah kot

    ReplyDelete
  11. Kenapa jadi camtu Farah..takkan dia orang lapar kot? Hmmmm!!!

    ReplyDelete
  12. Dah biasa dgn situasi camtu di sini Farah.....tapi mostly anak2 PTI. Dorg selalu berkeliaran kat luar restoran makanan segera dan akan masuk makan sisa makanan yang ditinggalkan di atas meja....agak menganggu tetapi pada masa yg sama kesian melihat keadaan dorg...

    ReplyDelete
  13. hmm..ke budak2 ni bukan dari kwsn perumahan akak? Kot2 budak gelandangan ke kak?

    ReplyDelete
  14. alahai kesian nya. malam2 pulak tu ibu bapa tak peduli ke anak keluaq dari umah malam2 macam tu

    ReplyDelete
  15. alahao...kesiannya... msh ada yg mkn sisa mknn...

    ReplyDelete
  16. @TelingaBulat

    TB nak kata susah tak jugak, sebab pakai pakaian yang branded2... hu hu hu... tak tau nak komen...

    ReplyDelete
  17. @Sukma Haron

    tulah kak, kadang2 budak budak ni dah terbiasa...

    ReplyDelete
  18. @intanfirdaus247

    baiklah kak intan, farah akan berpantang baik2...

    ReplyDelete
  19. @Mrs Velentine

    itulah kak, jangan biarkan anak2 kita sampai jadi macam tu...

    ReplyDelete
  20. @msredcheesecake

    rasanya tak mungkin dear, mungkin dari kawasan yang sama... entahlah...

    ReplyDelete
  21. @Fizalinolie

    memang farah pun rasa kesian fiza... hu hu hu...

    ReplyDelete
  22. @Afiqah Adzan

    agaknya mungkin begitu jugalah fiqah... hu hu hu...

    ReplyDelete
  23. @Mia Kassim

    oh mia pun dah biasa hadapi keadaan dan situasi macam ni ek...

    ReplyDelete
  24. @Ainim Suju

    ini budak2 berparents ni ainim... hu huh u...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia