Source Extracted from Google |
Solat bukanlah 'tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan benar.
Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil? Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah.
Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun2 untuk ditulis.
Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dengan baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dengan teruk, jangan sedih, ia juga takkan kekal lama.
Kawan2 lama adalah emas. Kawan2 baru adalah berlian. Jika anda mendapat sebutir berlian, jangan lupa emas tersebut kerana untuk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.
Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya penamat!
Apabila Allah SWT menyelesaikan masalah2 anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila Allah SWT tidak menyelesaikan masalah2 anda, DIA percaya akan kemampuanmu.
Seorang yang buta bertanya kepada seorang lelaki bijaksana "bolehkah ada sesuatu yang lebih teruk berbanding kehilangan penglihatan?". Dia menjawab, "ya, kehilangan visi anda!"
Ketika anda mendoakan orang lain, Allah SWT mendengar kepada anda dan merahmati mereka; kadang kala apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bahawa seseorang telah mendoakan anda.
Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.
*"Share" dari What's App anak buahku...he he he... kelassss anak buah hantar What's App macam ni kat aunty dia... Thanks Kak Long... *_^... Sama2 memberi peringatan yang baik sesama kita... In Shaa Allah, mudah2an...
salam jumaat farah...peringatan yang baik
ReplyDeleteterima kasih kak...
Deletenice...kata-kata yang ada di entry nie Farah....dalam maksudnya....
ReplyDeletememang maksudnya sangat mendalam...
DeletePeringatan untuk diri sendiri jugak....
ReplyDeletesama sama kita beringat kak...
DeleteAyat dia mmg ada benarnya...sgt menenangkan bila dibaca...fitrah kehidupan...
ReplyDeletesesuatu pada ayat2 tu kan ayut??? ^_^
Deleteberjalan di jalan Allah lebih indah :)
ReplyDeletejom join
PENCARIAN BLOGLIST, ADA HADIAH SPECIAL JUGA ^_^
http://syiralokman.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-bulan-februarimac.html
ala syira dah terlepas, tak sempat nak join... sorry... hu hu hu
DeleteAkak..saya suka sangat entri ni. Banyak kata-kata hikmah yang bermakna
ReplyDeleteakak pun suka anim...
Deleteoh, dari wassap anak buah.. baru je nak puji akak.. ingatkan akak punya idea... hihi.. tapi, Ros memang suka lah baca entry ni!
ReplyDeleteanak buah punya ros so kredit pada dialah... he he he
Deletesangat bagus! ish ish...malu pulak kita yg dewasa ni haa :D
ReplyDelete