Jaundis Neonatal - Penyakit Kuning Bayi

Farah Waheda Wahid
22
Source Extracted from Google
Ini bukan cerita Ash, tapi ini sekadar perkongsian maklumat. Ash??? Alhamdulillah, sejak lahir Ash tidak mengalami penyakit kuning...walaupun "nurse" dari Klinik Kesihatan yang datang "checking" kat rumah kata Ash ada kuning, tapi bila bawa untuk "follow up check-up" di hospital saya bersalin iaitu Hospital UMRA, Seksyen 13 Shah Alam... Doktor pakar kanak2 memang sahkan Ash tak ada kuning... Bacaan pada hari ke - 4 Ash lahir adalah 166 dan bacaan pada hari ke-6 adalah 146... 

APA ITU JAUNDIS???
Jaundis terjadi pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan - bilirubin ialah 1 bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi sebab mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen dan didapati kadang kala ginjal mereka yang masih baru tidak boleh memetabolismekan birubilin yang berlebihan itu. Apabila tahap bilirubin meningkat lebih daripada normal, kekuningan jaundis akan bergerak dari kepala ke bawah, ke tengkuk, dada dan dalam kes teruk, ia akan sampai ke jari2 kaki. Jaundis seperti ini yang dikenali sebagai jaundis fisiologi, selalunya tidak menyebabkan kerosakan pada bayi yang sihat (berbeza daripada jenis yang lebih serius dan luarbiasa yang disebabkan oleh penyakit ginjal atau penyakit resus). Dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, bayi baru lahir yang menghidapi jaundis akan mengalami keroskan sistem saraf - tetapi ini berlaku hanya apabila tahap bilirubin berada di tahap yang terlalu tinggi. 

ADAKAH JAUNDIS BIASA DIHIDAPI OLEH  BAYI BARU LAHIR???
50% bayi yang dilahirkan cukup bulan akan menghidap jaundis pada hari ke-2 atau ke-3 selepas kelahiran. Ia akan hilang selepas seminggu. Manakala, 80% bayi tidak cukup bulan akan menghidap jaundis di antara 5 hingga 7 hari selepas kelahiran. Biasanya ia akan hilang 2 bulan selepas kelahiran. 

BAGAIMANA MERAWAT JAUNDIS???
Jika "uols" menyusukan bayi "uols", "uols" perlu menyusukannya dengan KERAP!!! "Uols" mungkin perlu mengejutkan bayi "uols" dari tidur untuk menyusukannya. Masa ini "uols" perlukan banyak rehat, air mencukupi, makanan dan sokongan yang banyak. Jika bayi "uols" diberikan susu bada, dia tidak perlu diberikan sebarang cecair lain seperti susu formula atau air sebab penyusuan ibu yang kerap akan memulihkan jaundis. 

Jika bayi "uols" menghidapi jaundis yang teruk atau kelihatan tidak sihat, doktor "uols" mungkin akan menjalankan ujian darah pada bayi "uols" untuk mengukur tahap bilirubinnya. Doktor juga akan perlu melihat punca jaundis jika ia bermula selepas 7 hari atau berlarutan sehingga lebih daripada 14 hari. 

Sesetengah bayi mungkin akan memerlukan rawatan tambahan, iaitu selalunya fototerapi. Bayi "uols" perlu berada di hospital dan lampu cahaya biru akan diletakkan di katilnya. Cahaya ini akan membantu memecah bilirubin berlebihan supaya ginjal dapat membuangnya. Kesan sampingan fototerapi termasuklah ruam dan cirit birit tetapi ini penting untuk penguraian bilirubin. Selalunya ini dilakukan di pusat jagaan bayi di hospital. 

Bayi2 yang memerlukan fototerapi perlu baring tanpa pakaian atas katilnya dan dipancarkan cahaya biru dari lampu. Ini akan menjejaskan penyusuan ibu dan pertalian ibu dengan bayinya. 1 alternatif selain fototerapi tradisional ialah terapi gentian optik. Bayi "uols" akan dibalut dengan selimut khas yang mempunyai gentian optik, yang menyebabkan cahaya kecil bersinar terus pada kulit bayi. Bagi rawatan ini, "uols" masih boleh mendakap dan menyusu bayi "uols". Namun begitu, rawatan gentian optik tidak efektif sepertimana fototerapi tradisional pada bayi yang dilahirkan cukup bulan. Pengalaman setempat juga menunjukkan kadang kala rawatan gentian optik menjadi terlalu panas untuk bayi pramatang. Namun begitu, apabila digunakan bersama fototerapi tradisional, rawatan gentian optik adalah rawatan yang paling efektif bagi bayi yang menghidapi jaundis. 

Ada juga terdapat kes di mana jaundis disebabkan oleh jangkitan dan ini memang perlu dirawat.

Bayi yang mempunyai penyakit resus boleh mendapat jaundis. Tetapi penyakit ini amat jarang berlaku. Wanita hamil akan selalu membuat pemeriksaan darah untuk mengelakkan resus, dan "uols" akan tahu jika "uols" resus negatif. Darah bayi juga akan diperiksa dan suntikan anti-D akan diberikan semasa kelahiran. Ada juga berlaku (walaupun amat jarang) bagi bayi yang menghidapi jaundis akibat penyakit resus, dirawat melalui pemindahan darah. 

BAGAIMANA SAYA TAHU JIKA BAYI SAYA MENGHIDAPI JAUNDIS???
Pakar2 mencadangkan ujian ringkas di rumah untuk memeriksa jaundis. Dapatkan bilik yang mempunyai cahaya secukupnya, dan tekan dengan perlahan pada hidung atau dahi bayi "uols", jika terdapat warna kuning pada kulit semasa tekanan dilepaskan, hubungi ahli pediatrik "uols". Teknik ini amat bagus bagi kanak2 yang berkulit cerah, jika bayi "uols" berkulit gelap, caranya ialah memeriksa warna kekuningan pada mata putih atau gusinya. "Uols" juga akan dapati bahawa najis bayi "uols" berwarna pucat. 

Ingatlah, jaundis adalah penyakit biasa dan selalunya ia bersifat sementara dan akan pulih dengan cepat tanpa sebarang campur tangan dan tidak mempunyai kesan jangka panjang. "Uols" boleh bertanya kepada ahli pediatrik "uols" untuk bantuan sekiranya ada sebarang keraguan. 

ADAKAH JAUNDIS BERBAHAYA???
Ya, ia boleh menjadi bahaya. Jangan ambil ringan mengenai jaundis. Kajian telah menunjukkan bahawa jika lebihan bilirubin melepasi satu tahap, pendengaran bayi akan terjejas. Pada tahap yang paling tinggi, otak juga akan terjejas dan kondisi ini dikenali sebagai kernicterus. 

KREDIT: SINI

Kalau ikut2 kaedah turun temurun orang Melayu yang selalu saya dengar adalah jemurkan "baby" pada matahari pagi (matahari terbit tu antara 7 pagi ke 8 pagi)...jemur sekejap... suami pula cakap, mandikan dengan daun belimbing buluh...lepas tu ada juga dengar2 jiran cakap, kacang kuda tu rebus dan mandikan dengan air rebusan kacang kuda... Tapi yang terbaik, "consult" doktor ok??? 

Post a Comment

22Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. terima kasih...ramai sekarang ini yang mengalami masalah ini

    ReplyDelete
  2. bagus info nie sis..kita biasa dengar penyakit kuning baby je klau lepas lahir..

    ReplyDelete
  3. ilmu baru untuk aiza.. terima kasih di atas perkongsian maklumat ini.. mungkin berguna satu hari nanti kepada aiza..

    ReplyDelete
  4. macam-macam petua ada untuk penyakit kuning ni kan :)

    ReplyDelete
  5. the best to reduce jaundice is breastfeeding... :)

    ReplyDelete
  6. anak akak dulu pun kena penyakit kuning...setiap hari amik test darah....

    ReplyDelete
  7. Dania dulu kuning sikit jer...kuning jenis baik kata doc...

    ReplyDelete
  8. @Faizal Mohamad Twon Tawi

    sekdar perkongsian buat semua, moga2 kita semua dapat menambah kesedaran dan juga ilmu... ^_^

    ReplyDelete
  9. @Asha Lya

    memang baby lepas lahir secara majoriti tak lari dari jaundis...

    ReplyDelete
  10. @ros_reeza

    betul tu ros ada macam2 petua untuk penyakit kuning ni...

    ReplyDelete
  11. @Maria Firdz

    memang betul pun facts tu maria... doctor pun advise yang sama juga... ^_^...kena kerap bagi breastfeed...

    ReplyDelete
  12. @Sukma Haron

    oh ye ke kak? bahaya kan penyakit kuning ni???

    ReplyDelete
  13. mmg slalu dngar ni pada bby.
    ingtkn x berbahaya dulu.
    upanya bahaya jugak.
    thanx for share sis.

    ReplyDelete
  14. teruskan BF anak kalau ada jaundis ni, susu ibut ubat terbaik tau !

    ReplyDelete
  15. @Amanda Suria

    samalah kak, kuning sikit jer... tak sampai 2 hari, sebab doktor kata jenis darah sama dengan jenis darah ibu susah sikit nak dapat kuning...Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  16. @Shark Kay

    ha buat pengetahuan pada masa akan datang yer shark...

    ReplyDelete
  17. @Kesuma Angsana

    ye betul kak, sepertimana yang disarankan oleh pakar perubatan...

    ReplyDelete
  18. anak CN kena jaudis tak sampai 2 minggu, CN bagi SNE, alhamdulillah berkesan ;)

    ReplyDelete
  19. thanks utk info..yaya lum kawen..tp insyaAllah akn ingt ni..^_^

    ReplyDelete
  20. @Cikgu Norazimah

    Alhamdulilah dan bagus kalau berkesan, memang kita sebagai ibu takkan senang duduk kan kalau sesuatu jadi pada baby kita...

    ReplyDelete
  21. @Cik Yaya

    mana tau kan??? untuk panduan masa akan datang...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !