Home » , , , , , , , , , » Membina Kecerdasan Minda Anak2...

Membina Kecerdasan Minda Anak2...

Source Extracted from Google
Perghhh, semenjak dua menjak ni rasanya dah jadi macam "parenting blogger" dah pula... he he he...ceritanya semua berkisah pasal Ash pasal anak2... Layankan ajerlah "uols", kalau pening dan bosan sila tekan "X" pada penhujung "browser" uols sebelah kanan atas yer...wakakaka... begitulah adanya... 

Otak adalah organ terpenting dalam operasi tubuh. Otak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu kiri dan kanan. Otak kanan melihat sesuatu perkara secara menyeluruh dan lebih fokus kepada imaginasi dan kreativiti. Bahagian kiri otak pula adalah untuk menyelesaikan sesuatu yang kritis. Otak kiri lebih kepada urutan, kemahiran analitis dan pemikiran logik.

Jesnita melihat prestasi Amni tidak menunjukkan sebarang peningkatan walaupun sudah setahun dihantar ke prasekolah. Amni hanya mampu mengenal huruf, warna dan nombor dari 1 hingga 10. Hal ini menjadikan ibu muda ini kecewa dan beranggapan Amni tidak normal atau lembap, tidak seperti anak2 seusianya yang lain. Drama begini kerap berlaku di dalam kehidupan kita sehari2. Hal seperti ini berlaku kerana kita mengharapkan anak mempelajari setiap apa yang diajar di sekolah sedangkan kita mungkin tidak menyediakan mindanya untuk menerima pelajaran dengan lancar di sekolah.

Apakah Kecerdasan Minda???
Pada usia 5 hingga 6 tahun mereka sedang meniti usia pra sekolah. Lazimnya ketika ini, sebahagian besar daripada otaknya sudah diterokai. Pendedahan kepada apa sahaja yang dilihat dan didengar dan disebut kekal dalam memori otak. Setiap saraf dan sel otak berhubung antara satu sama lain untuk membentuk satu sesuatu kemahiran atau kepandaian untuk mempelajari sesuatu. Kecerdasan otak amat membantu anak untuk memberikan perhatian dan kosentrasi ketika di dalam kelas. Perkembangan kognitif dan kebolehannya menggunakan memori jangka panjang membantunya terus meneroka dan mengembangkan kebolehannya untuk mempelajari sesuatu yang baru.

Bagaimana Melatih Kecerdasan Minda Anak???
Minda yang cerdas memainkan peranan penting untuk melancarkan proses pembelajaran anak. Kajian menunjukkan kebolehan seseorang untuk menerokai minda adalah dengan perubahan biologi yang disumbangkan menerusi latihan fizikal. Sebenarnya kecerdasan otak boleh kita latih dan cetuskan menerusi persiapan tubuh, permainan dan pergerakan fizikal tertentu yang terbahagi kepada 2 fasa iaitu Fasa Pertama dan Fasa Kedua.

Fasa Pertama: Persediaan Tubuh dan Fizikal
1. Sentiasa Terhidrat
"Uols" perlu memastikan si manja mengambil secukupnya dalam seharai. Latih anak untuk minum sekurang2nya segelas air sebelum memulakan pembelajaran. Hal ini kerana air membekalkan keseimbangan elektrolit dalam badan dan memberikan keadaan sesuai untuk sel2 berhubung antara satu sama lain. Membekalkan anak dengan air dan melatih mereka meminum air sekurang2nya satu liter sehari pada peringkat usia ini adalah amalan terbaik untuk kecerdasan minda.

2. Makanan untuk Minda
Pemakanan seimbang amat penting untuk tumbesaran si manja. Namun, sesetengah makanan dipercayai berupaya membantu meningkatkan fungsi minda. Si manja perlu dibekalkan dengan makanan yang kaya antioksidan yang mampu mengelakkan kemerosotan memori, mengekalkan koordinasi dan pergerakan motor dan keseimbangan tubuh. Selain itu, sajian yang kaya minyak Omega 3 seperti ikan lautan sejuk, badam, keju, beras perang, walnut, minyak canola, bijan. Selain itu kekacang dan telur yang diperkaya kandungan Omega 3 juga adalah opsyen terbaik.

Makanan yang berkarbohidrat juga diperlukan dalam kuantiti yang sederhana dalam diet mereka. Makanan yang mempunyai kandungan karbohidrat kompleks seperti oat, yogurt, roti gandum penuh dan aprikot kering adalah contoh karbohidrat kompleks yang digalakkan untuk menajamkan minda si cilik. Makanan yang kaya choline seperti telur dan kekacang amat penting untuk otak membina memori. Vitamin A yang banyak didapati dalam buah2an, sayuran berdaun hijau gelap, jingga dan kuning membantu mengoptimumkan keupayaan minda untuk mengingati. 

3. Tidur Yang Cukup
"Uols" perlu memastikan si manja mendapat tidur yang cukup. Kanak2 pada usia 5 hingga 6 tahun masih memerlukan tidur pada waktu siang. Jumlah waktu tidur mereka sehari hendaklah sekitar 10 hingga 12 jam sehari. Hal ini penting untuk membantu si kecil dalam memberikan fokus dan tumpuan ketika belajar.

4. Senaman
Memetik kata Dr. Gwen Dewar dalam artikelnya dalam laman parentingscience.com, kecergasan fizikal banyak mempengaruhi untuk mengukuhkan fungsi minda yang lebih baik pada kanak2. Hal ini akan bakal membantu mereka menumpukan perhatian pada sesuatu dan mengabaikan gangguan yang aa di sekelilingnya. Dedahkan si cilik dengan seberapa banyak aktiviti fizikal seperti sukan atau tarian untuk memastikan dia lebih mudah menumpukan perhatian semasa di dalam kelas.

Fasa Kedua: Bina Minda Menerusi Permainannya
1. Mainan Kad Imbasan
Bermain dengan kad imbasan membantu perkembangan kognitif anak. Walaupun permainan sudah dimulakan seawal kelahiran, mainan ini boleh diteruskan untuk membina ingatan dan memorinya dengan mudah.

2. Blok Mainan Berwarna Warni dan Berbentuk Jigsaw
Permainan blok, pelbagai bentuk dan jigsaw menambahkan kebolehan mereka untuk berfikir. Kebanyakan alat permainan berwarna warni dan bermacam2 bentuk, saiz dan corak. Bermain dengannya akan menambahkan kemahiran koordinasi mata-otot-mental untuk menyaring maklumat lebih cekap. "Uols" boleh bermain bersama dengan anak jenis jigsaw puzzle, mencantum blok bersambung serta mengasingkan objek mengikut bentuk dan warna untuk menajamkan minda dan menyerlahkan keupayaannya.

3. Gunakan Tangan Yang Bukan Dominan
Jika si kecil menggunakan tangan atau kaki kanan sebagai anggota dominan, "uols" boleh mengajarnya menggunakan tangan kiri atau kaki kiri untuk melakukan aktiviti seperti melukis atau menyepak bola.

4. Main Harta Karun
"Uols" juga boleh mengajak anak mencari harta karun. Berikan mereka klu dan suruhlah mereka mencari barang tersebut berdasarkan klu yang diberi. Sebagai contoh soalannya boleh berbunyi: cuba cari benda yang berbentuk bulat di dalam sebuah kotak berwarna hijau di atas meja tulis. Pastikan klu yang diberi jelas dan "uols" boleh sediakan hadiah untuk permainan ini.

5. Bola Ping Pong Dalam Sudu
"Uols" juga boleh meningkatkan kecerdasan minda anak dengan bermain permainan membawa bola ping pong untuk anak. Permainan ini akan membantu si manja mengukuhkan kawalan koordinasi badan dan minda.

Aktiviti2 ini membantu cilik mendapat minda untuk cerdas. Selain itu, otak mereka juga sedang 'bersenam' untuk menerima seberapa banyak maklumat yang berguna. Hal ini juga meningkatkan keyakinan diri dan memperkayakan pengalaman mereka. Tidak salah mencuba melatih minda anak kerana dalam masa yang sama ia membantu ketrampilan positif pada si manja dan menggalakkan pertumbuhan badan yang sihat sebagai persediaan untuk menerima pelajaran di sekolah.

*Panduan untuk ibu baru macam "ai"...Ahakss... *_^ 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Membina Kecerdasan Minda Anak2... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, December 26, 2013.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

21 comments:

  1. nice sharing... panduan utk ibu2 dan bapa2 lain juga... tak kira baru atau lama.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru atau lama ilmu keibubapaan ni kena perlu sentiasa dipelajari...

      Delete
  2. ok dah baca sampai habis..tak tekan pun [x] tu :)

    ReplyDelete
  3. nice entry...sebagai parents kita perlu memupuk minda anak-anak agar sentiasa cerdas selain itu amalkan membaca Al-quran...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak, Al-Quran tu jangan dilupakan...

      Delete
  4. Replies
    1. tak apa untuk kegunaan di masa akan datang...

      Delete
  5. tak jemu Farah....elok juga boleh menambah pengetahuan kat sini tentang ilmu kekeluargaan :D

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum...farah,

    Bagus farah blog nie wardah utk berkongsi tip untuk ibu2 yg memerlukan.

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam mselim, terima kasih di atas support yer...

      Delete
  7. Nak jemu kenapa plak kan....dah tentu2 sharing is caring...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboiii kak long, share2 care2 pulak... ekekekek....

      Delete
  8. Kehidupan bru sbgai ibu...ada ilmu kita share same2x...okla tu ;) kita guna utk ank sndri mne tau bguna utk ank org lain jgk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sentiasa cuba menyampaikan dan berkongsi apa yang terbaik giteww ... semoga bermanfaat untuk orang lain juga...

      Delete
  9. nak share kat sape ni ek..ish ish :D

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia