Home » , , » Obama: Saya Tidak Dibenarkan Menggunakan iPhone!!!

Obama: Saya Tidak Dibenarkan Menggunakan iPhone!!!

Source Extracted from Google
Tetiba kannnn??? Pagi tadi dok bercerita pasal Running Man, dah ni beralih pula pada Presiden Barack Obama... dah macam pemberita pun ada... ahaksss... tapi, inilah dia realitinya, berita yang dibaca di laman web ASTRO AWANI

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat akui bahawa beliau tidak dibenarkan mengguna iPhone atas dasar keselamatan. Oleh kerana itu, beliau sering kelihatan dengan Blackberry. 

"Atas sebab2 keselamatan, saya tidak dibenarkan mengguna iPhone", kata Obama kepada sekumpulan anak2 muda dalam satu upacara untuk mempromosikan pelan kesihatan beliau. Tambah beliau, anak2 perempuan beliau Sasha dan Malia banyak menghabiskan masa bersama telefon iPhone mereka.

Blackberry terkenal dengan ciri2 keselamatan yang kukuh - salah satu sebab mengapa ia masih popular di Washington, walaupun peranti itu kehilangan bahagian pasarannya kepada telefon pintar yang lain termasuk produk keluaran Apple. 

Isu ciri2 keselamatan yang ada pada Blackberry milik Obama dibangkitkan setelah Agensi Keselamatan Amerika Syarikat (NSA) membuat intipan ke atas canselor Jerman Angela Merkel. 

Setelah beberapa hari mengangkat sumpah sebagai Presiden, Obama berjaya untuk menyimpan telefon itu daripada kumpulan Perkhidmatan Rahsia, walaupun kebimbangan ada dari segi risiko Blackberry beliau akan digodam, akan mendedahkan lokasi g ditulis beliau boleh disiasat kongres.

Beliau sering dilihat membaca pesanannya di dalam limosin.

Presiden itu sering meluahkan kekecewaan beliau tentang kawalan di White House yang boleh menyebabkan kesukaran untuk berhubung dengan orang ramai atau mendapat maklumat luar yang tidak ditapis oleh pembantu2 beliau atau pihak media. Pembantu beliau berkata penggunaan Blackberry adalah cara untuk beliau keluar dari pengurungan itu.

White House berkata alamat e-mel peribadi Presiden terhad kepada pegawai2 kanan dan rakan2 peribadi, tetapi tidak mendedahkan penyulitan peranti yang digunakan untuk keselamatan komunikasi Obama. 

SUMBER: SINI

*Macam tak ada "life" jer...ahaksss... tapi "thats the price of being someone important" kan??? Tak syok la tak dapat "explore" Ms Apple... hik hik hik... "meaning" kalau pakai iPhone??? senang kena "hack" lah??? 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Obama: Saya Tidak Dibenarkan Menggunakan iPhone!!! , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, December 6, 2013.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

25 comments:

  1. kita guna samsung ngn sony jer hihhik

    ReplyDelete
  2. guna je la nokia 3310. .msti xkn dpt kna hack punyer. hee

    ReplyDelete
  3. wahhhhh.....akak pengguna blacberry..meh sini Obama BBM dengan kita....hihihi...

    ReplyDelete
  4. best jadik orang biase2 jerrrr....ape2 pon boleh...

    ReplyDelete
  5. kita geng Obama coz pengguna setia BB..

    ReplyDelete
  6. ada org kata blackberry blh dijadikan medium utk hack ... whatever lah ... hahahaaa

    ReplyDelete
  7. dasyat gak org2 besar camni.. hihi

    ReplyDelete
  8. fuh! terseksa gak hidup walau jadi orang no.1 ni hehe. Maaf ye dear, sehari dua ni kenit jarang BW, paler serabut sikit ngan masalah.

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum..farah,

    mselim3 pun guna nokia aje..heheh

    mselim3

    ReplyDelete
  10. Oh..maknanya iPhone tak selamat la ya? hmm..

    ReplyDelete
  11. Hehe... Dia suh obama pkai hp murah2 dh la... Bg rakyat dia pkai hp mahal2...

    ReplyDelete
  12. @BudakVanilla

    ha tu memang betul akak setuju...hik hik hik...

    ReplyDelete
  13. @Sukma Haron

    ha ah kak, cubalah bbm dengan dia pulak... mana tau... wah melets giteww...

    ReplyDelete
  14. @Cik Puan

    betul tu Cik senang jadi orang biasa2 jer...

    ReplyDelete
  15. @ejulz

    dah macam dalam movie hollywood pun ada juga....

    ReplyDelete
  16. @Kenit Cinonet

    tak apa, take care tau kenit, if you need me, I'm always around to be your shoulder to cry on...

    ReplyDelete
  17. @Ainim Suju

    ainim, yang tu akak tak berapa nak pasti...

    ReplyDelete
  18. @Maria Firdz

    tak pun tak payah pakai hp terus...hik hik hik...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia