Home » , , , , , , , , , , , , , , , » Cerita Tentang Tidur Lena Bayi...

Cerita Tentang Tidur Lena Bayi...

Camer tak mata caye dengan mata mummy??? Uncle ERAZ FADLI cakap, mata caye camer dengan mata mummy...^_^
Cerita yang berkaitan tentang Ash kembali semula memenuhi ruangan Bubblynotes mummy... ^_^... Erkss...tidur lena??? Ash ye lah tidur lena...mummy tak ada maknanya nak tidur lena sekarang... Mummy sibuk jaga Ash... "Cycle" tidur Ash pula... siang hari sangatlah dia menikmati tidur kan??? Malam dia ajak mummy JADI BURUNG HANTU ... agagaga....


Penampakkan imej macam mana lenanya anak manja mummy ni tidur di siang hari... ^_^... Macam2 gaya.. Ni baru satu, ha yang kat bawah ni pula, bila bagi kebebasan dari berbedung sekejap dah macam boss tecik dah gayanya... 


Kaki kemain lagi angkat sebelah... macam tokey balak...ahaksss... Ok ok, cukup dah "interframe" gambar Ash kat dalam entri ni...tapi apa yang saya nak cerita adalah tentang tidur lena "baby"... 

Tugas menidurkan anak kecil sangat subjektif. Biasanya bila waktu tidur, "baby" lebih suka didakap oleh ibu mereka. Huh, "exactly" macam Ash, suka sangat berdakap... Tetapi macam mana kalau mummy kena kerja di luar kawasan...a.k.a. "outstation"..ahakss...dah tentu2 abah ler yang kena ambil alih tugas tu kan??? 

Cerita pasal ni, agaknya bagaimana gaya bapa2 di luar sana menidurkan anak2 yer??? Tidak dinafikan ada bapa yang pakar dalam bab menidurkan anak kecil, lagi2 yang dah ada pengalaman "uols"...hik hik hik... Jom kita "go through" beberapa gaya tidur anak2 yang mungkin salah satunya adalah cara kita menidurkan mereka....

Biasanya anak2 mudah untuk tidur apabila perut mereka sudah kenyang, lampin tidak basah dan suhu bilik tidak terlalu sejuk atau panas. Okkkkk...dalam kes Ash "uols"... perut mesti kenyang, "diapers" mesti kering dan "air-cond" harusss.... Kalau tak memang menjawablah nak tunggu dia tidur... "Baby" sebenarnya tidak banyak ragam untuk tidur. Bagaimanapun ada juga beberapa halangan membuatkan "baby" susah nak lena...Salah satunya masalah angin atau kolik. "Baby" yang mengalami kolik bukan sahaja tidak mahu tidur, malah akan meragam atau menangis dalam jangka masa yang panjang... Alhamdulillah, setakat ni, Ash ok dari masalah angin atau kolik ni. 

Oleh itu, ibu bapa, jangan lupa sendawakan "baby uols" selepas menyusu (ihikss...bab ni dah "expert" dah, suami ajar "uols"...wakakaakaka), tuam perut dengan tuam bayi dan sapukan perut mereka dengan minyak telon bagi mengelakkan masalah kembung perut. 

Antara cara paling mudah untuk tidurkan anak adalah seperti berikut: 

Tidur Dalam Buaian
Ia adalah cara tidur tradisional yang sudah dipraktikkan sejak turun temurun. Bagaimanapun cara tidur ini perlu diselenggarakan dengan betul bagi memastikan aspek keselamatan bayi terjamin. Buaian??? Memang tak ajar Ash tidur buaian, satu tak nak Nek Ma dia lenguh mengenjut buaian bila mummy kerja, dua tak nak jadi leceh bila pergi berjalan nak angkut buai sana sini... 

Tidur Di Peha
Anak2 boleh tidur di peha ibu atau bapa. Biasanya cara ini lebih praktikal bagi anak yang biasa tidur di buai. Sambil menepuk pehanya, lutut anda digoyangkan. Keadaan yang sama seperti buaian mudah membuat "baby" terlena. Untuk lebih selesa letakkan tilam kecil sebelum meletakkan anak di atas peha. 

Tidur Dalam Pelukan
Terdapat 2 cara jika menggunakan kaedah ini. Satu, dalam keadaan "uols" berbaring. Letakkan "baby" secara meniarap di atas dada dan pusingkan kepala baby sama ada ke kiri atau kanan. Kedua, tidurkan "baby" dalam pelukan ketika "uols" sedang berdiri. Letakkan kepala "baby" di dada "uols" dan peluknya dengan erat. Berjalanlah sambil mendodoikan supaya "baby" cepat tidur. Huh... memang gaya atau aksi "favourite" Ash ni... wakakaka... 

Tidur Sendiri Di Atas Katil 
Cara ini paling mudah (memang punnn) dan banyak dilakukan oleh ibu bapa. Salah satunya saya lah tu... Baringkan "baby" dan tepuk pehanya dengan perlahan. "Uols" boleh mengiringkan "baby" ke kiri atau kanan untuk seketika. 

AWAS!!!
Jangan biarkan "baby" tidur sendirian. Sindrom SID atau "Sudden Infant Death" boleh berlaku di mana2 tanpa disedari. Perhatikan "baby" yang sedang tidur lena sekurang2nya 5 minit sekali.

Kredit: SINI

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Cerita Tentang Tidur Lena Bayi..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, December 13, 2013.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

36 comments:

  1. cabarann jaga baby ni kan...
    tapii tu satu pengalaman baru..
    harap2 lah nory nanti pandai handle anak time meragamm..hehehe

    ReplyDelete
  2. Jangan demand bukan2 dah..sekarang pun dah pandai demand tido dalam ekon kan...ngade2...nanti la jumpa mama long...tau la mama long nk gomol dia..

    ReplyDelete
  3. comelnya ash..macam macam aksi dan gaya tidur dia buat ye..

    ReplyDelete
  4. haah ler..
    mata ash sama cam mummy dia.
    hehe..

    thanx kak sudi share tips2 baby.
    mmg berguna ni kelak.

    ReplyDelete
  5. time sekarang nie ler boleh mengulit baby...bila dah besar susah nak mengulit...hihi

    ReplyDelete
  6. alolo..baby.....comel sgt aihhh...>.<

    ReplyDelete
  7. @Nory Zoulkefle

    In Shaa Allah pasti Nory boleh, kita tak tempuh memang kita tak tau setakat mana kemampuan kita, tapi setiap wanita yang bergelar ibu pasti boleh... Farah doakan yang baik2 buat Nory yer...

    ReplyDelete
  8. @Amanda Suria

    macam2??? macam2 apa tu mama long...ahakss...demand dia nak tidur dalam aircond jer... ahakss...tak adalah yang pelik2 setakat ni...

    ReplyDelete
  9. @Kisah Si Dairy

    itulah kak eda, macam2 aksi dan gaya yang dia buat...

    ReplyDelete
  10. @Shark Kay

    sama ek dengan mummy dia? thanks shark...heee...yer untuk kegunaan di masa akan datang...sok sok dah nak ada anak, datang refer kat entri ni balik...he he he...

    ReplyDelete
  11. alala cutenya baby ash tidur..haah mcm mata momnya juga taww...suka kita tgk baby tdur

    ReplyDelete
  12. yes dear, kita takleh tinggal baby sorang2 dalam bilik time tido. Kene check sekejap2 pastu kena apstikan idungnya tak melekap atau tertutup oleh selimut atau bantal. Haishhh ...rindu nak ada baby.

    ReplyDelete
  13. Hehe..sonok budak tecik tu tdo...hehe...slmt menjadi burung hantu yg baik..hehe

    ReplyDelete
  14. serius comelnya dia ^_^ cute ..memang cabaran ..acik pernah jaga 2 baby

    ReplyDelete
  15. @Asha Lya

    thank you kakak asha sebab cakap mata ash macam mata mummy... ^_^

    ReplyDelete
  16. @Sally Samsaiman

    baiklah sally akak akan cuba jadi burung hantu yang baik yer...wakakakaka...aunty sally tak nak join sekaki jadi burung hantu yang baik ke? *_^

    ReplyDelete
  17. @Aku Penghibur

    wah in case apa2 ni, boleh minta tolong acik jaga ash lah ni... ^_*

    ReplyDelete
  18. kalau rezeki nnti husna nak elak dari tidurkan dlm buai.. nnti kalau dah biasa, nk kemana2 susah tnpa buai..

    hye ash hensem!! =D

    ReplyDelete
  19. Baby perlukn perhatian yg lebih...tu time bpntang mak2x mmg kna ad je dgn ank...slh 1 tjuan bpntang...klu cara tido ni baby xpnh plsk ayut mbelek..tunggu baby sendri la nnt.hihi

    ReplyDelete
  20. Muz paling suka tgok baby tidor. Muka yg polos, takda apa2 masalah, takda bend ayg runsingkan fikiran, msti tngkan tidur baby ni....

    ReplyDelete
  21. @husna zahidi

    memang kalau boleh elakkan husna, akak memang elakkan dan tak nak ajar pun... erkssss..handsome ek? mekacih kakak husna... he he he...

    ReplyDelete
  22. @ayut

    wah ayut penampakkan gaya dah expert ni... he he he...

    ReplyDelete
  23. sy suka dakap bby time tido..sbb utama sbb bf la.. gpun..,bby pun rasa selesa kita dkap dia..tmbh2 bby bru lahir rasa lagi alam rahim ibu tu...

    ReplyDelete
  24. Comelnyaaa Ash. Tolong peluk cium dia untuk IM. Hehe

    ReplyDelete
  25. tidur kat peha tu, memang selalu mak Ros buat kat cucu2 nya.. hihihi

    ReplyDelete
  26. Lama tak datang sini....datang datang je Ash dah bukak mata hehe....
    Dulu Okje pakai buai senang sikit kita nak buat keje...Jangan biasakan baby tidur atas pangku...nanti mereka terbiasa

    ReplyDelete
  27. selamat ptg farah.

    masa ciksu jga bby dulu kan. suka tidorkan awin sambil dakap dia. bila dia lena suka tenung wajah suci tu. tenang.

    ReplyDelete
  28. jgn publish. boleh delete.
    nak alamat farah, boleh?

    ReplyDelete
  29. comeinye dia...suka tgk....

    thanks for the info...sgt berguna nnti...

    ReplyDelete
  30. comel nye baby sis... mmg tenang je ngk baby tido..

    ReplyDelete
  31. comelnyer baby yg tidur lena mcm ni suka2!

    ReplyDelete
  32. seronok baca pasal ash.. pic tu.. angkat kaki sblah dh mcm kita org dewasa.. pandai!

    anis pon mintak sgt baby nti xmeragam n senang tido mlm.. :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia