Penyakit Dari Bencana Banjir...

Farah Waheda Wahid
17
Source Extracted from Google
Macam2 cerita yang kita dah baca, dengar dan tengok di merata2 tempat tentang bencana banjir yang melanda Kelantan, Pahang, Terengganu dan Johor. Dan sepanjang hidup selama 31 tahun di muka bumi Allah serta Malaysia ni (ihikss belum bercadang nak "migrate" gi mana2 negara lagi "uols"), boleh dikatakan bencana banjir kali ni adalah antara yang terburuk yang pernah berlaku yang pernah saya saksikan... Sejak berpantang ni, saya jarang sekali "on" FB ataupun blog, kalau Iman Firash tidur dengan lena, barulah saya "online"... Itupun tengok2 juga, sebab masih banyak lagi kerja2 lain yang perlu dilakukan... dan disebabkan itu saya tak berapa pasti sama ada, adakah ada di antara rakan2 blog saya yang turut terlibat serta menjadi mangsa banjir???  Sebabnya sepanjang berblog dan mengenali mereka, memang ada di antara rakan2 blog yang berasal dari negeri2 yang terlibat... cuma kawasan mereka tinggal saya tak pasti terlibat atau tidak... harap2nya mereka berada dalam keadaan selamat dan terjaga serta Allah SWT sentiasalah melindungi mereka.... doa saya tetap diiringkan buat rakan2 saya yang saya kenal di alam maya dan juga mangsa2 banjir yang lain, walaupun saya tak pernah bertemu muka dengan mereka2 ini... 

Bila berlaku bencana seperti banjir ni, ianya akan mengundang penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bawaan air seperti taun, Hepatitis A, demam kepialu dan Leptospirosis. 

TAUN
Penyakit yang kerap dihidapi mangsa di pusat penempatan ini adalah taun yang disebabkan oleh bakteria Vibrio Cholerae pada usus kecil yang menyebabkan cirit-birit teruk. Seseorang yang menghidap taun dapat dikesan melalui gejala seperti cirit-birit mendadak yang banyak dan cair. Penghidap taun juga mengalami masalah kekurangan air, degupan jantung yang laju, kulit kering, terlalu dahaga, bermata cengkung, tubuh lesu, selalu mengantuk, kekejangan abdomen, rasa loya dan muntah. Semua gejala itu muncul dalam beberapa jam hingga 5 hari selepas terdedah kepada jangkitan yang merebak melalui makanan dan minuman yang tercemar dengan kuman taun. Selain itu, kecuaian individu terbabit yang kurang menjaga kebersihan diri turut mendedahkan dirinya terhadap penyakit ini. Selain kehilangan cecair dari badan, penghidap taun boleh menemui ajal dalam masa singkat jika tidak mendapat rawatan segera dan sewajarnya. Oleh itu, penghidap taun perlu menggantikan cecair badan dan garam yang hilang. Penghidap juga akan diberi sama ada terapi Cecair Rehidrasi Oral (ORS), infusi intravena atau antibiotik seperti Tetracycline, Doxycline dan Ciprofloxacin. 

HEPATITIS A
Penyakit Hepatitis A pula disebabkan oleh virus Hepatitis A yang berjangkit melalui air, makanan atau susu dicemari najis mengandungi virus Hepatitis A. Virus ini mengakibatkan hati penghidap bengkak dan kurang berfungsi. Lebih buruk, ia cepat berjangkit namun tidak menyebabkan kematian. Walaupun penyakit ini tidak menyebabkan jangkitan kuman yang berterusan, tetapi ia akan menghasilkan imuniti terhadap penyakit ini sepanjang hayat. Tanda penghidap Hepatitis A dapat dikesan melalui mata kekuningan, kencing kotor dan berwarna gelap, loya, demam, lesu, kurang selera makan, sakit perut, muntah dan gatal seluruh badan. Bagaimanapun, tidak semua penghidap mendapat gejala terbabit kerana ia akan muncul dalam jangka masa beberapa hari. Penyakit ini merebak melalui hubungan rapat individu yang mengalami jangkitan, makanan dan dan minuman yang tercemar atau tercemar ketika mengendalikannya, makanan bercangkerang yang diambil dari air tercemar, air atau ais yang tercemar. 

Kebanyakan penghidap Hepatitis A akan sembuh sendiri dalam beberapa minggu. Tiada ubatan khusus atau antibiotik bagi merawat penyakit ini, oleh itu penghidapnya disaran mendapatkan rehat secukupnya untuk beberapa hari. Bagi mencegah Hepatitis A, orang ramai perlu mendapatkan vaksin Hepatitis A. Paling penting, amalkan kebersihan diri, basuh tangan menggunakan air dan sabun selepas ke tandas, menukar lampin dan sebelum menyediakan makanan. Memakai sarung tangan jika ada menyentuh najis, darah atau cecair badan dari seseorang. 

Kekalkan kebersihan dan sistem pembuangan najis yang sempurna, terutama selepas banjir atau bencana alam. Elak makanan berisiko seperti sayuran mentah dan buah2an yang tidak dibasuh dengan bersih. Minum air yang dimasak atau air dari bekalan botol. 

DEMAM KEPIALU
Demam kepialu juga adalah penyakit kerap dilaporkan di kalangan mangsa banjir disebabkan bakteria Salmonella Typhi iaitu seseorang yang dijangkiti membawa bakteria itu dalam darah dan usus. Mereka boleh mencemari makanan dan minuman melalui penyediaannya dan boleh menjangkiti orang lain. Gejala penyakit ini biasanya muncul selepas 1 atau 2 minggu tetapi ia juga boleh berlaku dari 3 hari hingga 3 bulan selepas pendedahan. 

Penghidapnya akan mengalami demam berterusan dan berpanjangan dengan suhu tubuh melebihi 40 darjah Celcius, cirit-birit, sembelit, sakit perut, sakit kepala, lemah badan, kurang selera makan, batuk tanpa kahak, denyutan jantung perlahan (bradycardia), ruam bintik merah, bengkak limpa dan hati. Penyakit ini boleh menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal dan secukupnya. Seseorang yang sembuh daripada demam kepialu boleh menjadi pembawa bakteria kepialu. Oleh itu, mereka yang mempunyai gejala penyakit ini perlu segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan awal dengan antibiotik seperti chloramphenicol, ampicilin dan ciprofloxacin. 

LEPTOSPIROSIS
Walaupun ia jarang berlaku, tetapi dikategorikan sebagai penyakit tenat dan boleh berjangkit. Jangkitan berlaku disebabkan oleh beberapa spesies daripada keturunan leptospira berbentuk lingkaran. Penyakit ini terjadi disebabkan oleh pendedahan kepada kuman dalam air yang tercemar dengan kencing binatang seperti tikus, lembu, kambing, khinzir, anjing yang dicemari kuman leptospira. 

Biasanya terjadi di negara beriklim panas dan nama lain bagi Leptospirosis adalah penyakit Weil, demam Icterohemorrhage, penyakit Swineherd's, demam pesawah, demam pemotong tebu, demam paya, demam lumpur, jaundis berdarah, penyakit Stuttgart dan demam Canicola. 

Tempoh pengeraman kuman Leptosporosis antara 2 hingga 26 hari bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Penghidap juga akan batuk tidak berkahak, loya, muntah dan cirit birit serta radang selaput mata. Antara 7 peratus hingga 40 peratus penghidap mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak, kekerasan otot, perubahan bunyi pada paru2 atau ruam. Dalam kebanyakan kes, penghidap boleh sembuh, namun kematian boleh berlaku pada kes rumit dan tidak menerima rawatan sewajarnya. Ini kerana, penyakit ini menyebabkan komplikasi jangkitan kuman di otak (Meningitis), pendarahan teruk, tekanan respiratori, kegagalan fungsi hati dan buah pinggang. 

Rawatan yang biasa diberi kepada penghidap Leptospirosis adalah pemberian ubat Cephalosporim, Penicillins, Doxycylcline, Chloramphenicol dan Erythromycin. Penjagaa sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.

Oleh itu, harap2nya kawan2 yang terlibat dengan banjir ni, jagalah kesihatan serta kebersihan diri serta keluarga masing2 semaksima mungkin, lebih baik mencegahkan dan mengambil langkah berhati2 sebelum terkena.... mungkin boleh amalkan perkara2 di bawah ni....
  • Jangan gunakan air tercemar untuk mencuci pinggan mangkuk, menggosok gigi, mencuci dan menyediakan makanan atau membuat ais. 
  • Minum air yang dibotol, dimasak atau dirawat.
  • Air mendidih dapat membunuh bakteria berbahaya, parasit dan virus. Didihkan air selama 5 minit kerana ia membunuh sebahagian besar organisma. Air boleh dirawat dengan klorin atau pil iodin. Campurkan larutan sehingga sebati dan biarkan selama 30 minit. 
  • Bekas digunakan untuk menyimpan air perlu dicuci dengan cecair pencuci dan dibilas dengan larutan peluntur sebelum diguna semula.
  • Jangan makan makanan yang mungkin terkena banjir. 
  • Musnahkan semua makanan dalam tin yang terkena banjir jika tin itu mengembang, berkarat atau kemik. Makanan dalam tin yang tidak rosak dapat diselamatkan jika membuang labelnya dengan cara membasuh tin itu, termasuk menulis semula tarikh luputnya. 
  • Bekas makanan yang penutup berskru dan penutup snap perlu dibuang jika terkena air banjir.
  • Nyahsejuk beku makanan yang boleh dimakan atau dibekukan semula jika ia masih mengandungi hablur ais. Jika nyahsejuk beku, makanan perlu dimasak atau dibuang. Untuk lebih selamat, buang saja makanan jika ragu2.
  • Sentisa buang apa juga makanan yang berbau, bertukar warna dan berubah teksturnya. 
  • Jika mendapat luka yang tercemar oleh banjir, cuci dengan menggunakan air panas atau yang dirawat, sapukan antiseptik dan balut dengan plaster atau kain pembalut. Jika luka menjadi kemerah-merahan, bengkak atau bernanah, dapatkan segera rawatan doktor. 
  • Jangan biarkan kanak2 bermain dengan banjir dan tangan kanak2 perlu kerap dicuci.
  • Sentiasa pakai but getah dan sarung tangan kalis air sewaktu membuat kerja pembersihan. Usah menyentuh muka sewaktu membersih atau bekerja dalam banjir
Kredit: SINI

*Semoga banjir cepat surut dan semua yang terlibat dapat meneruskan kehidupan seperti biasa... In Shaa Allah... 

Post a Comment

17Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. mmg kna jaga kesihatan dan jgn main air bnjir.. mga bnjir kmbali pulih...

    ReplyDelete
  2. nice info kak farah..kekadnag bebudak ni klu tmpt naik air ske je main air tuh..xtau effect nye ape..

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum..farah,

    Bahaya juga penyakit yg disebabkan banjir. nampak macam xder apa tp ... bahaya..

    mselim3

    ReplyDelete
  4. kebersihan amat penting bagi mengelakkan terkena penyakit.....

    ReplyDelete
  5. Banyaknya penyakit .. Harap2 nya semua nya tak kenalah kan penyakit2 tu

    ReplyDelete

  6. Semoga mereka semua tabah menghadapi dugaan...harap2 xde sebrang penyakit yang singgah pada mereka...

    ReplyDelete
  7. buat mereka yang ditimpa banjir tu..jaga la kesihatan sebaiknya

    ReplyDelete
  8. ya Allah jauhkan mereka mangsa-mangsa banjir dari penyakit ini semua :'(

    ReplyDelete
  9. time banjir ni la mcm2 penyakit timbul...semoga Allah memelihara kesihatan mangsa banjir semua...amin

    ReplyDelete
  10. nice info...moga banjir cepat pulih dan semua yg terjejas akan kembali dpt meneruskan kehidupan mereka spt biasa.

    ReplyDelete
  11. cian mangsa2 banjir huhu
    semoga mereka dijauhkan dari penyakit2 di atas :)

    ReplyDelete
  12. Nice one. Walaupun bkn mangsa banjir, but the info is great!

    ReplyDelete
  13. kesian diorang.. smoga mereka dipermudahkan segala urusan dan dijauhi dari penyakit..

    ReplyDelete
  14. Ibu bapa kena ambik berat anak2 dorang...jangan biarkan main air banjir, memang kotor.

    Semoga mangsa2 banjir sabar menghadapi dugaan ini..

    ReplyDelete
  15. banyak ye senarai penyakit melalui banjir ni.. moga mangsa-mangsa banjir terhindar dari segala penyakit ni ...

    ReplyDelete
  16. kesian mereka kan..moga dipermudahkan urusan mangsa2 banjir..

    ReplyDelete
  17. moga semua pihak mengambil berat terhadap kebersihan dan kesihatan satu sama lain.. :(

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !