Penamaan KWSP!!!

Farah Waheda Wahid
26
Source Extracted from Google
Kalau dah bekerja namanya pasti ada akaun KWSP kan??? Simpanan masa depan katakan...muahahaha.... Dan kalau dah ada akaun KWSP tu, haruslah ada penama... Siapa yang biasanya jadi penama a.k.a. pewaris akaun KWSP "uols"??? Sibuk pula nak tanya ye tak??? Suka hatilah nak letak nama siapa pun... yang penting kita yang menamakan penama atau pewaris tu tau nama siapa yang kita nak letak... Jom kita bercerita serba sedikit mengenai Penamaan KWSP ni... 

PENGENALAN
Penamaan merupakan proses menamakan individu sebagai penama/pentadbir (Wasi) untuk menerima/mentadbir simpanan KWSP ahli apabila ahli meninggal dunia.

KENAPA PERLU MEMBUAT PENAMAAN???
"Uols" digalakkan membuat penamaan bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan pengeluaran simpanan KWSP "uols" kepada orang yang dinamakan itu apabila berlaku kematian. Rasional, sekiranya "uols" tidak membuat penamaan untuk simpanan KWSP "uols", waris "uols akan menghadapi kesukaran untuk menuntut simpanan "uols" daripada KWSP. 

ADAKAH "UOLS" LAYAK MEMBUAT PENAMAAN???
"Uols" layak menamakan sesiapa sahaja sebagai penama sekiranya:
  • "Uols" berumur 18 tahun atau lebih.
  • "Uols" seorang warganegara Malaysia.
ATAU
  • Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudiannya memilih untuk mencarum semula dengan KWSP.
ATAU
  • Bukan Warganegara Malaysia yang menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1995 ATAU mendapat taraf penduduk tetap (PR).
SIAPA YANG BOLEH DINAMAKAN??? 
  • "Uols" boleh menamakan mana2 'orang sebenar' sebagai penama/pentadbir. Mana2 'orang sebenar' adalah merujuk kepada individu dan bukannya organisasi, pertubuhan, persatuan, badan kebajikan dan sebagainya.
  • "Uols" dinasihatkan menamakan waris terdekat seperti suami, isteri, anak2 an ibu/bapa untuk menerima/mentadbir simpanan "uols". Bagaimanapun, sekiranya anda menamakan bukan waris, penamaan tersebut masih diterima. Risiko, kemungkinan akan berlaku kesulitan pada kemudian hari seperti tuntutan daripada waris. 
PENAMAAN BAGI AHLI YANG BERAGAMA ISLAM???
Bagi ahli yang beragama Islam, orang yang dinamakan hanya bertindak sebagai wasi/pentadbir (administrator) yang bertanggungjawab untuk mengagihkan simpanan mengikut Hukum Faraid kepada waris2 yang berhak.

PENAMAAN BAGI AHLI BUKAN ISLAM???
  • Penama adalah merupakan penerima mutlak (benefisiari) kepada simpanan ahli yang meninggal dunia.
  • Bagi ahli bukan beragama Islam, jika penama meninggal dunia: sebelum kematian ahli, pemohon yang layak adalah waris terdekat ahli yang meninggal dunia, selepas kematian ahli, pemohon yang layak adalah waris terdekat penama. Ini kerana penama adalah pemilik mutlak simpanan ahli yang meninggal dunia.
BAGAIMANA MEMBUAT PENAMAAN???
"Uols" dikehendaki mengemukakan dokumen2 berikut dengan lengkap dan teratur:
  • Borang Penamaan (KWSP 4)
  • Salinan Kad Pengenalan Diri sama ada Salinan Kad Pengenalan MyKad/Kad Pengenalan Polis/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR) ATAU Salinan Pasport (sekiranya "uols" bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998.
Borang permohonan penamaan yang telah diisi dengan lengkap dan teratur hendaklah dikemukakan sendiri oleh ahli di mana2 Pejabat KWSP.

CATATAN:
Borang Penamaan (KWSP 4) mestilah diterima oleh KWSP semasa ahli masih hidup.

SAKSI2 YANG DIBENARKAN???
"Uols" boleh memilih sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun dan ke atas untuk menjadi saksi kepada penamaan "uols" KECUALI orang yang dinamakan dalam borang penamaan itu, petugas kaunter KWSP atau anggota KWSP.

BAGAIMANA PENAMAAN "UOLS" BOLEH TERBATAL???
Penamaan yang dibuat boleh terbatal sekiranya:
  • Semua orang yang dinamakan meninggal dunia semasa ahli masih hidup.
  • Ahli mengemukakan Notis Pembatalan Penamaan (KWSP 4A)
  • Ahli membuat penamaan baru dengan mengemukakan Borang Penamaan (KWSP 4)
CATATAN:
Penamaan turut terbatal sekiranya ahli membuat pengeluaran penuh di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara, Pengeluaran Hilang Upaya dan Pengeluaran Pekerja Berpencen.

Wasiat tidak membatalkan penamaan.

BAGAIMANAN MENGEMASKINI PENAMAAN???
Penamaan boleh dikemaskini dari semasa ke semasa sebelum "uols" mencapai umur 75 tahun. Pengemaskinian penamaan boleh dibuat dengan mengemukakan Borang Penamaan (KWSP 4) yang baru. Borang KWSP 4 yang baru akan membatalkan penamaan "uols" yang terdahulu.

BAGAIMANA PENAMAAN BOLEH DISEMAK???
Jika "uols" ingin membuat semakan ke atas penamaan yang telah dibuat, "uols" boleh menyemak penamaan tersebut melalui cara berikut:
  • Menyemak status penamaan melalui kemudahan i-Akaun (Ahli).
  • Hadir di mana2 Pejabat KWSP.
  • Melengkapkan Borang Semakan Penamaan (KWSP 4B) dan menyertakan salinan Kad Pengenalan / bukti pertalian ke alamat seperti berikut: Jabatan Pendaftaran dan Operasi Sokongan, Bangunan KWSP Jalan Gasing, 46598 Petaling Jaya, Selangor (U/P: Unit Penyimpanan dan Penyelenggaraan Dokumen)
Untuk makluman lanjut "uols" boleh rujuk di SINI

Kredit dan Sumber: SINI

Jika sebelum ni Cik Puan Bubbly menamakan kedua2 mama dan papa di dalam borang penamaan, sekarang ni tiba masanya untuk mewariskan (chaitt... ayat sangat skema...mewariskan...tak menghingat....)... *_^... Tiba masanya untuk ditukar kepada nama Ash.... In Shaa Allah dalam bulan Januari ni atau awal Februari ni Cik Puan Bubbly akan melaksanakan urusan ini... ^_^ 

Post a Comment

26Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. sambil2 simpanan untuk kita, simpanan untuk anak2 juga.. hee.. *gaya Hana dah ada anak*

    setakat ni sume post kat blog Hana scheduled posts even tak dinyatakan.. insya-Allah awal bulan 1 baru dapat blogging macam biasa ^^ hee.. nak baca citer sal Ash, tak baca elok2 lagi ^^

    ReplyDelete
  2. Akak pun x tukar lg ni...mmg nk kena tukar ke nama dania ni....

    ReplyDelete
  3. as-salam
    alhamdulillah, dah boleh tukar nama ash. sronoknya dah ada waris

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam Cik Su, In Shaa Allah, one day Cik Su akan ada juga...Farah doakan yang terbaik buat CikSu...

      Delete
  4. Waa. Nice info. Thanks, akak!! :D

    ReplyDelete
  5. akak dah buat penama dulu, tetapi sekarang nak rombak sikit penama baru....

    ReplyDelete
  6. sy x buat sbb bakal stopkn KWSp sbb amik traf berpencen wpun x tahu nk keje smpai pencen ke tak.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yelah maria, government kan ada choice macam tu...

      Delete
  7. nad pun tak sure dah buat penamaan ke belum

    ReplyDelete
  8. thanks for sharing kak farah..bnd ebaru..so baru la tb tau skg ni..haha selame ni wat dek jee

    ReplyDelete
  9. nanti dah kerja mesti kena ada jgak..

    ReplyDelete
  10. cik nor tak letak penama lagi..huhu

    ReplyDelete
  11. seronok orang ada kwsp ni.. km ambik pencen..

    ReplyDelete
  12. Salam tuan blog,

    Oktober lepas sy dh buat penamaan.nak bg tips kepada yang belum buat,di galakkan datang buat bersama rakan-rakan,kawan sekerja atau adik beradik.janji org tu bukan dalam list penama waris kwsp kita.mereka jadi saksi penamaan kita .kita pun jadi saksi utk penamaan kawan kita tu nanti.kalau tak kita kena cari pesuruhjaya sumpah sumpah utk jd saksi. Tips ni sy terpakai kalau kita letak pasangan anda sebagai penama. Selalu pergi kwsp dengan suami/isteri buat penama.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !